Tuesday, April 19, 2022

SURAH AL-RUM 22

 AYAT 22

 

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ (22)

 

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 22

AYAT 21

 

Manusia mahukan pasangan kerana ada perbezaan dan keunikan dari sudut bahasa dan warna kulit.

 

Disebut berkenaan kekuasaan Allah yang menjadikan manusia membiak melalui proses pasangan dan perasaan (cinta dan sayang)

 

 

[1] Orang Kafir Quraish nafikan kekuasaan Allah yang bakal memberi kemenangan kepada Rom, walhal itu mudah sahaja bagi Allah.

 

[2] antara buktinya adalah Allah mencipta langit-bumi serta manusia yang pelbagai dari sudut bahasa dan warna kulit dengan mudah. Kalau ini pun mudah, sudah pasti nak memberi kemenangan itu lebih mudah.

 

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

 

kalau ayat 21, dijelaskan bahawa hidup manusia yang berpasangan—antara suami dan isteri. Makanya dalam ayat ini, disebut bahawa manusia dikelilingi makhluk yang berpasangan; yang paling dekat adalah langit berpasangan dengan bumi.

 

وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ

 

[1] Keunikan kehidupan di atas bumi - di bawah langit adalah wujudnya kepelbagaian Bahasa dan warna kulit.

 

[2] Ayat ini perlu dilihat pada ayat 20—dijelaskan bahawa asal usul manusia dari satu, iaitu adam yang diperbuat dari tanah.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ (20)

 

LUGHAH

 

Tuhan menggunakan perkataan السنتكم iaitu kata jamak dari perkataan لسان yang asal maknanya adalah LIDAH.

 

USAIMIN melihat ini dalam dua maksud berikut;

 

PERTAMA: Ia dilihat dalam makna KHUSUS, iaitu اللغات-BAHASA yang menjadi pertuturan manusia. Ini disebut مَجازٌ مرسَلٌ من إطلاقِ المحلِّ وإرادةِ الحالِّ فيه

 

Ini selaras dengan firman Allah:

 

وَما أَرْسَلْنا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسانِ قَوْمِهِ [إِبْرَاهِيم: 4]

لِسانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ [النَّحْل: 103]

 

KEDUA: Ia dilihat dalam makna UMUM, iaitu الأصوات-pelbagai bentuk dan bunyi suara serta kepetahan dan tidak petah manusia bercakap. Ini tafsiran yang dikemukakan oleh USAIMIN.

 

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ (22)

 

[1] Di akhir ayat 21, disebut “kaum yang boleh berfikir”, sedangkan di akhir ayat ini disebut: “bagi orang yang berilmu”.

 

Berfikir dan berilmu amat sinonim. Dengan sebab itu, kita akan jumpa tiga jenis manusia:

 

PERTAMA: ada orang yang berilmu, tetapi tidak mampu berfikir—makanya, kita berjumpa orang alim dan hafal segala kitab, tetapi dia tetap tidak dapat menanggapi perbezaan dan khilaf; dia tahu bahawa al-Quran mengajar konsep merentasi warna kulit, tetapi dalam sesuatu tindakan dia kelihatan amat rasisme; ada orang kafir tetapi amat alim berkenaan ilmu Bahasa arab dan memahami al-Quran, seperti oreantalis dan sebagainya.

 

KEDUA: ada pula orang yang boleh berfikir, tetapi dia tidak berilmu—makanya, kita akan berjumpa orang yang bijak tetapi seumpama layang-layang putus tali.

 

KETIGA: ini yang terbaik—orang yang berilmu serta mampu berfikir. Ini adalah generasi yang mahu dibina oleh al-Quran.

 

[2] Kenapa Allah kaitkan ciptaan langit dan bumi; serta pelbagai Bahasa dan warna kulit dengan ILMU, bukan BERFIKIR? Sedangkan, Allah kaitkan ciptaan manusia berpasangan yang diikait dengan factor perasaan dengan BERFIKIR, bukan ILMU?

 

Ilmu rumah tangga ia berdasarkan pengalaman. Kehidupan manusia tidak sama antara satu dengan yang lain. Bahagia dan tidak dalam rumah tangga, ia bersifat SUBJEKTIF; ia bukan dihadapi dengan ilmu, tetapi dengan cara kita berfikir.

 

Hal ini berbeza dengan langit dan bumi, serta ciptaan manusia yang pelbagai bangsa dan warna kulit ini adalah sesuatu yang objektif dan static; ia tidak bersifat berubah-berubah sepertimana interksi antara suami dan isteri. Justeru, ia diketahui dengan belajar.

 

[3] Menurut SYA’RAWI, istilah alim digunakan dalam dua maksud:

 

PERTAMA: alim dalam maksud mahir ilmu syariah.

 

KEDUA: alim dalam maksud mahir dalam ilmu alam.

 

Dalam ayat ini, tuhan menyebut berkenaan ilmu alam.

 

[4] Ada ayat lain, tuhan menyebut berkenaan alam, lalu dikaitkan dengan ALIM, iaitu;

 

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ (27) وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (28) - فاطر

“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam” * “Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun”

 

PENGAJARAN

 

Secara tidak langsung, tuhan sudah ajar kepada kita bahawa keperluan digabungkan dua perkara; iaitu berilmu dan berfikir.

 

 

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...