AYAT 35
أَمْ
أَنْزَلْنَا عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُوا بِهِ
يُشْرِكُونَ (35)
Apakah
pernah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti
keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan
syirik itu?
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 34 |
AYAT 35 |
|
Allah menampilkan meluat Allah kepada
golongan yang kufur itu sehingga Allah menyuruh agar mereka itu
bersenang-senang dengan kekufuran. |
Allah menjelaskan, semua tanggapan kekufuran
mereka itu berasaskan kepada khayalan mereka sahaja. Namun mereka seringkali
menganggap bahawa kekufuran yang mereka amalkan ini berasaskan daripada
ajaran Tuhan juga. |
[1]
Masalah besar berlaku kepada orang yang kufur itu adalah, agama mereka tidak
mempunyai hujah dan sandaran. Hal ini kerana agama mereka berasaskan kepada
hawa nafsu dan tidak berasaskan kepada ilmu.
[2]
Apabila keadaan ini berlaku kepada agama mereka, mereka terpaksa mencari hujah
untuk memastikan agama mereka kelihatan mempunyai kredibiliti.
[3]
Antara cara yang dilakukan mereka untuk memastikan agama mereka seperti
mempunyai kredibiliti, mereka menyedarkan bahawa agama mereka itu bersumberkan
daripada Allah.
|
أَمْ
أَنْزَلْنَا عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا |
[1] Menurut Buya Hamka, Perkataan SULTAN dalam
bahasa Arab mempunyai pelbagai makna;
A.
Penguasa. Dalam hadis, nabi saw ada bersabda:
أَنَّ اللَّهَ
تَعَالَى قَدْ يَزَعُ بِالسُّلْطَانِ مَا لَا يَزَعُ بِالْقُرْآنِ
Allah
kadangkala memberi kuasa melarang dengan kuasa politik pada perkara yang tidak
diberikan ruangan pada kuasa al-Quran.
B.
Kepala negara. Dalam hadis nabi ada bersabda;
فَإِنْ
تَشَاجَرُوا فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ – ابو داود, 2083
“Jika mereka berselisih, maka sultan adalah wali bagi
mereka yang tidak ada wali”
C.
Kekuatan
يَا مَعْشَرَ
الْجِنِّ وَالْإِنْسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ تَنْفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانْفُذُوا لَا تَنْفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33)
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (34) – الرحمن
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat
menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari
kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan
menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami;
masakan dapat)! (Surah al-Rahman
55:33)
D.
Alasan yang kuat (ini yang dipilih oleh al-Imam al-Qurthubi, Ibnu Abbas dan
Al-Dhahhaq)
E.
Keterangan yang cukup dan boleh diterima.
F.
Kitab dari langit (tambahan dari kitab zad al-masir)
Dalam
ayat ini, BUYA HAMKA memilih perkataan Sultan memberi maksud (D). Pentafsiran
yang sama dipilih oleh Syeikh SYA'RAWI, dengan alasan bahawa asal perkataan
Sultan adalah gambaran terhadap kekuatan. Ia juga boleh digunakan dalam maksud
kekuatan hujah dan dalil.
Justeru makna di sebalik ayat adalah:
"apakah
Tuhan menurunkan kepada mereka alasan atau perintah yang dapat
dipertanggungjawabkan bahawa Allah dapat dipersekutukan dengan lain?"
Atau:
"apakah ada perintah dan keterangan dari Allah bahawa Allah telah
melimpahkan segala kenikmatan atau membahagikan kuasa dengan makhluk-Nya dalam
menguasai alam ini?"
Dalam
kupasan SHIHAB, kandungan ayat ini adalah seakan-akan Allah berkata:
"Pernahkah
ada bukti yang telah atau akan dapat ditampilkan bagi ketuhanan berhala-berhala
itu atau kebenaran Persekutuan itu sehingga mereka demikian kukuh menyembah dan
mengikutinya? Pasti tidak pernah dan tidak akan ada"
[2]
Dalam kupasan IBN ASYUR, perkataan ام
Dalam ilmu nahu Arab, ia disebut sebagai منقطعة.
Fungsi penggunaan katanya seperti perkataan بل.
Dalam
konteks ayat, perkataan ام adalah rentetan dari
ayat sebelum:
فَتَمَتَّعُوا
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ (34)
Namun
Dari sudut yang lain pula, penggunaan perkataan ini dalam ayat berbentuk
pertanyaan. Dalam ilmu nahu Arab yg dipanggil sebagai الاستفهام
الانكاري, iaitu mempertanyakan dalam pada mengandungi maksud bantahan.
Taqdir
ayat;
بل أأَنْزَلْنَا
عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا
Dalam
maksud, di sebalik Tuhan bertanya itu sebenarnya Tuhan membantah kepercayaan
yang menganggap bahawa Allah mempunyai sekutu, serta membantah kepercayaan yang
menganggap alam ini perintah oleh Allah bersama dengan pihak yang lain.
Dalam
perkataan yang lain, seakan-akan Allah berkata: apakah Allah telah menurunkan
kepada mereka alasan yang kuat untuk mereka mempersekutukan Allah? Bahkan,
sekali-kali tidak ada. Segala kepercayaan bahawa ada sesuatu selain Allah dalam
hal penyembahan dan pentadbiran alam ini adalah khayalan yang datang dalam
pemikiran manusia yang kufur sahaja.
[3]
Dalam kupasan Syeikh SYA'RAWI, perkataan أم
tidak datang di permulaan ayat. Ini kerana perkataan ini adalah alat untuk
memberi pilihan diantara dua perkara. Contohnya seperti kita berkata:
أجاء زيد أم عمرو؟
Ayat
ini mengandungi dua hal yang bertembung atau bercanggah, sama ada yang datang
itu adalah Zaid ataupun Amru, bukan kedua-duanya sekali datang.
Justeru
dalam ayat Al-Quran ini, ia juga mempunyai pilihan diantara dua hal yang
bercanggah. Taqdir ayat;
أهم اتبعوا أهوائهم أم عندهم كتاب انزل
اليهم؟
Apakah
mereka mengikut hawa nafsu, atau sebenarnya wujud kitab yang diturunkan kepada
mereka untuk mereka menjadikan sandaran hujah terhadap kepercayaan mereka?
|
فَهُوَ
يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُوا بِهِ يُشْرِكُونَ (35) |
[1]
Menurut USAIMIN, maksud perkataan يتكلم
yang diterjemah sebagai bercakap di sini adalah bercakap dengan LISAN AL-HAL,
bukan LISAN AL-MAQAL.
[2]
Ini bermakna mereka tidak mempunyai sebarang sandaran hujah, hal ini kerana
mereka beragama berasaskan kepada hawa nafsu. Seperti halnya yang telah disebut
oleh Allah dalam ayat yang ke-29;
بَلِ اتَّبَعَ
الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَنْ يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ
اللَّهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (29)
Namun
untuk memastikan mereka seperti dari kalangan yang benar, mereka sandarkan
agama mereka itu kepada Allah.
|
PENGAJARAN |
[1]
Aqidah keagamaan haruslah berdasar sesuatu yang sangat jelas lagi pasti. Ia
tidak boleh berdasarkan dugaan dan sangkaan sahaja. Argumennya perlu dari
sesuatu yang tidak timbul kecuali satu makna atau satu interpretasi sahaja.
[2]
Kepercayaan yang menganggap ada sembahan selain daripada Allah adalah suatu
kepercayaan yang tidak mempunyai asas serta dalil. Ia tidak lebih sekadar
khayalan yang datang dari pemikiran manusia sahaja.
No comments:
Post a Comment