|
SURAH AL-RUM 30:44 |
مَنْ كَفَرَ
فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ (44)
Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang
menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang
membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk
kesenangan diri mereka masing-masing
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 43 |
AYAT 44 |
|
Allah suruh Nabi perteguh pendirian atas
agama yang betul. Kerana, akhirat kelak manusia terpisah kepada dua. |
Orang kafir, akan dapat azab kekufurannya. Orang
yang beramal soleh, akan dapat hamparan yang disediakan. |
[1] Setelah Allah menyebut berkenaan hidup
akhirat kelak bahawa manusia terbelah. Makanya, ayat ini, dijelaskan bahawa
terbelah itu kepada dua;
A.
Orang
yang kufur yang baginya balasan kekufuran.
B.
Orang
yang beramal soleh yang baginya tersedia hamparan yang membahagiakan.
[2] Orang kufur itu baginya azab yang sepadan
dengan kekufurannya. Walaupun kufur ada bermakna aqidah, ayat ini turut
memasukkan kufur dari sudut amalan, iaitu tidak melakukan perintah tuhan.
[3] Apabila disebut berkenaan balasan untuk orang
yang kufur, maka disebut juga balasan bagi orang yang beramal soleh. Iaitu,
mereka akan mendapat apa yang persiapkan untuk diri mereka semasa hidup di
dunia dahulu.
|
مَنْ
كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ |
[4]
Barangsiapa yang kafir, maka dia tanggung sendiri. Siapa suruh jadi kafir. Sebab,
Allah sudah hantar kitab dan Nabi, sepatutnya mereka sudah tidak patut lagi jadi
kafir. Namun, mereka mahu jadi kafir juga, itu tanggungjawab mereka sendiri.
[5]
Perkataan كفر dari sudut bahasa arab bermakna tutup. Dari
sudut makna, ia bermakna keluar dari ketaatan Allah. Hal ini kerana, orang yang
keluar dari ketaatan Allah, hakikatnya adalah menutup akal dan ilmunya dalam
menanggapi nikmat Allah[1].
[6]
Dalam ayat akan datang, disebutkan beramal soleh, sedangkan dalam ayat ini
menyebut kufur.
Apabila
disebut kufur, ia dilihat dalam konteksnya;
a.
Ada
kufur dari sudut aqidah dan amal.
b.
Ada
kufur dari sudut aqidah.
c.
Ada
kufur dari sudut amal.
Dalam
konteks ayat ini, ia merujuk kepada makna (a); iaitu kufur dari sudut aqidah
dan amal. Hal ini kerana, dalam sambungan ayat menyebut beramal soleh yang ia
tidak akan berlaku kecuali dengan iman. Apabila ada iman, maka terkesan dari sudut
amalan ketaatan. Maka itu disebut amal soleh.
Justeru,
keseragaman dengan makna kufur di sini adalah, kekufuran dari sudut amalan
mereka berpunca dari kekufuran dari aqidah mereka.
[7]
Ayat ini seakan-akan menjelaskan bagi maksud ayat 41; ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي
الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ –
iaitu dalam konteks ayat, mereka diazab di akhirat nanti, itu berpunca dari
mereka sendiri, iaitu memilih kekufuran.
|
وَمَنْ
عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ (44) |
[8]
Maksud dengan amal soleh adalah, amalan yang dihimpun dua perkara;
a.
Ikhlas.
b.
Ikut
aturan Nabi saw[2].
Justeru,
orang yang beramal tanpa ikhlas, maka itu bukan amal soleh. Demikian juga,
orang yang beramal dengan ikhlas, tetapi amalan itu tidak ikut aturan nabi,
maka itu bukan amal soleh.
[9]
Selalunya, apabila disebut AMAL SOLEH, sebelumnya akan disebut BERIMAN. Hal ini
berbeza dengan ayat ini; ia hanya menyebut amal soleh, tanpa disertakan
beriman. Dalam hal ini terdapat kupasan berikut;
A.
Menurut
AL-RAZI, perkataan AMAL SOLEH tidak akan berlaku tanpa IMAN. Justeru,
membataskan menyebut AMAL SOLEH sudah memadai. Namun, di ayat lain disebut juga
sebagai TAHRIDH (galakkan)[3].
B.
SYAKRAWI
menjelaskan, iman itu dilihat pada dua: (a) iman pada zatnya الإيمان
في ذاته dan (b) adalah iman yang apa yang terkesan dari iman dari ketaatan
ما يترتب عليه من طاعة أوامر هذا الإله.
