Saturday, March 19, 2022

SURAH AL-RUM 16

 AYAT 16

 

وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ فَأُولَئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ (16)

Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 15

AYAT 16

 

Dijelaskan balasan nikmat kepada orang yang beriman.

 

Dijelaskan balasan azab kepada mereka yang kufur.

 

 

PENJELASAN AYAT:

 

[1] Orang kafir Quraish yang sindir orang islam, kononnya kalah Rom itu sebagai kekalahan orang Islam juga; sebenarnya mereka perlu sedar bahawa orang yang sebenar-benar kalah adalah bukan di dunia, tetapi kalah di akhirat.

 

Kalah di akhirat memberi implikasi masuk neraka yang ditimpa azab yang maha dahsyat.

 

[2] Kemenangan adalah mendapat kebebasan. Kalau tidak ada kebebasan, bahkan hidup dalam pemaksanaan, itu adalah hakikat kekalahan.

 

Orang kafir dalam neraka nanti, mereka sentiasa berimaginasi mahu keluar dari neraka, tetapi mereka tidak mendapat kebebasan itu. Mereka sentiasa dipaksa berada dalam neraka.

 

وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ

 

Tuhan jelaskan ciri-ciri kafir Quraish dalam ayat ini adalah tiga perkara: (a) Kufur, (b) dustakan ayat Allah, (c) dustakan bertemuan dengan Allah di akhirat kelak.

 

LUGHAH

 

[1] dalam ayat, digunakan perkataan لِقَاءِ الْآخِرَةِ yang diterjemahkan sebagai “pertemuan akhirat”. Ia memberikan beberapa maksud.

 

Pertama, ia ditafsirkan sebagai bertemu dengan kehidupan semula di alam akhirat kelak.

 

Kedua, ia adalah اقتضاء النص iaitu bermaksud pertemuan dengan Allah pada hari akhirat kelak.

 

فَأُولَئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ (16)

 

LUGHAH

 

[1] SHIHAB kata, perkataan المحضرون yang bermaksud “dihadirkan”. Ia dikaitkan dengan azab, kerana ahli neraka itu tidak mahu masuk neraka, tetapi mereka dipaksa masuk ke dalam neraka.

 

[2] Perkataan مُحْضَرُونَ digunakan الإسم bukan الفعل. Perbezaannya adalah, penggunaan اسم memberi sesuatu itu sudah sebati bagi diri manusia. Sedangkan فعل ia tidak sebati, walaupun boleh memberi maksud sentiasa.

 

Justeru, pemaknaan ayat ini memberikan gambaran bahawa ahli neraka itu, jiwa-jiwa mereka tetap tidak mahu berada dalam neraka. Mereka tidak berputus asa untuk mencari jalan keluar dari neraka, tetapi mereka tetap dipaksa azab.

 

PENGAJARAN

 

[1] azab diberikan kepada ahli neraka; iaitu mereka yang kufur, dustakan kebenaran dan dustakan akhirat.

 

[2] Azab juga boleh diberikan kepada mereka yang beriman, tetapi tidak berhenti dari melakukan dosa dan maksiat.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...