Monday, June 13, 2022

SURAH AL-RUM 31

 AYAT 31

 

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31)

 

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 30

AYAT 31

 

Tuhan suruh kembali kepada ajaran yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim yang disifatkan sebagai hanif dan fitrah Allah.

 

 

Diajar cara bertaubat, iaitu keinginan mahu kembali kepada Allah, beramal dengan amalan hati dan amalan perbuatan.

 

[1] Tuhan menyeru agar manusia kembali kepada ajaran Nabi Ibrahim yang suci bersih dari sebarang unsur-unsur bidaah.

 

Semua ini tidak akan terjadi kecuali bermula daripada KEHENDAK mahu bertaubat dan mahu kembali kepada Allah.

 

[2] Bertaubat dan tidak mahu kembali kepada Allah tidak Sah kecuali perlu ada sifat mahu beramal dengan ajaran agama. Ekoran itu tuhan menyuruh agar manusia bertaqwa kepadaNya.

 

[3] Dalam pada beramal, perlu hati yang tidak jujur; iaitu tidak melakukan syirik zahir dan khafiy, seperti riya’ dan Sum’ah.

 

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ

 

[1] Dalam ayat sebelum ini, jelaskan punca kesesatan yang berlaku kepada ramai manusia adalah apabila mengikut kehendak hawa nafsu tanpa ilmu.

 

Dalam ayat ini menjelaskan bahawa untuk memastikan berada di atas jalan yang benar adalah, nafsu perlu berasaskan kepada ilmu. Buya Hamka nyatakan, caranya adalah proses mengatasi nafsu LAWWAMAH dan nafsu AMMARAH sehingga mencapai NAFSU AL-MUTMAINNAH speertimana firman Allah:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) – الفجر

 

[2] Al-Qurtubi membawakan tiga penafsiran terhadap maksud منيبين اليه;

 

A. راجعين اليه بالتوبة والاخلاص - iaitu kembali kepada Allah dengan bertaubat dan ikhlaskan hati.

 

B. مقبلين اليه - iaitu menghadapkan semua jiwa raga kepada Allah.

 

C. مطيعين له - melakukan ketaatan kepada Allah.

 

TAHIR IBN ASYUR pula menafsirkan maksud منبيبين اليه  adalah الملازمة للطاعة –melazimi diri dalam melakukan ketaatan.

 

[3] Konsep bertaubat dan kembali kepada Allah tidak memadai dengan hasrat sahaja, tetapi perlu kepada konsep ketakwaan, iaitu rasa takut kepada Allah yang merupakan gerak kerja hati.

 

Menurut SYA’RAWI, takut yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah TAKUT AKAN KEMURKAAN ALLAH. hal ini kerana, dengan TAKUT KEMURKAAN ITU akan menjadi penyelamat dari manusia melakukan sesuatu perkara. Dalam hati orang taqwa, sentiasa bertanya “boleh buat” atau “tidak boleh buat” yang diikat dengan factor TAKUT ALLAH MARAH.

 

[4] Perkataan منيبين yang dari akar kata الانابة, SHIHAB nyatakan bahawa asal makna adalah PEMOTONG. Beliau jelaskan lagi bahawa maksud perkataan tersebut dalam konteks ayat adalah keadaan yang menjadikan seseorang memotong segala aktiviti yang tidak berkaitan dengan ketaatan kepada Allah sehingga dia dapat berkonsentrasi dalam ketaatan.

 

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ

 

[1] konsep taubat, tidak cukup sekadar amalan hati, tetapi perlu ada amalan perbuatan. Ekoran itu, tuhan menyuruh agar menunaikan solat.

