AYAT 30
فَأَقِمْ
وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا
لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30)
(Setelah
jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut
ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 29 |
AYAT 30 |
|
Orang menjadi sesat ekoran daripada mengikut
hawa nafsu tanpa ilmu. |
Untuk menyelamatkan diri daripada kesesatan
adalah perlu ikhlas kembali kepada ajaran yang telah dibawa oleh Nabi
Ibrahim, bukan sesuatu agama yang telah dicampur adukkan dengan khurafat. |
[1]
Ayat-ayat sebelum menjelaskan kekuasaan Allah. Ia cara untuk nak jawab dakwaan
dan kepercayaan Quraish yang ragukan kebesaran dan kekuasaan Allah. Makanya,
ayat ini Allah menjelaskan jalan penyelesaian terhadap hati Quraish itu adalah
kembali kepada ajaran Nabi Ibrahim yang merupakan asal usul bagi agama orang
arab Quraish.
[2]
Ajaran Nabi Ibrahim dianggap sebagai Hanif, serta selaras dengan Fitrah, kerana
Ia adalah agama yang benar dan merupakan asal agama yang diturunkan oleh Allah.
Justeru
sebarang penambahan yang telah dilakukan oleh Bani Israel dan Bani Ismail
selepas era Nabi Ibrahim; itu semua adalah bukan kebenaran.
|
فَأَقِمْ
وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا |
[1]
Maksud dengan dengan "tegakkan wajahmu": berjalanlah tetap di atas
jalan agama yang telah dijadikan syariat oleh Allah
SOLEH USAIMIN tafsirkan sebagai ‘IKHLASLAH KAMU AKAN AGAMA
KAMU KERANA ALLAH’.
Alasan USAIMIN adalah, perkataan WAJAH dalam al-Quran,
selalunya merujuk kepada makna kesempurnaan dalam mengikut.
[2] Menurut SHIHAB, asal perkataan HANIF adalah lurus
atau cenderung kepada sesuatu. Perkataan ini pada mulanya digunakan untuk
menggambarkan tapak kaki dan kemiringannya ke arah telapak pasangannya; yang
kanan condong ke arah kiri dan yang sulit condong ke arah kanan. Kelurusan itu
menjadikan si pejalan tidak mencong ke kiri dan tidak pula ke kanan.
Dalam tafsiran HAMKA, perkataan HANIF di dalam ayat
ini ditafsirkan sebagai AL-MUSTAQIM iaitu LURUS.
Penjelasannya adalah selepas era Nabi Ibrahim, banyak
kandungan agama yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim telah diselewengkan, sama
ada dari jalur bani Israil mahupun dari jalur bani Ismail.
Justeru untuk mengembalikan orang yang berada di
antara zaman Nabi Isa dan Nabi Muhammad, perlu kepada mengetahui ajaran Nabi
Ibrahim yang tidak dicampur aduk lagi--ia dikenali sebagai AGAMA HANIF.
Arab Quraisy adalah dari keturunan Bani Ismail.
Penyelewengan yang telah mereka lakukan terhadap apa yang telah diajar oleh
Nabi Ibrahim adalah, mereka adalah kelompok yang telah membawa berhala ke
Mekah, mereka telah melakukan banyak bidaah dari ajaran Nabi Ibrahim semasa
melakukan tawaf keliling Kaabah, seperti tawaf dalam keadaan telanjang, menepuk
tangan ketika sedang tawaf dan sebagainya.
Demikian juga mereka menutup konsep kedatangan nabi
akhir zaman dari bangsa mereka sendiri, iaitu Nabi Muhammad.
Ekoran kekaburan terhadap ajaran Nabi Ibrahim ini, ia
menjadikan masyarakat Quraisy prejudis terhadap Allah. Dengan prejudis itu,
mereka menolak kekuasaan Allah yang boleh memberi kemenangan kepada Rom dalam
mengalahkan Farsi.
|
فِطْرَتَ
اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا |
[1]
Dari segi اعراب, al-Qurtubi kata bahawa perkataan
فطرة الله adalah بدل اشتمال bagi perkataan حنيفا. Dalam perkataan lain, agama
hanif adalah agama fitrah.
[2]
Menurut SHIHAB, asal makna perkataan FITRAH adalah فطر
iaitu mencipta sesuatu pertama kali tanpa ada contoh sebelumnya. Dengan sebab itu, Al-Quran
ada menyebut ciptaan langit dan bumi, digunakan perkataan فطر;
إِنِّي
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا
أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (79) - الأنعام
Dan
firman Allah:
الْحَمْدُ
لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي
أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ
اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1) – فاطر
Dalam
kata lain, sesuatu kejadian asal tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
lain, maka itu adalah fitrah.
Justeru,
perkataan fitrah dalam ayat merujuk kepada kemurnian bagi ajaran Nabi Ibrahim.
Sudah pasti keutamaannya terletak pada ajaran tauhid.
