Thursday, June 30, 2022

SURAH AL-RUM 34

 AYAT 34

 

لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ فَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ (34)

Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)".

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 33

AYAT 34

 

Orang kafir ini, apabila mereka susah, mereka akan memohon dengan Allah.

 

Tetapi, apabila mereka sudah diberikan rahmat oleh Allah, mereka sembah berhala balik.

 

 

Mereka memilih untuk syirik itu, menyebabkan Allah memberikan nikmat lagi sebagai istidjraj. Bahkan, Allah sindir mereka dengan menyuruh mereka berseronok dengan kekufuran itu.

 

  

[1] Apabila mereka memilih menjadi musyrik setelah mereka mendapat rahmat dari Allah, Tuhan memberi tahu kepada kita bahawa itu merupakan istidraj dari tuhan.

 

[2] Mereka tidak sedar dengan istidraj dari Tuhan, itu menjadikan mereka rasa selesa dan seronok dengan kekufuran. Seronok mereka di dunia itu, pada hakikatnya mereka akan diberikan kemudaratan di akhirat yang lebih dahsyat daripada kemudaratan yang mereka dapat semasa di dunia.

 

[3] Kemudaratan di dunia, mereka dapat hindari dengan meminta bantuan doa dari Nabi Muhammad. Namun, kemudaratan di akhirat kelak, Tuhan akan berikan kepada mereka yang amat Tuhan murka yang menjadikan mereka dapat azab yang berkekalan.

 

لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ

 

[1] Menurut SHIHAB, ada dua kemungkinan terhadap makna ل pada perkataan ليكفروا

A. Bermakna UNTUK

B. Bermakna SEHINGGA MENGAKIBATKAN.

 

Jika bermakna UNTUK, seakan-akan Allah mahu berkata: apabila mereka mendapat nikmat, maka ada dari kalangan mereka menjadi syirik. Itu UNTUK memastikan mereka semakin dan selesa dengan kufur. Hal ini kerana, mereka merasakan bahawa dengan kekufuran, mereka dapat apa sahaja kebahagian di dunia.

 

Jika bermakna SEHINGGA MENGAKIBATKAN, seakan-akan Allah mahu berkata: mereka melakukan kemusyrikan sehingga mengakibatkan mereka kufur nikmat serta kepada berpoya-poya dan bersenang-senang dalam kekufuran tersebut.

 

Dari pemaknaan ini, kita akan dapati bahawa mereka mendapat nikmat ketika berada dalam kekufuran, itu merupakan istidraj dari Allah.

 

Menurut Wahbah Al-Zuhaily, perkataan ل dalam ayat ليكفروا adalah لام للعاقبة او للصيرورة. Iaitu memberi maksud, apabila mereka mendapat nikmat, mereka menjadi syirik. AKIBATNYA mereka menjadi kufur ekoran daripada nikmat pemberian Allah.

 

al-Imam al-Qurthubi pula menyatakan, ada pendapat mengatakan ل pada ليكفروا adalah لام الأمر, iaitu mengandungi makna تهديد.

 

Dalam perkataan yang lain, seakan-akan Allah menyuruh mereka menjadi kufur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Hal ini kerana Allah sudah meluat dengan mereka, iaitu apabila mereka memilih menjadi musyrik setelah mendapat nikmat, walhal sebelum itu mereka memohon pertolongan Allah ketika mereka mendapat musibah.

 

Gambaran meluat Allah itu juga ada disebut di dalam ayat yang lain.

فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر (الكهف، ٢٩)

 

TAHIR IBN ASYUR pula kata, ل pada ليكفروا memberi maksud لام التعليل yang memberi maksud punca dan tujuan.

 

Dalam erti kata lain, mereka memilih untuk menjadi musyrik setelah mendapat nikmat, semua ini BERPUNCA daripada mereka terlalai dengan nikmat pemberian dari Allah.

 

[2] kufur mempunyai dua maksud;

A. Kufur yang menyebabkan keluar dari agama.

B. Mengkufuri nikmat pemberian Allah.

 

Kufur yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kufur nikmat.

 

فَتَمَتَّعُوا

 

[1] Asal makna تمتع adalah mendapat sesuatu manfaat atau nikmat.

