|
SURAH
LUQMAN 31:1-2 |
الم (1) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ (2)
Alif, Laam, Miim. * Ini ialah ayat-ayat Kitab
(Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh
|
HUBUNGAN SURAH |
|
|
SURAH
AL-RUM |
SURAH
LUQMAN |
|
Orang
berilmu dan beriman perlu membetulkan kesesatan bid’ah yang dilakukan oleh AL-MUJRIM. |
Asas
bagi orang beriman dan berilmu untuk melawan kesesatan bid’ah itu adalah
AL-QURAN yang mengandungi seribu satu hikmah. |
[1] Di akhir Surah al-Rum, iaitu bermula dari ayat 56
sampai 60, dijelaskan berkenaan orang yang beriman dan berilmu bahawa mereka
membetulkan kepercayaan salah AL-MUJRIMIN terhadap konsep alam kubur dan alam
akhirat. Orang beriman dan berilmu itu menyandarkan bahawa ketentuan tersebut
berdasarkan KITABULLAH;
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ
سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ (55) وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
وَالْإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ
فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (56)
فَيَوْمَئِذٍ لَا يَنْفَعُ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ وَلَا هُمْ
يُسْتَعْتَبُونَ (57) وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِنْ
كُلِّ مَثَلٍ وَلَئِنْ جِئْتَهُمْ بِآيَةٍ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ
أَنْتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ (58) كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِ
الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ (59) فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَا
يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ (60)
Ayat ini pula, dimulakan
dengan menyebut KITABULLAH iaitu
AL-QURAN adalah kitab yang mempunyai seribu satu kebijaksanaan.
[2] dari sudut konteks ayat, apabila AL-NADHAR BIN
AL-HARIS memandangkan tinggi pada kehebatan raja-raja farsi dengan tujuan untuk
merendahkan kandungan ajaran Nabi Muhammad saw, Allah pun tarik perhatian
manusia dengan mulakan dengan huruf al-Muqatta’at.
[3] Selepas itu, Allah pun menjelaskan kehebatan
al-Quran ketimbang kisah-kisah raja farsi yang dibanggakan oleh AL-NADHAR itu
dengan menyatakan bahawa al-Quran itu berasaskan kepada kebijaksanaan,
sedangkan raja-raja farsi dilihat hebat hanya kerana kuasa sahaja.
|
الم (1) |
[4] Huruf al-Muqatta’at. Tidak diketahui maknanya
yang sebenar. Justeru, diserahkan kepada Allah hakikat maknanya.
[5] Menurut MUJAHID pula, ia tidak mempunyai sebarang
makna. Pendapat ini disokong oleh USAIMIN[1].
baca kupasan panjang lebar dalam ayat 1, surah al-Baqarah: klik di sini
|
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ (2) |
Itu adalah ayat-ayat al-Quran
yang penuh kebijaksanaan
[6] Dimulakan surah ini
dengan AL-KITAB AL-HAKIM kerana mengandungi maksud membandingkan dengan
kisah-kisah farsi yang dibawa oleh AL-NADHAR BIN AL-HARIS berkenaan raja-raja
farsi yang dibanggakan oleh AL-NADHAR. Justeru, dibandingkan bahawa raja-raja
farsi itu terkenal dengan kekuatan dan kekuasaan, sedangkan al-Quran pula
menekankan konsep kebijaksanaan.
[7] Ayat ini menyebut تلك (itu), bukan هذه (ini),
sedangkan makna ITU adalah merujuk kepada sesuatu yang JAUH. Apa hikmahnya?
USAIMIN kata, penggunakan itu melambangkan ketinggian
martabat al-Quran. Ekoran itu, digunakan dalam bentuk JAUH[2].
Baca juga kupasan ذلك الكتاب dalam surah al-Baqarah, ayat 2
[8] Perkataan الكتاب pula ada beberapa perbahasan;
a.
SHIHAB kata, perkataan الكتاب itu
dimasukkan alif dan lam yang ia mempunyai maksud KESEMPURNAAN. Justeru,
ditafsirkan maksudnya adalah AL-QURAN yang tidak mengandungi sebarang keraguan
padanya[3].
b.
USAIMIN kata, digunakan AL-KITAB kerana sifat bagi
al-Quran adalah TERMAKTUB pada tiga tempat:
a. Luh Mahfuz.
b. Suhuf yang berada di sisi
Malaikat.
c. Suhuf yang berada di
tangan kita[4].
[9] Perkataan al-Kitab dalam ayat ini merujuk kepada
AL-QURAN. Lalu, perkataan al-kitab itu disifatkan dengan al-hakim (ahli hikmah)
yang memberi makna, sifat bagi al-Quran itu adalah kebijaksanaan; bermula dari
awal sehingga akhir al-Quran.
[10] Menurut HAMKA, apabila ayat dimulakan dengan
AL-KITAB YANG AL-HAKIM, ia secocok dengan kandungan ayat-ayat dalam surah
Luqman yang menceritakan hikmah-hikmah menerusi wasiat Luqman kepada anaknya[5]
yang dalam ilmu Balaghah disebut sebagai بَرَاعَةُ
اسْتِهْلَالٍ [6]
[11] Perkataan الحكيم dalam ayat ada beberapa perbahasan;
a.
ASYUR menyatakan bahawa perkataan الحكيم adalah
sifat bagi AL-KITAB, sedangkan sifat itu wujud pada yang hidup seperti manusia.
Justeru, perkataan الكتاب الحكيم dalam
ayat ini adalah اسْتِعَارَةٌ مَكْنِيَّةٌ atau تَشْبِيهٌ
بَلِيغٌ بِالرَّجُلِ الْحَكِيمِ, iaitu memberi maksud kalau kita jumpa ada
orang bijak, maka al-Quran seakan-akan lelaki yang bijak itu, malah lebih dari
itu lagi[7].
b.
Perkataan itu berasal dari kata حكم, SHIHAB
kata, ia berkisar makna MENGHALANGI. Ekoran itu, alat kendali binatang disebut
sebagai حكمة (hakamah) kerana ia MENGHALANGI binatang mengarah ke
arah yang dia tidak ingini. Hikmah adalah sesuatu yang apabila
digunakan/diperhatikan akan MENGHALANGI terjadinya mudharat atau kesulitan dan
atau mendatangkan kemaslahatan dan kemudahan. Justeru, orang tepat dalam
penilaian dan pengaturannya adalah HAKIM kerana ia dapat MENGHALANGI dari
mudharat dan mafsadah. Demikian al-Quran, yang dinamakan AL-HAKIM kerana ia
adalah kitab panduan yang dapat menyelamatkan manusia dari mudharat dunia dan
akhirat[8].
c.
USAIMIN kata, disamping bermaksud mempunyai HIKMAH
(Kebijaksanaan), ia juga mengandungi maksud HUKUM. Bermaksud, sandaran
hukum-hukum dalam islam adalah terletak pada AL-QURAN. dan sudah pasti, sifat
bagi hukum perlu kepada hikmah[9].
Hal ini selaras dengan firman Allah;
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ
النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا (105) –
النساء
Sesungguhnya
Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah
telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi
pembela bagi orang-orang yang khianat
No comments:
Post a Comment