Monday, February 28, 2022

SURAH AL-RUM 4

 

AYAT 4

 

فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)

[4] Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira

 

HUBUNGAN AYAT

 

AYAT 3

 

AYAT 4

 

Allah bagitahu bahawa Rom bakal menang.

 

 

Kemenangan Rom itu menggembirakan orang islam.

 

 

فِي بِضْعِ سِنِينَ

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Semasa tersebar berita kekalahan Rum, UBAI BIN KHALAF dan UMAYYAH BIN KHALAF menganjing orang islam di hadapan Abu Bakar al-Siddiq. Mereka menyatakan, kekalahan Rom sama sepertimana kekalahan orang islam di Mekah.

 

Dalam konteks Mekah, Kafir Quraish menyamakan Rom dengan orang islam. Hal ini kerana, orang islam ketika itu berada dalam keadaan yang amat lemah dan tidak mampu berhadapan dengan penindasan Quraish.

 

Abu Bakar al-Siddiq memaklumkan nganjing dua kafir tersebut kepada Nabi. Makanya, turun ayat ke-3 yang menjelaskan bahawa orang rom bakal menang untuk di masa akan datang.

 

Abu Bakar pun pergi kepada dua orang kafir tersebut dan memaklumkan kandungan ayat al-Quran ini. Mereka ajak Abu Bakar bertaruh (kata Qatadah: ketika itu, bertaruh belum lagi diharamkan).

 

Menurut al-Razi, pada peringkat awal, Abu Bakar bertaruh dengan 10 ekor unta dengan meletak anggaran 3 tahun lagi Rom akan menang.

 

Hal itu, Abu Bakar maklumkan kepada Nabi saw. Mendengar itu, baginda memberitahu kepada Abu Bakar bahawa perkataan بضع itu bermaksud 3 sehingga 9 tahun.

وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي بَكْرٍ: «أَلَا أَخْفَضْتَ يَا أَبَا بَكْرٍ، أَلَا جَعَلْتَهُ إِلَى دُونِ الْعَشْرِ فَإِنَّ الْبِضْعَ مَا بَيْنَ الثَّلَاثِ إِلَى التِّسْعِ» - عاشور

 

Makanya, Abu Bakar pun berjumpa dengan UBAI dan UMAYYAH BIN KHALAF untuk ubah taruh kepada 7 tahun dengan gantian 100 unta.

 

LUGHAH

 

[1] Perkataan بضع سنين –terjemahan harfiyyahnya adalah BEBERAPA TAHUN. Namun, dari sudut asal maknanya, ia dari kadar bilangan 3 hingga 9 tahun.

 

Dalam al-Quran, ada disebut kisah Nabi Yusuf yang juga menggunakan perkataan yang sama; ia merujuk kepada 7 tahun, iaitu berkenan kisah salah seorang teman Nabi Yusuf dalam penjara yang dilepaskan, yang dia lupa hendak memberitahu kepada raja berkenaan Nabi Yusuf yang tidak bersalah. Kadar lupa itu adalah selama 7 tahun.

Dalam surah Yusuf, Allah berfirman:

 

وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ (42) – يوسف

“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun”

 

[2] Dalam isu kebangkitan Rom semula, rata-rata riwayat menyebut selama 7 tahun; iaitu kejadian rom kalah setahun sebelum hijrah, dan kemenangan rom semula pada tahun 6 hijrah, iaitu ketika sahabat sebuk dengan Sulh Hudaibiyyah.

 

SAMBUNGAN AYAT;

لله الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ

 

KONTEKS AYAT

 

Tuhan mahu menjelaskan bahawa soal Rom kalah dengan Farsi di peringkat awal, kemudian Farsi pula kalah di tangan Rom; semua itu atas perancangan Allah.