 

Dalam ayat ini Tuhan menyuruh mereka berada dalam nikmat dalam kekufuran.

 

Hal ini bermakna, Tuhan menganjing mereka. Seakan-akan Tuhan berkata: kalau kamu nak kufur sangat, seronok je lah dengan kekufuran tu.

 

[2] Kalau Tuhan menyuruh manusia berseronok dengan kekufuran, bermakna Tuhan berada pada kemuncak kemurkaan.

 

فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ (34)

 

[1] Apabila mereka berseronok dengan kekufuran, akan datang mereka akan tahu akibat buruk yang bakal menimpa kepada mereka.

 

Iaitu; kalau semasa di dunia mereka mendapat mudarat, mereka meminta bantuan dari Nabi Muhammad agar mendoakan kepada Allah supaya terhindar mudarat tersebut, dan ternyata mudarat tersebut pun terhindar.

 

Namun apabila mereka kufur, dan berseronok dengan kekufuran tersebut, di akhirat mereka akan menimpa mudarat yang lebih berat berbanding mudarat yang mereka dapat semasa di dunia.

 

[2] Dalam ayat sebelum ini, dinyatakan bahawa mereka tertimpa musibah, ayat menggunakan perkataan مس yang diterjemah sebagai BERSENTUH.

 

Dalam ayat ini, Tuhan menggunakan perkataan فسوف تعلمون, seakan-akan Allah mahu memberitahu bahawa mudarat akhirat yang mereka dapat bukan sekadar BERSENTUHAN tetapi Sudah sampai tahap ذوق iaitu MERASAI.

 

Azab yang tertimpa di akhirat digunakan perkataan RASA, ada disebut di dalam Al-Quran;

 

وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى رَبِّهِمْ قَالَ أَلَيْسَ هَذَا بِالْحَقِّ قَالُوا بَلَى وَرَبِّنَا قَالَ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ (30) – الأنعام

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman: "Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar? Mereka menjawab: "Benar, demi Tuhan kami!" Allah berfirman lagi: "Oleh itu, rasalah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar”. (Surah al-An’am 6:30)

 

PENGAJARAN

 

[1] Hati-hati dengan Istidraj. Hal ini kerana, tuhan memberikan nikmat dengan agar kita terleka dari mengingatiNya; hakikatnya memanjangkan kita berada dalam azab di akhirat kelak.

 

[2] Hati-hati dengan merasai keselesaan dengan kekufuran. Hal ini kerana, itu sudah mencapai kemurkaan kemuncak dari Allah.

Monday, June 20, 2022

SURAH AL-RUM 33

 AYAT 33

 

وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُمْ مُنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُمْ مِنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ (33)

 

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 33

AYAT 32

 

Ketika mereka susah, mereka akan mentauhidkan Allah.

 

Tetapi, ketika mereka dalam kesenangan, mereka mula syirikkan Allah.

 

 

Implikasi ikut hawa nafsu, mereka rasa tidak bersalah buat bid’ah. Implikasi buat bid’ah, mereka berpecah-pecah berdasarkan anutan agama.

 

 

Mereka tidak konsisten dalam mengambil sikap. Apabila tidak ada sikap yang konsisten, tidak hairan mereka sanggup buat bid’ah. Tidak konsisten sikap itu juga berlaku dalam hal tauhid dan syirik.

 

 

[1] Orang kafir Quraish itu, mereka jenis manusia yang tidak konsisten. Hal ini kerana, iman mereka berasaskan kepada RASA UNTUNG yang mereka dapat. Dengan sebab rasa untung itu, mereka boleh berpecah-pecah. Apabila untungnya berada pada agama A, mereka akan pergi kepada agama A. jika rugi, mereka boleh sahaja beralih kepada agama B.

 

[2] Tidak konsisten yang berlaku ekoran RASA UNTUNG, menyebabkan mereka akan mengaku iman ketika mereka ditimpa masalah. Namun, apabila masalah itu sudah hilang dari diri mereka, mereka akan kembali kepada kekufuran dan kesyirikkan.

