Saturday, April 2, 2022

SURAH AL-RUM 17

 AYAT 17

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ (17)

 

“(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh”

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 16

                                   AYAT 17

 

Dinyatakan berkenaan azab yang amat dahsyat diberikan kepada penjenayah agama; iaitu kufur dan anggap bohong pada ayat Allah dan pertemuan dengan Allah.

 

 

Apabila mereka boleh ingkari pertemuan dengan Allah, seakan-akan mereka nafikan kekuasaan Allah. Makanya, tuhan jelaskan bahawa untuk mengetahui ALLAH berkuasa semua itu adalah dengan adanya peredaran petang dan pagi.

 

 

[1] Memandangkan Kafir Quraish menafikan kekuasaan Allah bahawa Allah boleh hidupkan orang mati, maka Allah jelaskan kepada mereka bahawa Allah itu maha berkuasa.

 

[2] Berkuasanya Allah itu sebenarnya berlaku depan mata mereka sendiri, iaitu wujudnya perubahan hari, bermula dari waktu petang yang kemudiannya berjumpa waktu pagi.

 

[3] Apabila itu adalah bukti kekuasaan Allah, sewajarnya manusia itu BERTASBIH kepada Allah, bukan ingkari kekuasaan itu dengan anggap bahawa kehidupan lepas mati itu tidak ada.

 

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ

 

[1] Disebut dengan TAHMID, iaitu menyucikan Allah kerana ayat sebelum menjelaskan bahawa kafir Quraish menafikan terhadap kekuasaan Allah.

 

Manusia boleh ingkari bahawa Allah boleh hidupkan manusia kembali kerana mereka anggap Allah itu ADA KELEMAHAN; mereka rasa, tuhan sepertimana makhluk. Justeru, mendakwa Allah lemah itu adalah salah. Makanya, bersihkan Allah dari dakwaan tersebut dengan TASBIH.

 

[2] Kerap berlaku dalam banyak ayat al-Quran, bahkan hampir semua; apabila sesuatu ayat itu menggunakan TASBIH, ia akan digambarkan kekuasaan Allah.

 

Contohnya, Allah sebut berkenaan Isra’ Nabi;

 

{سُبْحَانَ الذي أسرى بِعَبْدِهِ ... } [الإسراء: 1]

 

Ataupun; Allah sebut

 

{سَبَّحَ للَّهِ مَا فِي السماوات والأرض ... } [الحديد: 1]

 {يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السماوات وَمَا فِي الأرض ... } [الجمعة: 1]

{سُبْحَانَ الذي خَلَق الأزواج كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الأرض وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لاَ يَعْلَمُونَ} [يس: 36]

 

LUGHAH

 

[1] Menurut SHIHAB, asal perkataan تسبيح dari perkataan سبح yang maknanya adalah MENJAUH. Seseorang yang berenang, itu disebut سباح iaitu dia menjauh dari posisinya semula.

 

Justeru, makna TASBIH adalah MENJAUHKAN ALLAH DARI SEGALA SIFAT KEKURANGAN DAN KEJELEKAN. Dalam erti kata lain, perkataan TASBIH mengandungi maksud TANZIH, iaitu MENTANZIH ALLAH dari serba sifat kekurangan serta TANZIH ALLAH dari kesamaan dengan makhluk.

 

[2] Menurut USAIMIN, perkataan TASBIH kepada Allah dalam al-Quran ada dua maksud; iaitu maksud UMUM dan maksud KHUSUS.

 

Ayat ini, TASBIH dalam maksud yang KHUSUS, iaitu bermakna SOLAT kerana ia dikaitkan dengan waktu-waktu tertentu.

 

Ditafsirkan maksud KHUSUS dalam ayat ini sebagai SOLAT kerana melihat kepada hadis bahawa Nabi saw suruh agar membaca tasbih semasa rujuk dan sujud.

