Tuesday, April 25, 2023

SURAH LUQMAN 7

 

SURAH LUQMAN 31:7

 

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (7)

Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 6

AYAT 7

 

Ada manusia yang mengemukakan cerita-cerita dongeng demi memastikan orang kagumi cerita tersebut, lalu mereka meremehkan al-Quran.

 

 

Implikasi dari tindakan itu, melahirkan orang-orang yang takbur dengan al-Quran. Makanya, apa sahaja yang al-Quran sebut, mereka tidak ambil peduli.

 

[1] Apabila orang yang kaburkan kebenaran bersyarah sehingga menjadikan pendengarnya rasa tidak bersalah mahu troll dan nganjing ayat al-Quran, ia mula menumbuhkan rasa TAKBUR dalam hati mereka terhadap ayat-ayat al-Quran.

 

[2] Antara penyebab manusia boleh jadi TAKBUR, apabila mereka anggap remeh terhadap sesuatu. Antara penyebab mereka pandang remeh terhadap sesuatu, apabila mereka anggap ada sesuatu yang lebih mulia ketimbang perkara yang diremehkan.

 

Justeru, AL-NADHAR BIN AL-HARIS membawakan kisah-kisah dongeng raja-raja Farsi, menjadikan Quraish kagumi. Dengan itu, mereka merasa remeh pula terhadap al-Quran sehingga mereka troll dan nganjing al-Quran. Lanjutan itu, tidak hairan mereka TAKBUR terhadap ayat-ayat al-Quran.

 

[3] Apabila al-Quran itu sudah dipandang lekeh oleh Quraish ekoran kekaguman mereka terhadap raja-raja Farsi, makanya tidak hairan Allah turunkan surah Luqman ini; menjelaskan kebijaksanaan dalam nasihat Luqman terhadap anaknya agar quraish yang pandang lekeh itu sedar balik terhadap takbur mereka.

 

[4] Apabila mereka sudah TAKBUR, diberitahu berkenaan kebenaran dalam bentuk dan gaya macam mana pun, mereka tetap tidak mahu dengar. Kalau pun mereka dengar, ia sekadar di telinga, tetapi tidak bermanfaat dalam hati mereka.

 

[5] Bagi orang yang memulakan usaha menumbuhkan rasa takbur, iaitu orang yang berusaha kaburkan kebenaran sehingga orang sanggup ketawa dan troll kebenaran, mereka digunakan azab yang menghina عذاب مهين yang amat teruk. Tetapi, bagi orang yang terkesan sehingga mereka takbur terhadap kebenaran, mereka akan dikenakan azab yang kurang dahsyat sedikit, iaitu azab yang pedih عذاب اليم

 

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا

 

Apabila ayat-ayat Allah dibacakan kepada (orang yang sudah rasa tidak bersalah nak troll al-Quran ekoran kekaguman mereka terhadap kisah-kisah farsi)

 

[6] perkataan آيَاتُنَا, USAIMIN kata, ia merujuk kepada al-Quran[1]. bermakna, ia ada kaitan dengan ayat ke-2, تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ

 

[7] Apabila disebut DIBACA, sudah pasti ada pihak yang MEMBACA.  USAIMIN kata, yang membacakan ayat itu adalah sesiapa sahaja, sama ada ia Rasul, Sahabat, Tabiin atau semua manusia[2].

 

وَلَّى مُسْتَكْبِرًا

 

(memandangkan dia sudah rasa al-Quran itu remeh, sehingga rasa tidak bersalah untuk nak troll, maka) dia pun berpaling dalam keadaan takbur (ketika mereka mendengar sebarang ayat al-Quran itu.

 

[8] Salah satu sifat manusia yang tidak dapat mendengar nasihat adalah TAKBUR.

 

[9] kenapa digunakan lafaz مُسْتَكْبِرًا, kenapa tidak guna lafaz متكبرا?

 

USAIMIN kata, apabila dimasukkan سين dan تاء, ia mengandungi maksud مبالغة, iaitu BERSANGATAN TAKBUR[3].  

 

كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا

 

(punya dia rasa besar diri, sehingga al-Quran yang dibacakan itu tidak terkesan langsung dalam hatinya walaupun sedikit) seakan-akan dia tidak mendengarnya

 

[10] Ini adalah penjelasan terhadap kesan dari TAKBUR, iaitu walaupun mereka mendengar ayat al-Quran tersebut, tetapi ai tidak terkesan dalam hati SEAKAN-AKAN DIA TIDAK MENDENGARNYA.

 

[11] Digunakan lafaz كأن (seakan-akan/seolah-olah) kerana bukan telinga mereka tidak dengar, tetapi apa yang mereka dengar itu tidak terkesan dalam hati mereka walaupun sedikit. Hal ini kerana, sifat bagi al-Quran, apabila didengar dan difahami, pasti ia akan memberi manfaat pada hati. Namun, jika tidak memberi sebarang manfaat, antara puncanya adalah kerana TAKBUR[4].

