Wednesday, May 3, 2023

SURAH LUQMAN 10

 

SURAH LUQMAN 31:10

 

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ (10)

Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 9

AYAT 10

 

Allah janji bahawa apabila dianugerahkan syurga, maka penghuni syurga dalam syurga akan kekal.

 

 

Allah ada kemampuan untuk itu, kerana di dunia ini, manusia dapat lihat kekuasaan Allah di dunia lagi, iaitu bagaimana langit dan bumi ini saling melengkami demi kehidupan manusia.

 

 

[1] Setelah disebutkan bahawa Allah bagi syurga kepada orang yang beriman dan beramal soleh, mungkin ada manusia yang berfikir bahawa Allah tidak mampu memberikan kenikmatan syurga begitu hebat. Makanya, disebutkan kekuasaan Allah yang dekat dengan pancaindera manusia.

 

[2] Demikian juga, apabila Allah menyebut berkenaan kekuasaanNya dalam mengurus alam, sedikit sebanyak menimbulkan rasa TAKUT MANUSIA TERHADAP ALLAH DALAM HAL YANG EMPARIKAL. Manusia yang MUHISIN, mereka rasa takut kepada Allah hanya dengan pendekatan zikir dan tazkirah, sedangkan MUTTAQIN tidak terkesan dengan zikir dan tazkirah, tetapi apabila dikaitkan dengan KEKUATAN ALLAH dari sudut FIZIK, seperti alam ini bergerak atas kuasa Allah, maka lahir perasaan takut mereka terhadap Allah[1].

 

[3] Apabila disebutkan bahawa ALLAH adalah tuhan yang الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ, maka diberikan bukti terhadap dua sifat itu[2]; Allah PERKASA dalam mencipta langit yang berada di atas mereka dan bumi yang mereka pijak; Allah yang maha BIJAKSANA pula, apabila Allah tetapkan hubungan langit dan bumi, iaitu air yang turun dari langit menjadikan bumi subur. Dengan subur bumi itu, manusia dapat seribu satu manfaat.

 

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا

 

[4] perkataan عمد adalah jamak bagi perkataan عماد, iaitu tiang. Pada ayat بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا, diterjemah dengan TANPA TIANG YANG KAMU NAMPAK;

 

A.                  SHIHAB kata, hakikat tiang itu ada, tetapi makhluk tidak nampak tiang itu. Justeru, beliau takwilkan makna tiang itu adalah DAYA-DAYA YANG DICIPTAKAN ALLAH[3].  Ini juga pendapat IBN ABBAS, IKRIMAH dan MUJAHID[4].

 

B.                  Ada kata, tiang itu memang tidak ada. Namun, Dhomir ها pada perkataan تَرَوْنَهَا, bukan merujuk kepada عمد, tetapi merujuk kepada السماء. Justeru, maknanya adalah “Allah mencipta langit tanpa tiang yang kamu nampak langit tersebut[5])

  

C.                  USAIMIN kata, tiang itu sebenarnya tidak ada. Namun, manusia nampak tidak ada tiang, namun langit boleh berdiri megah. Justeru, disebalik kata ini menampilkan kekuasaan Allah[6]. Ini disandarkan kepada firman Allah;

 

وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (65) – الحج

Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.

 

وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ

 

[5] Perkataan رواسي adalah kata jamak dari kata راس (Rasin) atau راسية (Rasiyah). Ia diambil dari kata الرسو (al-Rasw atau al-Rusuwwu) yang bermakna KEMANTAPAN PADA SATU TEMPAT[7]. Namun, diterjemah oleh;

 

A.                  BASMEH dengan GUNUNG GANANG.

 

B.                   SHIHAB[8] dan HAMKA[9] juga terjemah dengan GUNUNG-GUNUNG. Menurut SHIHAB, diterjemah dengan GUNUNG-GUNUNG kerana ia kekar tidak bergerak pada tempatnya[10].

 

C.                  USAIMIN kata, maksudnya adalah  الجبال المرتفعة(bukit atau gunung)[11].

 

D.                 IBN KATHIR kata, maksudnya adalah الْجِبَالُ أَرْسَتِ الْأَرْضَ وَثَقَّلَتْهَا  لِئَلَّا تَضْطَرِبُ بِأَهْلِهَا عَلَى وَجْهِ الْمَاءِ – gunung yang memberatkan pada bumi supaya penghuniya tidak terhohong hayang atas permukaan air[12].

 

[6] pada perkataan تَمِيدَ;

 

A.                   BASMEH terjemah dengan “TIDAK MENGHOYONG HAYANGKAN”.

 

B.                  SHIHAB terjemahkan dengan TIDAK BERGONCANG[13].

 

C.                  HAMKA terjemah dengan MENGOKOH[14].

  

D.                 USAIMIN terjemahkan, perkataan تميد itu adalah لا تضطرب, iaitu konsisten dan tidak bergoyang. Sifat tidak konsisten itu adalah sepertimana kapal yang berada dalam lautan; sudah pasti tidak konsisten, terhuyung hayang dan sebagainya. Justeru, makan تميد itu sifatnya konsisten dan tidak bergerak[15].

 

[7] PENGAJARAN

 

A.                  kata SHIHAB, walaupun bumi ini lonjong dan sentiasa berputar, bumi ini sangat kukuh serta tidak goncang[16].

 

B.                  SYAKRAWI kata, kalau bumi ini sabat, sudah pasti tidak perlu kepada proses mensabatkan dunia. Namun, keperluan kepada الرواسي iaitu gunung-ganang, membuktikan bahawa bumi ini tidak sabat[17].  