 

وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُمْ مُنِيبِينَ إِلَيْهِ

 

[1] Dari sudut konteks ayat, maksud الناس dalam ayat ini adalah orang-orang musyrik mekah.

 

[2] keadaan mereka ini, telah diceritakan oleh Allah dalam surah al-Ankabut;

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ (65) – العنكبوت

 

[3] Perkataan ضر yang diterjemah sebagai MUDHARAT. Tahir Ibn Asyur definisikan sebagai buruk keadaan pada badan atau pada kehidupan atau pada harta.

 

Menurut Tahir Ibn Asyur lagi, bentuk mudharat yang pernah tertimpa kepada Quraish adalah mereka diserang dengan udara yang berasap sehingga mereka terpaksa makan tulang dan bangkai. Hal ini turut terkena kepada muslim, tetapi tertimpa kepada orang musyrik itu lebih parah.

 

Dikatakan bahawa ada sebilangan musyrik telah hantar orang berjumpa dengan Nabi agar baginda doa dengan Allah agar terangkat mudharat tersebut.

 

Apabila diminta begitu, baginda berdoa kepada Allah sehingga turun hujan. Apabila mereka kembali pulih, mereka lawan pula Nabi saw. Dengan itu, turun firman Allah:

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّماءُ بِدُخانٍ مُبِينٍ [الدُّخان: 10]

 

 

[4] Dalam ayat dalam menyebut bahawa mereka ditimpa mudharat, digunakan perkataan مس yang bermakna MENYENTUH. Tahir ibn Asyur kata, maksud مس adalah meletak tangan atas sesuatu untuk mengetahui kewujudannya ataupun untuk nak uji keadaannya.

 

Kalau dilihat pada sambungan ayat; apabila tuhan menyebut bahawa mereka mendapat rahmat, digunakan perkataan اذاقهم yang bermakna RASA, sedangkan apabila disebut mudharat dan musibah, digunakan perkataan مس yang bermaksud SENTUH.

 

Walaupun sentuhan ada kaitan dengan rasa, tetapi tidak semestinya sentuh memberi makna rasa. Contohnya, orang yang demam, kesedapan makanan tidak dirasa, walaupun makanan itu bersentuhan dengan lidahnya.

 

Bersentuhan lelaki dan perempuan, ada yang mendatangkan rasa syahwat; dan ada yang tidak mendatangkan rasa syahwat.

 

Menarik ditadabburkan—apabila tuhan sebut mudharat, digunakan perkataan SENTUH, tetapi apabila disebut RAHMAT, digunakan perkataan RASA.

 

Menurut TAHIR, ia memberi maksud, musibah dan mudharat yang tertimpa pada orang kafir itu, ia amat sedikit kerana perkataan مس tidak lebih sekadar luaran bagi manusia sahaja, sedangkan perkataan اذاق dari kata ذوق, itu adalah rasa yang berbentuk dalaman diri manusia. kupasan yang sama turut diberikan oleh SYA’RAWI.

 

ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُمْ مِنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ (33)

 

[1] Kata al-Razi, apabila mereka mendapat rahmat, mereka mengatakan segala rahmat yang mereka dapat adalah hasil pemberian dari patung berhala yang mereka sembah, bintang-bintang dan sebagainya—dalam pada mereka lupa akan Allah swt.

 

Contoh yang dibuat oleh al-Razi adalah seperti seseorang lelaki yang kelemasan dalam laut. Semasa dia lemas, dia ingat akan Allah dan memohon bantuan dari Allah. Tiba-tiba ada kayu yang terapung melintas, dan dia pun berpaut dari kayu terbabit sehingga dia selamat. Ketika itu, dia anggap bahawa yang menyelamatkan dia adalah kayu itu—ketika itu, dia lupa berkenaan doa dia terhadap Allah swt.

 

Menurut USAIMIN, perkataan RAHMAT dalam ayat merujuk kepada hujan.  Hal ini kerana, melihat kepada konteks ayat bahawa kafir Quraish ditimpa mudharat adalah musibah kemarau panjang. Justeru, makna rahmat dalam ayat ini adalah hilang kemarau, iaitu dengan turunnya hujan.