 

[2] Dalam ayat sebelum ini, digunakan اقم وجهك, dalam ayat ini, sekali lagi guna wazan قيام, iaitu اقيموا الصلاة yang ditafsirkan oleh SYA’RAWI sebagai TUNAIKAN SOLAT ATAS BENTUK YANG PALING SEMPURNA, DAN TUNAIKAN SOLAT ATAS BENTUK YANG DISUKAI OLEH ALLAH

أدُّوها على الوجه الأكمل، وأدُّوها على ما أُحبُّ منكم في أدائها

 

وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31)

 

[1] Ayat ini menjelaskan cara untuk bertaubat kepada Allah dari syirik adalah keperluan kepada dua perkara besar;

A. hati yang tulus ikhlas

B. amalan perbuatan yang lahir dari hati yang ikhlas.

 

[2] Menurut SYA’RAWI, yang dimaksudkan SYIRIK dalam ayat ini adalah SYIRIK KHAFIY, iaitu dalam bertaubat kepada Allah, perlu hati yang tulis ikhlas, amalan yang benar serta tidak riya’ dan tidak sum’ah. Hal ini dikuat dengan firman Allah:

{وَمِنَ الناس مَن يَعْبُدُ الله على حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطمأن بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقلب على وَجْهِهِ خَسِرَ الدنيا والأخرة ذلك هُوَ الخسران المبين} [الحج: 11]

 

PENGAJARAN

 

Konsep taubat dalam agama Islam adalah perlu kembali kepada Allah;

A. Hati jujur dengan Allah.

B. Perlu ada amalan perbuatan yang selaras dengan ajaran Allah.

C. Tidak boleh ada sebarang unsur syirik khafiy

 

 

Saturday, June 11, 2022

SURAH AL-RUM 30

 AYAT 30

 

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30)

 

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 29

AYAT 30

 

Orang menjadi sesat ekoran daripada mengikut hawa nafsu tanpa ilmu.

 

 

Untuk menyelamatkan diri daripada kesesatan adalah perlu ikhlas kembali kepada ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim, bukan sesuatu agama yang telah dicampur adukkan dengan khurafat.

 

 

[1] Ayat-ayat sebelum menjelaskan kekuasaan Allah. Ia cara untuk nak jawab dakwaan dan kepercayaan Quraish yang ragukan kebesaran dan kekuasaan Allah. Makanya, ayat ini Allah menjelaskan jalan penyelesaian terhadap hati Quraish itu adalah kembali kepada ajaran Nabi Ibrahim yang merupakan asal usul bagi agama orang arab Quraish.

 

[2] Ajaran Nabi Ibrahim dianggap sebagai Hanif, serta selaras dengan Fitrah, kerana Ia adalah agama yang benar dan merupakan asal agama yang diturunkan oleh Allah.

 

Justeru sebarang penambahan yang telah dilakukan oleh Bani Israel dan Bani Ismail selepas era Nabi Ibrahim; itu semua adalah bukan kebenaran.

 

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا

 

[1] Maksud dengan dengan "tegakkan wajahmu": berjalanlah tetap di atas jalan agama yang telah dijadikan syariat oleh Allah

 

SOLEH USAIMIN tafsirkan sebagai ‘IKHLASLAH KAMU AKAN AGAMA KAMU KERANA ALLAH’.

 

Alasan USAIMIN adalah, perkataan WAJAH dalam al-Quran, selalunya merujuk kepada makna kesempurnaan dalam mengikut.

 

[2] Menurut SHIHAB, asal perkataan HANIF adalah lurus atau cenderung kepada sesuatu. Perkataan ini pada mulanya digunakan untuk menggambarkan tapak kaki dan kemiringannya ke arah telapak pasangannya; yang kanan condong ke arah kiri dan yang sulit condong ke arah kanan. Kelurusan itu menjadikan si pejalan tidak mencong ke kiri dan tidak pula ke kanan.

 

Dalam tafsiran HAMKA, perkataan HANIF di dalam ayat ini ditafsirkan sebagai AL-MUSTAQIM iaitu LURUS.

 

Penjelasannya adalah selepas era Nabi Ibrahim, banyak kandungan agama yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim telah diselewengkan, sama ada dari jalur bani Israil mahupun dari jalur bani Ismail.

 

Justeru untuk mengembalikan orang yang berada di antara zaman Nabi Isa dan Nabi Muhammad, perlu kepada mengetahui ajaran Nabi Ibrahim yang tidak dicampur aduk lagi--ia dikenali sebagai AGAMA HANIF.

