Wednesday, June 8, 2022

SURAH AL-RUM 28

AYAT 28

 

ضَرَبَ لَكُمْ مَثَلًا مِنْ أَنْفُسِكُمْ هَلْ لَكُمْ مِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ شُرَكَاءَ فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنْتُمْ فِيهِ سَوَاءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (28)

 

Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 27

AYAT 28

 

Dinyatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang lebih tinggi berbanding Allah

 

 

Dinyatakan bahawa, Allah adalah Tuhan yang maha esa, yang sudah pasti melakukan syirik terhadapNya adalah sesuatu yang salah

 

 

[1] Setelah Allah menyatakan bahawa, tidak ada yang lebih tinggi berbanding Allah, maka dengan itu, Allah taala menjelaskan, tidak layak manusia melakukan syirik kepada Allah.

 

[2] Cara untuk Allah menjelaskan agar manusia itu tidak mensyirikkan Allah, Allah memfokuskan kepada orang musyrik agar mereka mendapat rasa dan emosi; betapa tidak benarnya tindakan mereka yang menjadikan Allah Ta'ala itu.

 

[3] Caranya adalah dengan membuat pemisalan; membandingkan tuan yang mendapat hasil keuntungan yang sama dengan hambanya, walhal semua kos dan modal itu datang daripada tuan, tanpa sedikitpun kos dan modal itu dari hamba terbabit.

 

[4] Kalau seseorang tuan tidak dapat menerima bahawa hamba mendapat hasil keuntungan yang sama, sudah pasti manusia perlu sedar bahawa mereka sebagai hamba Allah tidak boleh menganggap sebarang makhluk sama dan setara dengan Allah.

 

[5] Semua ini tidak dapat difahami kecuali orang yang benar-benar mempunyai akal; iaitu bukan sekadar pemahaman (akal kepala), bahkan mendapat kesedaran di dalam hati (akal hati).

 

ضَرَبَ لَكُمْ مَثَلًا مِنْ أَنْفُسِكُمْ

 

[1] Salah satu cara untuk memahamkan manusia adalah dengan membuat contoh. Pendekatan ini turut digunakan oleh Allah di dalam Al-Quran.

 

Disamping itu juga, manusia kadangkala tidak memahami dari sudut rasa dan emosi.

 

Justeru itu, ayat ini, Allah membuat permisalan dan contoh agar manusia dapat emosi dan perasaan dalam hal yang melibatkan kepada syirik.

 

[2] Membuat misal mungkin dipandang remeh oleh manusia tertentu. Namun demi memahamkan manusia, Allah ada menyatakan di dalam surah al-Baqarah bahawa Allah tidak malu untuk mendatangkan misal.

{إِنَّ الله لاَ يَسْتَحْى أَن يَضْرِبَ مَثَلاً مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا. .} [البقرة: 26]

 

[3] Pada perkataan من انفسكم, perkataan من dalam ayat, ada tiga pentafsiran ulama;

A. Ada kata bahawa ia adalah للابتداء

B. Ada kata bahawa ia adalah للتبعيضية

C. Ada kata bahawa ia adalah للزيادة

 

هَلْ لَكُمْ مِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ شُرَكَاءَ فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنْتُمْ فِيهِ سَوَاءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ

 

[1] Kafir Quraisy menafikan kekuasaan Allah memberi kemenangan kepada rom, semua ini berpunca dari hati mereka; iaitu tidak mengkagumi Allah.

 

Tidak kagum itu bermuarakan daripada kesyirikan; itu menganggap ada tuhan lain setara dengan Allah.

 

Justeru itu, ayat ini Allah mulakan dengan perbahasan tentang syirik.

 

[2] Ibn Kathir membawakan riwayat berkenaan dengan sebab turun ayat ini. Daripada ibnu Abbas berkata:. Orang-orang yang mensyirikkan Allah selalu mengucapkan talbiah:

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ [لَبَّيْكَ] لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، إِلَّا شَرِيكًا هُوَ لَكَ، تَمْلِكُهُ وَمَا مَلَكَ

Aku memenuhi panggilan-Mu wahai Dzat yang tiada sekutu bagi-Mu. kecuali sekutu bagi-Mu yang memang Kau kuasai dan ia tidak menguasai.