 

LUGHAH

 

[1] Dalam ayat, dimulakan dengan لله iaitu خبر مقدم sedangkan perkataan الأمر adalah مبتداء مؤخر. Dalam ilmu nahu, apabila berlaku ‘irab sebegini, ia memberi gambaran الإختصاص iaitu, semua urusan yang terjadi hanya dalam ketetapan Allah. Dalam kata yang lain, kekuatan strategi dan bilangan tentera ramai, itu bukan penentu. Tetapi penentu itu adalah ketetapan dari Allah.

 

[2] Menurut Syaikh Soleh Usaimin, perkataan الأمر yang diterjemahkan sebagai “urusan”; apabila ia ada dalam al-Quran, ia bermaksud dua jenis urusan, iaitu الأمر الكوني dan الأمر الشرعي.

 

Maksud dengan الأمر الكوني adalah melibatkan sistem alam, seperti sebab – akibat; api membakar, air membasahkan dan sebagainya. Adapu maksud الأمر الشرعي  adalah melibatkan urusan syariah, seperti penentuan kewajipan solat, puasa, zakat dan sebagainya.

 

Dalam ayat ini, jika dilihat konteks umum lafaz, ayat ini memberitahu bahawa segala kehidupan manusia perlu kembali kepada urusan Allah, sama ada dalam hal الأمر الكوني ataupun dalam hal الأمر الشرعي.

 

Namun, jika dilihat dalam konteks ayat, ia memberitahu bahawa penentuan kemenangan Rom terhadap Farsi, ia dalam konteks الأمر الكوني. Dalam erti kata lain, ia tidak boleh lepas dari sistem alam dalam mencapai kemenangan, seperti mengambil kira soal ketenteraan, soal strategi dan sebagainya. Namun, segala penentuan itu terletak atas kehendak Allah.

 

SAMBUNGAN AYAT;

وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Pada tahun ke-5 hijrah, tidak nampak lagi tanda-tanda serangan Rom terhadap farsi, dari situ menyebabkan orang islam sedih. Apatah lagi, semakin kuat Quraish menganjing terhadap umat islam.

 

Tiba-tiba, pada tahun 6 hijrah, Rom lakukan serangan dan terbukti menang. Rom bukan sekadar berjaya rampas Syam dan Palestine, bahkan kuasai Madain, Iraq yang merupakan pusat kekuasaan Farsi. Ketika itu, umat Islam pun bergembira.

 

[2] Semasa ayat ini diturunkan, Nabi dan para sahabat belum lagi berhijrah ke Madinah. Ayat ini diturunkan semasa mereka masih lagi di mekah; iaitu ketika mereka masih lagi ditindas. Dari sini dapat difahami bahawa turun ayat ini adalah untuk tuhan menggembirakan nabi dan sahabat yang mereka ditroll dan “dinganjingkan” oleh Quraish.

 

[3] Dalam ayat, tuhan menyatakan bahawa “pada ketika itu, orang islam akan bergembira”. Persoalannya, kenapa sahabat bergembira dengan kemenangan Rom, walhal mereka Nasrani?

 

Terdapat beberapa kupasan ulama tafsir dalam hal ini. Antaranya, mereka mengatakan bahawa Abu Bakar dapat 100 ekor unta kerana menang taruhan. Ada pula yang lain kata, mereka bergembira kerana telahan Rasulullah bahawa rom bakal menang adalah benar—itu bukti kebenaran wahyu ilahi. Ada sebilangan lain tafsirkan, mereka bergembira kerana kemenangan tersebut dapat mendiamkan mulut Quraish. Ada pula menafsirkan bahawa, ayat ini sebagai isyarat awal bahawa islam akan menang melawan Quraish, iaitu merujuk kemenangan dalam perang badar yang bakal berlaku.

 

PENGAJARAN

 

[1] kesilapan besar orang Quraish adalah mereke bergembiran dengan kekalahan Rom, walhal kegembiraan mereka itu hanya bersifat sementara.

 

[2] Dengan isu taruhan ini, ada dua kupasan ulama.

 

Mazhab Hanafi mengatakan, boleh urusan muamalat ribawi antara muslim dengan kafir harbi. Pendapat Hanafiyyah ini dibantah oleh Jumhur dengan alasan, hukum itu Mansukh.

