Friday, March 31, 2023

SURAH AL-RUM 46

 

SURAH AL-RUM 30:46

 

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (46)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 45

AYAT 46

 

Allah menyebut nikmat yang bakal diberikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh.

 

 

Allah nyatakan nikmat di dunia. Tujuannya, untuk manusia bersyukur dengan beriman kepadaNya.

 

[1]  Setelah Allah menyebut berkenaan nikmat akhirat yang bakal diberikan kepada orang yang beramal soleh, maka Allah pun menyebut berkenaan nikmat di dunia agar manusia rasa bersyukur dengan mereka beriman kepadaNya.

 

[2] Antara nikmat-nikmat Allah adalah;

a.                         diutuskan angin-angin dengan pelbagai bentuk yang menggembirakan.

b.                         untuk mewujudkan rasa terhadap rahmat Allah.

c.                          untuk menggerakkan kapal berdasarkan perintahNya.

d.                         Untuk menjadikan manusia itu mencari kurnianNya.

 

[3] semua nikmat-nikmat ini dapat dikecapi oleh manusia. Apabila mereka kecapi, harapannya mereka bersyukur (beriman dan beramal soleh).

 

وَمِنْ آيَاتِهِ

 

[4] Tujuan Allah menyebut tanda-tanda kekuasaanNya adalah untuk manusia dapat LIHAT, seterusnya merasai KEBESARAN Allah.

 

[5] Sebelum ini juga, sudah berulang-ulang ayat-ayat berbentuk sebegin, seperti ayat ke-20, 21, 23, 24 dan 25.  Menurut SHIHAB, ini menjadi dalil bahawa al-Quran adalah kitab dakwah, bukan kitab ilmiah[1]. Walaupun dalamnya tersirat seribu satu ilmu, memandangkan tugasnya adalah dakwah, maka ia menggunakan pendekatan menarik manusia kepada kebenaran.

 

[6] Selalunya, selepas sebutan ayat sebegini, disebaliknya terkandung seribu satu ILMU, HIKMAH dan QUDRAT ILAHI[2].

 

[7] Untuk mewujudkan rasa agar bersyukur kepada Allah, dalam ayat ini, Allah menampilkan lima nikmatNya;

1.                  Tiupan angin yang menggembirakan manusia.

2.                  Turun hujan

3.                  Pergerakan kapal.

4.                  Mengharapkan kurniaan dari Allah

5.                  Ada perasaan mahu bersyukur kepada Allah[3].

 

أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ

 

 

[8] HAMKA kata, maksud tiupan angin yang membawa berita gembira adalah awan yang berkumpul yang menyebabkan hujan. Hal ini kerana, orang yang mengharapkan hujan, apabila mereka nampak, timbul rasa gembira dalam hati mereka[4].

 

[9] Dalam ayat ini, disebutkan angin dengan sifat مُبَشِّرَاتٍ. Hal ini kerana, ada angin yang membinasakan sehingga menjadi bencana.

 

[10] perkataan angin digunakan imbangan jamak الرياح yang diterjemahkan dengan ANEGRA ANGIN[5], bukan mufrad الريح

 

وَلِيُذِيقَكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ

 

[11] kata HAMKA, maksud rahmat dalam ayat ini adalah HUJAN[6].

 

[12] Dalam ayat 41, Allah menyebut berkenaan MAFSADAH di daratan dan lautan dengan sebab tangan-tangan manusia, maka dalam ayat ini pula, Allah jelaskan MASLAHAH untuk manfaat manusia. dengan sebab itu, dalam ayat 41 ada perkataan لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا yang sama perkataan لِيُذِيقَكُمْ dengan ayat ini.

a.                  Ayat 41 - Allah mahu mereka rasa azab itu agar mereka bertaubat.

b.                  Ayat 46 – Allah mahu mereka rasa nikmat ini agar mereka bersyukur.

 

[13] perkataan لِيُذِيقَكُمْ dari perkataan ذوق yang buya HAMKA tafsirkan sebagai PERASAAN HALUS. Yang dengannya, memberi implikasi pada rasa bersyukur, gembira, berharap dan sebagainya[7].

 

[14] Maksud rahmat dalam ayat ini merujuk kepada hujan yang menggembirakan. Persoalannya, kenapa hujan dianggap sebagai rahmat?

 

Jawab:

a.                  Sifat bagi hujan adalah air. Air sebagai sumber bagi kehidupan;

 

وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ (30) – الأنبياء

“Dan kami jadikan dari air itu setiap sesuatu itu hidup. Apakah mereka tidak beriman?”

 

b.                  Kehidupan arab badawi yang duduk di padang pasir tidak sama dengan berada di tempat yang mudah air. Kehidupan mereka di padang pasir lebih keras.

 

وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ

 

[15] Zaman dahulu, kapal tidak dapat digerakkan kecuali dengan faktor angin. Ekoran itu, tidak hairan ayat ini menyebut kapal yang dikaitkan dengan tiupan angin[8].

 

وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ

 

[16] TIUPAN ANGIN YANG MENGGEMBIRAKAN ini menyebabakan manusia boleh dapat kurniaan Allah.

 

HAMKA kata, ia seperti Nelayan yang dapat hasil dari laut untuk dijadikan makanan, serta mendapat buat hubungan antara negara-negara melalui pelayaran kapal[9].

 

وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (46)

 

[17] bersyukur datang dari hati. Apabila hati rasa kebesaran Allah, maka timbul rasa bersyukur.

 

Apabila dalam jiwa seseorang manusia itu ada budi, segala nikmat pemberian Allah ini akan menjadikan dia rasa mahu berterima kasih. Makanya, dia akan beribadat dan taat terhadap perintah Tuhan.

 

[18] Maksud Syukur adalah RASA RELA HATI mahu taat kepada Tuhan. Ini salah satu konsep untuk melahirkan keikhlasan manusia dalam taat.

 

 



[1] Shihab:11/83.

[2] Usaimin:288.

[3] Syakrawi:18/11499

[4] Hamka:7/5536.

[5] Shihab:11/84.

[6] Hamka:7/5536.

[7] Hamka:7/5536.

[8] Hamka:7/5536.

[9] Hamka:7/5536.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...