 

كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا

 

(walaupun mereka mendengar ayat al-Quran yang dibaca, ternyata ia tidak terkesan sedikit pun pada hatinya) seakan-akan dua telinganya ada penyumbat

 

[12] Untuk menguatkan تأكيد maksud SEAKAN-AKAN DIA TIDAK DENGAR, ditambah pula dengan ayat: SEAKAN-AKAN DALAM KEDUA TELINGANYA ADA PENYUMBAT.

 

[13] Perkataan وقرا dimaksudkan oleh USAIMIN sebagai الصمم, iaitu alat penyumbat telinga.  Maksud ayat ini, bukan telinga mereka tidak dengar. tetapi, apa yang mereka dengar itu tidak TERKESAN PADA HATI[5].

 

فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (7)

 

(kalau mereka sudah takbur terhadap kebenaran, tambahan pula sudah berani nak troll dan nganjing al-Quran, maka memang layak mereka mendapat azab, maka Allah “troll” mereka balik dengan kata Allah): Berikan khabar gembira kepadanya dengan azab yang pedih

 

[14] Pendekatan Sindir;

a.                  Memandangkan mereka ini sombong, maka pendekatan yang digunakan adalah SINDIR. Ekoran itu, ancaman azab digunakan pendekatan BERIKAN KHABAR GEMBIRA.

b.                  Dalam ayat6, dijelaskan bahawa mereka jadikan ayat-ayat al-Quran itu sebagai bahan ketawa dan troll, maka pendekatan yang hampir sama digunakan terhadap mereka.

 

[15] Dalam ayat ini menjelaskan orang TAKBUR dari nasihat, diancam dengan عذاب أليم (Azab yang pedih), sedangkan dalam ayat sebelum ini yang menyebut berkenaan orang yang kelirukan manusia terhadap ayat al-Quran serta troll dan nganjing ayat al-Quran, diancam dengan عذاب معين.

 

USAIMIN kata, takbur adalah lebih besar berbanding kaburkan dan troll ayat al-Quran[6]. Hal ini kerana, tanpa usaha kaburkan kebenaran dan troll ayat al-Quran, orang tidak akan takbur terhadap kebenaran yang ada pada ayat al-Quran.

 

TADABBUR

[16] Orang yang memulakan sesuatu kejahatan sehingga ditiru, dia akan menanggung semua dosa-dosa orang yang meniru. Dalam hadis—daripada Jarir bin Abdillah al-Bajali berkata bahawa Rasulullah saw ada bersabda;

 

«مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ» - مسلم, 1017

Barangsiapa yang buat satu ikutan yang baik dalam islam, maka baginya pahala dan (dia dapat juga) pahala orang yang menirunya selepas itu tanpa dikurangkan pahala-pahala tersebut walaupun sedikit. Barangsiapa yang buat satu ikutan yang buruk dalam Islam, baginya bebanan akhirat dan turut memikul beban bagi orang menirunya selepas itu tanpa dikurangkan beban-beban tersebut walaupun sedikit.

 

 

 

 



[1] Usaimin:40

[2] Usaimin:40.

[3] Usaimin:40.

[4] Usaimin:40.

[5] Usaimin:41

[6] Usaimin:42

Monday, April 24, 2023

SURAH LUQMAN 6

SURAH LUQMAN 31:6

 

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (6)

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 5

AYAT 6

 

Kalangan Muhsinin adalah orang yang mendapat bimbingan tuhan dan kalangan yang berjaya.

 

 

Disebutkan kalangan yang tidak berjaya, jauh sekali mendapat bimbingan Allah.

 

[1] Selepas Allah menyebut berkenaan orang MUHSININ, makanya Allah menyebut pula kalangan yang sifatnya berlawanan dengan sifat MUHSININ.

 

Setelah Allah menyebut bahawa Orang muhsinin adalah orang yang mendapat ilmu yang benar (هدى) dan beramal dengan ilmu yang benar (رحمة), maka Allah pun sebut berkenaan orang menyebarkan ilmu yang tidak benar; ilmu yang tidak mempunyai asas. Sudah pasti, ia memberi implikasi sesat serta anggap tidak serius terhadap kebenaran sehingga dia perlekeh kebenaran tersebut.

 

[2] ASBAB AL-NUZUL: ada dua riwayat;

 

a.                  Asal sebab turun ayat ini adalah berkaitan dengan AL-NADHAR BIN AL-HARIS yang membeli kitab-kitab kisah dongeng berkenaan raja-raja farsi. Dia membaca dan  bercerita kisah-kisah tersebut kepada Quraish agar mereka tidak mendengar kisah-kisah dari al-Quran[1].

