Showing posts with label Surah al-Rum. Show all posts
Showing posts with label Surah al-Rum. Show all posts

Tuesday, April 11, 2023

SURAH AL-RUM 60

  

SURAH AL-RUM 30:60

 

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ (60)

Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 59

AYAT 60

 

Hati orang kafir telah terkunci dari mengetaui kebenaran.

 

 

Untuk hadapi itu, Nabi hanya perlu bersabar serta yakin dengan janji Allah sahaja.

 

 

[1] Apabila hati mereka sudah terkunci, pasti mereka tidak akan terima sebarang hujah. Dengan itu, Tuhan memberi nasihat kepada Nabi agar bersabar, kerana penolakan mereka tidak menjadi janji Allah tidak terlaksana.

 

[2] Mungkin nabi saw bersedih, apabila apa yang Allah perkatakan dalam kitabNya tidak diterima oleh Quraish. Allah berpesan, janji Allah bahawa Rom bakal mengalahkan farsi itu adalah pasti terlaksana. Justeru, penolakan itu tidak mengagalkan janji Allah.

 

فَاصْبِرْ

 

Oleh itu, bersabarlah (Wahai Muhammad).

 

[3] Usaimin kata, ini adalah ta’dib (mengajar adab) dari Allah kepada Nabi Muhammad saw. Pun begitu, ia turut sama ta’dib terhadap semua orang yang beriman agar mereka tidak merasa rendah hati dengan cemuhan dan kecamahan dari musuh islam[1].

 

إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ

 

(kerana) Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar.

 

[4] Jumlah ismiyyah ini adalah ta’lil bagi perkataan اصبر[2]. Justeru, diterjemah “bersabarlah, KERANA sesungguhnya janji Allah itu adalah benar”

 

[5] Jika dalam ayat ke-6, Allah sebut; وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ, maka atas jaminan itulah, tidak sepatutnya Nabi saw rasa gelisah dengan kutukan dan “troll” quraih terhadap Nabi. Dengan itu, Tuhan ulang sekali jaminan tersebut.

 

 

 

وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ (60)

 

Janganlah kamu rasa lemah semangat terhadap (perilaku) orang-orang yang yang tidak yakin itu

 

[6] Asal perkataan يَسْتَخِفَّنَّكَ berasal dari kata خف yang bermakna MENJADI RINGAN. Sesuatu yang ringan mudah terombang ambing, diangkat ke kanan dan kiri, terpngaruh oleh sedikit hembusan angin. Demikian juga apabila jiwa menjadi ringan; ia mudah gelisah, putus asa, bersedih hati dan tidak tabah. Dengan sebab itu, وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ Shihab terjemahkan dengan JANGAN MENGGELISAHKAN KAMU[3].  Terjemahan yang sama dikemukakan oleh HAMKA[4].

 

[7] Dalam ayat ini disebut الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ yang merujuk kepada orang musyrik yang dalam ayat surah ini menggunakan beberapa perkataan lain;

a.             MUJRIMUN – ayat 55: وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ

b.            ORANG ZALIM  - Ayat 57: فَيَوْمَئِذٍ لَا يَنْفَعُ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ وَلا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

c.             TIDAK ADA ILMU  - ayat 59: كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

 

[8] Dalam kisah ini, dibawakan satu kisah melibatkan Ali bin Abi Talib, iaitu ketika saidina Ali solat subuh, orang khawarij mahu menggambarkan bahawa Saidina Ali sebagai kafir. Makanya, mereka pun membaca firman Allah dengan tujuan menyindir Ali;

 

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Telah diwahyukan kepada kamu dan para rasul sebelum kaku. Jika kamu syirik, pasti amalan kamu akan terbatal. Dan pasti kamu dari kalangan orang yang rugi.

 

Mendengar itu, Saidina Ali terus membaca firman Allah:

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ

Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah[5].

 

PENGAJARAN

[9] Di awal surah, dimulakan dengan kedegilan Quraish yang tidak mahu menerima berita dari al-Quran bahawa Allah bakal memberi kemenangan kepada rom beberapa tahun selepas Rom dikalahkan farsi.

 

Di akhirat surah pula, Allah menjelaskan berkenaan kedegilan Quraish quraish itu tidak dapat dirawat ekoran dari hati mereka yang sudah tertutup.

 

 



[1] Usaimin:339.

[2] Asyur:21/135.

[3] Shihab:11/102.

[4] Hamka:7/5549.

[5] Kathir:6/329.

SURAH AL-RUM 59

 

SURAH AL-RUM 30:59

 

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ (59)

Demikianlah Allah meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 58

AYAT 59

 

Orang kafir menolak dan menganjing terhadap hujah-hujah al-Quran sehingga tuduh Nabi dan para sahabat sebagai pemalsu agama.

 

 

Mereka sanggup melakukan tuduhan sebegitu kerana hati mereka telah Allah kunci.

 

[1] Apabila tuhan sebut bahawa orang kafir ini tidak akan dapat menerima kebenaran, walaupun disampaikan dalam bentuk permisalan, maka tuhan jelaskan dalam ayat ini bahawa punca segala-galanya adalah hati mereka telah Allah cop (hamka kata: Allah kunci) hati mereka.

 

[2] Dengan hati yang terkunci itu, mereka bukan sekadar tidak mahu beriman, bahkan untuk mengetahui pun mereka tidak mahu.

 

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ (59)

 

Demikianlah Allah cop terhadap hati orang yang tidak mahu mengetahui (SHIHAB: tidak mahu mengerti[1]).

