|
SURAH
LUQMAN 31: 8 |
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ
النَّعِيمِ (8)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 7 |
AYAT 8 |
|
Ancaman bagi orang
yang takbur terhadap kebenaran adalah azab yang pedih. |
Anugerah kepada orang yang tidak takbur,
sebaliknya beriman dan beramal soleh adalah memiliki syurga. |
|
Orang takbur tidak
mahu mendengar ayat-ayat al-Quran. |
Orang yang tidak takbur, dia bukan sekadar
mendengar, malah beriman dan beramal soleh. |
[1] menjadi kebiasaan al-Quran yang bersifat
sebagai الفرقان bahawa setelah menyebut berkenaan azab, pasti disebut pula
nikmat; apabila disebut berkenaan iman, pasti akan disebut berkenaan kufur.
Begitulah seterusnya. Demikianlah juga berlaku pada ayat ini.
[2] Jika ayat ke-7, disebutkan bahawa orang takbur dengan
kebenaran, IMPLIKASINYA diancam dengan azab yang memedihkan, maka ayat ke-8
pula menyebut bandingannya; iaitu IMPLIKASI orang yang beriman dan beramal
soleh akan mendapat nikmat[1]. Selaras dengan firman
Allah;
{إِنَّ الأبرار لَفِي نَعِيمٍ وَإِنَّ الفجار لَفِي جَحِيمٍ} [الانفطار: 13
- 14]
(Gunanya
catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan
siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan
taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat * Dan sesungguhnya
orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[3] Kalau ayat ke-7
menyatakan orang takbur tidak mahu mendengar ayat-ayat al-Quran, maka ayat ke-8
menyebut berkenaan orang yang beriman dan beramal.
[4]
Tuhan tidak menyebut berkenaan orang yang mendengar, tetapi terus menyebut
orang yang beriman. Hal ini kerana, orang yang beriman yang sebenar, pasti
dimulai dari pengetahuan yang benar. Pengetahuan yang benar tidak akan tercapai
kecuali dengan mendengar terlebih dahulu. Ekoran itu, tidak perlu disebut
“mendengar”, kerana apabila disebut “beriman”, sudah pasti ada “mendengar”.
[5]
Memandangkan ayat ini sebagai “counter” terhadap orang takbur, maka disebutkan
“beramal soleh” selepas dari iman. Tidak dinafikan, ada orang yang beriman yang
tidak beramal, tetapi sifat bagi mukmin yang tidak takbur, dia akan beramal
dengan amal soleh.
|
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ |
(Orang
takbur tidak mahu dengar ayat-ayat al-Quran, maka bandingannya adalah) “Sesungguhnya
orang yang telah beriman dan beramal dengan amal kebaikan yang banyak”
[6] Iman sahaja tidak memadai. Justeru, amal
soleh adalah perlu. Hal ini selaras dengan hadis;
أَلاَ وَإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً: إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ
كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ القَلْبُ –
البخاري, 52
Ketahuilah
bahawa sesungguhnya dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baik, maka baik
seluruh jasad. Apabila buruk, maka buruk seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah
hati
[7] Maksud dengan AMAL SOLEH, USAIMIN kata mesti
ada dua perkara;
1.
Ikhlas
kerana Allah.
2.
Ikut
aturan Nabi saw[2].
[8] USAIMIN menjelaskan,
meninggalkan maksiat tidak dikira sebagai amal soleh kecuali perlu disertakan
dengan niat. Contohnya, seseorang itu tidak mencuri; tidak tercatat sebagai
amal soleh kecuali kalau semasa dia tidak ambil sesuatu barang secara curi
dengan dia niatkan bahawa dia tidak mencuri kerana Allah[3].
|
لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ (8) |
(Disebabkan mereka beriman dan
beramal soleh, maka Allah memberikan balasan kepada mereka dengan) “milik
mereka syurga yang didapati kenikmatan yang banyak”
[9] perkataan جنات ada
beberapa perbahasan berikut;
a.
Ia adalah kata jamak bagi kata جنة. Asal
maknanya adalah KEBUN YANG MEMPUNYAI POKOK YANG BANYAK. Dinamakan syurga dengan
جنة kerana syurga itu penghuni-penghuninya diredupi dengan
pokok-pokok[4].
b.
Perkataan جنات itu
diidhafatkan dengan perkataan النعيم yang BASMEH terjemah dengan “Syurga yang
penuh dengan berbagai nikmat”. Perkataan النعيم itu bukan موصوف tetapi مضاف اليه bagi perkataan جنات. Bermakna,
ia bukan menyebut bahawa sifat syurga itu yang ada pelbagai nikmat, tetapi
menyebut bahawa pelbagai nikmat-nikmat itu akan dicapai bagi orang yang masuk
ke syurga.
Digunakan perdekatan اضافة bukan صفة, kerana
berada di tempat nikmat tidak semestinya orang itu akan dapat kecapi nikmat.
Contoh, masjid adalah tempat ibadat. Tetapi, orang yang berada dalam masjid,
belum tentu lagi mencapai tahap ibadat.
Sememangnya syurga tempat
pelbagai nikmat. Namun, mungkin ada orang berfikir bahawa dengan berada dalam
syurga, menjadikan orang dalam syurga itu tidak semestinya dapat nikmat. Maka
digunakan pendekatan أضافة itu menggambarkan kepastian mencerapi
pelbagai nikmat bagi orang yang berada dalam syurga.
c.
Dalam ayat ke-7, disebutkan azab dengan kata mufrad عذاب tetapi dalam menyebut berkenaan
nikmat, digunakan kata jamak جنات. AL-RAZI kata, itu adalah
dalil bahawa rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya[5].
d.
Dalam menyebut berkenaan syurga, digunakan kata
MAKRIFAH secara idhafat جنات
النعيم, tetapi
semasa menyebut berkenaan azab digunakan kata NAKIRAH بعذاب اليم. RAZI kata,
menyebut syurga dengan mahu digambarkan pemberian syurga itu adalah pasti,
sedangkan menyebut neraka pula sebagai TANBIH, iaitu sebangai ingatan[6].
e.
Apabila digunakan kata JAMAK, ia memberi maksud bahawa
nikmat itu tidak terhitung dengan pandangan mata, telinga mendengar dan tidak
terlintas di hati. Hal ini selaras dengan sabda nabi saw—daripada
Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ اللَّهُ «أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي
الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ، وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى
قَلْبِ بَشَرٍ»
Disediakan kepada hambaKu yang soleh (syurga yang)
mata tidak pernah nampak, telinga tidak pernah dengar, dan tidak terlintas di
hati manusia.
[10] perkataan النعيم;
a.
USAIMIN kata, ini
adalah dalil bahawa TIDAK ADA SAKIT dan TIADA ADA TUA dalam syurga[7].
b.
USAIMIN juga kata,
sifat kebahagian dalam syurga yang merangkumi semua sudut kebahagiaan;
merangkumi kegembiraan hati sehingga dirasai dengan badan. Hal ini kerana, di
dunia terdapat orang yang mendapat keenakkan jasmani, tetapi tidak semestinya
dia mendapat kebahagiaan rohani yang dengan itu dia bersedih, dirasakan azab
dan sebagainya. Hal ini sudah pasti berbeza dalam syurga yang kecapan nikmat
itu merengkumi jasmani dan rohani[8].
Kegembiraan rohani dan jasmani itu didalilkan kepada firman Allah;
فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً
وَسُرُورًا (11) - الإنسان
Dengan
sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari
kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka
keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati)[9].
No comments:
Post a Comment