 

b.                  Dalam riwayat lain (Ibn Abbas[2]) menyebut, ayat ini diturunkan berkaitan dengan IBN KHATHAL ابْنُ خَطَلٍ yang membeli seorang hamba perempuan yang pandai menyanyi. Nyanyian hamba perempuan itu sehingga ramai orang terbuai dan lalai dari mendengar al-Quran[3]. Dari itu, dikemukakan satu hadis; daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah saw bersabda;

 

لَا تَبِيعُوا الْقَيْنَاتِ وَلَا تَشْتَرُوهُنَّ وَلَا تُعَلِّمُوهُنَّ وَلَا خَيْرَ فِي تِجَارَةٍ فِيهِنَّ وَثَمَنُهُنَّ حَرَامٌ، فِي مِثْلِ هَذَا أُنْزِلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ:" وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ" إِلَى آخِرِ الْآيَةِ

Jangan kamu jual penyanyi perempuan (hamba) dan jangan kamu beli. Jangan kamu beri ilmu kepadanya. Tidak ada kebaikan membeli dan menjualnya. Duit yang dapat hasil jualannya juga adalah haram. Pada misal ini, diturunkan ayat ini. (hadis ini doif[4])

 

[3] Dalam ayat ini menyebut berkenaan perkataan yang sia-sia لهو الحديث. Ia sebagai lawan bagi ayat ke-23, Surah al-Zumar yang menyebut berkenaan sebaik-baik perkataan احسن الحديث[5]. Firman Allah;

 

{اللَّهُ نزلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ} [الزُّمَرِ: 23]

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya

 

[4] kalangan لهو الحديث ini tidak bertujuan lain kecuali untuk mencipta kekeliruan manusia terhadap islam. Mereka ciptakan troll dan lawak terhadap ayat-ayat al-Quran untuk menjadikan manusia gelak.

 

[5] Perilaku mereka sebegini menyebabkan mereka mendapat azab di akhirat yang bukan sekadar azab, bahkan disertakan dengan kehinaan.

 

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ

 

Ada dari kalangan manusia yang mereka sanggup membayar demi mendapat permainan kata-kata

 

[6] Perkataan من  pada مِنَ النَّاسِ adalah [6]تبعيضية, iaitu diterjemah dengan “sebahagian manusia” atau “ada dari kalangan manusia”.

 

[7] Perkataan يَشْتَرِي yang diterjemah dengan MEMBELI, shihab memaknakannya dengan MEMPEROLEHI DENGAN JALAN MENYERAHKAN SESUATU SEBAGAI PEMBAYARANNYA[7].

 

A.                  Shihab tafsirkan, mereka sanggup membayar untuk mendapatkan perkataan yang sia-sia itu.

 

B.                  Dalam kupasan USAIMIN pula, perkataan يشتري bermakna من يختار iaitu DIA MEMILIH. Digunakan makna MEMELIH kerana isyarat terhadap kesungguhan mereka terhadap hal itu sehingga sanggup memberikan sesuatu demi mencapai sesuatu tujuan yang tidak betul itu[8].

 

C.                  AL-ZAMAKHSHARI kata, ia selaras dengan sebab turun ayat yang menyebut bahawa AL-NADHAR BIN AL-HARIS yang MEMBELI KITAB-KITAB DONGENG FARSI[9].

 

D.                 SYAKRAWI kata, membeli adalah lawan bagi menjual. Orang yang mahu membeli adalah orang yang memulakan urus niaga; iaitu apabila dia berharap mahukan sesuatu. Sebelum ada matawang, orang dahulu mengamalkan sistem barter; iaitu bagi orang yang ada sesuatu benda, dia mahu sesuatu benda yang ada pada tangan orang lain, maka dia tukar barang yang dia ada untuk dapatkan barang yang dia mahu dari orang tersebut. Justeru, maksud ayat ini adalah, orang Quraish itu mahukan kebenaran itu terluput, makanya dia sanggup habiskan barangannya untuk dia mendapat cerita dongeng untuk menutup kebenaran islam[10].

 

[8] Perkataan لَهْوَ الْحَدِيثِ, ada kupasan berikut;

 

A.                  USAIMIN kata, asal makna لهو adalah perkara yang tidak memberi sebarang makna dan manfaat. Apabila diidafatkan dengan الحديث yang menjadi لَهْوَ الْحَدِيثِ yang tersirat dalamnya perkataan من, justeru takdir kalamnya adalah لهو من الحديث. Makanya, makna disebalik kata itu adalah sia-sia itu berlaku pada sebahagian perkataan, bukan semua. hal ini kerana, ada perkataan yang sia-sia di satu konteks, tetapi dalam konteks lain ia tidak sia-sia. Contoh, percakapan lucah dengan isteri. Ia sia-sia dan buruk pada orang lain, tetapi tidak sia-sia jika terhadap isteri[11].

 

B.                  AL-ZAMAKHSYARI pula menyatakan, لهو adalah setiap kebatilan yang melalaikan dari kebaikan. Justeru, ia termasuk dongeng-dongeng dan hadis-hadis yang tidak ada asal. Termasuk juga perkara khurafat dan nyanyian dan muzik[12].

 

C.                  HAMKA terjemahkan dengan PERMAINAN KATA-KATA[13]. Menurut SHIHAB, perkataan لهو bermakna MELENGAHKAN, iaitu melengahkan sehingga tertinggal yang penting atau yang lebih penting. Justeru, perkataan لَهْوَ الْحَدِيثِ  diterjemah oleh SHIHAB dengan UCAPAN YANG MELENGAHKAN[14].