Jadi, ayat ini dalam kerangka (b)[4].
C.
ASYUR
kata, apabila
kerap sangat ayat al-Quran menggandingkan antara iman dan amal soleh,
sehinggakan kalangan muktazilah dan khawarij mentafsirkan bahawa syarat iman
itu diterima adalah keperluan ada amal soleh. Tanpa amal soleh, maka iman tidak
diterima[5]. Justeru,
ayat ini menolak pentafsiran muktazilah dan khawarij itu; iaitu iman tidak hilang
jika tidak ada amal soleh. Hanyasanya, amal soleh tidak berlaku tanpa iman
kerana amal soleh adalah buah hasil dari iman.
[10]
Ayat ini seakan-akan menjelaskan maksud ayat ke-43; فَأَقِمْ وَجْهَكَ
لِلدِّينِ الْقَيِّمِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا مَرَدَّ لَهُ مِنَ
اللَّهِ يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ – iaitu, dengan berpegang teguh dengan agama yang betul, akhirat nanti
dia akan selamat.
Dari
sini difahami maksud dengan فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ adalah BERAMAL SOLEH[6].
[11] Perkataan يمهدون berasal dari kata مهد yang bermakna MENGHAMPAR. Ia juga boleh
bermakna BUAIAN. Juga boleh diterjemah dengan HAMPARAN TIDUR[7]. Syakrawi kata, ia adalah tempat tidur bayi
yang berbuaian[8].
Bermakna,
bagi orang yang beramal soleh itu, mereka akan mempersiapkan diri untuk
mendapat tempat berehat dengan kesenangan seperti mana orang yang tidur di tempat
yang dibuai. Malah lebih dari itu lagi[9].
Dalam
kupasan AL-ZAMUKHSYARI, maksud ayat ini lebih kepada mempersiapkan tempat
pembaringan, seakan-akan amal soleh itu adalah sebagai cara kita nak bersiap sedia
untuk berehat seperti kebas tempat tidur, betulkan hamparan tidur dan
sebagainya; semua ini bertujuan untuk nak elak sebarang gangguan semasa berehat
nanti[10].
[12]
Dalam susunan ayat, digunakan susunan فَلِأَنْفُسِهِمْ
يَمْهَدُونَ. Namun, kalau ikut dalam susunan kata biasa, akan digunakan فيَمْهَدُونَ لِأَنْفُسِهِمْ? Hal ini
kerana, ia mengandungi makna حصر iaitu
menggambarkan kesenangan yang bakal dikecapi oleh ahli syurga itu itu adalah
pasti[11].
[13]
Dalam menjelaskan balasan baik kepada orang yang beramal soleh, tuhan menjelaskan
bentuk balasan iaitu يَمْهَدُونَ, tetapi berkenaan azab, tidak diberikan
sebarang penjelasan.
Al-Razi
kata, itu tandanya tuhan mahu menjelaskan berkenaan kesempurnaan bagi rahmat
Ilahi kepada orang yang beramal soleh[12]. Justeru,
disebaliknya adalah galakkan amat tinggi agar manusia beriman.
HIKMAH
[14]
Semasa Allah menyebut berkenaan orang kafir, Allah guna pendekatan Mufrad.
فَعَلَيْهِ
كُفْرُهُ
Apabila
Allah menyebut berkenaan orang yang beramal soleh, digunakan pendekatan jamak;
فَلِأَنْفُسِهِمْ
يَمْهَدُونَ
Di
sini ada beberapa komentar ulama;
A.
Menurut SHIHAB, apabila orang kafir diseksa, mereka
akan hidup bersendirian, tidak ada sesiapa pun akan menemaninya. Hal ini berbeza
dengan nikmat yang bakal dikecapi dalam syurga, orang mukmin itu akan kecapi
secara berjemaah dan bergembira beramai-ramai[13].
B.
AL-RAZI
kata, rahmat Allah itu lebih umum berbanding kemurkaannya. Bahkan, sebelum
Allah murka, Allah pasti lebarkan rahmatNya terlebih dahulu. Apabila terlalu
degil, baru Allah berikan kemurkaanNya[14].
[15]
Ayat ini menghimpun dua perkara; (a) al-Tarhib, iaitu ancaman azab, (b)
al-Targhib, iaitu janjian pahala.
No comments:
Post a Comment