AYAT 31
مُنِيبِينَ
إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
(31)
Hendaklah kamu (wahai
Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan
mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah
sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan
orang musyrik
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 30 |
AYAT 31 |
|
Tuhan suruh kembali
kepada ajaran yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim yang disifatkan sebagai hanif
dan fitrah Allah. |
Diajar cara
bertaubat, iaitu keinginan mahu kembali kepada Allah, beramal dengan amalan
hati dan amalan perbuatan. |
[1] Tuhan menyeru agar
manusia kembali kepada ajaran Nabi Ibrahim yang suci bersih dari sebarang
unsur-unsur bidaah.
Semua ini tidak akan
terjadi kecuali bermula daripada KEHENDAK mahu bertaubat dan mahu kembali
kepada Allah.
[2] Bertaubat dan
tidak mahu kembali kepada Allah tidak Sah kecuali perlu ada sifat mahu beramal
dengan ajaran agama. Ekoran itu tuhan menyuruh agar manusia bertaqwa kepadaNya.
[3] Dalam pada beramal, perlu hati yang tidak jujur;
iaitu tidak melakukan syirik zahir dan khafiy, seperti riya’ dan Sum’ah.
|
مُنِيبِينَ
إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ |
[1] Dalam ayat sebelum
ini, jelaskan punca kesesatan yang berlaku kepada ramai manusia adalah apabila
mengikut kehendak hawa nafsu tanpa ilmu.
Dalam ayat ini
menjelaskan bahawa untuk memastikan berada di atas jalan yang benar adalah, nafsu
perlu berasaskan kepada ilmu. Buya Hamka nyatakan, caranya adalah proses mengatasi
nafsu LAWWAMAH dan nafsu AMMARAH sehingga mencapai NAFSU AL-MUTMAINNAH
speertimana firman Allah:
يَا أَيَّتُهَا
النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
(28) – الفجر
[2] Al-Qurtubi membawakan tiga penafsiran terhadap
maksud منيبين اليه;
A. راجعين اليه بالتوبة
والاخلاص - iaitu kembali kepada Allah dengan bertaubat dan ikhlaskan
hati.
B. مقبلين اليه
- iaitu menghadapkan semua jiwa raga kepada Allah.
C. مطيعين له
- melakukan ketaatan kepada Allah.
TAHIR IBN ASYUR pula menafsirkan maksud
منبيبين اليه adalah الملازمة للطاعة –melazimi diri dalam melakukan
ketaatan.
[3] Konsep bertaubat dan kembali kepada Allah tidak memadai dengan
hasrat sahaja, tetapi perlu kepada konsep ketakwaan, iaitu rasa takut kepada
Allah yang merupakan gerak kerja hati.
Menurut SYA’RAWI, takut yang dimaksudkan dalam ayat
ini adalah TAKUT AKAN KEMURKAAN ALLAH. hal ini kerana, dengan TAKUT KEMURKAAN
ITU akan menjadi penyelamat dari manusia melakukan sesuatu perkara. Dalam hati
orang taqwa, sentiasa bertanya “boleh buat” atau “tidak boleh buat” yang diikat
dengan factor TAKUT ALLAH MARAH.
[4]
Perkataan منيبين yang dari akar kata الانابة, SHIHAB nyatakan bahawa asal makna adalah
PEMOTONG. Beliau jelaskan lagi bahawa maksud perkataan tersebut dalam konteks
ayat adalah keadaan yang menjadikan seseorang memotong segala aktiviti yang
tidak berkaitan dengan ketaatan kepada Allah sehingga dia dapat berkonsentrasi
dalam ketaatan.
|
وَأَقِيمُوا
الصَّلَاةَ |
[1] konsep taubat,
tidak cukup sekadar amalan hati, tetapi perlu ada amalan perbuatan. Ekoran itu,
tuhan menyuruh agar menunaikan solat.
[2] Dalam ayat sebelum ini, digunakan اقم وجهك, dalam ayat ini, sekali lagi
guna wazan قيام, iaitu اقيموا
الصلاة yang ditafsirkan oleh SYA’RAWI
sebagai TUNAIKAN SOLAT ATAS BENTUK YANG PALING SEMPURNA, DAN TUNAIKAN SOLAT
ATAS BENTUK YANG DISUKAI OLEH ALLAH
أدُّوها على
الوجه الأكمل، وأدُّوها على ما أُحبُّ منكم في أدائها
|
وَلَا
تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) |
[1] Ayat ini menjelaskan cara untuk bertaubat kepada Allah dari
syirik adalah keperluan kepada dua perkara besar;
A. hati yang tulus ikhlas
B. amalan perbuatan yang lahir dari hati yang ikhlas.
[2] Menurut SYA’RAWI, yang dimaksudkan SYIRIK dalam ayat ini
adalah SYIRIK KHAFIY, iaitu dalam bertaubat kepada Allah, perlu hati yang tulis
ikhlas, amalan yang benar serta tidak riya’ dan tidak sum’ah. Hal ini dikuat
dengan firman Allah:
{وَمِنَ الناس
مَن يَعْبُدُ الله على حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطمأن بِهِ وَإِنْ
أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقلب على وَجْهِهِ خَسِرَ الدنيا والأخرة ذلك هُوَ الخسران
المبين} [الحج: 11]
|
PENGAJARAN |
Konsep taubat dalam
agama Islam adalah perlu kembali kepada Allah;
A. Hati jujur dengan
Allah.
B. Perlu ada amalan
perbuatan yang selaras dengan ajaran Allah.
C. Tidak boleh ada
sebarang unsur syirik khafiy
No comments:
Post a Comment