 

D.                 SYAKRAWI pula kupas, perkataan لهو sering disebut dalam al-Quran dengan digandingkan dengan perkataan لعب. Contohnya;

 

{وَمَا الحياة الدنيآ إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخرة خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ} [الأنعام: 32]

 

{اعلموا أَنَّمَا الحياة الدنيا لَعِبٌ وَلَهْوٌ} [الحديد: 20]

 

{وَمَا هذه الحياة الدنيآ إِلاَّ لَهْوٌ وَلَعِبٌ} [العنكبوت: 64]

 

Walaupun kedua-dua perkataan ini merujuk kepada perbuatan yang sia-sia, namun perbezaannya adalah seperti berikut;

 

a.                  Perkataan لعب bermaksud GERAKAN YANG TIDAK BERTUJUAN BAGI SEBARANG MASLAHAH. Seperti kanak-kanak bermain, ia adalah gerakan yang tidak ada sebarang hadaf dan tujuan.

 

b.                  Perkataan لهو adalah GERAKAN YANG ADA TUJUAN TERTENTU.

 

Dengan itu, dalam Surah al-Jumuah ada menyebut;

 

{وَإِذَا رَأَوْاْ تِجَارَةً أَوْ لَهْواً انفضوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِماً} [الجمعة: 11]

 

Dalam sahih al-Bukhari (hadis no: 936) menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan ketika sahabat-sahabat Nabi sedang mendengar khutbah Nabi. Kemudian, datang satu rombongan yang membawa makanan, menyebabkan semua sahabat nabi saw berkerumun kepada rombongan tersebut sehingga berbaki 12 orang sahabat Nabi saw yang kekal mendengar khutbah.

 

Kalangan sahabat yang kerumun itu dikaitkan dengan لهو dalam ayat ke-11, surah al-Jumuah tersebut.

 

Justeru, makna لهو adalah sesuatu perbuatan sia-sia yang mempunyai tujuan kemaslahatan tertentu. Makanya, maksud لهو الحديث dalam ayat ini adalah perkataan yang sia-sia tetapi terkandung tujuan yang tidak elok, iaitu لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ[15]. Melihat kupasan Syakrawi ini, lalu dibandingkan dengan konteks sebab turun ayat yang berkaitan dengan AL-NADHAR BIN AL-HARIS; bahawa dia membawakan kisah-kisah dongeng raja-raja farsi mempunyai tujuannya tersendiri; iaitu mahu mengkaburkan orang Quraish terhadap kebenaran Islam[16].

 

Melihat dari kupasan Syakrawi ini, tidak hairan kalangan sufi tidak mengharamkan muzik secara mutlak. Hal ini kerana, terdapat dalam kalangan sufi seperti Imam al-Ghazali yang menfatwakan keizinan muzik untuk menambahkan lagi Zoq dan perasaan mereka dalam mengingati Allah[17].

 

[9] Dari sudut makna لَهْوَ الْحَدِيثِ pula;

 

a.                  AL-BIQAIE menjelaskan bahawa segala yang melengahkan berupa aktiviti yang dilakukan dari saat ke saat dan membawa kelazatan sehingga waktu berlalu tanpa disedari, seperti nyanyian dan sebagainya[18].

 

b.                  USAIMIN  dan SYAKRAWI kata, لهو الحديث ini dilihat pada dua jenis: (1) perkataan, (2) perbuatan[19]. Justeru, bukan perkataan yang sia-sia, bahkan perbuatan sia-sia juga termasuk dalam maksud ayat. Beliau turut menyebut, maksud لهو الحديث adalah لا فائدة له, iaitu sebarang tindakan yang tiada faedah[20], terutama jika tiada faedah itu boleh membawa kepada haram[21].

 

c.                   AL-HASAN AL-BASRI kata, maksudnya adalah NYANYIAN, PERALATAN PANCARAGAM yang boleh membawa lalai dalam agama[22]. MUJAHID pula kata, gendang[23], muzik dan seruling[24].

 

d.                  Kata AL-HASAN, ia adalah kufur dan syirik. Hal ini dilihat pada sambungan ayat  لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ[25]

 

 

e.                  QATADAH kata, maksudnya adalah MENYUKAI BARANG YANG SESAT. SUKA SLOGAN YANG TIDAK BERISI KETIMBANG PERKATAAN YANG BENAR. SUKA MUDHARAT BERBANDING MANFAAT[26].

 

f.                    HAMKA kata, tafsiran QATADAH ini secocok jika disesuaikan dengan slogan-slogan yang kerap terjadi dalam perjuangan politik. Kerap kali isinya kosong serta tidak masuk akal. perkataan yang mengelirukan orang terhadap agama seperti ungkapan NASAKOM (Singkatan: NASional agama dan KOMinis) yang ungkapan itu mengaitkan AGAMA dan KOMUNIS, walhal sifat komunis itu menentang agama. Apatah lagi, implikasinya adalah huru hara, perebuatan kuasa, pembunuhan dan kematian[27].

