|
SURAH
AL-RUM 30:54 |
اللَّهُ
الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ
جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ
الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ (54)
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan
lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia
menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang
dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 53 |
AYAT 54 |
|
Nabi saw tidak selamatkan manusia dari sesat
kecuali jika mereka beriman. |
Manusia beriman akan nampak kebesaran Allah
disebalik ciptaan terhadap diri mereka sendiri. |
[1] Setelah Allah sebut
bahawa Allah dapat hidupkan bumi yang mati serta hidupkan manusia yang mati
(ayat 50), maka Allah pun sebut salah satu sistem bagi kehidupan manusia, iaitu
tiga proses hidup di dunia.
A.
bermula dari lemah
B.
kemudian kuat
C.
kemudian jadi lemah
balik.
[2] Maksud dengan lemah
di peringkat awal, berdasarkan kupasan majoriti ulama tafsir adalah bermula
dari mani, kemudian janin, kemudian bayi, kemudian membesar.
[3] maksud dengan kuat
pula adalah di fasa dewasa.
[4] Maksud dengan lemah
balik adalah di fasa tua dan mati.
[5]
Menurut Syaikh Syakrawi, tujuan dipamerkan pada sistem kehidupan dalam tiga
fasa ini adalah kerana ia adalah satu hal yang pasti dihadapi oleh semua
manusia[1].
{وفي
أَنفُسِكُمْ أَفَلاَ تُبْصِرُونَ} [الذاريات: 21]
Pada diri kamu, apakah kamu tidak perhatikan
|
اللَّهُ
الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ |
[6]
Di awal manusia diciptakan Allah, manusia itu bermula dari lemah. Hal ini
selaras dengan firman Allah;
وَخُلِقَ
الْإِنْسانُ ضَعِيفاً [النِّسَاء: 28] .
Manusia
itu diciptakan dalam keadaan lemah
[7]
Maksud dengan diciptakan manusia daripada lemah;
a.
Menurut
HAMKA, maksud lemah di sini adalah lemah akal, lemah budi, lemah ikhtiyar dan
usaha[2].
b.
Al-Qurtubi kata, maksudnya ضعف adalah نُطْفَةٍ ضَعِيفَةٍ (air mani yang lemah)[3].
c.
Dalam
penjelasan USAIMIN pula, maksud lemah itu berdasarkan proses awal kejadian
manusia, iaitu bermula dari sepertimana firman Allah;
ثُمَّ جَعَلَ
نَسْلَهُ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ (8) – السجدة
Kemudian,
tiupan ruh, iaitu ketika dia berada dalam keadaan nutfah yang jamad tidak belum
bersifat lagi. Kemudian, mula berbentuk dan menjadi manusia sehingga ia
dilahirkan. Seterusnya proses manusia yang bermula dari kanak-kanak sehingga
dewasa[4].
Tafsiran ini juga diterima oleh IBN ASYUR[5].
d.
Usaimin turut memaknakan adalah kelemahan maknawi,
iaitu lemah dari kadar kemampuan berfikir[6].
[8]
perkataan ضعف boleh dibaca dengan DO’F atau DA’F.
a.
kalau
dibaca dengan DO’F, itu mengikut sebutan penduduk HIJAZ.
b.
Kalau
dibaca dengan DA’F, itu mengikut sebutan penduduk BANI TAMIM[7].
Dan ini adalah bacaan ASIM dan HAMZAH. Bahkan, IBN UMAR kata bahawa dia baca
begini di hadapan Nabi saw[8].
Menurut
IBN ASYUR, bacaan yang paling fasih adalah DO’F, ia adalah bahasa QURAISH.
Adapun bacaan dengan DA’F adalah rukhsah kerana dibaca dalam bahasa kabilah
lain[9].
|
ثُمَّ
جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً |
[9]
Kemudian, Allah jadikan kamu kuat selepas kamu lemah tersebut.
Bermaksud,
dengan lemah itu, manusia semakin menjadi kuat; dengan merangkak, bertatih,
berjalan sehingga dapat berlari.
[10]
Maksud dengan قُوَّةً, menurut QURTUBI adalah الشَّبِيبَةَ
iaitu kepemudaan.
|
ثُمَّ
جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً |
[11]
Kemudian selepas kuat itu, Allah jadikan kamu lemah balik dan tua.
Asal makna شيب adalah uban sepertimana firman Allah;
قَالَ رَبِّ
إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ
بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا (4) – مريم
Ia
merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang
-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku -
tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu
فَكَيْفَ
تَتَّقُونَ إِنْ كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا (17) المزمل
(Sekiranya
kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan
menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang
huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
Menurut
Syaikh Syakrawi, uban itu rambut berwarna putih bukan warna baru, kerana putih
adalah tiada warna. Justeru, apabila semakin tua, maka warna rambut semakin
menghilang, maka jadi warna putih[10].
|
يَخْلُقُ
مَا يَشَاءُ |
[12] Allah ciptakan
berdasarkan apa yang DIA mahu.
Bermakna, terpulang kepada Allah untuk nak jadikan
proses kehidupan manusia bagaimana. Bermula dari lemah, kemudian kuat
وَمَنْ
نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ (68) – يس
|
وَهُوَ
الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ (54) |
[13]
Apabila Allah itu yang menentukan sistem hidup manusia, dari lemah kepada kuat,
dari kuat kepada lemah. Itu bukti bahawa Allah maha mengetahui keperluan hidup
manusia sebegitu, SERTA Allah mampu lakukan semua itu.
[14]
Apabila disebut ciptaan manusia, Allah sebut bahawa dia maha عليم, hal ini selaras dengan firman Allah;
{أَلاَ يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللطيف الخبير} [الملك: 14]
Demikian juga, semasa Allah menciptakan Adam, disebut
juga dengan faktor tahu.
وَإِذْ قَالَ
رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا
أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ
بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ – البقرة
[15]
Menarik dengan ayat ini, Allah menyebut berkenaan ciptaanNya, digandingkan dua
nama TAHU dan BERKUASA. Apabila ada dua sifat ini, di situ ada unsur kehebatan
Ilahi. Sebab, disebalik ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment