|
MUQADDIMAH SURAH LUQMAN |
[1]
Surah Luqman ini ada 34 ayat dalam kiraan penduduk Syam, Basrah dan Kufah; 33
ayat dalam kiraan penduduk Madinah dan Mekah. Ia diturunkan di MEKAH. Dinamakan
surah Luqman yang diambil dari ayat 12[1].
[2]
Dalam susunan al-Quran, Surah Luqman berada pada surah ke-31, iaitu selepas
surah al-Rum dan sebelum Surah al-Sajdah. Namun, dari sudut tertib turun surah,
ia diturunkan selepas surah al-Safat (ke-37) dan sebelum Surah al-Saba’ (ke-34),
iaitu surah ke-57 dalam turutan turun surah[2].
[3]
Semua ayat-ayatnya diturunkan di MEKAH. Hal ini sepertimana yang diriwayatkan
oleh Al-Baihaqi dalam DALAIL AL-NUBUWWAH[3].
[4]
Apakah ada ayat dari surah al-Kahfi ini
diturunkan di MADINAH? ada beberapa perbahasan;
a.
Khilaf
dalam kalangan ulama yang menyatakan ayat 27 – 29, diturunkan di Madinah[4]
dengan alasan bahawa ayat itu diturunkan berdasarkan diskusi Nabi saw dengan
orang-orang yahudi. Apabila disebut diskusi dengan Yahudi, makanya dianggap
bahawa kejadian itu berlaku di Madinah. Namun, pendapat ini dibantah oleh
SHIHAB dengan alasan bahawa diskusi dengan Yahudi tidak semestinya berlaku di
madinah sahaja. Apatah lagi, sudah wujud diskusi Nabi dengan orang yahudi
semasa Nabi di Mekah, iaitu merujuk kepada ayat ke-85, Surah al-Isra’;
وَما أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Tambahan pula, riwayat yang mendakwa Nabi saw
berdiskusi dengan Yahudi sebagai kandungan ayat tersebut bersumber dari sanad
yang lemah[5].
b.
Zamakhshari
kata, ada dakwaan kata ayat 33 diturunkan di Madinah; ia diturunkan selepas
turun surah al-Safat[6].
c.
Ada
pula mendakwa, ayat 4 diturunkan di Madinah dengan alasan, ayat tersebut
membicarakan berkenaan solat dan zakat. Namun, dakwaan itu lemah[7]. Turut
membantah dakwaan itu adalah AL-BAIDHAWI[8]. ASYUR
menyatakan, solat telah sempurna difardukan semasa di Mekah. Demikian juga
zakat; ia telah difardukan di Mekah, tetapi penentuan kadar nisabnya ditetapkan
semasa di Madinah[9]
[5]
Luqman adalah seorang ahli hikmah yang dengan sebab itu beliau dikenali juga
dengan LUQMAN AL-HAKIM[10].
[6]
Ramai ahli tafsir menyatakan bahawa Luqman adalah orang yang berkulit hitam;
berbangsa negro atau Habsyi. Jika benar begitu, ini membuktikan Islam
meletakkan kemuliaah manusia bukan kerana warna kulit dan jenis bangsa, tetapi
kerana ketaqwaannya. Dengan sebab itu juga, terdapat orang-orang mulia dalam
kalangan umat Nabi Muhammad yang berkulit hitam, seperti tukang azan Nabi saw
yang bernama BILAL BIN RABAH, seorang ulama terkenal di era Tabiin bernama
ATA’, seorang ulama mesir yang terkenal
dalam ilmu tasawwuf bernama ZUL AL-NUN AL-MISRI dan ramai lagi[11].
[7] SEBAB TURUN: menurut
ABU HAYYAN, ayat ini diturunkan ketika QURAISH bertanya Nabi saw berkenaan
kisah Luqman bersama anaknya. Mereka bertanya itu bukan kerana mahu mengetahui
maklumat ilmu, tetapi mahu menganjing dan troll Nabi.
Dari konteks ini, ia
seragam dengan kandungan ayat ke-6, surah Luqman ini[12];
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ [لُقْمَان: 6]
[8]
Dalam penjelasan TAHIR IBN ASYUR, pihak Quraish yang bertanya Nabi saw itu
adalah AL-NADHAR BIN AL-HARIS yang mempunyai pengalaman bermusafir ke bumi
farsi, meneliti kitab-kitab yang menyebut berkenaan kisah ISFINDIYAR, RUSTUM
dan BAHRAM. Dia bacakan kitab-kitab itu kepada Quraish dan berkata:
يُخْبِرُكُمْ مُحَمَّدٌ عَنْ عَادٍ وَثَمُودَ وَأُحَدِّثُكُمْ أَنَا عَنْ
رُسْتَمَ وَإِسْفِنْدِيَارَ وَبَهْرَامَ
Muhammad menyebut berkenaan Kaum ‘Ad dan Tsamud,
sedangkan aku ceritakan kepada kamu berkenaan Rustum, Isfindar dan Bahram.
Justeru, turun surah ini dengan dimulakan menyebut
bahawa al-Quran itu الحكيم, serta punyai HIDAYAH dan RAHMAH kepada
orang yang MUHSIN, bukan sepertimana kisah-kisah RAJA-RAJA FARSI yang mengandungi
gambaran kekerasan, kediktatoran, penindasan serta kesesatan[13].
No comments:
Post a Comment