 

PENDAPAT KATA MUZIK HARAM

[10] Di bawakan beberapa kenyataan ulama berkenaan hukum haram muzik.

 

A.                  AL-QURTUBI menjadikan ayat ini satu dari tiga ayat yang dijadikan dasar ulama memakruhkan dan melarang nyanyian. Dinukilkan bahawa ini adalah pendapat IBN UMAR, IBN MAS’UD dan IBN ABBAS[28], bahkan ia adalah pendapat MUJAHID, SAID BIN JUBAIR, IKRIMAH dan QATADAH[29].

 

B.                  Bahkan, Ibn mas’ud ada berkata:

 

هو الغناء والذي لا إِله إِلا هو

“ia adalah muzik, demi Tuhan yang tidak ada tuhan kecuali Dia[30]

 

Dalam riwayat lain;

 

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ: الْغِنَاءُ يُنْبِتُ النِّفَاقَ فِي الْقَلْبِ

Muzik itu boleh menumbuhkan nifaq dalam hati[31].

 

Kata AL-QASIM BIN MUHAMMAD:

 

وَقَالَ الْقَاسِمُ بْنُ مُحَمَّدٍ: الْغِنَاءُ بَاطِلٌ وَالْبَاطِلُ فِي النَّارِ.

“Muzik adalah batil. Dan batil itu dalam neraka[32]

 

Ibn al-Qasim berkata: Aku tanya Imam Malik berkenaan dengan Muzik. Jawab Imam malik:

 

وَقَالَ ابْنُ الْقَاسِمِ سَأَلْتُ مَالِكًا عَنْهُ فَقَالَ: قَالَ الله تعالى:"فَماذا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلالُ

Tidak ada selepas dari kebenaran kecuali kebatilan[33]

 

ISHAQ BIN ISA AL-TOBBA’ berkata: aku tanya Malik bin Anas berkenaan penduduk Madinah yang merukhsahkan muzik. Jawab Imam Malik;

 

وَذَكَرَ إِسْحَاقُ بْنُ عِيسَى الطَّبَّاعُ قَالَ: سَأَلْتُ مَالِكَ بْنَ أَنَسٍ عَمَّا يُرَخِّصُ فِيهِ أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنَ الْغِنَاءِ فَقَالَ: إِنَّمَا يَفْعَلُهُ عِنْدَنَا الْفُسَّاقُ

“Ia dilakukan oleh orang-orang fasiq dalam kalangan kita[34]

 

ABU TAIB TAHIR BIN ABDULLAH AL-TABARI kata:

 

وَذَكَرَ أَبُو الطَّيِّبِ طَاهِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الطَّبَرِيُّ قَالَ: أَمَّا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ فَإِنَّهُ نَهَى عَنِ الْغِنَاءِ وَعَنِ اسْتِمَاعِهِ، وَقَالَ: إِذَا اشْتَرَى جَارِيَةً وَوَجَدَهَا مُغَنِّيَةً كَانَ لَهُ رَدُّهَا بِالْعَيْبِ

Imam Malik bin Anas itu melarang muzik dan mendengar nyanyian. Dia berkata: apabila beli hamba perempuan dan dapati hamba itu penyanyi, maka perlu dihantar balik kerana itu adalah aib[35].

 

Al-Qurtubi kata:

 

وَهُوَ مَذْهَبُ سَائِرِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ، إِلَّا إِبْرَاهِيمَ بْنَ سَعْدٍ فَإِنَّهُ حَكَى عَنْهُ زَكَرِيَّا السَّاجِيُّ أَنَّهُ كَانَ لَا يَرَى بِهِ بَأْسًا

Ini adalah mazhab seluruh seluruh penduduk Madinah kecuali IBRAHIM BIN SAAD. Zakaria al-Saji ada hikayatkan bahawa Ibrahim anggap ia tidak mengapa[36].

 

ABU TAIB AL-TABARI kata:

 

قَالَ أَبُو الطَّيِّبِ الطَّبَرِيُّ: وَأَمَّا مَذْهَبُ أَبِي حَنِيفَةَ فَإِنَّهُ يَكْرَهُ الْغِنَاءَ مع إباحته شرب النبيذ، ويجمل سَمَاعَ الْغِنَاءِ مِنَ الذُّنُوبِ.

Mazhab Abi Hanifah berpendapat muzik adalah makruh sedangkan dia anggap tuak adalah harus. Dia anggap mendengar muzik itu salah satu dari dosa[37].

