Sunday, April 16, 2023

SURAH LUQMAN 3

  

SURAH LUQMAN 31:3

 

 هُدًى وَرَحْمَةً لِلْمُحْسِنِينَ (3)

Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 2

AYAT 3

 

Ayat-ayat al-Quran itu ada kebijaksanaan.

 

 

Kebijaksanaan itu merupakan hidayah dan rahmat yang akan dimanfaatkan oleh orang yang muhsinin.

 

 

[1] Apabila disebut bahawa al-Quran itu ada seribu satu kebijaksanaan, sudah pasti al-Quran itu memimpin manusia kepada petunjuk serta memberi rahmat kepada manusia.

 

[2] Walaupun al-Quran itu adalah petunjuk kepada semua manusia, tidak semua manusia menjadikan manfaat hidayah dan rahmat al-Quran. Hanya orang benar-benar jujur dengan Tuhan sehingga mereka capai darjat MUHISININ.

 

هُدًى وَرَحْمَةً لِلْمُحْسِنِينَ (3)

 

(ia merupakan) petunjuk dan rahmat bagi orang yang muhsin.

 

[3] Perkataan هُدًى ada perbahasan berikut;

 

a.                  Ia menggunakan masdar/kata terbitan. Apabila digunakan masdar, bermakna ia tidak dikaitkan dengan masa, tidak sepertimana مضارع, ماض dan sebagainya. Justeru, sifat hidayah pada al-Quran tidak dibataskan di zaman Nabi saw sahaja, bahkan ia merangkumi dahulu, sekarang dan akan datang[1].

 

b.                  Usaimin tafsirkan, maksud هدى adalah الدلالة iaitu sandaran terhadap pembuktian. Justeru, sesiapa yang berpegang dengan pembuktian dari al-Quran, maka dia akan mendapat petunjuk[2].

 

[4] Digabungkan antara هدى dan رحمة kerana;

a.                  Hidayah pada mencapai ilmu.

b.                  Rahmat pada beramal dengannya.

 

Hal ini kerana, dengan al-Quran, manusia akan mendapat ilmu yang benar. Amalan yang berasaskan kepada ilmu yang benar akan menyebabkan dapat rahmat[3].

 

[5] Dalam ayat ini menyebut, al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi orang yang muhsinin. Di sini menjadi dalil bahawa;

a.                   seseorang itu tidak boleh dianggap sebagai muhsin, selama ilmunya bukan dari sumber yang betul; dan selama amalnya tidak bersumberkan dari ilmu yang betul.

b.                  Ilmu yang benar akan tercapai dengan sifat ihsan dalam diri manusia[4].

 

[6] perkataan محسنين, HAMKA terjemahkan dengan ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN[5]. SHIHAB kata, ia bermakna PUNCAK KEBAIKAN yang dapat dicapai. Berkenaan ini terdapat beberapa perbahasan;

 

a.                  Menurut SHIHAB, perkataan IHSAN (yang akar katanya sama dengan MUHISIN) yang dikaitkan dengan ALLAH adalah seperti dalam hadis:

 

“Ihsan itu kamu abdikan diri kepada Allah seperti kamu nampak Allah. Jika kamu tidak nampak, maka Allah itu melihat kamu”

 

Dalam kat lain, ihsan itu adalah  meleburkan diri sehingga dia tidak nampak kecuali Allah sahaja. Justeru, yang dia pentingkan bukan dirinya lagi, tetapi terhadap Allah.

 

Makanya, perkataan MUHSIN terhadap makhluk pula, dia empati manusia lain sehingga dia meletakkan kepentingan orang lain berbanding dirinya. Justeru, MUHSIN TERHADAP ALLAH adalah dia beribadat dengan dia tidak lihat kepentingan dirinya, tetapi semuanya dia anggap kepentingan Allah. Jika MUHSIN TERHADAP MAKHLUK, dia lakukan apa-apa pun dengan diutamakan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri[6].

 

b.                  Dalam ayat menyebut bahawa al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi orang yang muhsin. Apakah ini bermakna, al-Quran itu bukan hidayah dan rahmat untuk orang yang TIDAK MUHSIN?

 

JAWAB: konteks ayat, lebih memfokuskan kepada hidayah dan rahmat yang dimanfaatkan. Justeru, orang YANG TIDAK MUHSIN, al-Quran itu tidak dimanfaatkan oleh mereka, walaupun hakikat al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi semua manusia[7].

 

[7] Dalam ayat ini disebutkan bahawa al-Quran itu adalah HIDAYAH dan RAHMAT bagi MUHSININ. Dalam ayat ke-2, surah al-Baqarah disebutkan al-Quran itu adalah HIDAYAH bagi orang bertaqwa;

ذلِكَ الْكِتابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ [البقرة: 2]

 

Ada beberapa perbahasan;

 

a.                  SHIHAB kata, perbezaan antara محسنين dari متقين adalah, MUHSININ adalah orang yang sudah sampai kepada puncak, sedangkan MUTTAQIN adalah para pemula[8]. Memandngkan al-Quran itu bermanfaat bagi pemula juga, maka terdapat ayat 2, surah al-Baqarah.

 

b.                  SYAKRAWI menyatakan, sifat bagi taqwa adalah mewujudkan halangan. Contohnya, dalam al-Quran ada sebut اتقوا النار (takut neraka), iaitu wujudkan halangan antara kita dan neraka. Justeru, makna اتقوا الله (Takut Allah) pula, apa yang perlu dihalang? Dalam sifat - sifat Allah, tidak sekadar sifat yang MENYERONOKKAN berkenaan sifat AL-RAHMAN, AL-RAHIM, AL-WAHHAB DLL, tetapi ada juga sifat yang MENAKUTKAN seperti sifat AL-JABBAR, AL-QAHHAR, AL-MUTAKABBIR dan sebagainya. Justeru, takut Allah ini lebih kepada wujudkan halangan dari mendapat kemurkaan Allah yang lebih kepada sifat-sifat yang menakutkan. Justeru, MUHISIN pula adalah manusia-manusia yang amat dekat dengan Allah dengan sifat-sifat MENYERONOKKAN. Makanya, MUHSIN ini darjatnya lebih tinggi berbanding MUTTAQI, kerana dalamnya terdapat kejujuran dalam melakukan taat serta terkandung keelokkan dan kualiti dalam lakukan perintah Allah dan tinggalkan laranganNya[9].

 

c.                   RAZI kata, MUTTAQI adalah orang yang TINGGALKAN KEKUFURAN. Alasannya adalah firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ [النَّحْلِ: 128]

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang mereka adalah golongan Muhsinin”

 

MUHSIN adalah orang yang DATANG KEPADA IMAN. Alasannya adalah firman Allah;

 

لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (26) - يونس

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya

 

Ekoran itu, apabila disebutkan MUTTAQI, hanya disebut HIDAYAH, tetapi apabila disebut MUHSIN, disertakan HIDAYAH dan RAHMAT.

 

 



[1] Shihab:11/110

[2] Usaimin:16.

[3] Usaimin:18

[4] Usaimin:18.

[5] Hamka:7/5557

[6] Shihab:11/110

[7] Usaimin:17.

[8] Shihab:11/108.

[9] Syakrawi:19/ 11570

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...