Tuesday, March 1, 2022

SURAH AL-RUM 8

 AYAT 8

 

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ (8)

 

[8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 7

AYAT 8

 

Orang kafir Quraish lalai terhadap hari akhirat.

 

Semuanya berpunca, hanya melihat apa yang tersurat sahaja.

 

 

 

Mereka tidak mahu fikir merupakan punca mereka tidak dapat melihat perkara yang tersurat itu.

 

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Menurut HAMKA, maksud انفسهم yang diterjemahkan sebagai DIRI MANUSIA di sini adalah anggota badan seperti mulut, telinga dan sebagainya; semuanya itu sebaik-baik ciptaan. Tuhan letakkan itu tepat dengan kedudukannya, hidung dan mata di bahagian kepala dan sebagainya. Tuhan bertanya, apakah perkara yang dekat dengan manusia iaitu diri mereka sendiri pun, mereka tidak tengok untuk berfikir?

 

PERBAHASAN LUGHAH

 

[1] pada perkataanأَوَلَمْ  asal susunan katanya adalah وألم yang و  itu adalah عطف dan همزة itu adalah استفهامية.

 

[2] استفهامية dalam ayat ini merujuk kepada التوبيخ iaitu untuk menggambarkan buruknya tindakan mereka yang tidak mahu berfikir. Justeru, tuhan tanya untuk mendesak agar mereka berfikir.

 

[3] perkataan التفكر atau berfikir, IBN ASYUR kata, ada proses menggerakan akal. Dalam al-Quran, ia ada kaitan dengan proses memerhatikan sesuatu secara mendalam التأمل dalam mendapat pendalilan secara Aqli.

وَالتَّفَكُّرُ: إِعْمَالُ الْفِكْرِ، أَيِ الْخَاطِرِ الْعَقْلِيِّ لِلِاسْتِفَادَةِ مِنْهُ، وَهُوَ التَّأَمُّلُ فِي الدَّلَالَةِ الْعَقْلِيَّةِ. وَقَدْ تَقَدَّمَ عِنْدَ قَوْلِهِ تَعَالَى قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمى وَالْبَصِيرُ أَفَلا تَتَفَكَّرُونَ فِي سُورَةِ الْأَنْعَامِ [50] – عاشور

 

Perkara yang hampir sama disebut oleh Ibn Kathir:

النَّظَرَ وَالتَّدَبُّرَ وَالتَّأَمُّلَ لِخَلْقِ اللَّهِ الْأَشْيَاءَ مِنَ الْعَالَمِ الْعُلْوِيِّ وَالسُّفْلِيِّ، وَمَا بَيْنَهُمَا مِنَ الْمَخْلُوقَاتِ الْمُتَنَوِّعَةِ، وَالْأَجْنَاسِ الْمُخْتَلِفَةِ – ابن كثير

 

Dalam erti kata lain, perlu ada proses interaksi pancaidera; seperti mata melihat, telinga mendengar serta deria rasa sehingga semua itu dapat menggerakan akal untuk berfikir yang dengan itu tercapai pengetahuan.

 

مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Setelah Allah sebut bahawa manusia perlu berfikir berkenaan diri mereka sendiri, Allah pun sebut pula keperluan manusia berfikir berkenaan perkara yang mengelilingi mereka, iaitu langit dan bumi, serta segala makhluk yang ada antara kedua-dua ini.

 

PERBAHASAN LUGHAH

 

[1] menurut QURAISH SHIHAB (sebenarnya diambil dari TAHIR IBN ASYUR), dari sudut bahasa arab, ayat ini disebut sebagai BADAL ISYTIMAL bagi perkaraan انفسهم—seakan-akan tuhan kata: Apakah mereka tidak berfikir tentang DIRI MEREKA; diri kamu itu sendiri adalah ada kaitan dengan ciptaan langit dan bumi serta makhluk yang berada antara kedua-duanya.

 

إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Dalam pada kehebatan ciptaan langit dan bumi, serta segala makhluk yang ada antara kedua-duanya; semua hal ini adalah benar (bukan main-main) dan ada tarikh luputnya (kiamat).

 

[2] maksud dengan بالحق dalam ayat ini adalah ciptaan bumi dan langit serta antara keduanya ini BUKAN SIA-SIA dan TANPA TUJUAN. Ia terkandung dalam maksud ayat:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ (115) – المؤمنون

 

Sama dalam surah al-Anbiya’, ayat 16;

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ (16) - الأنبياء

 

Meneurut IBN ASYUR, setiap ciptaan langit dan bumi ini, pasti disebaliknya ada hikmah. Atau dalam erti kata lain, disebalik langit dan bumi serta antara keduanya yang kita nampak ini, ada metafiziknya.