 

Imam syafie pula berkata:

 

الْغِنَاءُ مَكْرُوهٌ يُشْبِهُ الْبَاطِلَ، وَمَنِ اسْتَكْثَرَ مِنْهُ فَهُوَ سَفِيهٌ تُرَدُّ شَهَادَتُهُ

Muzik itu adalah makruh yang iras dengan batil. Barangsiapa yang perbanyakkan muzik, maka dia adalah bodoh dan ditolak penyaksiannya”

 

Al-Tabari ada menyebut: Ijmak para ulama pada zamannya bahawa muzik tidak diperbolehkan. Adapun IBRAHIM BIN SAAD dan UBAIDULLAH AL-ANBARI yang menyatakan boleh, itu adalah mufarafaqah jamaah. Hal ini kerana, Nabi saw ada bersabda;

 

عَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ. وَمَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Kamu perlu dengan sawad ‘azam. Barangsiapa yang mufaraqah jamaah, lalu dia mati, maka dia mati jahiliyyah[38].

 

Abul Faraj kata: kata al-Qaffal:

 

وَقَالَ الْقَفَّالُ مِنْ أَصْحَابِنَا: لَا تُقْبَلُ شَهَادَةُ الْمُغَنِّي وَالرَّقَّاصِ

Tidak boleh diterima syahadah oleh penyanyi dan penari[39]

 

Kata AL-QURTUBI:

 

وَقَدِ ادَّعَى أَبُو عُمَرَ بْنُ عَبْدِ الْبَرِّ الْإِجْمَاعَ عَلَى تَحْرِيمِ الْأُجْرَةِ عَلَى ذَلِكَ.

Abu Umar bin Abd al-bar dakwa, ijmak ulama haramkan ambil upah dengan sebab nyanyi dan menari[40].

 

IBNUL ARABI kata:

 

قَالَ الْقَاضِي أَبُو بَكْرِ بْنُ الْعَرَبِيِّ: وَأَمَّا سَمَاعُ الْقَيْنَاتِ فَيَجُوزُ لِلرَّجُلِ أَنْ يسمع غناء جاريته، إذ ليس شي مِنْهَا عَلَيْهِ حَرَامًا لَا مِنْ ظَاهِرِهَا وَلَا مِنْ بَاطِنِهَا، فَكَيْفَ يُمْنَعُ مِنَ التَّلَذُّذِ بِصَوْتِهَا

Dengar nyanyian dari hamba perempuan diharuskan bagi lelaki. Hal ini kerana, tidak ada sesuatu untuk dikatakan haram, sama ada zahir dan batinnya. Bagaimana boleh dihalang bersedap-sedap dengan suaranya pula” [41]

 

ABU AL-TAIB AL-TABARI kata:

 

وَقَالَ أَبُو الطَّيِّبِ الطَّبَرِيُّ: أَمَّا سَمَاعُ الْغِنَاءِ مِنَ الْمَرْأَةِ الَّتِي لَيْسَتْ بِمَحْرَمٍ فَإِنَّ أَصْحَابَ الشَّافِعِيِّ قَالُوا لَا يَجُوزُ، سَوَاءٌ كَانَتْ حُرَّةً أَوْ مَمْلُوكَةً.

Dengar nyanyian dari perempuan tidak haram. Namun, ulama Mazhab Syafie kata tidak harus, sama ada hamba ataupun merdeka[42].

 

IMAM SYAFIE kata:

 

قَالَ: وَقَالَ الشَّافِعِيُّ: وَصَاحِبُ الْجَارِيَةِ إِذَا جَمَعَ النَّاسَ لِسَمَاعِهَا فَهُوَ سَفِيهٌ تُرَدُّ شَهَادَتُهُ

Jika tuan kepada hamba perempuan itu himpun orang ramai untuk dengar nyanyian hamba perempuannya, maka itu adalah bodoh dan penyaksiannya ditolak[43].

 

PENDAPAT KATA HALAL

[11] di bawakan beberapa fatwa ulama yang anggap muzik halal;

 

a.                  HAMKA menjelaskan, walaupun ada ulama tafsirkan sebagai NYANYIAN, beliau menyatakan, bukanlah semata-mata nyanyian itu yang haram. Yang haram, jika nyanyian itu yang boleh menimbulkan syahwat. Dalam MAJLIS TARJIH MUHAMMADIYYAH dalam KONGRES MUHAMMADIYAH KE-20 di YOQYAKARTA tahun 1931 diputuskan bahawa alat-alat muzik tidak salah. Yang salah sehingga haram adalah, apabila menimbulkan lalai dalam beragama[44].

 

b.                  SHIHAB pula menyatakan bahawa nyanyian adalah satu perkara fitrah. Hal ini kerana, fitrah itu adalah kencenderungan manusia kepada keindahan, baik berupa pemandangan alam, keindahan wajah, aroma yang harum dan sudah tertu termasuk suara yang merdu[45].

 

c.                   Usaimin pula menyatakan, tafsiran sahabat seperti IBN ABBAS, IBN MASUD terhadap perkataan لهو الحديث sebagai muzik hanya sebagai pemisalan sahaja. Dalam perkataan lain, bukan semua muzik itu haram, tetapi muzik yang tidak bermanfaat, seperti membaca akhbar, majalah yang tidak memberi manfaat[46].