 

Orang musyrik itu menggambarkan persamaan antara Tuhan berhala dengan Allah, maka Allah Ta'ala turun ayat ini.

 

Kisah ini terdapat di dalam al-Mukjam al-kabir. Tetapi di dalam sanadnya ada perawi yang bernama HAMMAD BIN SYU'AIB yang doif. walaubagaimana pun, kisah ini ada dalam sahih Muslim juga.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كَانَ يُلَبِّي أَهْلُ الشِّرْكِ: لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ [لَبَّيْكَ] لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، إِلَّا شَرِيكًا هُوَ لَكَ، تَمْلِكُهُ وَمَا مَلَكَ. فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {هَلْ لَكُمْ مِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ شُرَكَاءَ فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنْتُمْ فِيهِ سَوَاءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ} – ابن كثير

 

[3] Yang dimaksudkan dengan ما ملكت ايمانكم،  adalah hamba. Asal perkataan ايمانكم adalah tangan kanan kamu.

 

Persoalannya kenapa hamba itu dinisbahkan kepada tangan kanan?

 

Soleh Usaimin jelaskan bahawa tangan kanan sering digunakan oleh manusia dalam bekerja. Justeru hamba adalah orang yang bekerja untuk seseorang tuan. Sebab itu hamba itu dipanggil sebagai ما ملكت ايمانكم, orang yang tangan kanan kamu miliki.

 

[4] Dalam ayat dinyatakan bahawa, harta yang mereka miliki yang dikongsikan dengan hamba itu, menggunakan perkataan الرزق, bukan المال

 

Syaikh Sya'rawi berkata: rezeki tidak dibataskan kepada harta seperti mana yang disangkakan oleh setengah manusia, tetapi rezeki adalah setiap perkara yang boleh dimanfaatkan.

والرزق لا يقتصر على المال - كما يظن البعض - إنما رزقك كلّ ما انتفعتَ به فهو رزق - الشعراوي

Dengan ini, Tuhan menggambarkan bahawa, apa sahaja yang kalau seseorang tuan berkongsi dengan hambanya, apa perasaan tuan tersebut?

 

[5] Menarik dalam ayat ini adalah, apabila digunakan perkataan ما رزقناكم, apa yang telah kami rezekikan kepada kamu; memberi isyarat bahawa orang kafir Quraisy perlu sedar, apa sahaja yang mereka miliki adalah pemberian dari Allah, bukan hak milik mereka secara mutlak.

 

كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (28)

 

[1] Apabila ayat ini menyebut berkenaan dengan pemisalan, apa perasaan tuan yang berkongsikan harta dengan hambanya, yang ia dibandingkan dengan tindakan syirik yang mereka lakukan kepada Allah, ia menggambarkan bahawa, soal agama boleh sahaja difahami dengan akal yang sihat dan jernih.

 

Dengan itu, Syeikh Sya'rawi berhujah bahawa asas bagi wahyu itu tidak menyanggahi akal yang jernih dengan membawakan kisah Saidina Omar yang menyatakan beberapa pandangan, lalu pandangan tersebut diturunkan wahyu oleh Allah.

 

[2] Apabila Allah menyatakan لقوم يعقلون, Sya'rawi mengatakan, ini adalah bukti bahawa orang kafir itu tidak manfaatkan akal mereka semaksima mungkin.

 

Dengan sebab itu mereka menyembah berhala, pokok, matahari dan bulan dan sebagainya, walhal semua itu juga berharap dengan kekuasaan Allah.

 

Mereka selalu beralasan dengan mengatakan;

ما نعبدهم الا ليقربونا الى الله زلفا

Itu mereka menyembah selain dari Allah itu sebagai mekanisme atau wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah; dan ini tidak munasabah dengan akal, kerana sembahan kepada Allah sudah boleh dicapai tanpa perantara.

 

PENGAJARAN

 

[1] Dalam menjelaskan sesuatu perkara, kadangkala pendekatan membuat pemisalan adalah diperlukan. Hal ini kerana, ada dari kalangan manusia itu tidak mudah memahami kecuali dengan memberi pemisalan.

