AYAT 18
وَلَهُ
الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ (18)
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji
(dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah
kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada
waktu zuhur.
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 18 |
AYAT 17 |
|
Kekuasaan Allah itu
lebih terbukti, apabila langit dan bumi itu di bawah ketentuan dia, bahkan
penentuan waktu terlalu cerah dan terlalu gelap pun dalam ketentuan Allah. |
Dijelaskan bahawa
Tuhan itu maha berkuasa, sehinggakan perubahan siang dan malam itu adalah
bukti kekuasaan Allah. |
PENJELASAN:
[1] Orang kafir Quraish perlu sedar bahawa langit dan
bumi ini adalah ciptaan Allah. Bahkan, kafir Quraish pun sudah akuinya
sepertimana yang telah disebut dalam surah al-‘Ankabut, ayat 65:
فَإِذَا
رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا
نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ (65)
“Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui
sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa
yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik)
ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya”
Begitujuga ayat sebelum itu, iaitu
surah al-Ankabut ayat 61:
وَلَئِنْ
سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (61)
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan
yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka
tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan
mematuhi perintahNya)?”
[2] Apabila mereka sendiri sudah akui bahawa Allah
yang menciptakan langit dan bumi, sepatutnya tidak timbul isu bahawa mereka
nafikan kekuasaan Allah.
[3] Apabila mereka sudah akui bahawa langit dan bumi
itu diciptakan oleh Allah, maka itu bukti segala pujian itu layak diberikan
kepada Allah, bukannya membuat satu tuduhan secara tidak langsung—seakan-akan
Allah tidak berkuasa.
[4] Bukan sekadar ciptaan langit dan bumi, malah waktu
siang yang amat memancar atau waktu malam yang amat gelap gelita; itu juga
adalah bukti kekuasaan Allah.
|
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ |
Dalam ayat 17, TASBIH
kepada tuhan melibatkan MASA, iaitu petang dan pagi. Pada ayat ini (ayat 18),
PUJIAN pada tuhan dikaitkan dengan tempat, iaitu langit dan bumi, serta masa,
iaitu ISYAK dan ZOHOR.
LUGHAH
[1] Perkataan لَهُ الْحَمْد
adalah خبر مقدم yang memberi maksud لإفادة الحصر
Kalau dibaca dengan الحمد لله pula, “alif” dan “lam” pada
perkataan الحمد itu memberi maksud menyeluruh, iaitu segala pujian itu ada pada
Allah.
|
وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ (18) |
[1] Perincian terhadap makna zohor, disebutkan dalam ayat lain;
أَقِمِ
الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ
قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78) - الإسراء
“Dirikanlah olehmu sembahyang
ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang
subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya”
(Surah al-Isra’, ayat 78)
Ayat ini, menjelaskan suruhan agar dirikan solat dari
gelincir matahari sehingga tengah malam—terkandung dalamnya solat bermula dari
zohor sehingga Isyak. Kemudian, disebut pula قُرْآنَ
الْفَجْرِ yang merujuk kepada menunaikan solat subuh.
Memandangkan ayat ini sebut غَسَقِ
اللَّيْلِ—dipertengahan malam, menyebabkan ada ulama (salah seorangnya
Usaimin) mengatakan, akhir bagi solat isyak adalah SATU DUA MALAM. Bahkan,
USAIMIN kata, pendapat yang mengatakan akhir bagi ISYAK dengan MASUK SUBUH
adalah pendapat yang tidak mempunyai sebarang dalil.
Implikasi hukumnya adalah bagi wanita yang darah
haidnya berhenti selepas dari satu perdua malam—mengikut pendapat USAIMIN, ia
tidak wajib solat isyak.
[2] Menurut IBN KATHIR, dalam
ayat, digandingkan antara عشاء dan ظهر kerana, عشاء
menggambarkan bersangatan gelap, sedangkan ظهر adalah waktu bersangatan cerah.