احْتَجَّ بِهَا أَبُو حَنِيفَةَ عَلَى جَوَازِ الْعُقُودِ الرِّبَوِيَّةِ مَعَ أَهْلِ الْحَرْبِ وَأَمَّا الْجُمْهُورُ فَهَذَا يَرَوْنَهُ مَنْسُوخًا بِمَا وَرَدَ مِنَ النَّهْيِ عَنِ الْقِمَارِ نَهْيًا مُطْلَقًا لَمْ يُقَيَّدْ بِغَيْرِ أَهْلِ الْحَرْبِ – عاشور

 

[3] Apabila kita melihat dalam kisah al-Quran ini, kita akan dapati bahawa Rom adalah satu bangsa yang cepat bangkit. Jika dilihat dari sudut hadis, hal ini ada disebut dalam satu hadis sahih, riwayat Imam Muslim seperti berikut;

 

قَالَ الْمُسْتَوْرِدُ الْقُرَشِيُّ، عِنْدَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «تَقُومُ السَّاعَةُ وَالرُّومُ أَكْثَرُ النَّاسِ» فَقَالَ لَهُ عَمْرٌو: أَبْصِرْ مَا تَقُولُ، قَالَ: أَقُولُ مَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: لَئِنْ قُلْتَ ذَلِكَ، إِنَّ فِيهِمْ لَخِصَالًا أَرْبَعًا: إِنَّهُمْ لَأَحْلَمُ النَّاسِ عِنْدَ فِتْنَةٍ، وَأَسْرَعُهُمْ إِفَاقَةً بَعْدَ مُصِيبَةٍ، وَأَوْشَكُهُمْ كَرَّةً بَعْدَ فَرَّةٍ وَخَيْرُهُمْ لِمِسْكِينٍ وَيَتِيمٍ وَضَعِيفٍ، وَخَامِسَةٌ حَسَنَةٌ جَمِيلَةٌ: وَأَمْنَعُهُمْ مِنْ ظُلْمِ الْمُلُوكِ (مسلم, 2898)

 

Al-Mustawrid al-Qurashi ketika bersama dengan Amru bin al-As, dia ada berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw berkata: "Kiamat terjadi yang ketika itu Rom adalah manusia yang paling banyak”

 

Amru berkata: Perhatikan ucapanmu itu.

 

 Ia (Al Mustaudir) berkata: Aku mengatakan yang aku dengar dari Rasulullah bahawa baginda berkata: Bila kau katakan demikian, pada diri mereka terdapat empat hal; mereka adalah orang-orang yang paling sabar (penyantun) saat terjadi fitnah, paling cepat (pulih) saat terjadi musibah (bencana), paling cepat (bertindakbalas) menyerang setelah mundur, dan yang terbaik dari mereka terhadap orang miskin, anak yatim dan orang lemah.

 

Yang kelima adalah yang (mengawal diri dari dizalimi pemerintah) menawan dan elok serta paling menahan kezaliman para raja” (Muslim, hadis no: 2898)

SURAH AL-RUM 3

AYAT 3

 

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)

 

[3] Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 2

AYAT 3

 

Rom kalah di tangan farsi.

 

Rom akan mengalahkan farsi balik

 

 

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ

 

Maksud dengan bumi yang terdekat adalah ARAB, iaitu merujuk kepada Syria dan Palestine yang ketika itu di bawah kekuasaan rom timur.

 

وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Ayat sebelum, menyebut bangsa rom kalah. Hal itu menyebabkan Quraish gembira dan muslim bersedih. Justeru,dengan turun ayat ini, tuhan mengembirakan balik orang muslim.

 

Ia sebagai isyarat bahawa; kalau musyrik rasa asas kebenaran itu kerana kemenangan dalam perang, maka bagaimana pula, jika kemenangan itu berpihak pada rom balik? Dalam erti kata yang lain, tuhan mahu membetulkan cara Quraish berfikir dalam menanggapi kebenaran.