 

[2] Digunakan perkataan ذوق pada ayat إِذَا أَذَاقَهُمْ مِنْهُ رَحْمَةً, iaitu dikaitkan dengan rahmat. Asal perkataan ذوق adalah “rasa”. Hal ini kerana, apabila melibatkan rasa, ia melebihi dari rasional. Sesuatu yang difahami secara rasa, belum tentu lagi difahami secara rasional dan logic. Sebab itu, tidak ada capaian logic dan rasional dalam menjelaskan tentang makna manis. Ia tidak difahami kecuali orang yang rasa sahaja.

 

Apatah lagi, “rasa” adalah sesuatu yang cukup halus. Rasa di lidah tidak sama dengan rasa di kulit. Gula akan dirasakan manis, jika dilihat pada lidah, tetapi tidak difahami manis gun ajika diletak pada kulit tangan.

 

[3] Perkataan اذا pada ayat إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ, USAIMIN kata, ia bermakna فجائية bukan bermakna شرطية yang bukan diterjemahkan sebagai “apabila”, tetapi diterjemahkan sebagai “tiba-tiba”.

 

[4] Dalam ayat menyebut فَرِيقٌ مِنْهُمْ, bermakna bukan semua mereka yang setelah mendapat nikmat bahawa mereka musyrik. Di sana, terdapat dari kalangan mereka yang kekal dengan iman.

 

PENGAJARAN

 

[1] Sudah menjadi kebiasaan manusia bahawa mereka tidak merasakan sesuatu nikmat itu berharga, semasa mereka ada perkara tersebut. Namun, dirasakan berharga, apabila nikmat itu sudah hilang dari dirinya.

 

Contohnya, orang yang ada gigi tidak merasakan gigi itu sebagai nikmat yang berharga. Namun, apabila sudah tidak ada gigi, ketika itu baru merasakan gigi itu berharga.

 

Demikian juga, manusia ketika berada dalam kesenangan, mereka tidak anggap Allah itu berharga. Justeru, mereka rasa tidak bersalah pun ketika mereka syirikkan Allah. namun, apabila mereka dalam kesusahan dan bahaya, mereka pun mula ingat Allah.

 

[2] Di sini dapat difahami bahawa manusia dalam beribadat kepada Allah itu ada dua jenis:

A. dia beribadat ikhlas dan tulus kerana Allah.

B. dia beribadat kerana habuan dunia.

 

[3] Soal iman dan kufur adalah soal hati. Hati merupakan punca untuk manusia menjadi baik atau buruk. Jika hati manusia itu kufur, dia mungkin menyembah Allah ketika mereka susah sahaja. Apabila susah itu sudah hilang, dia akan kembali kepada kekufuran. Justeru, perkara utama yang perlu dididik dalam diri manusia adalah hatinya.

 

 

 

 

Friday, June 17, 2022

SURAH AL-RUM 32

 AYAT 32

 

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (32)

 

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 31

AYAT 32

 

Tuhan suruh kembali, bertaqwa dan hindari dari menjadi seperti musyrik

 

Jangan jadi musyrik itu kerana ekoran bid’ah yang mereka lakukan terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka berpecah dan bersentimen dengan kepercayaan masing-masing.

 

 

[1] Setelah Tuhan menyuruh agar orang islam tidak jadi seperti orang musyrik, maka tuhan menjelaskan pula alasan kenapa mereka buruk dan kenapa muslim perlu mengelak dari menjadi seperti mereka.

 

[2] Ekoran daripada amalan bida'ah yang dilakukan oleh mereka, menyebabkan mereka berpecah sehingga menjadi pelbagai agama.

 

[3] Lebih parah pula, setiap mereka bergembira dengan kepercayaan masing-masing. Iaitu mereka bukan sekadar berada di dalam kesesatan, bahkan mereka bergembira atas kesesatan tersebut.

 

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا

 

[1] Manusia berpecah disebabkan mereka melakukan bid’ah terhadap apa yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim. Jika semua ikut ajaran Nabi Ibrahim tanpa direka cipta, perpecahan sehingga membawa kepada prejudis antara satu dengan yang lain tidak akan berlaku.