 

AL-QURTUBI membawakan beberapa tafsiran-tafsiran lain bahawa di sana ada menafsirkan maksud بالحق di sini bermaksud للحق –untuk kebenaran, iaitu Tuhan ciptakan langit dan bumi serta antara keduanya untuk manusia manusia bertindak selaras dengan kebenaran; dengan itu, memberi implikasi pahala; jika tidak selaras dengan kebenaran, maka mendapat dosa.

 

Beliau turut menukilkan pendapat yang lemah yang mengatakan maksudnya adalah لأقامة الحق iaitu ciptaan langit dan bumi serta antara keduanya agar manusia bergerak untuk menegakkan kebenaran.

 

Pendapat doif yang lain pula mengatakan, maksudnya adalah بالعدل iaitu berserta dengan keadilan; pendapat doif lain pula kata, بالحكمة iaitu berserta dengan hikmah dan kebijaksanaan; iaitu, tuhan buat langit dan bumi serta makhluk antara keduanya ini; disebaliknya ada kebijaksanaan.

 

[3] Apabila ayat menyebut وَأَجَلٍ مُسَمًّى  yang diterjemahkan sebagai “ada masa yang ditetapkan”, bermakna Allah memberitahu bahawa langit dan bumi ini ada TARIKH LUPUTNYA.

 

Sebenarnya, bukan sekadar ada tarikh luput; bahkan pada setiap pergerakan alam ini terikat dengan sistem dan kadar yang telah ditetapkan oleh Allah.

وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ (8) - الرعد

 

Seperti, manusia ini mampu bekerja berdasarkan tahap kemampuannya; makanya dalam penat, manusia perlu tidur dan berehat. Ataupun; mata manusia dapat melihat, ada tahap kemampuannya; manusia tidak dapat melihat sesuatu disebalik dinding.

 

Salah satu kadar yang telah Allah tetapkan adalah semua perkara ada tarikh luputnya; ada tarikh matinya. Kalau manusia, disebut mati; kalau alam, disebut sebagai kiamat.

 

وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ (8)

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Ayat ini menjelaskan lagi maksud ayat 7; وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غافِلُونَ, iaitu maksud mereka lalai alam akhirat itu adalah mereka kufuri/ingkari pertemuan dengan Allah pada akhirat kelak.

 

Dalam erti kata yang lain, kalau ada dari kalangan mereka yang percaya kehidupan lepas dari mati, tetapi dalam masa yang sama, mereka ingkari PERTEMUAN DENGAN ALLAH, maka mereka tetap kafir juga; tetap dianggap LALAIKAN AKHIRAT.

 

Dalam surah al-Baqarah, Allah ada mengkritik orang Ahli Kitab yang tidak beriman dengan al-Quran dan melakukan pendustaan terhadap al-Kitab (taurat/injil), tuhan nyatakan perbezaan mereka dengan orang islam adalah, orang islam YAKIN BERTEMU DENGAN ALLAH.

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (46) يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ (47) – البقرة

 

Secara tersirat, memberi maksud bahawa AHLI KITAB TIDAK YAKIN BERTEMU DENGAN ALLAH, walaupun diakui bahawa mereka percaya kehidupan lepas dari mati.

 

[2] Kata SOLEH USAIMIN, maksud mereka kafir di sini adalah INGKARI KEHIDUPAN LEPAS DARI MATI.

 

Justeru, jika dilihat dari konteks Rom dan farsi, secara tidak langsung digambarkan bahawa persamaan antara Farsi (majusi) dengan Kafir Quraish; antaranya adalah mereka tidak percaya konsep KEHIDUPAN SELEPAS MATI, apatah lagi BERTEMU DENGAN ALLAH. Hal ini yang membezakan antara Islam dan Kristian rom; kedua-dua agama ini datang dari langit yang sudah pasti antara konsep dasarnya adalah adanya kehidupan selepas mati.

 

[3] dalam ayat, tuhan sebut “INGKAR—KAFIR” terhadap pertemuan dengan Allah.  Dalam erti kata lain, kalau nak dilihat dalam penganut agama lain, ada dari kalangan mereka percaya kehidupan lepas dari mati, tetapi mereka INGKARI pertemuan dengan Allah.

 

[4] Tuhan bukan sekadar bertemu dengan orang mukmin, bahkan turut bertemu dengan orang kafir. Menurut SOLEH USAIMIN, tuhan bertemu dengan orang mukmin dalam keadaan REDHA, dan tuhan bertemu dengan orang kafir dalam keadaan BENCI.

