Monday, April 11, 2022

SURAH AL-RUM 19

 AYAT 19


يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ (19)

 

Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 19

AYAT 18

 

Bukti kekuasaan Tuhan lagi; DIA jadikan manusia dari tidak ada kepada ada, dari hidup kepada mati.

 

Tuhan buktikan bahawa Dia maha berkuasa; iaitu manusia berinteraksi dengan langit dan bumi; serta siang dan malam

 

 

Tuhan jelaskan bahawa pada waktu malam, manusia itu mati (tidur). Pada waktu siangnya, manusia hidup semula (bangun dari tidur).

 

Maka demikian juga, manusia yang mati bakal dibangkitkan dari kubur mereka.

 

 

Tuhan jelaskan bahawa penentuan siang dan malam itu terletak pada kekuasaan Allah.

 

 

[1] Semasa turun ayat 3 – 5;

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

 

Ayat ini dibacakan oleh Abu Bakar al-Siddiq kepada dua kafir, iaitu UBAI BIN KHALAF dan UMAYYAH BIN KHALAF. Apabila mereka dengar, mereka menganjing al-Quran serta menganggap maklumat al-Quran ini sebagai bohong dan dusta sahaja.

 

Tindakan mereka itu sedikit sebanyak mengandungi maksud menafikan kekuasaan Allah. Makanya, dengan turun ayat ini, mereka perlu sedar bahawa Allah itu maha berkuasa, sewajarnya mereka sedar bahawa janji Allah bahawa Rom bakal kalahkan farsi pula adalah sesuatu yang boleh diterima akal. Justeru, amat tidak wajar apabila mereka anggap bohong pada pengkhabaran al-Quran bahawa Rom bakal mengalahkan farsi itu.

 

[2] ketika mereka menindas orang Islam, Orang Quraish merasakan mereka kuat sepertimana kuatnya Farsi mengalahkan Rom. Mereka tidak sedar bahawa mereka tidak kuat sepertimana Farsi dapat dikalahkan oleh Rom di suatu masa nanti.

 

[3] Bukti bahawa mereka tidak kuat adalah mereka berasal dari air mani yang mati. Dari situ, mereka dihidupkan. Lalu, mereka akan dimatikan semula. Setelah mati, mereka menjadi bangkai yang darinya datang ulat-ulat yang memakan bangkai mereka.

 

[4] Jika mereka tidak kuat dari sudut biologi, sewajarnya mereka sedar bahawa mereka tidak kuat juga semasa menindas orang islam. Apatah lagi, selepas itu Nabi Muhammad saw membentuk kerajaan dan berjaya mengalahkan mereka dalam perang badar; sama seperti Orang Rom berjaya mengalahkan orang Farsi 7 tahun selepas Rom dikalahkan Farsi.

 

[5] Secara fizikal sahaja sudah cukup menampilkan mereka tidak kuat, apatah lagi secara rohaninya mereka akan mengadap Allah swt dalam keadaan hina.

 

Jika dilihat ayat 11 sebelum ini—Allah memberitahu bahawa Dia yang memulakan ciptaan manusia dari tiada kepada ada, kemudian kembalikan manusia kepada tiada (mati). Kemudian, manusia akan kembali kepada Allah semula.

اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (11)

 

يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ

 

[1] Orang kafir Quraish tidak sedar terhadap kekuasaan Allah, sedangkan banyak bukti kekuasaan Allah berlaku dihadapan mata mereka. Antaranya adalah ALLAH yang mengeluarkan sesuatu hidup dari sesuatu yang mati.

 

[2] Bagi memudahkan faham ini, HAMKA contohkan buah kelapa yang sudah mati, tetapi dia menumbuh semula dengan daun baru; ataupun, umpama anjing yang mati, tetapi dari bangkai anjing itu datang ulat-ulat yang hidup.

 

[3] SHIHAB dan USAIMIN pula menjelaskan bahawa ayat ini boleh dilihat dari sudut hakiki dan majazi.

