AYAT 8
أَوَلَمْ
يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ
النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ (8)
[8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui
yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka
dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala
yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan
dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui
Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh
ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 7 |
AYAT 8 |
|
Orang kafir Quraish lalai terhadap hari akhirat. Semuanya berpunca, hanya melihat apa yang tersurat sahaja. |
Mereka tidak mahu fikir merupakan punca mereka tidak dapat melihat
perkara yang tersurat itu. |
|
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ |
KONTEKS
AYAT
[1]
Menurut HAMKA, maksud انفسهم yang
diterjemahkan sebagai DIRI MANUSIA di sini adalah anggota badan seperti mulut,
telinga dan sebagainya; semuanya itu sebaik-baik ciptaan. Tuhan letakkan itu
tepat dengan kedudukannya, hidung dan mata di bahagian kepala dan sebagainya. Tuhan
bertanya, apakah perkara yang dekat dengan manusia iaitu diri mereka sendiri
pun, mereka tidak tengok untuk berfikir?
PERBAHASAN
LUGHAH
[1]
pada perkataanأَوَلَمْ asal susunan katanya
adalah وألم yang و itu adalah عطف dan همزة itu adalah استفهامية.
[2] استفهامية dalam ayat ini merujuk kepada
التوبيخ iaitu untuk menggambarkan buruknya tindakan mereka yang tidak
mahu berfikir. Justeru, tuhan tanya untuk mendesak agar mereka berfikir.
[3] perkataan التفكر atau berfikir, IBN ASYUR
kata, ada proses menggerakan akal. Dalam al-Quran, ia ada kaitan dengan proses
memerhatikan sesuatu secara mendalam التأمل dalam mendapat pendalilan secara Aqli.
وَالتَّفَكُّرُ:
إِعْمَالُ الْفِكْرِ، أَيِ الْخَاطِرِ الْعَقْلِيِّ لِلِاسْتِفَادَةِ مِنْهُ،
وَهُوَ التَّأَمُّلُ فِي الدَّلَالَةِ الْعَقْلِيَّةِ. وَقَدْ تَقَدَّمَ عِنْدَ
قَوْلِهِ تَعَالَى قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمى وَالْبَصِيرُ أَفَلا
تَتَفَكَّرُونَ فِي سُورَةِ الْأَنْعَامِ [50] – عاشور
Perkara yang hampir
sama disebut oleh Ibn Kathir:
النَّظَرَ
وَالتَّدَبُّرَ وَالتَّأَمُّلَ لِخَلْقِ اللَّهِ الْأَشْيَاءَ مِنَ الْعَالَمِ
الْعُلْوِيِّ وَالسُّفْلِيِّ، وَمَا بَيْنَهُمَا مِنَ الْمَخْلُوقَاتِ
الْمُتَنَوِّعَةِ، وَالْأَجْنَاسِ الْمُخْتَلِفَةِ – ابن كثير
Dalam
erti kata lain, perlu ada proses interaksi pancaidera; seperti mata melihat,
telinga mendengar serta deria rasa sehingga semua itu dapat menggerakan akal
untuk berfikir yang dengan itu tercapai pengetahuan.
|
مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا |
KONTEKS
AYAT
[1]
Setelah Allah sebut bahawa manusia perlu berfikir berkenaan diri mereka
sendiri, Allah pun sebut pula keperluan manusia berfikir berkenaan perkara yang
mengelilingi mereka, iaitu langit dan bumi, serta segala makhluk yang ada
antara kedua-dua ini.
PERBAHASAN
LUGHAH
[1]
menurut QURAISH SHIHAB (sebenarnya diambil dari TAHIR IBN ASYUR), dari sudut bahasa
arab, ayat ini disebut sebagai BADAL ISYTIMAL bagi perkaraan انفسهم—seakan-akan tuhan kata: Apakah mereka
tidak berfikir tentang DIRI MEREKA; diri kamu itu sendiri adalah ada kaitan
dengan ciptaan langit dan bumi serta makhluk yang berada antara kedua-duanya.
|
إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى |
KONTEKS
AYAT
[1]
Dalam pada kehebatan ciptaan langit dan bumi, serta segala makhluk yang ada
antara kedua-duanya; semua hal ini adalah benar (bukan main-main) dan ada tarikh
luputnya (kiamat).
[2]
maksud dengan بالحق dalam
ayat ini adalah ciptaan bumi dan langit serta antara keduanya ini BUKAN SIA-SIA
dan TANPA TUJUAN. Ia terkandung dalam maksud ayat:
أَفَحَسِبْتُمْ
أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ (115) –
المؤمنون
Sama dalam surah al-Anbiya’, ayat 16;
وَمَا
خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ (16) - الأنبياء
Meneurut
IBN ASYUR,
setiap ciptaan langit dan bumi ini, pasti disebaliknya ada hikmah. Atau dalam
erti kata lain, disebalik langit dan bumi serta antara keduanya yang kita
nampak ini, ada metafiziknya.