 

Arab Quraisy adalah dari keturunan Bani Ismail. Penyelewengan yang telah mereka lakukan terhadap apa yang telah diajar oleh Nabi Ibrahim adalah, mereka adalah kelompok yang telah membawa berhala ke Mekah, mereka telah melakukan banyak bidaah dari ajaran Nabi Ibrahim semasa melakukan tawaf keliling Kaabah, seperti tawaf dalam keadaan telanjang, menepuk tangan ketika sedang tawaf dan sebagainya.

 

Demikian juga mereka menutup konsep kedatangan nabi akhir zaman dari bangsa mereka sendiri, iaitu Nabi Muhammad.

 

Ekoran kekaburan terhadap ajaran Nabi Ibrahim ini, ia menjadikan masyarakat Quraisy prejudis terhadap Allah. Dengan prejudis itu, mereka menolak kekuasaan Allah yang boleh memberi kemenangan kepada Rom dalam mengalahkan Farsi.

 

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

 

[1] Dari segi اعراب, al-Qurtubi kata bahawa perkataan فطرة الله adalah بدل اشتمال bagi perkataan حنيفا. Dalam perkataan lain, agama hanif adalah agama fitrah.

 

[2] Menurut SHIHAB, asal makna perkataan FITRAH adalah فطر iaitu mencipta sesuatu pertama kali tanpa ada contoh sebelumnya. Dengan sebab itu, Al-Quran ada menyebut ciptaan langit dan bumi, digunakan perkataan فطر;

 

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (79) - الأنعام

 

Dan firman Allah:

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1) – فاطر

 

Dalam kata lain, sesuatu kejadian asal tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain, maka itu adalah fitrah.

 

Justeru, perkataan fitrah dalam ayat merujuk kepada kemurnian bagi ajaran Nabi Ibrahim. Sudah pasti keutamaannya terletak pada ajaran tauhid.

 

Hal ini selaras dengan hadis—daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw bersabda:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ  - البخاري, 1358

 

Konsep tauhid yang berlaku di dalam diri manusia yang itu merupakan kewujudan sebelum manusia mula hidup di atas muka bumi--semasa manusia di alam rahim lagi; hal diceritakan oleh Allah dalam surah al-A'raf;

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا (172) – الأعراف

 

Ekoran itu kewujudan agama nasrani adalah merubah ciptaan Allah; kewujudan agama Yahudi adalah merubah ciptaan Allah; wujud konsep menyembah berhala sepertimana yang dilakukan Quraisy adalah mengubah ciptaan Allah.

 

لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ

 

[1] Yang dimaksudkan “tidak boleh berlaku pertukaran pada ciptaan Allah”, al-Imam al-Bukhari, tafsirkan sebagai ‘TUKAR AGAMA ALLAH’.

 

Dalam tafsiran ibn Abbas, Ikrimah, Ibrahim al-Nakhaie, Mujahid, Qatadah, al-Dahhaq dan sebagainya pula, ia bermaisud tidak dapat diganti agama Allah yang asli dengan yang lain.

 

Dalam erti kata yang lain, usaha yang dilakukan oleh Bani Israel dan Bani Israel yang mereka telah mengubah kandungan ajaran Nabi Ibrahim, itu tidak boleh berlaku sama sekali. Jika mereka lakukan juga, ternyata itu adalah gambaran bukan agama yang sebenar.

 

[2] TAHIR IBN ASYUR pula menjelaskan bahawa, di bawah maksud ayat ini juga adalah "unsur-unsur dan sistem yang Allah anugerahkan kepada setiap makhluk. Iaitu, fitrah manusia adalah apa yang diciptakan Allah dalam diri manusia yang terdiri dari jasad dan akal serta jiwa. Contohnya seperti manusia berjalan dengan kakinya. Yang jika ada manusia mengatakan berjalan bukan dengan kaki tetapi dengan tangan, maka itu bukan fitrah”.