 

Melihat dari sudut hakikinya adalah sama sepertimana yang ditafsirkan oleh HAMKA. Tetapi, melihat dari sudut majazinya pula, الحي dimaksudkan sebagai orang mukmin dan الميت dimaksudkan sebagai orang kafir.

 

Dengan ini, SHIHAB kata, tidak salah ditafsirkan ayat ini bahawa berapa banyak orang kafir yang melahirkan anak-anak yang beriman kepada Allah.

 

IBN ASYUR umpamakan seperti KHALID BIN AL-WALID yang merupakan seorang panglima Islam terbilang, dia dilahirkan dari orang kafir yang memusuhi Islam, iaitu AL-WALID BIN AL-MUGHIRAH; atau HIND BINTI UTBAH BIN RABI’AH yang dilahirkan dari musuh ketat islam bernama UTBAH BIN RABIAH; UMMU KALTSUM BINTI UQBAH BIN ABI MU’AYYI,

 

LUGHAH

 

Digunakan perkataan اخراج, iaitu timbangan متعدي—iaitu, ia bukan bermakna keluar, tetapi memberi makna MENGELUARKAN. Ini bermakna, ada sesuatu yang dikeluarkan.

 

وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ

 

Demikian juga kekuasaan Allah bahawa Dia mengeluarkan sesuatu yang mati dari sesuatu yang hidup.  Contoh HAMKA adalah seperti air mati atau telur yang mati dapat menjadikan manusia atau ayam. Dengan erti kata lain, Air mani itu adalah sesuatu yang mati berada dalam manusia yang hidup, sama sepertimana telur yang mati berada dalam ayam yang hidup.

 

Dalam erti kata lain, dari telur datang ayam. Dari ayam, datangnya telur. Demikian juga manusia; dari mani datangnya manusia, dari manusia datangnya mani.

 

وَيُحْيِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا

 

Jika tuhan dapat mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, maka manusia perlu sedar bahawa Allah dapat menghidupkan bumi yang sudah mati; iaitu bumi yang kering kontang dan gersang, kemudian hidup dengan tumbuh-tumbuhan selepas turun air hujan dari langit atau sebagainya.

 

وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ (19)

 

[1] Cara Allah hendak bagi manusia dapat berfikir dengan jernih. Allah datangkan terlebih dahulu hal-hal yang manusia boleh cerap dengan pancaindera; iaitu, Allah pamerkan kekuasaan dia yang dapat keluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati, dan keluarkan sesuatu yang mati dari yang hidup.

 

Hal ini dapat dilihat oleh mata manusia. Akal manusia faham hal – hal sebegini.

 

Apabila manusia faham, maka Allah pun bagitahu hal yang mereka ingkari, iaitu manusia yang sudah mati, Allah boleh keluarkan mereka dari kubur untuk berjumpa dengan Allah kelak.

 

[2] Semasa manusia melihat bahawa telur boleh keluar dari ayam, dan ayam boleh keluar dari telur; atau manusia melihat manusia keluar dari air mani, dan air mani keluar dari manusia; maka adalah amat mudah bagi Allah untuk mengeluarkan manusia dari kubur.

 

PENGAJARAN

 

[1] Menarik untuk direnungkan bahawa ayat ini, tuhan menggunakan pendekatan logic induktif untuk memahamkan manusia terhadap konsep manusia bakal keluar dari lubang kubur dalam keadaan mereka hidup.

 

Imam al-Qurtubi menyatakan, ayat ini antara dalil bahawa dibenarkan pendekatan al-Qiyas dalam beragama.

 

[2] Jika semua ini manusia dapat faham, secara tidak langsung manusia boleh faham kekuasaan Allah swt juga.

 

Dengan itu, tidak wajar kafir Quraish menjadi penjenayah agama, iaitu apabila menampilkan bahawa Tuhan seperti tidak berkuasa dengan ambil sikap menganggap kandungan al-Quran itu sebagai dusta; anggap dusta dengan pemberitahuan al-Quran bahawa Rom bakal kalahkan Farsi pula.

 

 

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...