Monday, February 28, 2022

SURAH AL-RUM 3

AYAT 3

 

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)

 

[3] Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 2

AYAT 3

 

Rom kalah di tangan farsi.

 

Rom akan mengalahkan farsi balik

 

 

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ

 

Maksud dengan bumi yang terdekat adalah ARAB, iaitu merujuk kepada Syria dan Palestine yang ketika itu di bawah kekuasaan rom timur.

 

وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Ayat sebelum, menyebut bangsa rom kalah. Hal itu menyebabkan Quraish gembira dan muslim bersedih. Justeru,dengan turun ayat ini, tuhan mengembirakan balik orang muslim.

 

Ia sebagai isyarat bahawa; kalau musyrik rasa asas kebenaran itu kerana kemenangan dalam perang, maka bagaimana pula, jika kemenangan itu berpihak pada rom balik? Dalam erti kata yang lain, tuhan mahu membetulkan cara Quraish berfikir dalam menanggapi kebenaran.

 

LUGHAH

 

[1] Dalam ayat digunakan perkataan سَيَغْلِبُونَ  iaitu gabungan antara س + يغلبون = perkataan  س  itu memberi maksud LAGI AKAN dalam maksud YANG TIDAK LAMA.

 

Apabila digunakan perkataan sebegini, ia memberi maksud kemenangan itu tidak memakan masa yang lama sehingga memakan masa puluhan atau ratusan tahun. Apatah lagi, jangka masa antara kekalahan Rom dan kemenangan balik adalah 3 hingga 9 tahun.

 

Semua riwayat menyatakan bahawa Rom menang balik selepas 7 tahun selepas kekalahan mereka. Dalam kajian, dinyatakan bahawa rom dikalahkan adalah setahun sebelum Hijrah Nabi saw ke Madinah.

 

Menurut AL-QUSYAIRI, ROM kalah setahun sebelum Hijrah. Dalam sirah membuktikan bahawa berita kemenangan Rom mengalahkan Faris balik berlaku ketika umat Islam sedang sebuk dengan sejarah BAIAH RIDHWAN (Tahir Ibn Asyur: ketika umat terlibat perjanjian Hudaibiyyah) berlaku pada tahun 6H.  Justeru, jangka masa 7 tahun itu ada keseragaman dengan banyak riwayat.

 

Selepas kemenangan Rom, Raja HIRAQLA turun di HIMS (SYAM). Selepas perjanjian Hudaibiyyah, nabi saw ada mengutus surat kepada Raja Rom untuk menyerunya kepada islam. Dengan penerimaan surat itu, menyebabkan Raja Rom menjemput Abu Sufyan yang ketika itu sampai di Syam untuk berniaga agar datang mengadap. Kisah pertemuan dan perbualan antara raja rom dan Abu Sufyan itu ada diceritakan panjang lebar dalam kitab Sahih al-bukhari.

 

Menurut Quraish Shihab, permulaan kemeangan Rom itu adalah mereka berjaya kalahkan Farsi di ARMENIA dan menang mutlak pada 622M. Kemenangan Rom terhadap farsi, bukan sekadar mereka dapat rampas balik Syam dan Palestine, bahkan mereka berjaya takluk kota Farsi, iaitu Madain (Iraq).

 

PERBAHASAN

 

KENAPA NABI BERPIHAK KEPADA ROM BERBANDING FARSI?

 

Ada dua factor:

 

Pertama, Factor agama. Dalam factor agama ini, dilihat pada dua sudut, iaitu muslim dan Nasrani Rom ketika itu sama-sama menyembah Allah, walaupun tetap diakui bahawa cara faham Allah antara mereka dan muslim berbeza.  Sudut kedua, masing-masing menghormati Nabi isa, walaupun dalam faham yang berbeza.

 

Kedua, factor kemaslahatan politik—ketika itu, simpatisme Nasrani terhadap islam lebih kuat berbanding sembah berhala. Hal ini dapat dilihat, bagaimana sebelum itu Nasrani Habsyah telah memberikan suaka politik kepada sahabat-Sahabat Nabi yang berhijrah ke negara mereka. Dalam pada itu, Nabi mencipta mood sokongan ahli kitab di Madinah ketika itu tidak lama lagi mereka akan berhijrah ke sana.

No comments:

Post a Comment

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...