 

PENGAJARAN

 

[1] Apabila tuhan kata, ciptaan langit dan bumi serta antara keduanya sebagai الحق –Secara tidak langsung, ia telah menolak dakwaan yang mengatakan bahawa langit dan bumi ini wujud secara ilusi sahaja.

 

[2] konsep berfikir yang diperkenalkan dalam agama, jangan sekadar dibataskan dalam hal fizik, tetapi perlu sampai kepada perkara metafizik. Perlu dilihat yang tersirat disebalik yang tersurat.

 

SURAH AL-RUM 7

 AYAT 7

 

 يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ (7)

[7] Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

 

HUBUNGAN AYAT

 

AYAT 6

 

AYAT 7

 

Tuhan bagitahu bahawa bahawa ramai dari kalangan Quraish itu tidak tahu

 

 

Ayat ini, tuhan jelaskan bahawa bukanlah mereka tidak tahu mutlak. Tetapi, mereka tidak tahu perkara yang batin sahaja, iaitu melibatkan janji Allah.

 

Ini melibatkan tahu “metafizik”

 

 

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Masalah besar berlaku pada KAFIR QURAISH dan kafir-kafir yang lain bahawa mereka hanya nampak hidup di dunia sahaja—perkara fizik, seperti perniagaan, bercucuk tanam dan sebagainya. Mereka tidak nampak kehidupan yang metafizik, iaitu akhirat yang kekal abadi.

 

[2] HAMKA kata, memandangkan cara fikir orang Quraish yang hanya melihat apa yang ada di “depan mata” mereka sahaja, menyebabkan mereka hanya nampak kekalahan ROM pun, mereka sudah bergembira. Demikian juga, mereka hanya nampak hidup di dunia, tidak nampak kehidupan akhirat.

 

LUGHAH

 

[1] maksud MEREKA dalam perkataan يَعْلَمُونَ tidak boleh dirujuk kepada rom, kerana mereka Nasrani. Orang Nasrani masih percaya akhirat—kehidupan selepas dari mati. Makanya, “mereka” dalam ayat ini merujuk kepada kafir Quraish.

 

[2] Perkataan من dalam ayat مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا adalah تبعيضية iaitu bukan semua perkara dunia mereka tahu. Ada sahaja perkara dunia yang mereka tidak tahu.

 

وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ (7)

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] ayat ini, tuhan jelaskan maksud TIDAK TAHU dalam ayat 6, iaitu mereka tidak tahu melihat alam akhirat yang merupakan salah satu pemahaman yang difahami secara metafizik.

 

LUGHAH

 

[1] Perkataan الغافلين diterjemahkan sebagai lalai. Lalai bukan sekadar berlaku pada orang kafir, berlaku juga pada orang islam. Apakah orang islam juga termasuk?

 

Ayat ini tidak boleh dilihat pada umum lafaz, kerana konteks ayat merujuk kepada orang kafir. Justeru, ayat ini ditakhsiskan dengan konteks ayat.

 

[2] perkataan هم غافلون disebut وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ yang sengaja diulang perkataan هم adalah melambangkan HAKIKAT MEREKA MEMANG ABAIKAN/BUAT TIDAK TAHU terhadap akhirat. Mereka abaikan itu bukan acah-acah, tetapi memang mereka sebenar-benarnya abaikan akhirat.

 

PENGAJARAN

 

[1] Apabila tuhan sebut QURAISH nampak kehidupan di dunia, ia menunjukkan; salah satu perkara asas perbezaan antara kafir ahli kitab dan kafir selainnya adalah KONSEP KEHIDUPAN SELEPAS MATI.

 

[2] Tuhan walaupun berkisah berkenaan Farsi yang mengalahkan Rom yang orang kafir Quraish bergembira, tetapi dalam kisah itu ada tersirat bahawa tuhan mengkritik CARA BERFIKIR QURAISH yang hanya nampak apa yang berlaku di waktu sekarang, tanpa berfikir apa yang berlaku di masa akan datang.

 

[3] Pengetahuan terhadap akhirat, berkaitan dengan KEPERCAYAAN. Kepercayaan boleh terhasil dengan konsep metafizik.

 

[4] apabila tuhan kata: MEREKA TAHU PERKARA ZAHIR DARI KEHIDUPAN DUNIA, bukan bermakna tahu urusan dunia itu hina. Tetapi, maksudnya adalah kehidupan dunia ini perlu dilihat dari sudut metaziknya; antaranya adalah berkenaan alam akhirat.