 

Al-Qurtubi menjelaskan bahawa ayat ini juga ditakwil oleh Abu Hurairah, Aisyah dan Abu Umamah, bahawa ia termasuk juga ahli bid’ah dari kalangan umat Islam (Ahli kiblat)

(مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ) تَأَوَّلَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ وَعَائِشَةُ وَأَبُو أُمَامَةَ: أَنَّهُ لِأَهْلِ الْقِبْلَةِ مِنْ أَهْلِ الْأَهْوَاءِ وَالْبِدَعِ

 

[2] Perkataan شيعا adalah bentuk jamak bagi kata شيعة. Menurut SHIHAB, Ia bermaksud pengikut dan pendokong yang membela satu idea atau pemimpin tertentu.

 

Menurut SYA’RAWI pula, perkataan ini boleh sahaja berlaku dalam kerangka yang baik, seperti dalam kisah Nabi Ibrahim;

{وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِ لإِبْرَاهِيمَ} [الصافات: 83]

 

Dan juga dalam kerangka yang buruk, seperti kisah Firaun;

{إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلاَ فِي الأرض وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً ... } [القصص: 4]

 

Menurut SHIHAB lagi, apabila perkataan شيعا digandingkan كانوا sehingga menjadi كانوا شيعا, ia memberi maksud kesungguhan dan kemantapan sikap dalam membela idea atau pemimpin mereka.

 

[3] Mereka menjadi berpecah, semuanya telah disebut dalam ayat 29;

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ

 

Iaitu, mengikut hawa nafsu tanpa ilmu. Dengan atas asas ini, menjadikan berlaku sikap taksub. Seterusnya, hilang rasional. Dengan itu, mereka berpecah dan bertembung antara satu dengan yang lain dalam mempertahankan idealogi atau pemimpin mereka.

 

[4] Kata SHIHAB, perpecahan yang berlaku adalah PADA PRINSIP, seperti dalam hal KEESAAN ALLAH, ibadat di kaabah dan sebagainya. Hal ini kerana, dalam hal bukan prinsip, ia masih boleh ditoleransikan.

 

كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (32)

 

[1] Perkataan حزب, TAHIR IBN ASYUR kata, ia bermakna JEMAAH yang pandangan mereka adalah satu. Dalam perkataan lain, satu Jemaah yang mempunyai sesuatu idealogi.

 

SOLEH USAIMIN pula kata, ia bermakna, satu kelompok yang bersepakat atas sesuatu pendapat atau tujuan atau agama, maka ia dinamakan HIZB.

الطائفة المتفقة على رأي او هدف او دين سميت حزبا

 

[2] Salah satu perkara bahaya berlaku adalah, apabila MERASA GEMBIRA dengan kepercayaan yang salah. Apabila mereka membuat bid’ah agama, lalu menganggap bahawa mereka mendapat ketenangan dengan bid’ah tersebut, maka itu adalah suatu yang amat bahaya.

 

PENGAJARAN

 

[1] Menurut IBN KATHIR, ayat ini ada suruhan agar umat Nabi Muhammad tidak menjadi seperti orang yahudi, Nasrani dan kafir Quraish yang membuat bid’ah pada ajaran nabi Ibrahim. Seakan-akan Allah mahu berkata: “Wahai Muslim, jangan kamu jadi macam orang musyrikin yang mereka telah berpecah-pecah agama mereka, iaitu dengan cara mengubah, menggantikan dan beriman separuh dan kufuri separuh.

أَيْ: لَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ الَّذِينَ قَدْ فَرَّقُوا دِينَهُمْ أَيْ: بَدَّلُوهُ وَغَيَّرُوهُ وَآمَنُوا بِبَعْضٍ وَكَفَرُوا بِبَعْضٍ.

 

[2] Perkara penting yang perlu diambil pengajaran adalah, perlu dielak sebarang unsur-unsur yang boleh menghilangkan keaslian agama. Ekoran itu, Islam mengajar agar hindari bid’ah.

 

[3] Masalah besar dengan keizinan bid’ah adalah menjurus kepada taksub. Menilai sesuatu bukan berasaskan kepada rasional dan hujah, tetapi semangat شيعا, iaitu sentiment terhadap sesuatu kelompok, kononnya sebagai solidarity.

 

 

 

 

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...