Monday, February 28, 2022

SURAH AL-RUM 5

 AYAT 5

 

بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

[5] Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

 

HUBUNGAN AYAT

 

AYAT 5

 

AYAT 4

 

 

Menang atau kalah, semua itu atas pertolongan dari Allah.

 

Rom menang yang menyebabkan orang mukmin gembira.

 

 

بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Dalam konteks ayat ini, ia menjelaskan berkenaan bahawa Rom bakal menang mengalahkan farsi, walhal rom bukan muslim, bahkan mereka adalah orang Nasrani. Ini membuktikan bahawa pertolongan Allah bukan sahaja diberikan kepada orang islam, bahkan tuhan turut berikan kepada orang kafir.

 

Soleh Usaimin tidak dapat menerima bahawa tuhan memberikan kemenangan kepada orang kafir secara mutlak. Pada beliau, orang kafir tidak wajar mendapat pertolongan dari Allah. makanya, beliau mentakwilkan ayat ini bahawa kemenangan yang tuhan berikan kepada Rom bukan kerana mereka beragama Nasrani, tetapi disebalik kemenangan rom itu adalah kemenangan kepada orang islam; iaitu apabila rom mengalahkan farsi yang sudah memudahkan untuk kemenangan umat islam di masa akan datang, iaitu melawan untuk mengalahkan rom pula, iaitu dalam sejarah perang Tabuk.

 

Dalam kupasan yang sama, beliau turut menyatakan tuhan tidak akan memberikan pertolongan kepada kafir dalam melawan muslim, tetapi tuhan masih boleh memberi pertolongan kepada kafir, jika mereka berperang sesame mereka.

 

[2] ketika tercetusnya perang antara dua tamadun besar ini, umat Islam dan ajaran nabi Muhammad saw belum dikenali dunia lagi. Tamadun-tamadun besar ini hanya mengenali masyarakat arab sahaja.

 

Justeru, dengan sokongan umat Islam ketika itu terhadap Rom, serta memberikan “satu Analisa masa depan”, iaitu apabila dikatakan Rom bakal bangkit lawan farsi dan mencapai kebenaran, secara tidak langsung promosi terhadap Nabi sudah berlaku.

 

Dengan Analisa Nabi yang diperkatakan oleh masyarakat arab, menyebabkan dunia mula mengenali Nabi Muhammad saw dan ajaran islam yang kemudiannya Islam menjadi agama yang berjaya mencabar tamadun dunia sedia ada sehingga islam pula terbina tamadunnya sendiri.

 

SAMBUNGAN AYAT;

وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

 

Setelah Allah nyatakan bahawa Rom bakal menang dengan sebab pertolongan Allah, makanya Allah pun nyatakan dua sifatnya yang mulia; iaitu MAHA GAGAH dan MAHA PENYAYANG.

 

Kenapa dua sifat ini yang diperkenalkan oleh Allah dalam ayat ini. Di sini terdapat beberapa penafsiran seperti berikut;

 

Tafsiran 1: apabila disebut kemenangan, sudah pasti itu lambang kegagahan (العزيز), dan apabila tuhan boleh memberi bantuan, itu adalah lambang kasih sayangNya (الرحيم).

 

Tafsiran 2: apabila ada MAHA GAGAH (العزيز) ia perlu ada keseimbangan dengan sifat MAHA PENYAYANG (الرحيم); seperti orang yang gagah tanpa belas kasihan, pasti dia akan lakukan kehancuran dan pembunuhan terhadap kalangan yang kalah.

 

Dalam erti kata lain, jika dilihat sifat gagah Allah, boleh sahaja Allah hancurkan Farsi dan Rom. Tetapi, sebab Allah itu maha penyayang, makanya, Allah hancurkan Farsi, bukan rom kerana disebalik kemenangan rom ada keuntungan untuk umat islam.

 

Tafsiran 3: apabila manusia lihat kemenangan dalam sesuatu peperangan, manusia jangan nampak yang gagah itu adalah manusia, tetapi perlu nampak MAHA GAGAH itu adalah ALLAH.

 

Dan apabila muslim nampak sifat gagah ada pada kita, jangan abaikan sifat rahmat, iaitu belas kasihan; seperti  tawanan perang jangan dibunuh, tetapi perlu ada rahmat dan kasih sayang terhadap mereka.

 

PENGAJARAN

 

[1] Apabila tuhan memberi kemenangan kepada Rom, walhal Rom tidak beragama islam, seakan-akan membenarkan satu nukilan dari kitab Ibn Taimiyyah yang menyebu;

 

"الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

“Allah tolong negara adil, walaupun ia kafir. Allah tidak tolong negara zalim, walaupun ia mukmin" (Hisbah, hlm 7)

 

[2] Pertolongan Allah, tidak sekadar kepada muslim sahaja. Namun, Allah juga memberi pertolongan kepada kafir dengan tidak menghancurkan kalangan yang melakukan Islah dan kebaikan.

 

Firman Allah:

 

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ (117) - هود

“Tidaklah tuhan kamu membinasakan kota dengan kezaliman (kekufuran) sedangkan penduduk kota itu melakukan islah” (Surah Hud, ayat 117)

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...