Tuesday, March 1, 2022

SURAH AL-RUM 6

 AYAT 6

 

وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (6)

[6] Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 5

AYAT 6

 

Tuhan sebut bahawa kemenangan Rom itu adalah pertolongan dari Allah.

 

 

Ayat ini, tuhan jelaskan pertolongan Allah itu adalah janji dari Allah.

 

وَعْدَ اللَّهِ

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Tuhan sebut “janji Allah”, ini disebut kalam ijaz yang mahu menarik perhatian.  Macam kita dikejar oleh harimau, kita hanya sebut “HARIMAU!!”. Walaupun ungkapan satu perkataan, tetapi terkandung dalamnya kita mahu menarik perhatian orang ramai bahawa “saya sedang dikejar harimau, maka tolonglah saya”

 

[2] Ibn kathir kata, janji Allah dalam ayat ini adalah janji Allah memberi kemenangan kepada Rom yang berlawan dengan Farsi.

أَيْ: هَذَا الَّذِي أَخْبَرْنَاكَ بِهِ -يَا مُحَمَّدُ -مِنْ أَنَّا سَنَنْصُرُ الرُّومَ عَلَى فَارِسَ، وَعْدٌ مِنَ اللَّهِ حَقٌّ، وخَبَر صِدْقٍ لَا يُخْلَفُ، وَلَا بُدَّ مِنْ كَوْنِهِ وَوُقُوعِهِ – ابن كثير

 

LUGHAH

 

[1] perkataan وعد الله adalah masdar dari taqdir kalam وعدهم الله النصر. Ia mengandungi maksud ta’kid.

 

[2] perkataan وعد bermakna Janji. SYA’RAWI kata, janji bermaksud memberi jaminan terhadap sesuatu yang belum berlaku.  Ada dua jenis janji: (a) janji Allah, (b) janji manusia. Janji Allah adalah pasti. Janji manusia, belum pasti lagi.

 

لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Allah berjanji bahawa dia akan bagi kemenangan kepada Rom, pasti ia akan terjadi. 

 

LUGHAH

 

[1] ini adalah jumlah tawkid, iaitu menguatkan makna وعدالله

  

وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (6)

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Ramai dari kalangan kafir Quraish tidak tahu berkenaan janji Allah—rom bakal menang.

 

[2] tuhan sebut “Ramai manusia”, menggambarkan bahawa yang tahu janji Allah benar itu hanya sedikit sahaja—mereka adalah orang mukmin.

 

LUGHAH

 

[1] walaupun konteks ayat berkaitan dengan Quraish mekah, tetapi kaedah usul: pakai umum lafaz, iaitu termasuk juga selain Quraish mekah. Justeru, dalam janji-janji Allah dalam hal lain, ramai manusia tidak tidak tahu.

 

PENGAJARAN

 

Pertolongan Allah memberi kemenangan kepada Rom berkaitan dengan الامر الكوني, yang ia sudah pasti melibatkan strategi dan kekuatan ketenteraan. Bertindak dengan mengikut system alam untuk mencapai kemenangan, ia merupakan jalan-jalan untuk mendapat pertolobgan Allah.

 

Dalam konteks ayat, Tuhan berjanji memberi pertolongan kepada Rom; iaitu apabila mereka mengikut jalan-jalan mencapai kemenangan yang ditetapkan oleh Allah dalam system alam.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...