Saturday, March 25, 2023

SURAH AL-RUM 43

 

SURAH AL-RUM 30:43

 

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ (43)

(Jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah agama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: hari yang tak dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 42

AYAT 43

 

Suruhan mengambil pengajaran berkenaan kehancuran umat dahulu.

 

 

Untuk selamatkan diri di akhirat kelak, perlu berpegang teguh dengan ajaran agama yang lurus.

 

 

[1] Apabila Allah suruh ambil pengajaran terhadap kehancuran yang telah tertimpa kepada kaum terdahulu, maka Allah pun suruh bertegas atas tajuk hidup selepas dari mati; iaitu, Nabi Muhammad berpegang atas prinsip, iaitu agama Islam yang betul untuk selamat di akhirat kelak.

 

[2] Hal ini kerana, dengan berpegang teguh dengan agama yang betul sahaja manusia akan selamat di akhirat kelak; ia pasti akan hadir dan tidak ada sesiapa pun dapat menolaknya.

 

[3] Ayat menyebut, hari akhirat adalah hari manusia akan berpecah kepada dua; golongan yang mendapat kecelakaan dan mendapat balasan kebaikan.

 

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ

 

[4] Dalam ayat sebelum, Allah menyuruh berjalan atas muka bumi dan lihat akibat umat dahulu itu dengan penggunaan kata jamak – سِيرُوا dan فَانْظُرُوا iaitu menyuruh quraish mekah, sedangkan dalam ayat ini; iaitu Allah suruh berpegang atas agama betul, digunakan kata mufrad - فَأَقِمْ وَجْهَكَ, iaitu merujuk kepada suruhan terhadap Nabi Muhammad saw.

 

A.                  Dalam kupasan AL-BIQAIE, suruhan agar berpegang pada prinsip ini ditujukan kepada Nabi Muhammad saw sahaja, kerana suruhan terhadap Nabi saw itu sudah pasti tidak sia-sia dan jika ditujukan kepada quraish yang dalam konteks zaman itu, mereka sudah ada prejudis, makanya mereka tidak akan terima juga suruhan tersebut.

 

Namun, suruhan agar melihat agar berjalan dan melihat itu, ada kemungkinan ia boleh dilakukan oleh mereka.

 

B.                  SHIHAB pula berpendapat, apabila suruh berprinsip itu menggunakan kata mufrad, secara isyaratnya memberi faham bahawa berprinsip ini adalah tugas setiap peribadi manusia[1].

 

C.                  USAIMIN kata, setiap suruhan yang berbentuk mufrad, ia pasti memberi maksud bahawa suruhan itu setiap individu, walaupun asalnya ditujukan kepada Nabi saw[2]. Justeru, tafsiran Usaimin ini seragam dengan pendapat Shihab.

 

D.                 SYA’RAWI tafsirkan maksud ayat ini dengan اطمئن يا محمد; iaitu bertenanglah wahai Muhammad[3]. Dalam perkataan lain, setelah orang kafir tetap merendah-rendahkan Nabi Muhammad saw, sehingga Allah memberi peringatan kepada mereka berkenaan kehancuran pun, mereka kekal dengan kekufuran, maka itu menjadikan Nabi saw bersedih. Maka, Allah pun suruh Nabi saw bertenang dengan cara berpegang teguh dengan agama yang lurus. Kerana, jaminan bahagia akhirat kelak kerana di dunia kita berpegang teguh dengan agama yang betul.

 

E.                  Saya berpendapat, ayat akan datang (ayat 44), disebutkan berkenaan orang kafir. Justeru, ayat ini digunakan kata mufrad dalam pada ia kesinambungan ayat sebelum ini (ayat 42) yang menyebut قُلْ, menunjukkan konteks ayat, suruhan itu ditujukan kepada Nabi Muhammad saw.

 

Apabila disebut Nabi Muhammad, kita akan tahu bahawa baginda adalah orang yang paling mukmin. Justeru, ia ditujukan kepada setiap mukmin yang mereka sahaja akan berpegang teguh dengan agama islam.

 

[5] Apabila Allah suruh bertegas, Allah kaitkan dengan WAJAH. Apakah maksud wajah dalam ayat ini? Apakah wajah hissi atau maknawi?

 

Dalam ayat ke-115, surah al-Baqarah, perkataan wajah dikaitkan dengan arah. Firman Allah;

 

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ (115) – البقرة

Kepunyaan Allah timur dan barat. Di mana sahaja kamu hadap, dapati ada wajah Allah.

 

Dari ayat ini, wajah bukan bermakna hissi, iaitu bukan bermakna muka yang berada di kepala, tetapi lebih kepada maknawi, iaitu hadapkan diri ke arah agama yang merangkumi.

 

Dalam kupasan IBN AL-JAWZI, beliau menyatakan bahawa maksud hadapkan wajah di sini adalah perbetulkan qasad (niat) hati untuk mengikut agama yang lurus[4].