 

C.                  SYAKRAWI kata juga, ayat ini adalah bukti bahawa bumi ini bukan datar. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah;

 

{وَتَرَى الجبال تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السحاب} [النمل: 88]

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan;

 

Ayat ke-88 Surah al-Naml ini dijadikan hujah oleh SYAKRAWI bahawa pergerakan bumi bersama dengan pergerakan awan, sedangkan dalam ayat 48 surah al-Rum ada menyebut bahawa pergerakan awan ekoran dari tiupan angin[18]. Firman Allah;

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ (48) - الروم

 

Dalam hujah al-Razi pula, beliau merujuk kepada firman Allah[19];

كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ [الْأَنْبِيَاءِ: 33]

 

وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ

 

[8] Perkataan بث, kata USAIMIN bermakna نشر (tersebar) dan وزع (diperkembangkan)[20].

 

[9] Perkataan دابة adalah اسم فاعل dari perkataan دب يدب yang dalam uruf bahasa arab, ia bermaksud binatang berkaki empat[21];

 

A.                  HAMKA kata, asal perkataan itu bermakna MERANGKAK dan MENJALAR. Justeru, ia tidak terbatas kepada binatang kaki empat, bahkan termasuk semua jenis binatang, sama ada berkaki atau tidak[22].

 

B.                  SYAKRAWI kata, apabila digunakan perkataan من pada perkataan مِن كُلِّ دَآبَّةٍ, bermaksud ia merangkumi bermula dari sekecil-kecil binatang sehingga sebesar-besar binatang; bermaksud, ia merangkumi semua[23].

 

وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً

 

[10] Ayat sebelum, apabila menyebut berkenaan Allah mencipta langit tidak ada tiang, dan bumi mantap dengan gunung-gunung serta binatang membiak pesat; semua hal ini digunakan DHOMIR DIA.

 

Ayat ini menjelaskan berkenaan air turun dari langit, Allah menggunakan DHOMIR KAMI pula.

 

Apa hikmahnya?

 

a.                  USAIMIN kata, tujuannya adalah untuk TANBIH (memberi kesedaran) kepada pembaca dan orang yang dikhitab.

 

b.                  Untuk menjelaskan bahawa bumi amat perlu kepada langit[24].

 

[11] Dalam ayat ini, digunakan ayat; “air turun dari langit”;

 

a.                  USAIMIN menyatakan bahawa maksud langit bukan hakikat langit, tetapi merujuk kepada maksud KETINGGIAN. Hal ini kerana, hujan bukan datang dari langit, bahkan ia datang dari yang lebih atas dari langit[25].

 

b.                  Syakrawi kata, air hujan bukan datang dari langit, tetapi dari awan[26].

 

فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ (10)

 

[12] pada perkataan زَوْجٍ, diterjemah dengan PASANGAN.

 

a.                  Shihab terjemahkan dengan PASANGAN TUMBUH-TUMBUHAN[27].

 

b.                  AL-RAZI kata, perkataan زوج bermaksud JENIS. Tumbuh-tumbuhan disebut sebagai زوج kerana ia mempunyai JENIS-JENISnya tersendiri; antara yang berpokok dan tidak berpokok; antara yang berbuah dan tidak berbuah[28].

 

c.                   SYAKRAWI kata, perkataan زوج merujuk kepada makna JENIS. Diterjemah dengan PASANGAN, seperti LELAKI adalah زوج bagi PEREMPUAN kerana, mereka dari JENIS yang sama. Dalam ayat ini pula, digunakan perkataan زوج secara مفرد نكرة, yang memberi maksud kesamaan jenis-jenis secara partikular.

 

[13] Perkataan زوج dijadikan sifat dengan perkataan كريم;

 

a.                  USAIMIN menganggap maksudnya adalah ELOK dan LEBIHAN DARI KEELOKAN. Justeru, tumbuh-tumbuhan yang tumbuh itu dengan penuh keelokkan[29].

 

b.                  IBN KATHIR kata, ia bermaksud حَسَنِ الْمَنْظَرِ – pemandangan yang elok. Tumbuh-tumbuhan itu nampak cantik[30].

 

c.                   SYAKRAWI kata, perkataan كريم ini memberi maksud bahawa tumbuh-tumbuhan itu mengandungi kemuliaan. Dengan sebab itu, lelaki yang pemurah disebut كريم, kerana kemuliaan dari sifat itu adalah mendapat gandaan; dari satu pemberian benih akan menghasilkan pula dengan 700 benih yang baru[31].

 



[1] Usaimin:57.

[2] Shihab:11/118.

[3] Shihab:11/119 & Usaimin:54653e2qG

[4] Kathir:6/332.

[5] Usaimin:54.

[6] Usaimin:53

[7] Shihab:11/119.

[8] Shihab:11/118.

[9] Hamka:7/5562.

[10] Shihab:11/118.

[11] Usaimin:53.

[12] Kathir:6/332.

[13] Shihab:11/118.

[14] Hamka:7/5562

[15] Usaimin:56.

[16] Shihab:11/118.

[17] Syakrawi:19/11600

[18] Syakrawi:19/11601

[19] Razi:25/117

[20] Usaimin:56.

[21] Usaimin:56.

[22] Hamka:7/5562 & Usaimin:56.

[23] Shakrawi:19/11602

[24] Usaimin:60.

[25] Usaimin:60.

[26] Syakrawi:19/11604

[27] Shihab:11/118.

[28] Razi:25/118.

[29] Usaimin:60.

[30] Kathir:6/333.

[31] Syakrawi:19/11605

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...