Tuesday, April 4, 2023

SURAH AL-RUM 53

 

SURAH AL-RUM 30:53

 

وَمَا أَنْتَ بِهَادِ الْعُمْيِ عَنْ ضَلَالَتِهِمْ إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ (53)

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (matahatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang menurut perintah.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 52

AYAT 53

 

Nabi tidak dapat memperdengarkan dakwah nabi kepada orang yang hatinya sudah mati kerana mereka sudah berpaling.

 

 

Nabi saw tidak dapat mengembalikan orang yang sesat kepada hidayah apabila hati mereka sudah buta. Yang boleh terima, hanya mereka yang beriman dan akur terhadap kebenaran.

 

 

[1] Petunjuk tidak dapat diterima jika hati sudah buta. Justeru, orang sesat tidak akan tinggal kesesatan mereka selama hati mereka tidak dibuka untuk menerima kebenaran.

 

[2] orang yang dapat menerima kebenaran hanya orang yang jujur hatinya; iaitu dia beriman dengan ayat-ayat Allah.

 

وَمَا أَنْتَ بِهَادِ الْعُمْيِ عَنْ ضَلَالَتِهِمْ

 

[3] Nabi Muhammad tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang hatinya buta; tidak dapat selamatkan mereka dari kesesatan.

 

إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ (53)

 

[4] Nabi Muhammad tidak dapat menjadikan orang menerima peringatan kecuali terhadap orang yang beriman dengan ayat-ayat Allah; mereka ini sudah pasti berserah diri kepada Allah.

 

[5] Digunakan perkataan مسلمون dengan kata nama, memberikan gambaran bahawa mereka benar-benar berserah diri serta tunduk kepada Allah. apatah lagi, sebelum disebut مسلمون, disebut terlebih dahulu berkenaan iman إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا.

 

[6] perkataan بِآيَاتِنَا bermaksud ayat-ayat kami. Dalam terjemahan harfiyyah, perkataan ayat bermaksud TANDA-TANDA. Al-Quran itu disebut AYAT ALLAH kerana, ia adalah tanda-tanda kebesaranNya. Namun, tanda-tanda kebesaran Allah bukan semata-mata al-Quran. Dengan sebab itu, apabila perkataan بِآيَاتِنَا ini menggunakan kata jamak, USAIMIN menyatakan bahawa maksudnya lebih umum; iaitu tidak dibataskan kepada AL-QURAN sahaja, bahkan termasuk juga kawniyah alam. Apatah lagi, ayat-ayat sebelum menyebut berkenaan alam seperti angin, hujan, awan, tanah yang subur selepas mati dan sebagainya. Justeru, maksud ayat di sini;      

a.                  Ayat tasyriiyyah

b.                  Ayat kawniyyah[1].

 

Bermaksud orang yang merasai iman dalam hatinya ketika pancainderanya berkomunikasi dengan alam dan al-Quran, mereka ini sahaja yang dapat mendengar seruan nabi saw.

 

 



[1] Usaimin:332.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...