Hal
ini selaras dengan hadis—daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw bersabda:
مَا مِنْ
مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ
يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ - البخاري, 1358
Konsep tauhid yang berlaku di dalam diri manusia yang
itu merupakan kewujudan sebelum manusia mula hidup di atas muka bumi--semasa
manusia di alam rahim lagi; hal diceritakan oleh Allah dalam surah al-A'raf;
وَإِذْ أَخَذَ
رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى
أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا (172) – الأعراف
Ekoran itu kewujudan agama nasrani adalah merubah
ciptaan Allah; kewujudan agama Yahudi adalah merubah ciptaan Allah; wujud
konsep menyembah berhala sepertimana yang dilakukan Quraisy adalah mengubah
ciptaan Allah.
|
لَا
تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ |
[1]
Yang dimaksudkan “tidak boleh berlaku pertukaran pada ciptaan Allah”, al-Imam al-Bukhari,
tafsirkan sebagai ‘TUKAR AGAMA ALLAH’.
Dalam tafsiran ibn
Abbas, Ikrimah, Ibrahim al-Nakhaie, Mujahid, Qatadah, al-Dahhaq dan sebagainya
pula, ia bermaisud tidak dapat diganti agama Allah yang asli dengan yang lain.
Dalam
erti kata yang lain, usaha yang dilakukan oleh Bani Israel dan Bani Israel yang
mereka telah mengubah kandungan ajaran Nabi Ibrahim, itu tidak boleh berlaku
sama sekali. Jika mereka lakukan juga, ternyata itu adalah gambaran bukan agama
yang sebenar.
[2]
TAHIR IBN ASYUR pula menjelaskan bahawa, di bawah maksud ayat ini juga adalah
"unsur-unsur dan sistem yang Allah anugerahkan kepada setiap makhluk.
Iaitu, fitrah manusia adalah apa yang diciptakan Allah dalam diri manusia yang
terdiri dari jasad dan akal serta jiwa. Contohnya seperti manusia berjalan
dengan kakinya. Yang jika ada manusia mengatakan berjalan bukan dengan kaki
tetapi dengan tangan, maka itu bukan fitrah”.
Fitrah
juga boleh difahami sebagai sesuatu kepahaman dan pengetahuan yang sudah ada
dalam diri manusia, tanpa dikaitkan dengan pengaruh pendengaran dan interaksi
pancaindera.
Ia adalah anugerah Allah pada setiap manusia. firman
Allah:
مِنْ نُطْفَةٍ
خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ (19) ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ (20) – عبس
Dan firman Allah;
الَّذِي خَلَقَ
فَسَوَّى (2) وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَى (3) – الأعلي
Antara
perkara fitrah itu adalah, manusia dianugerahkan tuhan mengetahui baik dan
buruk. Firman Allah:
وَنَفْسٍ وَمَا
سَوَّاهَا (7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) – الشمس
|
ذَلِكَ
الدِّينُ الْقَيِّمُ |
[1]
Agama yang sebenar adalah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dahulu. Ia
disambung oleh Nabi Muhammad.
Justeru, sebarang tindakan yang berbeza dengan ajaran
Nabi Ibrahim, maka itu bukan agama yang benar.
[2] Dalam ayat sebelum, dijelaskan berkenaan mengubah
ciptaan Allah; dalam maksud, tidak ada sesiapa yang dapat menampilkan kebenaran
dalam bentuk agama selain dari yang dibawa oleh nabi Ibrahim lalu.
Justeru, usaha hendak mengubah ajaran Nabi Ibrahim
itu, tidak lain kecuali adalah usaha Syaitan. Hal ini dinyatakan oleh Allah
dalam surah al-Nisa’:
وَقَالَ
لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا (118) وَلَأُضِلَّنَّهُمْ
وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ
وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا (119) - النساء
|
وَلَكِنَّ
أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30) |
[1]
Mereka tidak tahu banyak factor. Ada disebabkan hawa nafsu, ada pula percaya
dengan ajaran nenek moyang mereka, ada pula factor kesombongan dalam hati dan
sebagainya.
[2]
Masyarakat Quraish kabur, kerana kandungannya yang sebenar telah diselewengkan
oleh generasi sebelum itu. Kekaburan itu amat ketara, iaitu apabila Nabi
Muhammad bawakan balik ajaran tersebut, mereka sendiri hampir tidak kenal
langsung ajaran Nabi Ibrahim.
|
PENGAJARAN |
[1]
Dalam hal LARANGAN DARI MENGUBAH CIPTAAN ALLAH; walaupun dalam konteks ayat
merujuk kepada ajaran agama yang TIDAK BOLEH DIUBAH ADALAH AJARAN NABI IBRAHIM.
Tetapi Dari sudut UMUM LAFAZ, ramai ulamak memaknakan ia juga bermaksud larangan
dari mengubah ciptaan Allah pada hal fizik.
Dalam
banyak kitab tafsir, konteks ayat yang disebut itu berkaitan dengan mengubah
anggota badan binatang, serta menyangkut pengubahan yang memburukkan atau
menghalangi berfungsinya salah satu anggota tubuh yang telah diciptakan Allah.
[2] Menurut TAHIR IBN ASYUR, konsep fitrah ini amat
penting dalam beragama. Hal ini kerana, fitrah (tauhid) adalah sebagai dasar
dan tali pengikat terhadap pemahaman agama ini.
Konsep tauhid ini yang memimpin akal. Konsep tauhid
ini yang memimpin segala perilaku manusia agar selaras dengan konsep fitrah
No comments:
Post a Comment