Tuesday, March 28, 2023

SURAH AL-RUM 45

 

SURAH AL-RUM 30:45

 

لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (45)

Kerana Allah akan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang kufur ingkar.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 44

AYAT 45

 

Balasan bagi orang beriman adalah mendapat persiapan untuk tempat pembaringan yang bahagia.

 

 

Itu adalah kurniaan dari Allah. hal ini tidak dapat dikecapi oleh orang kafir.

 

[1] Setelah Allah sebut bahawa nikmat yang bakal dikecapi oleh orang yang beramal soleh adalah mereka akan dapat persiapan untuk berehat yang menyenangkan, makanya Allah memberitahu bahawa itu semua atas kurniaan Allah.

 

Dalam perkataan lain, manusia yang beriman kena sedar bahawa dengan semata-mata amal soleh sahaja, bukan penyebab mereka mendapat nikmah sebegitu. Itu atas kurniaan yang datang dari kasih sayangNya.

 

[2] kurniaan itu dianugerahkan kepada orang beriman dan beramal soleh. Amal soleh itu sendiri, hakikatnya bermula dari iman. Justeru, tanpa iman, maka tidak ada amal soleh.

 

[3] HAMKA kata, amal soleh adalah cara Allah membuka jalan keselamatan di akhirat[1].

 

[4] Namun amat dukacita terhadap orang kafir, bahawa kurniaan sebegini tidak diberikan kepada mereka ekoran kekufuran mereka.

 

لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْ فَضْلِهِ

 

[5] Apabila Allah sebut dalam ayat ke-43 bahawa akhirat kelak, manusia akan terbelah kepada dua jenis, maka Allah pun sebut dalam ayat ini berkenaan tujuan Allah suruh manusia beramal soleh.

 

[6] Ayat ini sebagai penjelasan terhadap maksud  يُمَهِّدُونَ dalam ayat ke-44, iaitu persiapan untuk pembaringan itu adalah satu kurniaan dari Allah.

 

[7] Dalam ayat ke-44, hanya disebut AMAL SOLEH, tanpa disebut IMAN. Dalam ayat ini pula, ada disebutkan kedua-duanya sekali.

 

[8] pada perkataan لِيَجْزِيَ, huruf ل adalah huruf al-Khafd. Dalam matan al-Ajurimiyyah, apabila masuk ل huruf Khafd, maka kalimah selepasnya adalah ISIM.

فالاسم يُعرَفُ: بالخَفضِ، والتنوينِ، ودخولِ الألف واللام، وحروفِ الخَفضِ, وهي: مِن، وإلى، وعَن، وعلى، وفِي, ورُبَّ، والباءُ، والكافُ، واللامُ، وحروفِ القَسَم وهي: الواو، والباء، والتاء – متن الأجرومية

 

Namun, perkataan يَجْزِيَ adalah فعل المضارع. Ini sudah bercanggah dengan kaedah asal.

 

Usaimin memberi komentar dengan menyatakan bahawa perkataan يَجْزِيَ, walaupun ia فعل tetapi dia berada ditahap اسم. Iaitu ada ان مصدرية yang taqdir kalamnya adalah لأن يجزي. Maka makanya adalah لجزاء[2].

 

[9] Dalam ayat disebutkan bahawa balasan yang diberikan kepada ORANG BERIMAN dan BERAMAL SOLEH adalah مِنْ فَضْلِهِ – sebahagian dari kurniaanNya. Ini bermakna;

A.         Kurniaan istidraj.

B.          Kurniaan rahmat.

 

Orang kafir juga mendapat kurniaan seperti sihat, kaya, mewah dan sebagainya. Tetapi, kurniaan yang berbentuk rahmat, hanya khusus diberikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh.

 

[10] Gandaan pahala yang Allah berikan kepada orang melakukan kebaikan.

 

Dalam hadis—daripada Abu Zar bahawa Rasulullah bersabda;

 

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَأَزِيدُ، وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَجَزَاؤُهُ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا أَوْ أَغْفِرُ وَمَنْ تَقَرَّبَ مِنِّي شِبْرًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ ذِرَاعًا، وَمَنْ تَقَرَّبَ مِنِّي ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا، وَمَنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً، وَمَنْ لَقِيَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطِيئَةً لَا يُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَقِيتُهُ بِمِثْلِهَا مَغْفِرَةً – مسلم, 2687

"Barangsiapa berbuat kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan yang semisalnya dan terkadang Aku tambahkan lagi. Dan Barangsiapa yang berbuat keburukan, maka balasannya adalah keburukan yang serupa atau Aku mengampuninya. Barangsiapa mendekat kepada-Ku satu jengkal maka Aku akan mendekat kepada-Nya satu hasta, jika ia mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa, dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari. Dan barangsiapa yang bertemu dengan-Ku dengan membawa kesalahan sebesar isi bumi tanpa menyekutukan-Ku dengan yang lainnya, maka Aku akan menemuinya dengan ampunan sebesar itu pula"

 

Dalam hadis lain—daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda;

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ، الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ، قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِلَّا الصَّوْمَ، فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي – مسلم, 1151

Setiap anak adam itu digandakan satu kebaikan kepada 10 kali ganda sehingga sampai 700 ganda. Allah berkata: kecuali puasa. Hal ini kerana, ia dilakukan keranaKu, maka Aku akan membalasnya. Dia meninggalkan syahwat dan makannya disebabkan aku”

 

إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (45)

 

[11] Apabila Allah nyatakan bahawa Allah anugerahkan kurniaanNya kepada orang beriman dan beramal soleh, makanya Allah nyatakan pula bahawa DIA tidak suka orang kafir.

