Tuesday, March 8, 2022

SURAH AL-RUM 11

 AYAT 11

 

اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (11)

[11] Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 10

AYAT 11

 

Tuhan jelaskan dosa besar yang dilakukan oleh kafir Quraish adalah dustakan dan “menganjing” ayat Allah.

 

Tuhan suruh berhati-hati—mereka bukan sekadar hidup di dunia sahaja. Bahkan, mereka bakal mati dan berjumpa dengan Allah selepas dari  mati nanti.

 

 

[1] Allah menjelaskan kekuasannya yang wajib diperkaui oleh semua manusia, iaitu;

(a)                mewujudkan makhluk asalnya tiada.

(b)               Semua akan dihidupkan kembali selepas mereka mati.

(c)                Manusia akan mengadap Allah selepas mereka dibangkitkan dari mati.

 

اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ

 

KONTEKS

 

[1] Orang kafir mengakui bahawa Allah yang mencipta mereka. Hal ini disebut oleh Allah dalam ayat 61, surah al-Angkabut:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (61)

 

Justeru, dalam ayat ini Tuhan ulangi kepercayaan awam tersebut. Tuhan turut ulangi kepercayaan mereka bahawa manusia akan mati—kembali balik dari tiada kepada ada, iaitu di alam akhirat.

 

Justeru, ia sebagai ingatan kepada mereka bahawa mereka tidak boleh rasa senang dengan troll dan menganjing, kerana mereka akan mengadap Allah.

  

[2] pada perkataan الخلق, SHIHAB kata ia dikhususkan kepada manusia sahaja. Alasan beliau, melihat pada konteks ayat yang menyebut berkenaan penghidupan kembali dan mendapat balasan akhirat.


ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (11)

 

KONTEKS

 

[1] ayat ini menyebut berkenaan kehidupan lepas dari mati. Ayat ini berada dalam surah al-Rum yang konteks ayatnya ada kaitan dengan orang farsi yang tidak percaya kehidupan lepas dari mati. Ia juga ada kaitan dengan “menganjing” orang Quraish terhadap muslim yang mereka samakan rom yang kalah dalam perang dengan Farsi sebagaimana kalah orang islam dengan Quraish.

 

Dengan itu, menurut SHIHAB, ayat ini amat seragam dengan konteks surah al-Rom.

 

LUGHAH

 

[1] Dalam ayat sebelum -- الله يَبْدَأُ الخلق ثُمَّ يُعِيدُهُ—digunakan kata مفرد, tetapi pada sambungan ayat-- ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ—digunakan lafaz جمع yang mengandungi maksud bahawa semua makhluk diciptakan dan kemudian akan dikembalikan semula termasuk manusia. Namun, yang mengadap Allah hanya manusia sahaja.

 

PENGAJARAN

 

[1] manusia perlu ambil ingatan dalam setiap tindakan di atas muka bumi bahawa semasa di dunia, jangan buat sesuka hati sahaja; tanpa memikirkan soal dosa dan pahala. Hal ini kerana, semua manusia bakal berjumpa dengan Allah dan akan dipertanggungjawab semua tindakan mereka.

 

 

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...