AL-QURTUBI membawakan beberapa tafsiran-tafsiran lain
bahawa di sana ada menafsirkan maksud بالحق di sini bermaksud للحق –untuk kebenaran, iaitu Tuhan
ciptakan langit dan bumi serta antara keduanya untuk manusia manusia bertindak selaras
dengan kebenaran; dengan itu, memberi implikasi pahala; jika tidak selaras
dengan kebenaran, maka mendapat dosa.
Beliau turut menukilkan pendapat yang lemah yang mengatakan
maksudnya adalah لأقامة الحق iaitu ciptaan langit dan bumi serta antara keduanya agar
manusia bergerak untuk menegakkan kebenaran.
Pendapat doif yang lain pula mengatakan, maksudnya
adalah بالعدل iaitu berserta dengan keadilan; pendapat doif lain pula kata, بالحكمة iaitu berserta dengan hikmah
dan kebijaksanaan; iaitu, tuhan buat langit dan bumi serta makhluk antara
keduanya ini; disebaliknya ada kebijaksanaan.
[3] Apabila ayat menyebut وَأَجَلٍ
مُسَمًّى yang diterjemahkan sebagai “ada masa yang ditetapkan”,
bermakna Allah memberitahu bahawa langit dan bumi ini ada TARIKH LUPUTNYA.
Sebenarnya, bukan sekadar ada tarikh luput; bahkan
pada setiap pergerakan alam ini terikat dengan sistem dan kadar yang telah
ditetapkan oleh Allah.
وَكُلُّ شَيْءٍ
عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ (8) - الرعد
Seperti, manusia ini mampu bekerja berdasarkan tahap kemampuannya;
makanya dalam penat, manusia perlu tidur dan berehat. Ataupun; mata manusia
dapat melihat, ada tahap kemampuannya; manusia tidak dapat melihat sesuatu
disebalik dinding.
Salah satu kadar yang telah Allah tetapkan adalah semua
perkara ada tarikh luputnya; ada tarikh matinya. Kalau manusia, disebut mati;
kalau alam, disebut sebagai kiamat.
|
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ (8) |
KONTEKS
AYAT
[1]
Ayat ini menjelaskan lagi maksud ayat 7; وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ
هُمْ غافِلُونَ, iaitu maksud mereka lalai alam akhirat itu adalah mereka kufuri/ingkari
pertemuan dengan Allah pada akhirat kelak.
Dalam erti kata yang lain, kalau ada dari kalangan
mereka yang percaya kehidupan lepas dari mati, tetapi dalam masa yang sama,
mereka ingkari PERTEMUAN DENGAN ALLAH, maka mereka tetap kafir juga; tetap
dianggap LALAIKAN AKHIRAT.
Dalam
surah al-Baqarah, Allah ada mengkritik orang Ahli Kitab yang tidak beriman
dengan al-Quran dan melakukan pendustaan terhadap al-Kitab (taurat/injil),
tuhan nyatakan perbezaan mereka dengan orang islam adalah, orang islam YAKIN
BERTEMU DENGAN ALLAH.
الَّذِينَ
يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (46)
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ
وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ (47) – البقرة
Secara tersirat, memberi maksud bahawa AHLI KITAB
TIDAK YAKIN BERTEMU DENGAN ALLAH, walaupun diakui bahawa mereka percaya
kehidupan lepas dari mati.
[2] Kata SOLEH USAIMIN, maksud mereka kafir di sini
adalah INGKARI KEHIDUPAN LEPAS DARI MATI.
Justeru,
jika dilihat dari konteks Rom dan farsi, secara
tidak langsung digambarkan bahawa persamaan antara Farsi (majusi) dengan Kafir
Quraish; antaranya adalah mereka tidak percaya konsep KEHIDUPAN SELEPAS MATI, apatah
lagi BERTEMU DENGAN ALLAH. Hal ini yang membezakan antara Islam dan Kristian
rom; kedua-dua agama ini datang dari langit yang sudah pasti antara konsep
dasarnya adalah adanya kehidupan selepas mati.
[3]
dalam ayat, tuhan sebut “INGKAR—KAFIR” terhadap pertemuan dengan Allah. Dalam erti kata lain, kalau nak dilihat dalam
penganut agama lain, ada dari kalangan mereka percaya kehidupan lepas dari
mati, tetapi mereka INGKARI pertemuan dengan Allah.
[4] Tuhan bukan
sekadar bertemu dengan orang mukmin, bahkan turut bertemu dengan orang kafir.
Menurut SOLEH USAIMIN, tuhan bertemu dengan orang mukmin dalam keadaan REDHA,
dan tuhan bertemu dengan orang kafir dalam keadaan BENCI.
|
PENGAJARAN |
[1]
Apabila tuhan kata, ciptaan langit dan bumi serta antara keduanya sebagai الحق –Secara
tidak langsung, ia telah menolak dakwaan yang mengatakan bahawa langit dan bumi
ini wujud secara ilusi sahaja.
[2]
konsep berfikir yang diperkenalkan dalam agama, jangan sekadar dibataskan dalam
hal fizik, tetapi perlu sampai kepada perkara metafizik. Perlu dilihat yang
tersirat disebalik yang tersurat.
No comments:
Post a Comment