|
SURAH LUQMAN 31:4 |
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ
بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan
memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT
3 |
AYAT
4 |
|
Orang
muhsin adalah orang yang perlu mendapat ilmu yang benar (hidayah) dan amal
yang benar (rahmat). |
Amal
yang benar itu adalah, mendirikan solat, zakat dan yakin dengan hari akhirat. |
[1] Dalam ayat 3, Allah sebut bahawa al-Quran itu
akan menjadi panduan dan rahmat bagi orang yang muhsinin, makanya dalam ayat
ini, dijelaskan ciri-ciri orang muhsinin itu.
[2] untuk jadi manusia yang MUHSIN, Ia perlu kembali
kepada asas bagi sistem PERHAMBAAN, iaitu perlu menjaga hubungan diri dengan
TUHAN dan menjaga hubungan diri dengan MAKHLUK. Dengan sebab itu, perlu mendirikan
solat dan menunaikan zakat.
[3] Dalam pada itu, perlu ada yakin kepada hari
akhirat. Hal ini kerana, keyakinan terhadap hari akhirat adalah penguat
terhadap kehendak mendirikan solat dan tunaikan zakat tersebut.
|
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ |
Mereka
yang mendirikan solat.
[4] Dalam ayat ini, disebutkan bahawa MUHSININ
itu adalah ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT, sedangkan dalam surah al-Baqarah,
disebutkan ORANG BERIMAN DENGAN PERKARA GHAIB terlebih dahulu, baru disebut
MENDIRIKAN SOLAT; الَّذِينَ
يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ [الْبَقَرَةِ: 3].
AL-RAZI menyatakan, apabila disebut
orang bertaqwa, ia bermaksud orang yang MENINGGALKAN KEKUFURAN. justeru, terlazimi
iman dengan sebab tinggal kekufuran. adapun MUHSININ adalah ORANG YANG MENDATANGI
KEIMANAN. Makanya, tidak perlu menyebut lagi الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ
بِالْغَيْبِ lagi, kerana sifat asas bagi MUHSININ itu adalah BERIMAN
PERKARA GHAIB[1].
[5] Apabila disebut
solat, sudah pasti ada HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Dalam ayat ini, dimulakan dengan
menyebut SOLAT, membuktikan hubungan utama yang dijaga adalah DENGAN ALLAH.
Menurut Hamka, solat adalah perkara utama selepas dari KEIMANAN. Dengan sebab
itu, sekadar IMAN tanpa AMAL, maka itu bukan hakikat MUHSIN[2].
[6] Menurut HAMKA, dengan
mengenal Allah, menggunakan AKAL pun sudah dapat kenal tetapi tidak memadai.
Setelah diakui Allah, perlu ada latihan jiwa mendekat diri kepadaNya[3].
|
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ |
Dan
menunaikan zakat.
[7] perkataan الزكاة asal maknanya adalah
PEMBERSIHAN dan PENSUCIAN. Orang yang sedia bayar zakat adalah orang yang sedia
melalukan pelbagai pembersihan[4];
A.
Apabila disebut membersih, sudah pasti ada kotor. Apa
kotor yang perlu dibersihkan;
a.
Bakhil.
b.
Pembersihan
harta yang ada unsur-unsur haram yang tidak dapat dicerap.
c.
Pembersihan terhadap hubungan sesama manusia yang
kotor[5].
B.
Kata HAMKA, Komunis juga mengutip wang cukai yang
tinggi, tetapi perbezaan dengan islam dengan konsep zakat adalah disebalik
pemberian zakat itu ada unsur proses pembersihan jiwa. Dengan sebab itu, ada
proses hakis sifat bakhil, ada hubungan kasih sayang sesama manusia dan
sebagainya[6].
[8] Menurut USAIMIN, makna
AL-ZAKAT juga adalah النماء و الزيادة iaitu PERTUMBUHAN dan PENAMBAHAN. Hal ini kerana, membayar
zakat akan menyebabkan pertumbuhan dan penambahan pada harta[7].
|
وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) |
Mereka
itu terhadap akhirat mereka yakini.
[9] Selepas disebut berkenaan SOLAT dan ZAKAT,
maka semua ini diikat dengan faktor KEYAKINAN TERHADAP AKHIRAT.
[10] Hamka kata, hari akhirat adalah penguat
penting dalam menegakkan amal. Hal ini kerana, dalam melakukan kebaikan,
kadangkala ada orang yang benci, dengki dan sebagainya. Justeru, akhirat
sebagai kekuatan untuk terus melakukan kebaikan dalam pada ada serangan
tersebut[8].
[11] Dalam ayat, digunakan perkataan هم sebanyak dua kali. Perkataan هم kali kedua adalah تأكيد bagi هم yang
pertama[9].
[12]
Maksud YAKIN dengan HARI AKHIRAT ia merangkumi Fitnah kubur, azab kubur, nikmat
kubur, titian sirat, hisab, mizan dan sebarang hal-hal yang melibatkan akhirat
yang disebut dalam al-Quran dan hadis[10].
[13] Pada perkataan يوقنون, digunakan فعل المضارع (masa kini dan akan datang) yang mengandungi makna
KESINAMBUNGAN. Ini bermakna, keyakinan mereka berkesinambungan tanpa diselangi
oleh keraguan[11].
[14]
Dalam penjelasan SHIHAB, yakin adalah PENGETAHUAN dan PEMBENARAN menyangkut
sesuatu yang dapat menidakan sebarang unsur yang boleh menyingkirkan sebarang
perkara yang mengeruhkan pengetahuan tersebut. Dengan sebab itu, PENGETAHUAN
ALLAH tidak boleh dikategorikan kepada yakin dan tidak[12].
No comments:
Post a Comment