 

[6] Dalam ayat digunakan perkataan الدِّينِ الْقَيِّمِ yang diterjemah dengan “agama yang lurus”;

A.                  Digunakan perkataan الدين yang diterjemah dengan AGAMA. Usaimin kata, ia bermaksud amal[5]. Hal ini kerana, dalam ayat ke-19 surah Ali-Imran perkataan AL-DIN itu merujuk kepada makna amal. Firman Allah;

 

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ (19) – ال عمران

Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.

 

Dalam pada itu, terdapat juga makna PEMBALASAN, iaitu ayat 4 surah al-Fatihah. Firman Allah;

 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) – الفاتحة

(Allah adalah tuhan yang merupakan) pemilik hari pembalasan”

 

B.                  Digunakan perkataan القيم kerana perkataan itu mengandungi maksud KESEIMBANGAN, TIDAK ADA KEPINCANGAN, MEMBERI PETUNJUK YANG SEMPURNA YANG MENYANGKUT KEBAHAGIAN UMAT MANUSIA[6].

 

AL-ZAMUKHSYARI pula kata, maksud dengan القيم adalah البليغ الاستقامة «الذي لا يتأتى فيه عوج مِنَ اللَّهِ– iaitu terlalu lurus dari Allah sehingga tidak ada sebarang b7engkok pun[7].

 

 

Usaimin kata, dalam ayat ke-161 surah al-An’am, perkataan القيم memberi maksud agama yang lurus[8]. Firman Allah;

 

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (161) – الأنعام

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik"

 

Justeru, dalam pentafsiran USAIMIN, maksud dengan الدين القيم adalah segenap perkara yang melibatkan islam, bermula dari aqidah, syariah serta amalan, sama ada zahir dan batin[9].

 

مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ

 

[7] Dalam ayat digunakan perkataan مِنْ قَبْلِ yang SHIHAB kata, perkataan من yang digandingkan dengan قبل itu mengandungi maksud “kadar masa yang sedikit”.

 

Justeru itu, AL-BIQAIE tafsirkan bahawa maksud ayat itu adalah perlu manusia berpegang teguh dengan agama Islam ini, walaupun kadar satu saat sahaja sebelum kematian[10].

 

Dalam erti kata lain, walaupun satu saat sahaja manusia sudah beriman sebelum kematiannya, dia sudah selamat di alam akhirat kelak.

 

[8] Perkataan يوم pula digunakan dalam lafaz Nakirah. Usaimin kata, ia mengandungi maksud تعظيم. Iaitu, hari akhirat itu adalah suatu hari yang besar dan hebat, sepertimana Allah sebut dalam ayat ke-55 surah al-Mutaffifin[11];

 

لِيَوْمٍ عَظِيمٍ (5) يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (6) – المطففين

Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), * Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

 

يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ (43)

 

[9] perkataan يصدعون dari kata الصدع yang diterjemah sebagai PECAH atau TERBELAH.

 

Orang yang pening kepala disebut sebagai الصداع kerana apabila dia pening kepala, dirasakan seperti kepalanya terbelah[12].

 

Menurut IBN AL-JAWZI, ketika itu manusia terbelah kepada ahli syurga dan ahli neraka[13].

 

[10] Ayat ini ditafsirkan dengan ayat ke-14, Surah al-Rum;

 

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآياتِنا وَلِقاءِ الْآخِرَةِ فَأُولئِكَ فِي الْعَذابِ مُحْضَرُونَ [الرّوم: 14- 16]

Dan semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan). * Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria. * Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.

 

 



[1] Shihab:11/81.

[2] Usaimin:267

[3] Syakrawi:18/11483.

[4] Zad:3/425.

[5] Usaimin: 268.

[6] Shihab:11/81.

[7] Kasyaf:3/483.

[8] Usaimin: 268.

[9] Usaimin: 268

[10] Shihab:11/82.

[11] Usaimin: 269.

[12] Shihab:11/82.

[13] Zad:3/425.

Friday, March 24, 2023

SURAH AL-RUM 42

 

SURAH AL-RUM 30:42

 

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ (42)

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 41

AYAT 42

 

Dijelaskan berkenaan kehancuran berlaku disebabkan perilaku mereka sendiri.

 

 

kalau nak tahu, perlu bermusafir dan lakukan jelajah tempat-tempat yang pernah dibinasakan.

 

[1] Setelah disebutkan berkenaan kehancuran bermula dari kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Makanya, Allah mahu memberitahu kepada kaum Quraish bahawa semua ini mereka boleh tahu kalau mereka pergi ke tempat-tempat yang pernah dibinasakan oleh Allah seperti penempatan kaum tsamud, firaun dan sebagainya.

 

[2]  Semasa jelajah itu, jangan semata-mata tengok, tetapi perlu berfikir bagaimana kebinasakan boleh menimpa mereka. Yang Allah nyatakan, kebanyakkan mereka adalah MUSYRIK.

