Monday, April 3, 2023

SURAH AL-RUM 49

 

SURAH AL-RUM 30:49

 

وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ يُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمُبْلِسِينَ (49)

Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 48

AYAT 49

 

Allah berikan nikmat angin dan hujan yang menyebabkan manusia gembira.

 

 

Sebelum itu, manusia sudah putus asa.

 

[1] Allah memberikan nikmat hujan yang menyentuh pada kehidupan manusia secara langsung dan tidak langsung. Dengan hujan itu, manusia bergembira, walaupun sebelum itu, manusia sudah berputus asa kerana kemarau serta bumi yang mati.

 

وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ يُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمُبْلِسِينَ (49)

 

[2] Perkataan ان dalam ayat ini dibaca dengan “in” (jika), tetapi maknanya “inna” (sesungguhnya)[1].

 

[3] Diulang perkataan قبل yang AL-ZAMAKHSYARI kata, makna disebalik ayat ini adalah bahawa penantian untuk mendapat hujan itu sudah terlalu lama. Ekoran itu, Allah sebut sambungan ayat لَمُبْلِسِينَ (mereka berputus asa)[2].

 

Ada pula kupas, maksud disebalik مِنْ قَبْلِ pertama adalah SEBELUM TURUN HUJAN, sedangkan مِنْ قَبْلِهِ kedua adalah SEBELUM KEDATANGAN ANGIN[3]. Bermakna, semasa datang angin pun, putus asa mereka semakin hilang, kerana ketika tiupan angin itu, sudah nampak kepulan awan yang memberi tanda akan hujan.

 

[4] perkataan مُبْلِسِينَ berasal dari kata ابلس yang asal maknanya adalah TERDIAM TANPA DAPAT MELAKUKAN SESUATU APAPUN[4]. Menurut USAIMIN, perkataan ابليس juga berasal dari kata ابلس kerana iblis itu adalah makhluk yang telah terhenti dari mendapat rahmat Allah[5].

 

[5] apabila hujan turun, mereka amat bergembira. Hal ini kerana, sebelum itu, hujan tidak turun begitu lama sehingga menyebabkan mereka berputus asa.



[1] Shihab:11/91.

[2] Shihab:11/91.

[3] Shihab:11/91.

[4] Shihab:11/91.

[5] Usaimin:315.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...