 

LUGHAH

 

[1] Dalam ayat digunakan perkataan سَيَغْلِبُونَ  iaitu gabungan antara س + يغلبون = perkataan  س  itu memberi maksud LAGI AKAN dalam maksud YANG TIDAK LAMA.

 

Apabila digunakan perkataan sebegini, ia memberi maksud kemenangan itu tidak memakan masa yang lama sehingga memakan masa puluhan atau ratusan tahun. Apatah lagi, jangka masa antara kekalahan Rom dan kemenangan balik adalah 3 hingga 9 tahun.

 

Semua riwayat menyatakan bahawa Rom menang balik selepas 7 tahun selepas kekalahan mereka. Dalam kajian, dinyatakan bahawa rom dikalahkan adalah setahun sebelum Hijrah Nabi saw ke Madinah.

 

Menurut AL-QUSYAIRI, ROM kalah setahun sebelum Hijrah. Dalam sirah membuktikan bahawa berita kemenangan Rom mengalahkan Faris balik berlaku ketika umat Islam sedang sebuk dengan sejarah BAIAH RIDHWAN (Tahir Ibn Asyur: ketika umat terlibat perjanjian Hudaibiyyah) berlaku pada tahun 6H.  Justeru, jangka masa 7 tahun itu ada keseragaman dengan banyak riwayat.

 

Selepas kemenangan Rom, Raja HIRAQLA turun di HIMS (SYAM). Selepas perjanjian Hudaibiyyah, nabi saw ada mengutus surat kepada Raja Rom untuk menyerunya kepada islam. Dengan penerimaan surat itu, menyebabkan Raja Rom menjemput Abu Sufyan yang ketika itu sampai di Syam untuk berniaga agar datang mengadap. Kisah pertemuan dan perbualan antara raja rom dan Abu Sufyan itu ada diceritakan panjang lebar dalam kitab Sahih al-bukhari.

 

Menurut Quraish Shihab, permulaan kemeangan Rom itu adalah mereka berjaya kalahkan Farsi di ARMENIA dan menang mutlak pada 622M. Kemenangan Rom terhadap farsi, bukan sekadar mereka dapat rampas balik Syam dan Palestine, bahkan mereka berjaya takluk kota Farsi, iaitu Madain (Iraq).

 

PERBAHASAN

 

KENAPA NABI BERPIHAK KEPADA ROM BERBANDING FARSI?

 

Ada dua factor:

 

Pertama, Factor agama. Dalam factor agama ini, dilihat pada dua sudut, iaitu muslim dan Nasrani Rom ketika itu sama-sama menyembah Allah, walaupun tetap diakui bahawa cara faham Allah antara mereka dan muslim berbeza.  Sudut kedua, masing-masing menghormati Nabi isa, walaupun dalam faham yang berbeza.

 

Kedua, factor kemaslahatan politik—ketika itu, simpatisme Nasrani terhadap islam lebih kuat berbanding sembah berhala. Hal ini dapat dilihat, bagaimana sebelum itu Nasrani Habsyah telah memberikan suaka politik kepada sahabat-Sahabat Nabi yang berhijrah ke negara mereka. Dalam pada itu, Nabi mencipta mood sokongan ahli kitab di Madinah ketika itu tidak lama lagi mereka akan berhijrah ke sana.

SURAH AL-RUM 1-2

 AYAT 1-2

الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3)

 

[1] ALIM, LAM dan MIM (Allah sahaja tahu maknanya)

[2] Orang-orang Rom telah dikalahkan

 

الم (1)

 

[1] Dimulakan dengan HURUF MUQATTA’AT untuk menarik perhatian pendengar; agar mereka tidak semata-mata dengar di telinga, bahkan masuk ke dalam hati mereka.

 

غُلِبَتِ الرُّومُ (2)

 

HUBUNGAN AYAT

AKHIR SURAH ANKABUT

AWAL SURAH AL-RUM

 

Tuhan sebut berkenaan jihad.

