Saturday, February 26, 2022

SURAH AL-RUM [MUQADDIMAH]

 

MUQADDIMAH

 

SEJARAH RINGKAS BERKENAAN ROM

 

Di Zaman Nabi, kerajaan Rom ada dua: Rum timur (berpusat: BYZANTIUM) dan Rom barat.  Rom yang menjadi focus surah al-Rom adalah merujuk kepada Rom timur. Antara wilayah taklukan mereka adalah Mesir, Palestine,Syria

 

Perkataan Rom yang sekarang jadi republic Itali. Katanya, kota itu sudah ada 753 sebelum masihi lagi.

 

Menurut cerita, asalnya adalah kota kecil, pusat perniagaan, pertemuan suku-suku latin, spain dll. Agama mereka pelbagai, ada sembah bintang dan dewa yang terpengaruh cara beragama Yunani.

 

Sebelum Nabi Isa dilahirkan, kota itu pernah menjadi kota hebat, bahkan lebih hebat dari era Yunan. Semasa agama Nabi isa tersebar di Roma, raja yang memerintah bernama NERO. Dia halang pergerakkan agama Isa. Dia memerintah 54 hingga 68 masihi.

 

Dikatakan pada tahun 283 Masihi, kaisar declidianus telah pecahkan rom kepada dua: timur dan barat. Raja rom timur bernama KONSTANTIN 1 menetap di kota BYZANTIUM dan menukar nama ibukotanya sebagai KONSTINTINOPEL. Dikatakan, inilah raja rom yang memberi kebebasan agama kristien berkembang (313M).

 

Rom timur dikatakan pesat membangun, tetapi rom BARAT mengalami keruntuhan akibat serangan suku bangsa jerman (gotha di Itali), Yunani, Vandal (spanyol dan Afrika utama), Anglo dan Saxson (inggeris) franca (perancis).

 

Di belah rom barat pula, ditetapkan di RAVENA, kemudian pindah ke MILAN dan akhirnya ke TERIF. Rajanya pula bernama PAUS GREGORY. Dia berkuasa 590M – 604M. Rom barat beragama katholik cuba menentang pengaruh BYZANTIUM.

 

Kekuatan ROM TIMUR menjadikan mereka berkonfrantasi dengan FARSI.

 

Pada era nabi, raja rom ketika itu adalah HERAKLIUS (610-641M), berlaku pertembungan antara ROM dan FARSI agak hebat. Dalam perang antara ROM vs FARSI, ROM kalah dan FARSI menang.

 

KEKALAHAN ROM

 

Peperangan yang menyebabkan rom kalah, ketika itu umat Islam belum lagi hijrah ke Madinah. mereka masih di mekah.

 

Apabila Rom kalah, kafir Quraish gembira. Mereka membuat menganjing kepada umat islam. Mereka menganggap, kekalahan Rom adalah sama dengan kekalangan umat islam di Mekah. Hal itu menyebabkan umat islam bersedih.

 

Umat Islam memang tidak akui bahawa Isa sebagai tuhan, tetapi unsur kesamaan antara Kristian dan islam dalam beberapa hal seperti akui Allah sebagai tuhan, masing-masing hormati Nabi isa, menyebabkan Umat Islam bersedih dengan kekalahan Rom.

 

Kekalahan Rom memang teruk, sehingga kayu salib di Kota Byzantium telah dibawa oleh FARSI ke kota MADAIN (Iraq) (ibu kota FARSI).

 

Ketika rom kalah, ketika itu turun ayat awal Surah al-Rom; menjelaskan bahawa Rom bakal bangkit kembali. Secara tersiratnya, umat Islam diberi pesanan agar melihat lebih jauh untuk bangkit, iaitu, tidak lama lagi nabi dan sahabat akan mendapat kuasa politik di Madinah kelak.

 

PENGENALAN SURAH AL-ROM

 

Surah Rum sebanyak 60 ayat. Ia diturunkan di Mekah, iaitu selepas turun surah al-INSIQAQ.

 

Dalam hadis riwayat al-Tarmizi, Abu Sa’id al-Khudri kata, ayat ini diturunkan semasa perang badar. Tetapi, pendapat ini dibantah oleh ramai ulama dengan mengatakan, ia diturunkan di Mekah.

رَوَى التِّرْمِذِيُّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ ظَهَرَتِ الرُّومُ عَلَى فَارِسَ فَأَعْجَبَ ذَلِكَ الْمُؤْمِنِينَ فَنَزَلَتْ:" الم. غُلِبَتِ الرُّومُ. فِي أَدْنَى الْأَرْضِ- إِلَى قَوْلِهِ- يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ. بِنَصْرِ اللَّهِ". قَالَ: فَفَرِحَ الْمُؤْمِنُونَ بِظُهُورِ الرُّومِ عَلَى فَارِسَ. قَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ – القرطبي

 

AL-HASAN AL-BASRI mendakwa, ayat 17 dan 18 diturunkan di Madinah dengan alasan bahawa dalam ayat itu menjelaskan solat lima waktu—pada mereka, semasa di mekah solat hanya dua waktu. Pendapat ini dibantah, kerana solat lima waktu telah difardukan sebelum Hijrah ke Madinah, iaitu pada malam isra’ dan mi’raj.

وَعَنْ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ أَنَّ قَوْلَهُ تَعَالَى فَسُبْحانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ [الرّوم: 17] الْآيَةُ مَدَنِيَّةٌ بِنَاءً عَلَى أَنَّ تِلْكَ الْآيَةَ تُشِيرُ إِلَى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ وَهُوَ يَرَى أَنَّ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ فُرِضَتْ بِالْمَدِينَةِ وَأَنَّ الَّذِي كَانَ فَرْضًا قَبْلَ الْهِجْرَةِ هُوَ رَكْعَتَانِ فِي أَيِّ وَقْتٍ تَيَسَّرِ لِلْمُسْلِمِ. وَهَذَا مَبْنِيٌّ عَلَى شُذُوذٍ. – عاشور

Nama surah al-Rum, kerana merujuk kepada hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Tarmizi daripada Ibn Abbas dan NIYAR BIN MUKRIM AL-ASLAMI.

 

Dan SEBAB TURUN surah al-Rum pula berkaitan dengan Quraish mekah yang gembira dengan kekalahan Rom. Asas sokongan Quraish adalah kedekatan agama Quraish dan Majusi berbanding Nasrani yang menyembah Allah yang lebih dekat dengan cara bertuhan oleh muslim. Makanya, tuhan menjelaskan bahawa rom kalah hanya sementara waktu sahaja.

 

HUBUNGAN SURAH

AL-ANGKABUT

AL-ROM

 

Nabi bakal berhijrah ke Madinah dan bakal dapat kuasa

 

 

Ambil pengajaran dari kuasa orang lain, iaitu ROM dan FARSI.

 

Di mekah, Nabi jumpa orang yang tidak ada nilai ilmu, kerana mereka tidak ada kitab.

 

 

Di Madinah, mereka akan jumpa bangsa yang ada kitab, iaitu Yahudi/Nasrani.

 

Rom adalah bangsa yang beragama Nasrani.

 

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...