 

Dalam ayat ini, tidak dinafikan kurniaan Allah terhadap orang kafir. Hanya dinyatakan ‘TIDAK SUKA’. Bermakna, kurniaanNya tetap diberikan kepada orang kafir, tetapi kurniaanNya yang berbentuk istidraj.

 

[12] Dalam pada Allah sayangnya orang beramal soleh, diberikan pahala berganda-ganda. Dalam pada Allah tidak suka orang kafir, Allah memberikan azab kadar kekufuran sahaja, tidak digandakan azab.

 

[13] Menurut al-Razi, kemuncak bagi azab adalah apabila tidak disayangi oleh Allah[3].

 

 



[1] Hamka:7/5535

[2] Usaimin:279.

[3] Razi:25/106.

Monday, March 27, 2023

SURAH AL-RUM 44

 

 

SURAH AL-RUM 30:44

 

مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ (44)

Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 43

AYAT 44

 

Allah suruh Nabi perteguh pendirian atas agama yang betul. Kerana, akhirat kelak manusia terpisah kepada dua.

 

 

Orang kafir, akan dapat azab kekufurannya. Orang yang beramal soleh, akan dapat hamparan yang disediakan.

 

[1] Setelah Allah menyebut berkenaan hidup akhirat kelak bahawa manusia terbelah. Makanya, ayat ini, dijelaskan bahawa terbelah itu kepada dua;

A.                  Orang yang kufur yang baginya balasan kekufuran.

B.                  Orang yang beramal soleh yang baginya tersedia hamparan yang membahagiakan.

 

[2] Orang kufur itu baginya azab yang sepadan dengan kekufurannya. Walaupun kufur ada bermakna aqidah, ayat ini turut memasukkan kufur dari sudut amalan, iaitu tidak melakukan perintah tuhan.

 

[3] Apabila disebut berkenaan balasan untuk orang yang kufur, maka disebut juga balasan bagi orang yang beramal soleh. Iaitu, mereka akan mendapat apa yang persiapkan untuk diri mereka semasa hidup di dunia dahulu.

 

مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ

 

[4] Barangsiapa yang kafir, maka dia tanggung sendiri. Siapa suruh jadi kafir. Sebab, Allah sudah hantar kitab dan Nabi, sepatutnya mereka sudah tidak patut lagi jadi kafir. Namun, mereka mahu jadi kafir juga, itu tanggungjawab mereka sendiri.

 

[5] Perkataan كفر dari sudut bahasa arab bermakna tutup. Dari sudut makna, ia bermakna keluar dari ketaatan Allah. Hal ini kerana, orang yang keluar dari ketaatan Allah, hakikatnya adalah menutup akal dan ilmunya dalam menanggapi nikmat Allah[1].

 

[6] Dalam ayat akan datang, disebutkan beramal soleh, sedangkan dalam ayat ini menyebut kufur.

 

Apabila disebut kufur, ia dilihat dalam konteksnya;

a.                  Ada kufur dari sudut aqidah dan amal.

b.                  Ada kufur dari sudut aqidah.

c.                   Ada kufur dari sudut amal.

 

Dalam konteks ayat ini, ia merujuk kepada makna (a); iaitu kufur dari sudut aqidah dan amal. Hal ini kerana, dalam sambungan ayat menyebut beramal soleh yang ia tidak akan berlaku kecuali dengan iman. Apabila ada iman, maka terkesan dari sudut amalan ketaatan. Maka itu disebut amal soleh.

 

Justeru, keseragaman dengan makna kufur di sini adalah, kekufuran dari sudut amalan mereka berpunca dari kekufuran dari aqidah mereka.

 

[7] Ayat ini seakan-akan menjelaskan bagi maksud ayat 41; ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ – iaitu dalam konteks ayat, mereka diazab di akhirat nanti, itu berpunca dari mereka sendiri, iaitu memilih kekufuran.

 

وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ (44)

 

[8] Maksud dengan amal soleh adalah, amalan yang dihimpun dua perkara;

a.                  Ikhlas.

b.                  Ikut aturan Nabi saw[2].

 

Justeru, orang yang beramal tanpa ikhlas, maka itu bukan amal soleh. Demikian juga, orang yang beramal dengan ikhlas, tetapi amalan itu tidak ikut aturan nabi, maka itu bukan amal soleh.