 

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ، قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ} [الواقعة: 74] ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اجْعَلُوهَا فِي رُكُوعِكُمْ» ، فَلَمَّا نَزَلَتْ {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى} [الأعلى: 1] ، قَالَ: «اجْعَلُوهَا فِي سُجُودِكُمْ» - ابو داود, 869

 

Ketika turun, "FASABBIH BISMIRABBIKAL 'ADZIIM (maka sucikanlah dengan nama Tuhan-mu yang Maha agung)."

 

Rasulullah saw bersabda: "Jadikanlah ia sebagai bacaan rukuk kamu".

 

Dan ketika turun: "SABBIHISMA RABBIKAL A'LA (Sucikanlah dengan nama Rabb-mu yang Mahatinggi)", maka Rasulullah pun bersabda: "Jadikanlah ia sebagai bacaan sujud kamu” (Abu Daud, hadis no: 869)

 

[3] Pada perkataan تمسون, USAIMIN kata, ia adalah merujuk kepada solat MAGHRIB dan ISYAK.

 

[4] Dari segi اعراب, perkataan فَسُبْحَانَ اللَّهِ itu adalah مفعول مطلق وعامله محذوف

 

وَحِينَ تُصْبِحُونَ (17)

 

LUGHAH

 

Perkataan تصبحون, rata-rata ulama tafsirkan sebagai solat subuh.

 

PENGAJARAN

 

[1] Ayat ini dijadikan sandaran para ulama berkenaan solat Asar dan Maghrib yang merujuk kepada petang, dan solat subuh yang merujuk kepada pagi.

 

[2] Dalam ayat ini, dimulakan dengan تمسون berbanding تصبحون. Menurut AL-BIQAIE, hal ini mahu menggambarkan kepentingan solat asar. Menurut IBN ASYUR pula, didahulukan تمسون iaitu petang kerana melihat cara kiraan hari bagi masyarakat orang arab yang memulakannya bermula pada waktu petang.

 

Menurut SHIHAB pula, petang adalah waktu tenggelamnya matahari. Secara ISYARAT, ia memberi maksud bahawa kehidupan manusia berakhir dan bermulanya kiamat. Penafsiran ini dikemukakan kerana melihat kepada ayat sebelum yang menyebut berkenaan keingkaran kafir Quraish terhadap kehidupan selepas mati.

 

Justeru, sebutan tentang تصبحون pula memberi maksud bermula kehidupan di alam akhirat yang merupakan hakikat kehidupan.

 

[3] Menurut AL-RAZI, perbezaan antara TASBIH MANUSIA dari TASBIH MALAIKAT adalah penentuan masa.

 

Bagi Malaikat, mereka berTASBIH pada setiap masa dan ketika. Firman Allah:

 

يُسَبِّحُونَ اللَّيْلَ وَالنَّهارَ لَا يَفْتُرُونَ [الْأَنْبِيَاءِ: 20]

“Mereka beribadat malam dan siang tanpa berhenti-henti” (Surah al-Anbiya’, ayat 20)

 

Hal ini berbeza dengan manusia yang ada kaitan kehidupan mereka dengan makan, minum, beristeri dan sebagainya. Makanya, tuhan membuat konsep TASBIH UNTUK MANUSIA untuk waktu-waktu tertentu sahaja.

 

[4] Ayat ini dijadikan dalil berkenaan solat lima waktu. Menurut riwayat bahawa Ibn Abbas ditanya berkenaan solat lima waktu, apakah ada dalam al-Quran? Ibn Abbas menjawab dengan membacakan ayat ini;

رُوِيَ أَنَّ نَافِعَ بْنَ الْأَزْرَقِ سَأَلَ ابْنَ عَبَّاسٍ: هَلْ تَجِدُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ فِي الْقُرْآنِ؟ قَالَ: نَعَمْ. وَتَلَا قَوْلَهُ تَعَالَى فَسُبْحانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ إِلَى قَوْلِهِ وَحِينَ تُظْهِرُونَ – ابن عاشور

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...