 

d.                  IBNUL ARABI kata, adapun gendang perang, maka ia tidak mengapa. Hal ini kerana, ia boleh menaikkan semangat untuk melawan musuh[47].

 

e.                  Dalam penjelasan ABUL FARAJ AL-JAWZI berkenaan pendapat Imam Ahmad. Dalam riwayat Abu Bakar al-Khallal dan temannya Abdul Aziz; Muzik adalah harus. Hal ini dilihat pada amalan Qasidah dari kalangan ahli zuhud. Demikian juga, melihat pertanyaan hukum menjual hamba perempuan yang menyanyi. Dia jawab: dijual itu hambanya, bukan nyanyinya. Lalu dijual dengan harta 30 ribu[48].

 

TADABBUR

[12] Dalam ayat ini, disebutkan bahawa kalangan ini MEMBELANJAKAN HARTA MEREKA UNTUK PERMAINAN KATA-KATA yang HAMKA namakan sebagai slogan-slogan kosong. Ia seakan-akan menjelaskan bahawa perlawanan terhadap kalangan muhsinin ini tidak akan berjaya dengan serangan, tetapi perlawanan itu berlaku dalam bentuk MENCIPTA KERAGUAN dengan pendekatan slogan.

 

Ia sama sepertimana pendekatan IBLIS mempengaruhi Adam dengan menggunakan perkataan خلدي pada buah larangan. Hal ini kerana, perkataan خلدي bermaksud “kekal” yang dipersepsikan kononnnya tuhan tidak mahu bagi Adam kekal dalam syurga, ekoran itu dilarang makan buah tersebut.

 

Demikian juga, al-Quran juga ada menyebut bahawa pendekatan kata-kata indah juga kadangkala berjaya mempengaruhi manusia setahap Nabi Muhammad saw. firman Allah;

 

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ (204) – البقرة

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

 

لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ

 

“(tujuan mereka membuat perkataan sia-sia itu) untuk menyesatkan orang  dari jalan Allah tanpa ilmu”

 

[13] Maksud dengan “untuk menyesatkan”, Ibn Kathir kata: dia buat begitu untuk menjadikan orang membelakangkan Islam dan orang islam[49].

 

[14] apabila mereka mewujudkan لهو الحديث untuk menyesatkan orang dari jalan Allah, maka muzik yang jadi haram itu jika membawa kepada kesesatan. Justeru, jika dibawa kepada kesesatan, ia tidak termasuk dalam larangan ayat.

 

[15] Perkataan ل pada ليضل ini ada dua tafsiran;

 

a.                  Bermakna تعليل, iaitu perkataan sia-sia itu BERTUJUAN untuk menyesatkan manusia.

 

b.                  Bermakna عاقبة, iaitu perkataan sia-sia itu, akibatnya akan menjadikan manusia sesat.

 

Menurut USAIMIN, kedua-dua pentafsiran ini boleh diguna pakai dalam makna ayat ini[50].

 

[16] Pada perkataan لِيُضِلَّ ada dua bacaan yang memberi kesan pemaknaan yang berbeza;

 

a.                  Dibaca dengan DHOMMAH pada huruf “Ya”, maka dibaca dengan liyudhilla”.  Ini memberi maksud: AGAR DIA MENYESATKAN ORANG LAIN[51].

 

b.                  Dibaca dengan FATHAH pada huruf “ya”, maka dibaca dengan “liyadhilla”. Ini memberi maksud: AGAR DIA MENJADI SESAT (iaitu lebih mantap lagi kesesatannya[52]) ini adalah bacaan IBN KATHIR, IBN MUHAISIN, HUMAID, ABU AMRU, RUWAIS dan IBN ISHAQ[53].

 

[17] Mereka menyesatkan itu, dikaitkan dengan عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ (menyesatkan manusia dari jalan Allah). Maksud dengan JALAN ALLAH adalah ketetapan yang ditentukan Allah terhadap hambaNya; semua ini akan mencapaikan hamba kepada Allah[54].

 

[18] Dalam mereka menyesatkan umat dari jalan Allah, dikaitkan بِغَيْرِ عِلْمٍ (tanpa ilmu);

 

o   Membuktikan tujuan mereka adalah untuk memastikan manusia tidak faham terhadap kebenaran.

 

o   Ini membuktikan, tidak berilmu bukan bermakna tidak tahu, tetapi keliru terhadap hakikat sebenar adalah maksud bagi tidak berilmu.

 

وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا

 

“mereka menjadikannya sebagai troll atau menganjing atau bahan ketawa”

 

[19] Perkataan هزوا itu, BASMEH terjemahkan sebagai EJEK-EJEKAN, sedangkan HAMKA terjemahkan dengan “AMBIL JADI OLOK-OLOK”[55].