 

Fitrah juga boleh difahami sebagai sesuatu kepahaman dan pengetahuan yang sudah ada dalam diri manusia, tanpa dikaitkan dengan pengaruh pendengaran dan interaksi pancaindera.

 

Ia adalah anugerah Allah pada setiap manusia. firman Allah:

مِنْ نُطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ (19) ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ (20) – عبس

 

Dan firman Allah;

الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّى (2) وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَى (3) – الأعلي

 

Antara perkara fitrah itu adalah, manusia dianugerahkan tuhan mengetahui baik dan buruk. Firman Allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) – الشمس

 

ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ

 

[1] Agama yang sebenar adalah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dahulu. Ia disambung oleh Nabi Muhammad.

 

Justeru, sebarang tindakan yang berbeza dengan ajaran Nabi Ibrahim, maka itu bukan agama yang benar.

 

[2] Dalam ayat sebelum, dijelaskan berkenaan mengubah ciptaan Allah; dalam maksud, tidak ada sesiapa yang dapat menampilkan kebenaran dalam bentuk agama selain dari yang dibawa oleh nabi Ibrahim lalu.

 

Justeru, usaha hendak mengubah ajaran Nabi Ibrahim itu, tidak lain kecuali adalah usaha Syaitan. Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa’:

وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا (118) وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا (119)  - النساء

 

وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30)

 

[1] Mereka tidak tahu banyak factor. Ada disebabkan hawa nafsu, ada pula percaya dengan ajaran nenek moyang mereka, ada pula factor kesombongan dalam hati dan sebagainya.

 

[2] Masyarakat Quraish kabur, kerana kandungannya yang sebenar telah diselewengkan oleh generasi sebelum itu. Kekaburan itu amat ketara, iaitu apabila Nabi Muhammad bawakan balik ajaran tersebut, mereka sendiri hampir tidak kenal langsung ajaran Nabi Ibrahim.

 

PENGAJARAN

 

[1] Dalam hal LARANGAN DARI MENGUBAH CIPTAAN ALLAH; walaupun dalam konteks ayat merujuk kepada ajaran agama yang TIDAK BOLEH DIUBAH ADALAH AJARAN NABI IBRAHIM. Tetapi Dari sudut UMUM LAFAZ, ramai ulamak memaknakan ia juga bermaksud larangan dari mengubah ciptaan Allah pada hal fizik.

 

Dalam banyak kitab tafsir, konteks ayat yang disebut itu berkaitan dengan mengubah anggota badan binatang, serta menyangkut pengubahan yang memburukkan atau menghalangi berfungsinya salah satu anggota tubuh yang telah diciptakan Allah.

 

[2] Menurut TAHIR IBN ASYUR, konsep fitrah ini amat penting dalam beragama. Hal ini kerana, fitrah (tauhid) adalah sebagai dasar dan tali pengikat terhadap pemahaman agama ini.

 

Konsep tauhid ini yang memimpin akal. Konsep tauhid ini yang memimpin segala perilaku manusia agar selaras dengan konsep fitrah

Thursday, June 9, 2022

SURAH AL-RUM 29

 

AYAT 29

 

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَنْ يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (29)

 

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 28

AYAT 29

 

Pentingnya cara berfikir yang betul dalam melihat agama.

 

 

Untuk mendapat cara berfikir yang betul, perlu kepada ilmu dan bukan mengikut kehendak hawa nafsu.

 

 

[1] Dalam ayat lepas, ditutup dengan perkataan لقوم يعقلون, maka ayat ini menjelaskan di sana ada manusia yang tidak dapat menggunakan akal dengan betul, iaitu apabila berfikir tidak berasaskan kepada ilmu tetapi berasaskan kepada hawa nafsu.

 

[2] Apabila manusia tidak menggunakan ilmu, bahkan mengikut hawa nafsu semata-mata, Allah meletakkan mereka sebagai kategori manusia melakukan kezaliman.

 

[3] Disebabkan mereka memilih untuk tidak mencari ilmu, maka Allah memberikan “cop pengesahan” atas kesesatan yang dipilih oleh mereka.