 

Tuhan sebut tentang perang antara dua tamadun besar.

 

KONTEKS AYAT

 

[1] Semasa rom dikalahkan, Musyrikin mekah gembira. Menurut Soleh Usaimain, apabila rom dikalahkan, ada orang Quraish cakap: “farsi kalahkan rom, sama seperti kami kalahkan kamu (wahai orang islam)”

 

Ayat ini, sebenarnya Tuhan hendak membaiki cara fikir Quraish yang salah, iaitu anggap kalau menang, maka itu adalah kelompok yang benar. Walhal, asas benar dan batil bukan kerana kalah menang dalam perang. Ini kerana, rom yang kalah, di masa akan datang, dia akan menang pula.

 

[2] Surah al-Rum diturunkan sebelum Nabi saw dan para sahabat masih lagi di Mekah—sebelum mereka berhijrah ke Madinah. Semasa kejadian ini berlaku, umat Islam masih di tindas. Mereka dalam proses nak berhijrah; iaitu bakal dapat kuasa politik di Madinah.

 

[3] beberapa maklumat berkenaan Perang antara Rom dan Farsi

ROM

FARSI

 

Byzantium

 

 

Kisra Aboriz

 

 

Raja Heraklius muda (Heraql)

هِرَقْلَ

 

 

Putra Hurmuz

خُسْرُو بْنَ هُرْمُزَ

 

 

Farsi mengalahkan Rom dengan menguasai Kawasan-kawasan Rom di belah arab, iaitu Syam dan Palestine yang ketika itu di bawah kekuasaan Heraklius.

 

PERBAHASAN LUGHAH

 

[1] Maksud dengan Rom adalah bangsa yang terdiri dari bangsaYunan, bangsa yang bermukim di Eropah timur dan tengah seperti Bohemia, Slovakia, Serbia, Kroasia dan Bulgaria, serta orang itali yang berhijrah ke eropah timur.

والرُّومُ: اسْمٌ غَلَبَ فِي كَلَامِ الْعَرَبِ عَلَى أُمَّةٍ مُخْتَلِطَةٍ مِنَ الْيُونَانِ وَالصَّقَالِبَةِ وَمِنَ الرُّومَانِيِّينَ الَّذِينَ أَصْلُهُمْ مِنَ اللاطينيين سكان بِلَاد إِيطَالْيَا نَزَحُوا إِلَى أَطْرَاف شَرق أوروبا. – عاشور

 

Dari sudut asal keturunan, nama Rom adalah keturunan Nabi Ibrahim. Iaitu, ROM bin ISU bin ISHAQ bin IBRAHIM.

 

Kata Syaikh Syakrawi:

والروم نسبة إلى روم بن عيصو بن إسحاق بن إبراهيم.  – الشعراوي

Kata Ibn kathir:

وَأَمَّا الرُّومُ فَهُمْ مِنْ سُلَالَةِ الْعِيصِ بْنِ إِسْحَاقَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَمِّ بَنِي إِسْرَائِيلَ، وَيُقَالُ لَهُمْ: بَنُو الْأَصْفَرِ – ابن كثير

 

[2] Agama yang mereka anuti adalah agama dewa yang disembah oleh orang Yunan. Dari sudut akar sejarah pula, Yunan itu berasal dari keturunan nabi Noh. Kata ibn Kathir:

وَالْيُونَانُ مِنْ سُلَالَةِ يَافِثَ بْنِ نُوحٍ – ابن كثير

 

Agama Orang Yunan itu adalah, mereka sembah bintang 7 (bintang mutahayyirah), semasa  sembahyang, mereka mengadap qutub selatan. Agama itu dianuti selama 300 tahun. Kemudiannya, mereka menukar kepada agama Kristian.

