AYAT 23
وَمِنْ
آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ (23)
Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya
kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari
limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat
pengajaran)
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 22 |
AYAT 23 |
|
Disebut berkenaan
tanda-tanda kebesaran Allah itu adalah tuhan menciptakan siang dan malam,
serta ciptaan manusia yang mempunyai pelbagai bahasa dan bangsa |
Disebut bahawa dengan
kewujudan siang dan malam, manusia tidur dan bekerja mencari rezeki. |
[1] Apabila tuhan susah sebut berkenaan ciptaan langit
dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan bangsa bagi manusia, maka tuhan sebut pula
perkara penting bagi manusia adalah macam mana manusia nak menjalani kehidupan
seharian.
[2]
Dalam ayat ini, tuhan sebut dua perkara:
A.
Tidur
pada waktu malam
B.
Berusaha
mencari rezeki pada waktu siang
Dua
perkara ini, sejalan dengan firman Allah dalam surah al-Naba’;
وَجَعَلْنَا
اللَّيْلَ لِبَاسًا (10) وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا (11) - النباء
[3]
Ini disebut oleh Allah sebagai mahu menggambarkan kekuasaan Allah yang tidak
dapat dilihat oleh kafir quraish—mereka menafikan kekuasaan Allah yang bakal
memberi kemenangan kepada Rum selepas mereka dikalahkan oleh Farsi.
|
وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ والنهار |
[1]
Tuhan mulakan sekali lagi dengan ومن
اياته—sebahagian dari tanda-tanda kebesaranNya.
[2]
Dalam ayat ini, dimulakan dengan menyebut kematian berbanding mencari rezeki. Menurut
al-Qurtubi, maksud tidur adalah manusia itu bermula dengan mati, dan maksud
dengan mencari rezeki pula adalah kehidupan selepas dari mati.
[3]
menurut al-Razi, Tuhan sebut bahawa tidur itu dikaitkan malam dan siang;
disebutkan malam dahulu, kerana malam adalah waktu yang sesuai dengan tidur. Kemudian
disebut siang, kerana di waktu siang juga boleh tidur, tetapi sekadar sampingan
sahaja, seperti qaylulah. Hal ini selaras dengan firman Allah:
{وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اليل
والنهار لِتَسْكُنُواْ فِيهِ} [القصص: 73]
|
وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ |
[1] maksud dengan فضله
yang diterjemahkan sebagai KURNIAANNYA, SHIHAB jelaskan bahawa
maksudnya adalah KELEBIHAN DARI KADAR KEPERLUAN. Ia bukan sekadar mendapat
keperluan, bahkan mendapat perkara lebihan dari keperluan, seperti bukan
sekadar dapat makan, tetapi makan yang sedap; bukan sekadar dapat makan, bahkan
dapat makan yang mewah dan sebagainya.
[2]
asal siang adalah mencari rezeki Allah. Hal ini disebut dalam firman Allah;
وَجَعَلْنا
آيَةَ النَّهارِ مُبْصِرَةً لِتَبْتَغُوا فَضْلًا [الْإِسْرَاءِ: 12]
Namun,
dalam ayat ini disebut mencari kurniaan Allah itu tanpa dibataskan siang dan
malam. Menurut Tahir ibn Asyur, ia dalil bahawa mendapat rezeki boleh sahaja
dapat pada waktu malam, walaupun induk dalam usaha mencari rezeki adalah waktu
siang.
|
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ
يَسْمَعُونَ (23) |
[1] Tuhan khususnya menyebut, nikmat tidur di waktu
malam dan bekerja mencari rezeki pada waktu siang, ia merupakan tanda-tanda
kebesaran Allah—ia dapat dirasai oleh orang yang mendengar.
Dikaitkan dengan MENDENGAR kerana dalam tubuh jasad
manusia, mendengar adalah pancaindera yang paling banyak dapat cerap ilmu, berbanding
yang lain.
Orang buta dapat ilmu lebih kuat berbanding orang
pekak.
Menurut Buya Hamka, dengan pendengaran, manusia dapat
kecapi nikmat yang paling kecil, seperti bunyi ciapan burung, bunyi keindahan
tiupan angin, bunyi ombak lautan, bunyi hujan lebat dan sebagainya.
Dalam Kupasan SHIHAB, dinukilkan pendapat TAHIR IBN
ASYUR bahawa tidur dan bekerja adalah pekerja harian manusia yang dilakukan
sehingga ia berlaku dalam alam tanpa sedar. Justeru, untuk dianggap bahawa ia
adalah TANDA KEBESARAN ALLAH, perlu ada TAZKIRAH yang berbentuk ucapan yang
perlu disampaikan kepada manusia. untuk nak sampaikan tazkirah itu, perlu ada
penyampaian berbentuk kata-kata yang DIDENGARI.
Tambahan pula, soal tidur adalah salah satu rahsia
yang amat besar berlaku dalam hidup manusia. dengan tidur, ada isu mimpi; semua
ini, rahsianya tidak diketahui kecuali perlu ada kajian ilmiah yang perlu
diberikan penjelasan dari pakar—ia perlu berbentuk memberitahu dan mendengar
penjelasan tersebut.
[2]
al-Qurtubi ada membawakan satu riwayat doif bahawa dikatakan terdapat
sebilangan kafir Quraish yang tidak mahu mendengar al-Quran, maka dengan sebab
itu disebut لقوم يسمعون untuk
memberitahu bahawa jika mereka tidak mahu mendengar al-Quran pun, paling tidak mereka
mendengar kupasan berkenaan mati dan kehidupan selepas mati—hal ini, jika didengari
akan menyebabkan manusia boleh berfikir berkenaan kehidupan mereka selepas mati.
|
PENGAJARAN |
[1] Walaupun ayat menyebut bahawa siang adalah waktu
bekerja—mencari rezeki, dan malam adalah waktu tidur, Quraish Shihab kata, ia
bukan bermakna bahawa haram manusia bekerja—mencari rezeki pada waktu malam.
Hal ini kerana, konteks ayat bukan menjelaskan hukum, tetapi menjelaskan proses
kehidupan manusia yang lumrahnya manusia hadapi sejak dahulu.
[2]
Tuhan menyebut berkenaan tidur, kerana ia adalah sesuatu lumrah bagi kehidupan
makhluk, sama ada manusia dan binatang. Ada sifat tidur adalah lambang kekurangan
dan kelemahan. Dengan sebab itu, al-Quran secara khusus ada menyebut bahawa antara
sifat tuhan itu adalah tidak tidur, malah tidak mengantuk pun.
لَا
تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ فِي سُورَةِ الْبَقَرَةِ [255] .
No comments:
Post a Comment