 

[9] Selalunya, apabila disebut AMAL SOLEH, sebelumnya akan disebut BERIMAN. Hal ini berbeza dengan ayat ini; ia hanya menyebut amal soleh, tanpa disertakan beriman. Dalam hal ini terdapat kupasan berikut;

A.                  Menurut AL-RAZI, perkataan AMAL SOLEH tidak akan berlaku tanpa IMAN. Justeru, membataskan menyebut AMAL SOLEH sudah memadai. Namun, di ayat lain disebut juga sebagai TAHRIDH (galakkan)[3].

B.                  SYAKRAWI menjelaskan, iman itu dilihat pada dua: (a) iman pada zatnya الإيمان في ذاته dan (b) adalah iman yang apa yang terkesan dari iman dari ketaatan ما يترتب عليه من طاعة أوامر هذا الإله. Jadi, ayat ini dalam kerangka (b)[4].

C.                  ASYUR kata, apabila kerap sangat ayat al-Quran menggandingkan antara iman dan amal soleh, sehinggakan kalangan muktazilah dan khawarij mentafsirkan bahawa syarat iman itu diterima adalah keperluan ada amal soleh. Tanpa amal soleh, maka iman tidak diterima[5]. Justeru, ayat ini menolak pentafsiran muktazilah dan khawarij itu; iaitu iman tidak hilang jika tidak ada amal soleh. Hanyasanya, amal soleh tidak berlaku tanpa iman kerana amal soleh adalah buah hasil dari iman.

 

[10] Ayat ini seakan-akan menjelaskan maksud ayat ke-43; فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ – iaitu, dengan berpegang teguh dengan agama yang betul, akhirat nanti dia akan selamat.

 

Dari sini difahami maksud dengan فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ adalah BERAMAL SOLEH[6].

 

[11] Perkataan يمهدون berasal dari kata مهد yang bermakna MENGHAMPAR. Ia juga boleh bermakna BUAIAN. Juga boleh diterjemah dengan HAMPARAN TIDUR[7].  Syakrawi kata, ia adalah tempat tidur bayi yang berbuaian[8].

 

Bermakna, bagi orang yang beramal soleh itu, mereka akan mempersiapkan diri untuk mendapat tempat berehat dengan kesenangan seperti mana orang yang tidur di tempat yang dibuai. Malah lebih dari itu lagi[9].

 

Dalam kupasan AL-ZAMUKHSYARI, maksud ayat ini lebih kepada mempersiapkan tempat pembaringan, seakan-akan amal soleh itu adalah sebagai cara kita nak bersiap sedia untuk berehat seperti kebas tempat tidur, betulkan hamparan tidur dan sebagainya; semua ini bertujuan untuk nak elak sebarang gangguan semasa berehat nanti[10].

 

[12] Dalam susunan ayat, digunakan susunan فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ. Namun, kalau ikut dalam susunan kata biasa, akan digunakan فيَمْهَدُونَ لِأَنْفُسِهِمْ? Hal ini kerana, ia mengandungi makna حصر iaitu menggambarkan kesenangan yang bakal dikecapi oleh ahli syurga itu itu adalah pasti[11].

 

[13] Dalam menjelaskan balasan baik kepada orang yang beramal soleh, tuhan menjelaskan bentuk balasan iaitu يَمْهَدُونَ, tetapi berkenaan azab, tidak diberikan sebarang penjelasan.

 

Al-Razi kata, itu tandanya tuhan mahu menjelaskan berkenaan kesempurnaan bagi rahmat Ilahi kepada orang yang beramal soleh[12]. Justeru, disebaliknya adalah galakkan amat tinggi agar manusia beriman.

 

HIKMAH

[14] Semasa Allah menyebut berkenaan orang kafir, Allah guna pendekatan Mufrad.

فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ

 

Apabila Allah menyebut berkenaan orang yang beramal soleh, digunakan pendekatan jamak;

فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ

 

Di sini ada beberapa komentar ulama;

A.                  Menurut SHIHAB, apabila orang kafir diseksa, mereka akan hidup bersendirian, tidak ada sesiapa pun akan menemaninya. Hal ini berbeza dengan nikmat yang bakal dikecapi dalam syurga, orang mukmin itu akan kecapi secara berjemaah dan bergembira beramai-ramai[13].

 

B.                  AL-RAZI kata, rahmat Allah itu lebih umum berbanding kemurkaannya. Bahkan, sebelum Allah murka, Allah pasti lebarkan rahmatNya terlebih dahulu. Apabila terlalu degil, baru Allah berikan kemurkaanNya[14].

 

[15] Ayat ini menghimpun dua perkara; (a) al-Tarhib, iaitu ancaman azab, (b) al-Targhib, iaitu janjian pahala.



[1] Usaimin:274.

[2] Usaimin:274.

[3] Razi:25/106.

[4] Syakrawi:18/11489

[5] Asyur:21/117.

[6] Asyur:21/ 11612

[7] Shihab:11/83.

[8] Syakrawi:18/11493.

[9] Shihab:11/83.

[10] Kasyaf:3/483.

[11] Usaimin: 274.

[12] Razi:25/106.

[13] Shihab:11/82.

[14] Razi:25/106.

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...