 

Permulaan bagi mereka memeluk Kristian dari raja QUSTANTIN BIN QASTAS (mak dia: MARYAM AL-HAILANIYYAH AL-SYADQANIYYAH) yang berasal dari Hirran (Turki). Raja itu menjadikan kerajaan mereka sebagai Kristian, asalnya mak dia Kristian. Mak dia ajak bapanya kepada Kristian sehingga menjadi keturunan Kristian. Dikatakan mereka yang mengasaskan damsyiq, Syria.

 

[2] Digunakan غلب dengan kata فعل المجهول yang tidak disebut فاعل. Dalam kalangan ulama tafsir, dibahaskan Kenapa tidak sebut?

Soleh Usaimin memberikan dua komentar berikut;

Pertama, Bangsa Farsi amat hina sehingga nama tidak layak disebut dalam al-Quran.

Kedua, mengurangkan rasa hina Rom ekoran dikalahkan oleh Farsi.


Saturday, February 26, 2022

SURAH AL-RUM [MUQADDIMAH]

 

MUQADDIMAH

 

SEJARAH RINGKAS BERKENAAN ROM

 

Di Zaman Nabi, kerajaan Rom ada dua: Rum timur (berpusat: BYZANTIUM) dan Rom barat.  Rom yang menjadi focus surah al-Rom adalah merujuk kepada Rom timur. Antara wilayah taklukan mereka adalah Mesir, Palestine,Syria

 

Perkataan Rom yang sekarang jadi republic Itali. Katanya, kota itu sudah ada 753 sebelum masihi lagi.

 

Menurut cerita, asalnya adalah kota kecil, pusat perniagaan, pertemuan suku-suku latin, spain dll. Agama mereka pelbagai, ada sembah bintang dan dewa yang terpengaruh cara beragama Yunani.

 

Sebelum Nabi Isa dilahirkan, kota itu pernah menjadi kota hebat, bahkan lebih hebat dari era Yunan. Semasa agama Nabi isa tersebar di Roma, raja yang memerintah bernama NERO. Dia halang pergerakkan agama Isa. Dia memerintah 54 hingga 68 masihi.

 

Dikatakan pada tahun 283 Masihi, kaisar declidianus telah pecahkan rom kepada dua: timur dan barat. Raja rom timur bernama KONSTANTIN 1 menetap di kota BYZANTIUM dan menukar nama ibukotanya sebagai KONSTINTINOPEL. Dikatakan, inilah raja rom yang memberi kebebasan agama kristien berkembang (313M).

 

Rom timur dikatakan pesat membangun, tetapi rom BARAT mengalami keruntuhan akibat serangan suku bangsa jerman (gotha di Itali), Yunani, Vandal (spanyol dan Afrika utama), Anglo dan Saxson (inggeris) franca (perancis).

 

Di belah rom barat pula, ditetapkan di RAVENA, kemudian pindah ke MILAN dan akhirnya ke TERIF. Rajanya pula bernama PAUS GREGORY. Dia berkuasa 590M – 604M. Rom barat beragama katholik cuba menentang pengaruh BYZANTIUM.

 

Kekuatan ROM TIMUR menjadikan mereka berkonfrantasi dengan FARSI.

 

Pada era nabi, raja rom ketika itu adalah HERAKLIUS (610-641M), berlaku pertembungan antara ROM dan FARSI agak hebat. Dalam perang antara ROM vs FARSI, ROM kalah dan FARSI menang.

 

KEKALAHAN ROM

 

Peperangan yang menyebabkan rom kalah, ketika itu umat Islam belum lagi hijrah ke Madinah. mereka masih di mekah.

 

Apabila Rom kalah, kafir Quraish gembira. Mereka membuat menganjing kepada umat islam. Mereka menganggap, kekalahan Rom adalah sama dengan kekalangan umat islam di Mekah. Hal itu menyebabkan umat islam bersedih.

 

Umat Islam memang tidak akui bahawa Isa sebagai tuhan, tetapi unsur kesamaan antara Kristian dan islam dalam beberapa hal seperti akui Allah sebagai tuhan, masing-masing hormati Nabi isa, menyebabkan Umat Islam bersedih dengan kekalahan Rom.