فَأَمَّا مَعْرِفَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَلَيْسَتْ بِمَذَمَّةٍ لِأَنَّ الْمُؤْمِنِينَ كَانُوا أَيْضًا يَعْلَمُونَ ظَاهِرَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا، وَإِنَّمَا الْمَذْمُومُ أَنَّ الْمُشْرِكِينَ يَعْلَمُونَ مَا هُوَ ظَاهِرٌ مِنْ أُمُورِ الدُّنْيَا وَلَا يَعْلَمُونَ أَنَّ وَرَاءَ عَالَمِ الْمَادَّةِ عَالَمًا آخَرَ هُوَ عَالَمُ الْغَيْبِ - عاشور

 

 

SURAH AL-RUM 6

 AYAT 6

 

وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (6)

[6] Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 5

AYAT 6

 

Tuhan sebut bahawa kemenangan Rom itu adalah pertolongan dari Allah.

 

 

Ayat ini, tuhan jelaskan pertolongan Allah itu adalah janji dari Allah.

 

وَعْدَ اللَّهِ

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Tuhan sebut “janji Allah”, ini disebut kalam ijaz yang mahu menarik perhatian.  Macam kita dikejar oleh harimau, kita hanya sebut “HARIMAU!!”. Walaupun ungkapan satu perkataan, tetapi terkandung dalamnya kita mahu menarik perhatian orang ramai bahawa “saya sedang dikejar harimau, maka tolonglah saya”

 

[2] Ibn kathir kata, janji Allah dalam ayat ini adalah janji Allah memberi kemenangan kepada Rom yang berlawan dengan Farsi.

أَيْ: هَذَا الَّذِي أَخْبَرْنَاكَ بِهِ -يَا مُحَمَّدُ -مِنْ أَنَّا سَنَنْصُرُ الرُّومَ عَلَى فَارِسَ، وَعْدٌ مِنَ اللَّهِ حَقٌّ، وخَبَر صِدْقٍ لَا يُخْلَفُ، وَلَا بُدَّ مِنْ كَوْنِهِ وَوُقُوعِهِ – ابن كثير

 

LUGHAH

 

[1] perkataan وعد الله adalah masdar dari taqdir kalam وعدهم الله النصر. Ia mengandungi maksud ta’kid.

 

[2] perkataan وعد bermakna Janji. SYA’RAWI kata, janji bermaksud memberi jaminan terhadap sesuatu yang belum berlaku.  Ada dua jenis janji: (a) janji Allah, (b) janji manusia. Janji Allah adalah pasti. Janji manusia, belum pasti lagi.

 

لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Allah berjanji bahawa dia akan bagi kemenangan kepada Rom, pasti ia akan terjadi. 

 

LUGHAH

 

[1] ini adalah jumlah tawkid, iaitu menguatkan makna وعدالله

  

وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (6)

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Ramai dari kalangan kafir Quraish tidak tahu berkenaan janji Allah—rom bakal menang.

 

[2] tuhan sebut “Ramai manusia”, menggambarkan bahawa yang tahu janji Allah benar itu hanya sedikit sahaja—mereka adalah orang mukmin.

 

LUGHAH

 

[1] walaupun konteks ayat berkaitan dengan Quraish mekah, tetapi kaedah usul: pakai umum lafaz, iaitu termasuk juga selain Quraish mekah. Justeru, dalam janji-janji Allah dalam hal lain, ramai manusia tidak tidak tahu.

 

PENGAJARAN

 

Pertolongan Allah memberi kemenangan kepada Rom berkaitan dengan الامر الكوني, yang ia sudah pasti melibatkan strategi dan kekuatan ketenteraan. Bertindak dengan mengikut system alam untuk mencapai kemenangan, ia merupakan jalan-jalan untuk mendapat pertolobgan Allah.

 

Dalam konteks ayat, Tuhan berjanji memberi pertolongan kepada Rom; iaitu apabila mereka mengikut jalan-jalan mencapai kemenangan yang ditetapkan oleh Allah dalam system alam.

Monday, February 28, 2022

SURAH AL-RUM 5

 AYAT 5

 

بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

[5] Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

 

HUBUNGAN AYAT

 

AYAT 5

 

AYAT 4

 

 

Menang atau kalah, semua itu atas pertolongan dari Allah.

 

Rom menang yang menyebabkan orang mukmin gembira.

 

 

بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Dalam konteks ayat ini, ia menjelaskan berkenaan bahawa Rom bakal menang mengalahkan farsi, walhal rom bukan muslim, bahkan mereka adalah orang Nasrani. Ini membuktikan bahawa pertolongan Allah bukan sahaja diberikan kepada orang islam, bahkan tuhan turut berikan kepada orang kafir.