 

[3] Orang yang jika dia kafir, tetapi masih mahu mengetahui, ia tidak menjadi penghalang untuk dia menerima kebenaran. Ayat ini menjelaskan, apabila hati sudah prejudis, usahkan menerima kebenaran, mengetahui kebenaran pun mereka tidak mahu.

 



[1] Shihab:11/102

SURAH AL-RUM 58

 

SURAH AL-RUM 30:58

 

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَلَئِنْ جِئْتَهُمْ بِآيَةٍ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ (58)

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai kisah dan perbandingan di dalam Al-Quran ini; dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka sebarang keterangan, sudah tentu orang-orang kafir itu akan berkata: "Kamu ini tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan palsu"

  

HUBUNGAN AYAT

AYAT 57

AYAT 58

 

Orang kafir minta maaf macam mana pun di akhirat kelak, mereka tetap tidak dimaafkan.

 

 

Mereka tetap dimaafkan pun padan, kerana semasa di dunia mereka tolak kebenaran itu sehingga sanggup menuduh bahawa Nabi dan para sahabat sebagai pemalsu agama.

 

 

[1] Setelah Allah menyebut bahawa pada hari kiamat nanti, orang kafir ini minta maaf macam mana pun, tidak akan dilayan. Makanya, dalam ayat ini pula menjelaskan bahawa memang padan pun akhirat kelak mereka tidak dilayan kerana semasa di dunia, berbagai-bagai cara sehingga Allah mendatangkan contoh dan bandingan kisah sebagai hujan kepada mereka. Namun, mereka hanya kata: Nabi saw dan orang islam adalah pemalsu agama sahaja.

 

[2] Menjadi perangai buruk bagi orang Quraish yang mereka bukan sekadar tidak dapat menerima hujah, bahkan mereka “troll” pula hujah tersebut dengan mengatakan bahawa Nabi dan orang islam adalah pemalsu agama.

 

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ

 

Dalam Quran ini, kami (Allah) telah bawakan pelbagai perbandingan terhadap manusia.

 

[3] Menurut USAIMIN, ayat ini sebagai tanbih (peringatan) tuhan terhadap orang Quraish yang melawan nabi saw[1].

 

[4] kata HAMKA, perumpamaan dibawa oleh tuhan adalah untuk mendekatkan kefahaman kepada manusia[2].

 

[5] Dalam ayat ini, digunakan perkataan ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ yang kita terjemah dengan MEMBUAT (perumpamaan), sedangkan asal perkataan ضرب bermaksud pukul. Menurut SHIHAB, asal makna pukul adalah meletakkan dengan keras terhadap sesuatu sasaran. Ekoran itu, perkataan ضرب juga dalam konteks tertentu bermaksu BERJALAN kerana ia bermaksud kaki memukul serta menempelkan ke tangan secara serius.

 

Ayat ini menjelaskan tentang perumpamaan, tetapi digunakan perkataan ضرب seakan-akan mahu menggambarkan perumpamaan ini amat serius untuk disasarkan pada hati[3].

 

وَلَئِنْ جِئْتَهُمْ بِآيَةٍ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا

 

Jika kamu bawakan keterangan, pasti orang-orang kafir akan berkata:

 

[6] Maksud dengan اية dalam ayat ini, Usaimin kata, mukjizat-mukjizat sepertimana yang dianugerahkan kepada Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad seperti tongkat Nabi Musa yang membelah laut[4]. Ini juga penjelasan IBN JAWZI[5], Qurtubi[6],

 

إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ (58)

 

Kamu ini tidak lain kecuali orang-orang yang pembuat cerita palsu.

 

[7] perkataan مُبْطِلُونَ berasal dari kata ابطل iaitu batil dengan makna yang mutaaddi yang diterjemah “pelaku kebatilan” atau “pembuat perkara palsu”[7].

 

[8] kata Usaimin, maksud ayat ini adalah; Jika Nabi bawakan bukti-bukti kenabian sepertimana Nabi-nama sebelum ini; seperti Nabi Musa dengan tongkatnya, orang kafir tetap tidak akan terima apa yang nabi perkatakan. Habis-habis pun, mereka akan tuduh Nabi saw hanya pembuat cerita palsu[8].

 

[9] al-Qurtubi kata, mereka akan tuduh kamu sebagai pengikut ajaran batil atau pembuat sihir[9].

 

[10] Dalam ayat ini disebut إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ, iaitu menggunakan kata jamak pada انتم, sedangkan yang mereka tuduh pemalsu agama itu adalah Nabi Muhammad. Sepatutnya digunakan mufrad انت. Dalam penjelasan IBN ASYUR ada dua kemungkinan;

A.                  Penggunaan انتم untuk Nabi muhammad merujuk kemuliaan yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw.

B.                  Khitab kafir itu bukan kepada Nabi Muhammad saw, bahkan terhadap para mukmin pun mereka anggap sebagai pemalsu agama[10].

C.                  Syakrawi kata, mungkin juga bermaksud, kafir bukan sekadar menuduh Nabi saw sahaja sebagai pemalsu agama, bahkan mereka menuduh semua nabi dan rasul[11].



[1] Usaimin:337.

[2] Hamka:7/5548.

[3] Shihab:11/102.

[4] Usaimin:338.

[5] Zad:3/428.

[6] Qurtubi:14/49.

[7] Shihab:11/102.

[8] Usaimin:337.

[9] Qurtubi:14/49.

[10] Asyur:21/134.

[11] Syakrawi:19/ 11553

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...