 

Kekalahan Rom memang teruk, sehingga kayu salib di Kota Byzantium telah dibawa oleh FARSI ke kota MADAIN (Iraq) (ibu kota FARSI).

 

Ketika rom kalah, ketika itu turun ayat awal Surah al-Rom; menjelaskan bahawa Rom bakal bangkit kembali. Secara tersiratnya, umat Islam diberi pesanan agar melihat lebih jauh untuk bangkit, iaitu, tidak lama lagi nabi dan sahabat akan mendapat kuasa politik di Madinah kelak.

 

PENGENALAN SURAH AL-ROM

 

Surah Rum sebanyak 60 ayat. Ia diturunkan di Mekah, iaitu selepas turun surah al-INSIQAQ.

 

Dalam hadis riwayat al-Tarmizi, Abu Sa’id al-Khudri kata, ayat ini diturunkan semasa perang badar. Tetapi, pendapat ini dibantah oleh ramai ulama dengan mengatakan, ia diturunkan di Mekah.

رَوَى التِّرْمِذِيُّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ ظَهَرَتِ الرُّومُ عَلَى فَارِسَ فَأَعْجَبَ ذَلِكَ الْمُؤْمِنِينَ فَنَزَلَتْ:" الم. غُلِبَتِ الرُّومُ. فِي أَدْنَى الْأَرْضِ- إِلَى قَوْلِهِ- يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ. بِنَصْرِ اللَّهِ". قَالَ: فَفَرِحَ الْمُؤْمِنُونَ بِظُهُورِ الرُّومِ عَلَى فَارِسَ. قَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ – القرطبي

 

AL-HASAN AL-BASRI mendakwa, ayat 17 dan 18 diturunkan di Madinah dengan alasan bahawa dalam ayat itu menjelaskan solat lima waktu—pada mereka, semasa di mekah solat hanya dua waktu. Pendapat ini dibantah, kerana solat lima waktu telah difardukan sebelum Hijrah ke Madinah, iaitu pada malam isra’ dan mi’raj.

وَعَنْ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ أَنَّ قَوْلَهُ تَعَالَى فَسُبْحانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ [الرّوم: 17] الْآيَةُ مَدَنِيَّةٌ بِنَاءً عَلَى أَنَّ تِلْكَ الْآيَةَ تُشِيرُ إِلَى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ وَهُوَ يَرَى أَنَّ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ فُرِضَتْ بِالْمَدِينَةِ وَأَنَّ الَّذِي كَانَ فَرْضًا قَبْلَ الْهِجْرَةِ هُوَ رَكْعَتَانِ فِي أَيِّ وَقْتٍ تَيَسَّرِ لِلْمُسْلِمِ. وَهَذَا مَبْنِيٌّ عَلَى شُذُوذٍ. – عاشور

Nama surah al-Rum, kerana merujuk kepada hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Tarmizi daripada Ibn Abbas dan NIYAR BIN MUKRIM AL-ASLAMI.

 

Dan SEBAB TURUN surah al-Rum pula berkaitan dengan Quraish mekah yang gembira dengan kekalahan Rom. Asas sokongan Quraish adalah kedekatan agama Quraish dan Majusi berbanding Nasrani yang menyembah Allah yang lebih dekat dengan cara bertuhan oleh muslim. Makanya, tuhan menjelaskan bahawa rom kalah hanya sementara waktu sahaja.

 

HUBUNGAN SURAH

AL-ANGKABUT

AL-ROM

 

Nabi bakal berhijrah ke Madinah dan bakal dapat kuasa

 

 

Ambil pengajaran dari kuasa orang lain, iaitu ROM dan FARSI.

 

Di mekah, Nabi jumpa orang yang tidak ada nilai ilmu, kerana mereka tidak ada kitab.

 

 

Di Madinah, mereka akan jumpa bangsa yang ada kitab, iaitu Yahudi/Nasrani.

 

Rom adalah bangsa yang beragama Nasrani.

 

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...