Tuesday, March 8, 2022

SURAH AL-RUM 10

 AYAT 10

 

ثُمَّ كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاءُوا السُّوأَى أَنْ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَكَانُوا بِهَا يَسْتَهْزِئُونَ (10)

[10] Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 9

AYAT 10

 

Disebut berkenaan umat-umat dahulu yang ada kekuatan yang jauh lebih hebat dari Quraish. Walaupun kuat, mereka dibinasakan oleh Allah.

 

 

Disebut PUNCA mereka dibinasakan, iaitu kejahatan mereka sudah sampai tahap yang maksima.

 

[1] manusia melakukan kejahatan itu ada tahapnya juga. Antara tahap yang paling teruk adalah; bukan sekadar mereka kufur, bahkan mereka sanggup kata kebenaran itu sebagai dusta.

 

[2] Ada manusia itu, kejahatannya sudah semakin melampau; apabila dia lihat orang buat baik, dia tidak tenang, maka dia pun menganjing dan troll terhadap orang yang berbuat kebaikan; atau troll dan menganjing kepada orang yang percaya kepada kebenaran.

 

ثُمَّ كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاءُوا السُّوأَى

 

KONTEKS

 

[1] Setelah tuhan menjelaskan berkenaan kebinasaan umat-umat terdahulu, tuhan jelaskan punca mereka dibinasakan; iaitu, apabila mereka melakukan السوأي

 

[2] Secara tersirat, Tuhan memberi ingatan kepada kafir Quraish bahawa السوأي ini turut dilalukan oleh mereka. Tidak mustahil kebinasaan yang sama bakal menimpa kafir Quraish pula.

 

LUGHAH

 

[1] perkataan السُّوأَى adalah muannas dari isim tafdhil bagi perkataan الأسواء yang memberi maksud keburukan yang teramat sangat.

 

Lawan bagi kata الإساءة adalah الإحسان. Di akhir surah al-Ankabut, Allah ada sebut berkenaan kalangan محسنين

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ (69)

 

Iaitu, kalangan yang bukan sekadar berbuat balik, tetapi jiwa raganya sudah baik. Dia tidak buat jahat, bukan kerana takut undang-undang, tetapi dia sedar dan rasa bahawa Allah sedang melihatnya.

 

Kalau MUHSIN adalah orang yang berbuat baik dengan jiwa raganya—sudah pasti, dia tidak akan melakukan sebarang kejahatan, walaupun sedikit kecuali dia dalam keadaan ketakutan, maka orang yang melakukan الإساءة adalah orang yang bukan sekadar dia melakukan kejahatan, bahkan dia tidak tenang melihat orang yang berbuat kebaikan.

 

Dalam ayat 69 surah al-Angkabut, Allah sebut betapa sayangnya Allah kepada orang MUHSIN, dalam ayat ini pula, tuhan sebut berkenaan kebencian Allah terhadap orang yang yang berbuat الإساءة, iaitu MENDUSTAKAN AYAT ALLAH, bahkan MEMPEROLOK-OLOKKAN pula.

 

[2] Menurut USAIMIN, pada perkataan السُّوأَى terdapat beberapa اعراب:

n   ada kata, ia adalah khabar كان, maka dibaca dengan منصوب. Justeru, perkataan عاقبة dibaca dengan مرفوع

n   ada kata, ia adalah اسم كان مؤخر yang dibaca dengan مرفوع. Justeru, khabar كان itu المقدر

n   ada juga kata, ia adalah مفعول مطلق yang taqdir kalamnya اساؤوا السيئة السوأي

 

أَنْ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ

 

KONTEKS

 

[1] Apabila tuhan sebut mereka melakukan kejahatan yang amat dahsyat, maka tuhan pun perincikan bentuk kejahatan tersebut. Dalam ayat ini, perincian yang pertama adalah MEREKA DUSTAKAN AYAT ALLAH.

 

[2] Perbuatan manusia itu ada baik dan ada jahat. Amalan kejahatan manusia itu, ada kejahatan terhadap manusia dan ada kejahatan terhadap tuhan. Dalam banyak-banyak kejahatan manusia terhadap tuhan, antara yang paling besar adalah MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH.

 

LUGHAH

 

[1] Maksud ايات الله dari sudut harfiyyah diterjemahkan sebagai TANDA-TANDA ALLAH.

 

Apabila disebut TANDA-TANDA ALLAH, ia boleh sahaja bermaksud KITABULLAH, bahkan termasuk juga KEBENARAN SESUATU KEJADIAN YANG DIJANJIKAN ALLAH seperti janji Allah bahawa ROM BAKAL MENANG DALAM MENGALAHKAN FARSI DALAM JANGKA MASA 3 HINGGA 10 TAHUN. (lihat ayat 4)

 

Namun, jika dilihat pada ayat lanjutan, disebut bahawa DENGAN AYAT ALLAH ITU, MEREKA MEMPEROLOKKAN; bermakna, maksud dengan AYAT ALLAH dalam konteks ayat adalah JANJI ALLAH untuk memberi KEMENANGAN KEPADA ROM.

 

Dalam erti kata lain, orang kafir Quraish menganjing dan troll, bahkan memperolok-olokkan ayat Allah, apabila diberitahu bahawa Rom bakal bangkit untuk mengalahkan Farsi.

 

وَكَانُوا بِهَا يَسْتَهْزِئُونَ (10)

 

KONTEKS

 

[1] ini perincian kedua bagi maksud السوأي iaitu, lebih buruk dari mendustakan ayat Allah adalah memperolok-olokkan ayat Allah itu; iaitu, buat “nganjing” dan “troll”.

 

LUGHAH

 

[1] pada بِهَا يَسْتَهْزِئُونَ—perkataan باء adalah السببية والتعليلية iaitu memberi maksud, dengan sebab ayat-ayat Allah itu, mereka “memperolok-olokkan”, “troll” dan “menganjing”.

 

PENGAJARAN

 

[1] antara bahaya sifat sombong adalah orang yang sombong itu bukan sekadar tidak dapat terima kebenaran dan kebaikan, bahkan sanggup anggap kebaikan dan kebenaran itu sebagai dusta.

 

Lebih parah lagi, apabila mereka sanggup “troll” dan “menganjing” terhadap kebenaran dan kebaikan.

 

[2] Setiap perilaku manusia, mesti ada implikasinya—kerana manusia menerima konsep sebab-akibat. Antara implikasi yang manusia dapat adalah syuga, jika berbuat baik; dapat neraka, jika berbuat jahat.

 

Dalam ayat ini, tuhan jelaskan azab neraka sebagai implikasi dari melakukan السُّوأَى  iaitu, dua perkara; dustakan ayat Allah dan memperolok-olokkannya.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...