Friday, April 28, 2023

SURAH LUQMAN 9

 

SURAH LUQMAN 31:9

 

 خَالِدِينَ فِيهَا وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (9)

Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 8

AYAT 9

 

Allah menjanjikan syurga kepada orang yang beriman dan beramal soleh.

 

 

Apabila mereka jadi ahli syurga, Allah janji bahawa mereka kekal dalam syurga tersebut.

 

[1] Apabila Allah menyatakan bahawa syurga itu adalah milik orang yang beriman dan beramal soleh, maka dijelaskan juga; apabila syurga sudah menjadi miliknya, maka dia kekal dalam syurga itu sampai bila-bila.

 

[2] Memiliki syurga serta kekal itu adalah satu janji dari Allah yang tidak ada sesiapa pun dapat nafikannya.

 

[3] Ia adalah sesuatu yang pasti, kerana Allah itu sifatnya adalah MAHA PERKASA. Pemberian syurga kepada orang beriman dan beramal soleh itu tepat, kerana ALLAH itu MAHA BIJAKSANA.

 

خَالِدِينَ فِيهَا

 

[4] Maksud kekal dalam syurga, Hamka kata, tidak akan mati sampai bila-bila[1].

 

وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا

 

 

[5] USAIMIN kata, dalam ayat ini ada dua MASDAR. Iaitu وعد الله yang takdir kalamnya adalah وعدوا وعد الله, dan perkataan حقا yang takdir kalamnya adalah احقه حقا. Justeru, dalam ayat ini mengandungi dua ta’kid maknawi; iaitu janji Allah itu adalah pasti. Kebenaran janji Allah itu juga adalah pasti[2].

 

Digandingkan dengan dua kali MASDAR yang mengandungi dua kali TA’KID SECARA MAKNA, ia membezakan janji manusia dari janji Allah. hal ini kerana, manusia jika berjanji, mungkin sahaja mereka tidak dapat tunaikan, seperti seseorang berjanji nak berjumpa pada pukul 2 petang yang kemungkinan pada pukul 2 petang itu, dia ditimpa keuzuran yang tidak dapat hadir untuk bertemu. Hal ini berbeza dengan janji Allah. justeru, susunan ayat dengan dua ta’kid maknawi itu memberi dua maksud: (1) menidakan bohong pada janji Allah. Makanya, Allah itu maha benar. (2) menidahkan lemah bagi Allah. makanya, Allah itu maha berkuasa. Justeru, Allah pasti akan tunaikan janjinya dan pasti mampu menunaikan janji tersebut[3].

 

وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (9)

 

[6] Allah yang العزيز (perkasa), iaitu;

A.                  HAMKA kata, tidak ada sesiapa pun nak halang pemberian nikmat yang Allah mahu berikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh[4].

 

B.                  USAIMIN kata, apabila disebut ALLAH maha AL-AZIZ, ia merangkumi IZZAH bagi Allah kepada tiga perkara;

a.      Izzah al-Qahr عزة القهر, iaitu tidak ada sesiapa pun dapat mengalahkan Allah. ini seperti ayat; وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا (3) – الفتح

b.      Izzah al-Qadr عزة القدر iaitu Allah mempunyai kemampuan yang hebat dalam melaksanakan semua perkara.

c.       Izzah al-Imtina’ عزة الإمتناع iaitu, terhalang dari sebarang unsur kekurangan bagi Allah. Ini seperti arab berkata ارض غزاو yang memberi maksud tanah bumi itu terlalu keras[5].

 

C.                  SHIHAB kata, disebut sifat PERKASA dalam ayat ini kerana memberi isyarat bahawa Allah itu tidak pernah goyah apabila ayat-ayatnya diketawakan. Bukti bahawa DIA maha perkara, apabila dia dapat memberikan nikmat kepada orang yang beriman dan beramal soleh[6].

 

[7] Allah yang الحكيم pula adalah;

A.                  Ayat-ayat yang bijaksana تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ adalah datang dari Allah yang maha bijaksana. Buktinya, apabila dianugerahkan syurga kepada orang yang beriman dan beramal soleh[7].

 

B.                  Usaimin kata, HAKIM adalah Allah tidak akan meletakkan sesuatu kecuali pada tempatnya yang tepat. Ia merangkumi kepada dua perkara: (1) Kauni Qadari – iaitu, kudrat Allah terhadap sistem alam. (2) syaraie dini, iaitu ketetapan undang-undang berbentuk keagamaan. Justeru, disebalik suruhan dan larangan tuhan, pasti ada kebijaksanaanNya; iaitu tepat dengan hakikat kehidupan manusia[8].

 



[1] Hamka:7/5562.

[2] Usaimin:47.

[3] Usaimin:48

[4] Hamka:7/5562.

[5] Usaimin:49.

[6] Shihab:11/117.

[7] Shihab:11/117

[8] Usaimin:49.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...