 

[20] Dhomir هَا pada lafaz يَتَّخِذَهَا:

a.          Ada kata, kembali kepada سبيل الله iaitu jalan Allah[56]. Namun, persoalan timbul, apakah boleh dhomir ها yang bersifat مؤنث dikembali kepada perkataan سبيل yang مذكر ? jawab Syakrawi: dalam al-Quran, perkataan سبيل boleh digunakan untuk Muzakkar, iaitu ketika ia memberi maksud semata-mata jalan. Contohnya, firman Allah;

{وَإِن يَرَوْاْ سَبِيلَ الرشد لاَ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً} [الأعراف: 146]

 

Ia juga boleh digunakan untuk MUANNAS, iaitu apabila ia mengandungi maksud SYARIAH, seperti firman Allah:

{قُلْ هذه سبيلي أَدْعُو إلى الله على بَصِيرَةٍ} [يوسف: 108]

 

Justeru, pandangan ini memberi maksud, mereka menyesatkan manusia dari SYARIAH ALLAH.

 

b.         Usaimin kembalikan kepada آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ; iaitu mereka menjadikan AYAT-AYAT AL-QURAN sebagai olok-olok, atau ejek-ejek. Dengan itu, USAIMIN senaraikan kepada beberapa bentuk;

A.                  Perolok-olokkan al-Quran pada sudut susunan dan nazam ayat.

B.                  Perolok-olokkan al-Quran dari sudut kisah yang dikemukakan al-Quran.

C.                  Perolok-olok al-Quran dari sudut hukum hakamnya.

D.                 Perolok-olokkan al-Sunnah.

E.                  Perolok-olokkan Rasulullah saw.

F.                   Perolok-olokkan orang yang berpegang dengan Sunnah, bukan kerana peribadinya tetapi dari sudut amalan Sunnahnya[57].

 

أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (6)

 

“Mereka itu amat layak diberikan azab yang menjadikan mereka hina”

 

[21] memandangkan tindakan mereka itu menjadikan agama diperolok-olok dan agama diremehkan; yang ia sudah pasti mengandungi maksud AGAMA TERHINA, makanya memang layak mereka mendapat azab yang مهين iaitu MENGHINA; azab yang menjadikan mereka jadi hina[58].

 

A.                  menurut AL-RAZI, perbezaan antara azab kepada orang mukmin dan kafir adalah, azab terhadap mukmin berkaitan pembersihan tanpa ada menghina. Berbeza dengan azab terhadap kafir, ia ada unsur menghina[59].

 

B.                  SYAKRAWI kata, apabila disebut azab yang menghina, bermakna di sana ada azab yang tidak menghina. Justeru, azab yang diberikan kepada orang islam itu adalah proses membersihkan diri dari kotoran dosa untuk melayakkannya masuk ke syurga. Maka, azab itu sebagai اكراما kepada pendosa tersebut[60].

 

 



[1] Shihab:11/114 & Kasyaf:3/490 & Zad:3/430 & Shihab:21/142.

[2] Zad:3/429

[3] Shihab:11/114 & Kasyaf:3/490

[4] Qurtubi:14/51.

قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، إِنَّمَا يُرْوَى مِنْ حَدِيثِ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، وَالْقَاسِمُ ثِقَةٌ وَعَلِيُّ بْنُ يَزِيدَ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ، قَالَهُ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ

[5]Kathir:6/330.

[6] Usaimin:24

[7] Shihab:11/114.

[8] Usaimin:24

[9] Kasyaf:3/491

[10] Syakrawi:19/11582.

[11] Usaimin:25.

[12] Kasyaf i:3/490.

[13] Hamka:7/5559

[14] Shihab:11/114.

[15] Syakrawi:19/11584

[16] Syakrawi:19/11584

[17] Shihab:11/116.

[18] Shihab:11/115.

[19] Usaimin:25 & Syakrawi:19/11589

[20] Usaimin:31.

[21] Usaimin:28.

[22] Hamka:7/5559  & Qurtubi:14/52.

[23] Zad:3/430

[24] Qurtubi:14/51.

[25] Qurtubi:14/52.

[26] Hamka:7/5559

[27] Hamka:7/5560

[28] Shihab:11/115.

[29] Zad:3/430

[30] Zad:3/430.

[31] Qurtubi:14/52.

[32] Qurtubi:14/52

[33] Qurtubi:14/52

[34] Qurtubi:14/55.

[35] Qurtubi:14/55.

[36] Qurtubi:14/55.

[37] Qurtubi:14/55.

[38] Qurtubi:14/56.

[39] Qurtubi:14/56.

[40] Qurtubi:14/56.

[41] Qurtubi:14/56.

[42] Qurtubi:14/56

[43] Qurtubi:14/56

[44] Hamka:7/5559

[45] Shihab:11/115.

[46] Usaimin:28.

[47] Qurtubi:14/54.

[48] Qurtubi:14/56.

[49] Kathir:6/331.

[50] Usaimin:28.

[51] Shihab:11/116 & Kasyaf:3/491.

[52] Shihab:11/116 & Kasyaf:3/491.

[53] Qurtubi:1/56

[54] Usaimin:26.

[55] hamka:7/5560.

[56] Qurtubi:14/57

[57] Usaimin:32.

[58] Usaimin:33.

[59] Razi:25/116.

[60] Syakrawi:19/11590

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...