 

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ

 

[3] Ayat ini diturunkan di Mekah, iaitu setahun sebelum Nabi hijrah ke Madinah. Sudah pasti, suruhan pada perkataan قل itu, Allah suruh Nabi Muhammad berkata kepada penduduk Mekah.

 

[4] perkataan في الارض itu bermakna على. Mana mungkin manusia berjalan dalam bumi; mereka boleh berjalan atas muka bumi[1].

 

[5] Walaupun konteks ayat, suruhan itu kepada Quraish mekah, tetapi ia juga tertumpu juga kepada semua manusia termasuk muslim. Namun, tidak bermakna suruhan itu adalah wajib bahawa perlu ke tempat kaum-kaum terdahulu, tetapi kewajiban disebalik suruhan itu adalah AMBIL PENGAJARAN. Justeru, ia boleh dicapai dengan membaca kitab-kitab tarikh berkenaan kaum terdahulu[2]. Hal ini selaras dengan firman Allah;

 

أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ وَأَصْحَابِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكَاتِ أَتَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (70) – التوبة

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

 

فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ

 

[6] Ayat ini menggunakan perkataan عاقبة yang dalam bahasa melayu juga menggunakan perkataan akibat. Maksud akibat adalah pengakhiran bagi sesuatu perkara.

 

Sesuatu akibat mesti bermula dari sebab. Akibat bagi kehancuran adalah perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada kehancuran tersebut.

 

Seperti, tebang balak dan gondolkan hutan, akibat dari tindakan itu adalah tiada serapan air pada bumi yang apabila berlaku tumpahan hujan air yang luar dari kebiasaan boleh menyebabkan banjir besar.

 

Demikianlah juga, kehancuran yang tertimpa pada kaum-kaum sebelum ini. Kenapa Kaum tsamud binasa? Kenapa kaum A’ad binasa? Semua itu perlu dilihat sebab-sebabnya, iaitu perilaku jahat yang telah mereka lakukan.

 

[7] Ketika manusia berjalan atas muka bumi, manusia melakukan banyak perkara; seperti mencari rezeki, bekerja, membuat hubungan sesama manusia. makanya dalam ayat ini pula, Allah menyuruh manusia menambah satu lagi program dalam mereka menjalani kehidupan, iaitu ambil pengajaran terhadap apa yang dilihat. Apatah lagi, ketika melihat kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah.

 

[8] Kalau dilihat pada konteks ayat, Allah menyuruh pergi ke tempat kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah. hal ini kelihatan seperti bercanggah dengan hadis berikut—daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw ada bersabda;

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ تَدْخُلُوا عَلَى هَؤُلاَءِ المُعَذَّبِينَ إِلَّا أَنْ تَكُونُوا بَاكِينَ، فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا بَاكِينَ فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيْهِمْ، لاَ يُصِيبُكُمْ مَا أَصَابَهُمْ» - البخاري, 433

 

Jangan kamu masuk (ke tempat) mereka yang telah diazab kecuali bahawa kamu dalam keadaan menangis. Jika kamu tidak menangis, maka jangan kamu masuk terhadap mereka. Jangan sampai menimpa kamu perkara yang telah menimpa mereka”

 

Dalam hadis juga ada menyebut bahawa ketika Nabi saw sampai di penempatan kaum Tsamud, baginda dan para sahabat masuk ke kawasan itu dalam keadaan menangis serta berjalan dengan cepat.

 

Dari ini dapat disimpulkan bahawa;

a.                   tidak ada percanggahan antara ayat dan hadis. hal ini kerana;

b.                  Hadis itu menggambarkan masuk dalam keadaan ambil kesedaran sepertimana kehendak ayat. Caranya;

c.                   Dengan memangis dan berjalan dengan segera.

 

[9] Di sini menjadi dalil bahawa kejadian orang terdahulu perlu dilihat. Yang baik dari mereka dijadikan pengajaran, dan yang buruk dari mereka dijadikan sempadan.

 

 

 

كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ (42)

 

[10] Kesan kehancuran kalangan dahulu; kebanyakkan mereka yang membuat kerosakan itu adalah orang musyrik.

 

[12] Jika dilihat pada susunan kata ayat, difahami bahawa kebanyakkan yang terkena azab itu adalah orang musyrik. Dalam kata lain, ia tidak menolak bahawa terdapat juga orang islam yang terkena azab tersebut.

 

Dari sini;

a.                  Sama ada azab itu tertimpa kepada muslim yang berada dalam kalangan orang musyrik, atau;

b.                  Muslim yang melakukan kehancuran juga bakal menimpa azab, jika mereka melakukan al-Fasad sepertimana dalam kupasan ayat 41.

 

Pada perkara (a), terdapat firman Allah[3];

 

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً [الْأَنْفَالِ: 25]

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).

 

Dalam pentafsiran SYAKRAWI pula, kalangan yang sedikit itu adalah orang yang tidak ditaklifkan hukum seperti orang gila dan kanak-kanak.

 

 



[1] Usaimin:261.

[2] Usaimin:266.

[3] Razi:25/105

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...