|
SURAH LUQMAN 31:5 |
أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk
dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 4 |
AYAT 5 |
|
Orang muhsin itu
pasti tidak akan meninggalkan; a.
Menjaga hubungannya dengan tuhan, iaitu
solat. b.
Menjaga hubungannya sesama manusia, seperti
zakat. c.
Meletakkan keyakinan terhadap akhirat. |
Orang yang muhsinin ini, akan mendapat bimbingan
Allah dan berjaya di dunia dan akhirat. |
[1] Susunan ayat sebegini, hampir sama
sepertimana ayat ke-5 dari surah al-Baqarah.
Dalam
surah al-Baqarah, sebelum disebutkan ayat ini, disebutkan terlebih dahulu
berkenaan;
a.
Beriman dengan perkara ghaib.
b.
Menunaikan solat.
c.
Infaq dari harta yang halal.
d.
Beriman dengan al-Quran.
e.
Beriman dengan kitab-kitab sebelum al-Quran
f.
Yakin terhadap hari akhirat.
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ
وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) – البقرة
Hal ini berbeza dengan Surah
Luqman; sebelum sampai ayat ini, disebutkan terlebih dahulu berkenaan;
a.
Menunaikan
solat.
b.
Menunaikan
zakat
c.
Yakin
dengan akhirat.
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ
بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) – لقمان
[2] Dalam surah al-Baqarah, ia fokus pada MUTTAQIN,
sedangkan surah Luqman ini pula fokus pada MUHSININ. Kalau orang MUTTAQIN
adalah orang yang sudah melakukan taat kepada tuhan, tetapi rasa taat itu TIDAK
SEBATI dalam hidupnya, maka MUHSININ adalah orang yang melakukan taat dalam
keadaan taat itu SUDAH SEBATI DALAM DIRINYA.
[3] Dalam ayat ke-3, sudah disebutkan bahawa al-Quran
(al-Kitab al-Hakim) itu merukan petunjuk هدى. Dalam
ayat ini pula, diulang sekali perkataan yang sama.
Perbezaan antara kedua-duanya
adalah;
(a)
Petunjuk pada ayat ke-3,
bermaksud ilmu yang benar.
(b)
Petunjuk dalam ayat ini bermaksud
mendapat bimbingan dari tuhan.
Bermakna, apabila mereka mendapat
ILMU YANG BENAR (هدى) serta BERAMAL AGAMA dengan cara yang benar (رحمة),
maka mereka ini adalah sebenar-benar muhsin. Apabila sudah muhsin, mereka pasti
akan mendapat BIMBINGAN dari Allah.
[4] apabila seseorang itu sudah mendapat bimbingan
tuhan, maka dia benar-benar orang yang sudah berhasil keuntungan di dunia dan
akhirat yang disebut sebagai المفلحون
|
أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ |
Mereka adalah kalangan yang
berada atas bimbingan dari tuhan mereka
[5] Padq perkataan عَلَى
هُدًى (atas petunjuk), SHIHAB menyatakan bahawa
penggunakan kata عَلَى itu memberi maksud
bahawa mereka konsisten dalam menjalan petunjuk Allah swt[1].
[6] Dalam hal ini, mereka mendapat dua hidayah;
a.
Hidayah pertama adalah mereka
menjadi kalangan yang MUHSININ, iaitu mencapai ilmu yang benar (hidayah) dan
amal yang benar (rahmat); kedua-duanya ini bermula dari sumber yang benar
(al-Kitab al-Hakim).
b.
Apabila mereka sudah capai tahap
muhsinin, mereka dengan konsisten menunaikan tanggungjawab agama dengan
mendirikan solat, menunaikan zakat dan yakin dengan akhirat. makanya mereka
mencapai tahap hidayah kedua, iaitu bimbingan dari ALLAH[2].
[7] Ibn kathir menyatakan, maksud dengan عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ adalah mereka berada
ATAS MANHAJ YANG JELAS, serta PENJELASAN dan BASIRAH[3].
|
وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5) |
Mereka
adalah kalangan orang yang berjaya (di dunia dan akhirat[4])
[8] perkataan المفلحون terdapat
beberapa kupasan berikut;
a.
SHIHAB menyatakan, ia berasal dari kata الفلح yang bermakna MEMBELAH.
Ekoran itu, perkataan الفلاح
digunakan untuk PETANI kerana sifat bagi petani adalah mencangkul untuk
MEMBELAH TANAH, lalu menanam benih. Benih yang ditanamnya itu menumbuhkan buah
yang diharapkan. Dari sini, diperolehi apa yang diharapkan disebut sebagai الفلاح (kejayaan)[5].
b.
SYAKRAWI
pula kupas, الفلاح bermakna membelah bumi dengan bercucuk
tanam. Al-Quran membandingkan dengan amal soleh. Unsur kesamaannya adalah, bercucuk
tanam dengan meletak satu benih akan melahirkan 7 tangkai. Dari setiap tangkai,
akan melahirkan pula dengan 100 benih baru. Makanya, satu satu benih menghasilkan
gandaan 700 benih baru. hal ini sama dengan amal soleh yang berasaskan kepada ilmu
yang benar (هدى) dan amal yang benar (رحمة) yang pelakunya mencapai
darjat المحسنين. Hal ini dapat dilihat dalam surah al-baqarah,
ayat 261 berikut;
{مَّثَلُ الذين يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ
فِي سَبِيلِ الله كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ
سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ والله يُضَاعِفُ لِمَن يَشَآءُ والله وَاسِعٌ عَلِيمٌ}
[البقرة: 261]
c.
Menurut
USAIMIN pula, maksud AL-FALAH adalah orang yang dapat capai perkara yang
dituntut dan dia berjaya mendapat apa yang dia harapkan. Lalu dia pun berhasil
apa yang dia hendak serta terhindar dari sebarang perkara yang dia tidak
kehendaki[6].
[9]
Dalam ayat disebut وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ,
sedangkan kalau disebut tanpa هم seperti وَأُولَئِكَ
الْمُفْلِحُونَ pun sudah memadai untuk memahami ayat.
Justeru, penambahan هم di sini antara hikmahnya
adalah;
A.
SHIHAB menyatakan bahawa ia
terkandung maksud MEMBATASKAN kebahagian kepada orang yang ikut ciri-ciri
MUHSININ sepertimana yang disebut oleh ayat. Seakan-akan, selain mereka tidak
ada nilai bahagia. Yang sudah pasti, susunan ayat sebegini menggambarkan betapa
besarnya kebahagian bagi kalangan MUHSININ tersebut[7].
B.
Dalam penjelasan USAIMIN pula,
ungkapan sebegini bukan sekadar mengandungi maksud الحصر
(MEMBATASKAN) bahkan turut mengandungi maksud التوكيد
(MENGUATKAN dan MENGUKUHKAN[8]).
Iaitu, orang muhsinin sahaja yang dapat kebahagian hakiki itu, serta ia adalah
sesuatu yang pasti.
No comments:
Post a Comment