 

[4] Apabila mereka sudah disahkan oleh Allah sebagai sesat, tidak ada sesiapa lagi dapat menyelamatkan mereka daripada azab.

 

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ

 

[1] Asal perkataan zalim bermaksud, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

 

Antara tindakan zalim adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa berasaskan kepada ilmu. Apatah lagi, dalam hal yang melibatkan kepada amalan agama. Dengan sebab itu, orang yang syirik juga disebut oleh al-Quran sebagai zalim:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ [لُقْمَان: 13]

 

[2] Dalam ayat 28, jelaskan bahawa kesyirikan berlaku berpunca daripada cara berfikir yang salah.

 

Dalam ayat ini pula dijelaskan, syirik juga berlaku ekoran daripada mengikut hawa nafsu, serta berfikir yang tidak berasaskan kepada ilmu.

 

[3] Maksud mengikut hawa nafsu tanpa ilmu, al-Razi maksudkan adalah melakukan kesyirikan ekoran daripada beragama secara tidak berdalil.

وَأَثْبَتُوا شُرَكَاءَ مِنْ غَيْرِ دَلِيلٍ

 

[4] Apabila Allah mengatakan اهوائهم بغير علم, bermaksud di sana ada اهوائهم بعلم.

 

Hawa yang berasaskan kepada ilmu adalah, hawa yang mengikut aturan agama, seperti bersetubuh dengan isteri, makan makanan yang halal, tidak berbelanja kecuali berasaskan kepada harta yang diperolehi melalui jalan yang dibenarkan agama dan sebagainya.

 

فَمَنْ يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ

 

Apabila seseorang itu rela dengan kejahilan, dan beramal sesuatu hal agama dalam keadaan tanpa ilmu, ketika itu dia berada dalam kesesatan.

 

Justeru tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya, kerana dia telah dianggap sesat oleh Allah.

 

Dalam perkataan yang lain, manusia menjadi sesat adalah pilihan dari dirinya sendiri, iaitu apabila dia mengikut kehendak hawa nafsu serta tidak mahu menuntut ilmu.

 

Apabila itu pilihannya, aku Allah "bagi cop" pengesahan terhadap kesesatan yang dipilih itu. Itulah yang dimaksudkan dalam ayat من اضل الله.

 

وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (29)

 

[1] Tidak ada sesiapa yang dapat menyelamatkan dia daripada kesesatan, kerana dia sendiri telah memilih jalan kesesatan itu.

 

Justeru, tidak ada sesiapa dapat menyelamatkan dia dari kesesatan kecuali dirinya sendiri, iaitu apabila dia bersedia untuk mencari ilmu serta memanfaatkan akal dengan cara yang betul.

 

[2] Ibn al-Jawzi menafsirkan maksud dengan ayat ini adalah tidak ada sesiapa pun dapat melarang mereka daripada mendapat azab Allah.

 

PENGAJARAN

 

[1] Betapa pentingnya ilmu yang benar dalam menjalani kehidupan, terutama dalam mengamalkan agama.

 

Kalau manusia mengamalkan sesuatu perkara agama bukan berasaskan kepada ilmu yang benar, dibimbangi amalan tersebut dianggap sebagai benar serta sebati dalam amalan seharian, maka dia akan merasakan dia berada dalam kebenaran walhal hakikatnya dia berada dalam kesesatan.

 

[2] Ayat ini dan ayat sebelum membuktikan kepada kita bahawa kesesatan berlaku ekoran daripada hawa nafsu. Kita akan selamat dari kesesatan apabila kita memanfaatkan akal dengan disulami ilmu.

 

Sya'rawi kata, hindarilah dari mendahulukan hawa nafsu berbanding akal. Hal ini kerana, jika dahulukan hawa nafsu berbanding akal, akal jadi penghalal kepada kehendak hawa nafsu.

إياك أن تُقدِّم الهوى على العقل؛ لأنك حين تُقدِّم الهوى يصير العقل عقلاً تبريرياً

 

Dengan akal, manusia boleh tahu kebenaran agama. Dengan agama, manusia dapat mengawal akal dari tersesat.

 

 

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...