 

Soleh Usaimin tidak dapat menerima bahawa tuhan memberikan kemenangan kepada orang kafir secara mutlak. Pada beliau, orang kafir tidak wajar mendapat pertolongan dari Allah. makanya, beliau mentakwilkan ayat ini bahawa kemenangan yang tuhan berikan kepada Rom bukan kerana mereka beragama Nasrani, tetapi disebalik kemenangan rom itu adalah kemenangan kepada orang islam; iaitu apabila rom mengalahkan farsi yang sudah memudahkan untuk kemenangan umat islam di masa akan datang, iaitu melawan untuk mengalahkan rom pula, iaitu dalam sejarah perang Tabuk.

 

Dalam kupasan yang sama, beliau turut menyatakan tuhan tidak akan memberikan pertolongan kepada kafir dalam melawan muslim, tetapi tuhan masih boleh memberi pertolongan kepada kafir, jika mereka berperang sesame mereka.

 

[2] ketika tercetusnya perang antara dua tamadun besar ini, umat Islam dan ajaran nabi Muhammad saw belum dikenali dunia lagi. Tamadun-tamadun besar ini hanya mengenali masyarakat arab sahaja.

 

Justeru, dengan sokongan umat Islam ketika itu terhadap Rom, serta memberikan “satu Analisa masa depan”, iaitu apabila dikatakan Rom bakal bangkit lawan farsi dan mencapai kebenaran, secara tidak langsung promosi terhadap Nabi sudah berlaku.

 

Dengan Analisa Nabi yang diperkatakan oleh masyarakat arab, menyebabkan dunia mula mengenali Nabi Muhammad saw dan ajaran islam yang kemudiannya Islam menjadi agama yang berjaya mencabar tamadun dunia sedia ada sehingga islam pula terbina tamadunnya sendiri.

 

SAMBUNGAN AYAT;

وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

 

Setelah Allah nyatakan bahawa Rom bakal menang dengan sebab pertolongan Allah, makanya Allah pun nyatakan dua sifatnya yang mulia; iaitu MAHA GAGAH dan MAHA PENYAYANG.

 

Kenapa dua sifat ini yang diperkenalkan oleh Allah dalam ayat ini. Di sini terdapat beberapa penafsiran seperti berikut;

 

Tafsiran 1: apabila disebut kemenangan, sudah pasti itu lambang kegagahan (العزيز), dan apabila tuhan boleh memberi bantuan, itu adalah lambang kasih sayangNya (الرحيم).

 

Tafsiran 2: apabila ada MAHA GAGAH (العزيز) ia perlu ada keseimbangan dengan sifat MAHA PENYAYANG (الرحيم); seperti orang yang gagah tanpa belas kasihan, pasti dia akan lakukan kehancuran dan pembunuhan terhadap kalangan yang kalah.

 

Dalam erti kata lain, jika dilihat sifat gagah Allah, boleh sahaja Allah hancurkan Farsi dan Rom. Tetapi, sebab Allah itu maha penyayang, makanya, Allah hancurkan Farsi, bukan rom kerana disebalik kemenangan rom ada keuntungan untuk umat islam.

 

Tafsiran 3: apabila manusia lihat kemenangan dalam sesuatu peperangan, manusia jangan nampak yang gagah itu adalah manusia, tetapi perlu nampak MAHA GAGAH itu adalah ALLAH.

 

Dan apabila muslim nampak sifat gagah ada pada kita, jangan abaikan sifat rahmat, iaitu belas kasihan; seperti  tawanan perang jangan dibunuh, tetapi perlu ada rahmat dan kasih sayang terhadap mereka.

 

PENGAJARAN

 

[1] Apabila tuhan memberi kemenangan kepada Rom, walhal Rom tidak beragama islam, seakan-akan membenarkan satu nukilan dari kitab Ibn Taimiyyah yang menyebu;

 

"الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

“Allah tolong negara adil, walaupun ia kafir. Allah tidak tolong negara zalim, walaupun ia mukmin" (Hisbah, hlm 7)

 

[2] Pertolongan Allah, tidak sekadar kepada muslim sahaja. Namun, Allah juga memberi pertolongan kepada kafir dengan tidak menghancurkan kalangan yang melakukan Islah dan kebaikan.

 

Firman Allah:

 

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ (117) - هود

“Tidaklah tuhan kamu membinasakan kota dengan kezaliman (kekufuran) sedangkan penduduk kota itu melakukan islah” (Surah Hud, ayat 117)

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...