AYAT 15
فَأَمَّا الَّذِينَ
آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ (15)
Adapun
kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan
ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 14 |
AYAT 15 |
|
Di akhirat kelak, manusia akan
berpecah-pecah. |
Orang beriman akan berpecah dengan orang
yang tidak beriman, iaitu mereka akan dihantar ke tempat nikmat, iaitu
syurga. |
PENJELASAN
AYAT:
Orang
kafir Quraish yang menganjing orang-orang islam, kononnya orang islam sebagai
kalangan yang kalah sepertimana Rom kalah ketika berperang dengan farsi.
Hakikatnya,
orang islam itu adalah orang yang menang; iaitu, di akhirat kelak mereka akan
mendapat syurga yang dipenuhi nikmat yang luar biasa.
|
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ |
[1]
Apabila disebut iman, sudah pasti merangkumi maksud amal. Hal ini kerana, tidak
dinamakan iman kecuali ada amal. Apabila seseorang itu tidak beramal, bermaksud
ia tidak ada iman.
Justeru,
apabila dalam ayat tuhan sebut juga perkataan amal soleh selepas menyebut iman;
ia sebagai ta’kid terhadap maksud iman.
Penafsiran
ini dibantah dengan hujah bahawa implikasi penafsiran sebegini akan memberi
maksud bahawa tidak beramal bermakna telah kufur. Ini sudah bercanggah dengan
dasar ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang mengatakan pelaku dosa besar (antaranya
tidak beramal soleh) masih lagi dikira sebagai mukmin.
Justeru,
perkataan وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ bukan ta’kid, tetapi sekadar عطف bagi perkataan الَّذِينَ آمَنُوا. Makanya, ditafsirkan perkataan الَّذِينَ آمَنُوا sebagai iman dalam hati, sedangkan وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ sebagai perbuatan
yang soleh yang lahir dari hati yang soleh (iman).
[2] Apabila tuhan sebut berkenaan amal soleh yang
disebut sebelumnya soal iman; ini memberi gambaran bahawa di sana ada orang
musyrik yang melakukan kebaikan. Ia memberi maksud, amal baik oleh orang kafir
dan musyrik tidak dikira sebagai amal soleh.
|
فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ (15) |
LUGHAH
[1]
SHIHAB kata, perkataan روضة bermaksud tempat yang luas yang sekelilingnya tersedia air yang
cukup serta pokok-pokok yang indah. Dalam komentar al-Tabari pula, disertakan
juga aroma yang wangi.
Dari sudut pemaknaan, ia bermaksud syurga. Hal ini kerana,
dalam imaginasi manusia bahawa kebun itu indah. Makanya, ia sebagai langkah
pertama untuk nak menanggapi imaginasi manusia terhadap keindahan syurga.
Syaikh Sya’rawi kata, taman dan kebun yang cantik ini
sesuatu yang susah berlaku dalam masyarakat arab. Hal ini kerana, arab lebih
dengan dekat dengan padang pasir. Dengan sebab itu, apabila al-Quran mengunakan
syurga dengan sebutan روضة, sudah pasti ia satu imaginasi yang mengkagumkan bagi
masyarakat arab.
[2] perkataan يحبرون dari perkataan حبرة—Hibrah. Asal maknanya adalah
bekas sesuatu yang bersifat baik dan indah. SHIHAB kata, ia bermaksud
kegembiraan ahli syurga yang BERBEKAS pada wajah ahli syurga.
Menurut al-Imam Fakhr al-Din al-Razi bahawa perkataan يحبرون digunakan فعل المضارع yang mengandungi maksud التجدد iaitu, kegembiraan itu
sentiasa dapat dan bersifat perkara-perkara baru; iaitu, nikmat semalam tidak
sama dengan nikmat hari ini; nikmat hari ini tidak sama dengan nikmat
seterusnya.
|
PENGAJARAN |
kalau
kita mahu masuk ke syurga, kita perlu ada dua perkara utama: (a) beriman, dan
(b) beramal dengan amal soleh.
No comments:
Post a Comment