LUGHAH
[1] Maksud perkataan عشيا, kata USAIMIN adalah DARI
GELINCIR SEHINGGA TENGGELAM MATAHARI
عن ابي
هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِحْدَى صَلَاتَيِ الْعَشِيِّ، إِمَّا الظُّهْرَ، وَإِمَّا الْعَصْرَ، فَسَلَّمَ
فِي رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ أَتَى جِذْعًا فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ، فَاسْتَنَدَ
إِلَيْهَا مُغْضَبًا، وَفِي الْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرَ، فَهَابَا أَنْ
يَتَكَلَّمَا، وَخَرَجَ سَرَعَانُ النَّاسِ، قُصِرَتِ الصَّلَاةُ، فَقَامَ ذُو
الْيَدَيْنِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ؟
فَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمِينًا وَشِمَالًا،
فَقَالَ: «مَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ؟» قَالُوا: صَدَقَ، لَمْ تُصَلِّ إِلَّا
رَكْعَتَيْنِ، «فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ كَبَّرَ، ثُمَّ سَجَدَ،
ثُمَّ كَبَّرَ فَرَفَعَ، ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ، ثُمَّ كَبَّرَ وَرَفَعَ»
Abu Hurairah: "Rasulullah saw mengimami
kami solat pada salah satu dua solat petang, mungkin solat Zohor ataupun Asar.
Lalu baginda mengucapkan salam pada dua rakaat, kemudian baginda pergi ke
sebatang pohon kurma di arah kiblat masjid, lalu baginda bersandar ke pohon itu
dalam keadaan marah. Di antara jamaah terdapat Abu Bakar dan Umar, namun
keduanya takut berbicara. Orang-orang yang suka cepat-cepat telah keluar sambil
bercakap: 'Solat sudah dipendekkan.' Zul Yadain berdiri seraya berkata 'Ya, Rasulullah!
Apakah solat dipendekkan ataukah kamu lupa?' Nabi saw lihat ke kanan dan ke
kiri, lalu bersabda: 'Betulkan apa yang dikatakan Zul Yadain itu?' Jawab
mereka: 'Betul, wahai Rasulullah! Anda solat hanya dua rakaat' Lalu Nabi saw solat dua rakaat lagi, lalu memberi salam. Sesudah itu
baginda bertakbir, lalu bersujud. Kemudian bertakbir, lalu bangkit. Kemudian
bertakbir, lalu bersujud lagi, sesudah itu bertakbir, lalu bangkit'. (Muslim,
hadis no: 573)
[2]
Dalam ayat lepas, disebut berkataan تُمْسُونَ sedangkan dalam ayat ini digunakan perkataan عشيا—persoalannya, apa beza antara maksud مساء dan عشاء?
AL-QURTUBI menukilkan komentar AL-MAWARDI dengan
menyatakan:
أَنَّ
الْمَسَاءَ بُدُوُّ الظَّلَامِ بَعْدَ الْمَغِيبِ، وَالْعِشَاءَ آخِرُ النَّهَارِ
عِنْدَ مَيْلِ الشَّمْسِ لِلْمَغِيبِ، وَهُوَ مَأْخُوذٌ مِنْ عَشَا الْعَيْنِ
وَهُوَ نَقْصُ النُّورِ مِنَ النَّاظِرِ كنقص نور الشمس
“perkataan مساء adalah permulaan bagi gelap selepas tenggelam matahari. Dan عشاء pula adalah akhir bagi siang ketika
cenderung matahari untuk tenggelam”
|
PERBAHASAN |
Dalam dua ayat ini,
tuhan sertakan dua ucapan zikir, iaitu TASBIH dan TAHMID.
Apabila menyebut
kekuasaanNya, digunakan pendekatan TASBIH. Apabila ciptaan langit dan bumi dan
peredaran masa itu menjadi kemudahan kepada manusia, maka Tuhan gunakan
pendekatan TAHMID.
|
PENGAJARAN |
[1] Tuhan memberikan
nikmat kepada manusia. Dengan itu, tidak wajar manusia ingkari kehidupan lepas
dari mati, kerana secara tidak langsung ia bermakna ingkari kekuasaan Allah.
[2] Apabila manusia
dapat melihat kekuasaan Allah, bahkan mendapat manfaat darinya, sewajarnya
manusia bersyukur, bukan kufuri Allah.
No comments:
Post a Comment