AYAT 32
مِنَ
الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ
فَرِحُونَ (32)
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman
ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka
pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada
padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 31 |
AYAT 32 |
|
Tuhan suruh
kembali, bertaqwa dan hindari dari menjadi seperti musyrik |
Jangan jadi
musyrik itu kerana ekoran bid’ah yang mereka lakukan terhadap ajaran Nabi
Ibrahim, mereka berpecah dan bersentimen dengan kepercayaan masing-masing. |
[1] Setelah Tuhan menyuruh agar orang
islam tidak jadi seperti orang musyrik, maka tuhan menjelaskan pula alasan
kenapa mereka buruk dan kenapa muslim perlu mengelak dari menjadi seperti
mereka.
[2] Ekoran daripada amalan bida'ah yang
dilakukan oleh mereka, menyebabkan mereka berpecah sehingga menjadi pelbagai
agama.
[3] Lebih parah pula, setiap mereka
bergembira dengan kepercayaan masing-masing. Iaitu mereka bukan sekadar berada
di dalam kesesatan, bahkan mereka bergembira atas kesesatan tersebut.
|
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا |
[1]
Manusia berpecah disebabkan mereka melakukan bid’ah terhadap apa yang telah
diajar oleh Nabi Ibrahim. Jika semua ikut ajaran Nabi Ibrahim tanpa direka
cipta, perpecahan sehingga membawa kepada prejudis antara satu dengan yang lain
tidak akan berlaku.
Al-Qurtubi
menjelaskan bahawa ayat ini juga ditakwil oleh Abu Hurairah, Aisyah dan Abu
Umamah, bahawa ia termasuk juga ahli bid’ah dari kalangan umat Islam (Ahli
kiblat)
(مِنَ
الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ) تَأَوَّلَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ وَعَائِشَةُ وَأَبُو
أُمَامَةَ: أَنَّهُ لِأَهْلِ الْقِبْلَةِ مِنْ أَهْلِ الْأَهْوَاءِ وَالْبِدَعِ
[2]
Perkataan شيعا adalah bentuk jamak bagi kata شيعة. Menurut SHIHAB, Ia bermaksud pengikut dan
pendokong yang membela satu idea atau pemimpin tertentu.
Menurut
SYA’RAWI pula, perkataan ini boleh sahaja berlaku dalam kerangka yang baik,
seperti dalam kisah Nabi Ibrahim;
{وَإِنَّ
مِن شِيعَتِهِ لإِبْرَاهِيمَ} [الصافات: 83]
Dan juga dalam kerangka yang buruk, seperti
kisah Firaun;
{إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلاَ فِي الأرض وَجَعَلَ
أَهْلَهَا شِيَعاً ... } [القصص: 4]
Menurut
SHIHAB lagi, apabila perkataan شيعا digandingkan كانوا
sehingga menjadi كانوا شيعا, ia memberi maksud kesungguhan dan kemantapan sikap dalam membela
idea atau pemimpin mereka.
[3]
Mereka menjadi berpecah, semuanya telah disebut dalam ayat 29;
بَلِ
اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ
Iaitu, mengikut hawa nafsu tanpa ilmu.
Dengan atas asas ini, menjadikan berlaku sikap taksub. Seterusnya, hilang
rasional. Dengan itu, mereka berpecah dan bertembung antara satu dengan yang
lain dalam mempertahankan idealogi atau pemimpin mereka.
[4] Kata SHIHAB, perpecahan yang berlaku adalah PADA PRINSIP, seperti
dalam hal KEESAAN ALLAH, ibadat di kaabah dan sebagainya. Hal ini kerana, dalam
hal bukan prinsip, ia masih boleh ditoleransikan.
|
كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (32) |
[1] Perkataan حزب, TAHIR IBN ASYUR kata, ia bermakna JEMAAH
yang pandangan mereka adalah satu. Dalam perkataan lain, satu Jemaah yang
mempunyai sesuatu idealogi.
SOLEH
USAIMIN pula kata, ia bermakna, satu kelompok yang bersepakat atas sesuatu pendapat atau tujuan atau
agama, maka ia dinamakan HIZB.
الطائفة
المتفقة على رأي او هدف او دين سميت حزبا
[2] Salah satu perkara
bahaya berlaku adalah, apabila MERASA GEMBIRA dengan kepercayaan yang salah.
Apabila mereka membuat bid’ah agama, lalu menganggap bahawa mereka mendapat ketenangan
dengan bid’ah tersebut, maka itu adalah suatu yang amat bahaya.
|
PENGAJARAN |
[1] Menurut IBN KATHIR, ayat ini ada suruhan agar umat Nabi
Muhammad tidak menjadi seperti orang yahudi, Nasrani dan kafir Quraish yang
membuat bid’ah pada ajaran nabi Ibrahim. Seakan-akan Allah mahu berkata: “Wahai
Muslim, jangan kamu jadi macam orang musyrikin yang mereka telah berpecah-pecah
agama mereka, iaitu dengan cara mengubah, menggantikan dan beriman separuh dan
kufuri separuh.
أَيْ:
لَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ الَّذِينَ قَدْ فَرَّقُوا دِينَهُمْ أَيْ:
بَدَّلُوهُ وَغَيَّرُوهُ وَآمَنُوا بِبَعْضٍ وَكَفَرُوا بِبَعْضٍ.
[2] Perkara penting yang perlu diambil pengajaran
adalah, perlu dielak sebarang unsur-unsur yang boleh menghilangkan keaslian
agama. Ekoran itu, Islam mengajar agar hindari bid’ah.
[3] Masalah besar dengan keizinan bid’ah adalah
menjurus kepada taksub. Menilai sesuatu bukan berasaskan kepada rasional dan
hujah, tetapi semangat شيعا,
iaitu sentiment terhadap sesuatu kelompok, kononnya sebagai solidarity.
No comments:
Post a Comment