 

[2] Ada sesuatu perkara juga, tak cukup sekadar memberi pemahaman akal sahaja, bahkan perlu juga memberi pemahaman hati; iaitu bukan semata-mata memberi kefahaman, tapi mencetuskan rasa di dalam hati.

[3] Perbezaan di antara akal orang kafir dan orang beriman adalah, akal orang kafir dalam kerangka عقل ادراك، sedangkan akal orang beriman itu, عقل رشد

 

 

 

Monday, June 6, 2022

SURAH AL-RUM 27

 AYAT 27

 

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَى فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (27)

 

Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 26

AYAT 27

 

Yang berada di langit dan di bumi akur dengan perintah Allah

 

 

Makanya untuk mencipta makhluk dan mematikan mereka, lalu mahu hiupkan  mereka semula adalah sesuatu yang senang bagi Allah

 

 

[1] Allah menyebut berkenaan dengan kekuasaannya menghidupkan orang mati dan mengeluarkan mereka dari kubur, maka Allah menyebut bahawa semua ini adalah mudah bagiNya.

 

[2] Sudah pasti ia mudah bagi Allah kerana tidak ada sesuatu pun dapat menandingi ketinggian Allah di langit dan di bumi.

 

Tambahan pula Allah itu maha gagah lagi maha bijaksana.

 

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ

 

[1] Dalam ayat yang ke-25, Allah menyatakan bahawa manusia boleh keluar dari bumi dengan sekali panggil sahaja. Ia menggambarkan kekuasaan Allah seperti dalam maksud كن فيكون. Makanya dalam ayat ini, Allah menggambarkan maksud كن فيكن itu adalah وهو اهون عليه.

 

Ayat lain yang sama maksud dengan ayat ini:

وَكانَ ذلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيراً [النساء: 30]

 

[2] Maksud وهو adalah merujuk kepada maksud يعيده. Dalam perkataan yang lain, jika Allah mudahهين  untuk memulakan ciptaan manusia, sudah pasti menghidupkan mereka yang mati adalah lebih mudah اهون  bagi Allah.

 

Dalam usul al-fiqh, ini disebut sebagai logic Qiyas al-Jali.

 

[3] ayat lain yang sama maksud dengan ayat ini;

إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ [البروج: 13]

 

كَما بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ [الأعراف: 29]

 

{الله يَبْدَأُ الخلق ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ} [الروم: 11]

 

[4] Dalam hadis digambarkan bahawa Semua manusia itu dibangkitkan nanti dalam keadaan bertelanjang bulat, tidak memakai sebarang kasut serta masih lagi tidak berkhitan.

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا، ثُمَّ قَرَأَ: {كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ} [الأنبياء: 104] ، وَأَوَّلُ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ القِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ، وَإِنَّ أُنَاسًا مِنْ أَصْحَابِي يُؤْخَذُ بِهِمْ ذَاتَ الشِّمَالِ، فَأَقُولُ أَصْحَابِي أَصْحَابِي، فَيَقُولُ: إِنَّهُمْ لَمْ يَزَالُوا مُرْتَدِّينَ عَلَى أَعْقَابِهِمْ مُنْذُ فَارَقْتَهُمْ، فَأَقُولُ كَمَا قَالَ العَبْدُ الصَّالِحُ ": {وَكُنْتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَا دُمْتُ فِيهِمْ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي} [المائدة: 117]- إِلَى قَوْلِهِ - {العَزِيزُ الحَكِيمُ} [البقرة: 129] – البخاري, 3349

 

وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَى فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

 

[1] Apabila semua perkara itu mudah bagi Allah وهو اهون عليه, maka itu bukti bahwa Allah itu maha tinggi وله المثل الاعلى

 

[2] Maksud dengan وله المثل الاعلى, kata Syeikh sya'rawi, ia bermaksud ان الله تعالى لا مثيل له, iaitu tidak ada sesuatu pun yang menyampai Allah dalam hal maha tinggi.

{لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ... } [الشورى: 11]

 

[3] Jika kita melihat ada kesempurnaan dalam alam, namun kesempurnaannya itu dia dapat kerana ada pula kekurangannya. Supaya kita lebih yakin bahawa yang maha sempurna dan tidak ada cacat sedikit pun hanya Allah sahaja

 

وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (27)

 

[1] Apabila Allah mencipta semua alam ini, dan semua alam ini akur dengan perintah Allah, maka itu adalah bukti العزيز pada sifat Allah.

 

Apabila semua alam ini bergerak dengan baik, itu adalah bukti الحكيم pada sifat Allah

 

[2] Tidak ada siapa yang dapat menandingi kegagahan Allah, dan tidak di siapa yang dapat menandingi kebijaksanaan Allah.

 

PENGAJARAN

 

[1] Dari sudut konteks surah, ia menyebut berkaitan dengan penafian kafir Quraisy terhadap kekuasaan Allah yang boleh memberi kemenangan kepada Rom untuk melawan Farsi.

 

Dalam ayat ini pula, dijelaskan kekuasaan-Nya yang boleh menghidupkan orang yang sudah mati.

 

Seakan-akan Allah mahu memberitahu kepada kita, manusia menafikan kekuasaan Allah apabila mereka tidak sedar bahawa selepas mereka mati mereka akan berhadapan dengan kehidupan yang kekal abadi.

 

[2] Apabila ayat menggunakan perkataan وله المثل الاعلى, Soleh Usaimin menyatakan bahawa penggunaan قياس الاولى boleh digunakan untuk Allah, tetapi tidak boleh di gunakan pendekatan قياس التمثيل وقياس الشمول

 

 

 

Saturday, June 4, 2022

SURAH AL-RUM 26

 AYAT 26

 

وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ (26)

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 25

AYAT 26

 

Manusia bakal dikeluarkan daripada bumi selepas mereka mati. Apabila dikeluarkan nanti mereka akan berhadapan dengan kehidupan kekal abadi.

 

 

Semua itu tidak susah bagi Allah, kerana semua makhluk yang berada di atas langit dan bumi patuh dan akur dengan perintah Allah.

 

Apabila Allah menyatakan bahawa dia akan mengeluarkan manusia daripada bumi, maka Allah menjelaskan lagi bahawa, arahan dari Allah akan diakur oleh sesiapa sahaja.

 

Secara tersirat, Allah mahu memberitahu kepada kafir Quraisy, semua makhluk di langit dan bumi ukur perintah Allah, sudah pasti mudah bagi Allah untuk memberi kemenangan kepada Rom.

 

وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

 

[1] Dalam ayat ini, digunakan perkataan من yang merujuk kepada makhluk yang berakal. Kata SHIHAB, ada dua perkara penting yang perlu difahami;

 

A.                  kalau makhluk berakal pun patuh dengan perintah Allah, lebih patuh bagi makhluk yang tidak berakal.

B.                  Hal ini menjadi dalil bahawa makhluk berakal turut sama ada di langit, seperti Jin dan Malaikat.

 

[2] Apabila disebut من yang dikaitkan dengan في الأرض, menandakan bahawa manusia adalah antara makhkluk yang PATUH dengan perintah ALLAH. Namun, bagaimana pula konsep kafir yang berlaku pada manusia?

 

Hal ini perlu dilihat pada firman Allah berikut;

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (41)  - الروم

 

Dalam perkataan yang lain, jika manusia melanggar sistem yang telah ditetapkan oleh Allah pada langit dan bumi, sudah pasti manusia akan berhadapan dengan kehancuran.

 

Tabtaie menyatakan, dengan ini maksud ayat memberi makna bahawa semua makhluk di langit dan bumi patuh terhadap sistem alam seperti hukum sebab- akibat yang berlaku pada alam ini.

 

Profesor Quraish Shihab menyatakan, manusia tidak dapat hidup seribu tahun, bahkan tidak dapat memperpanjang atau memperpendek usia yang telah ditetapkan Allah. Manusia tidak dapat menghindar dari ketuaan, bahkan dari penyakit bila dia melanggar hukum-hukum alam yang berkaitan dengan kesihatan dan penyakit.

 

Shihab menyatakan juga, yang dimaksudkan dengan kepatuhan dalam ayat adalah keniscayaan keluarnya semua makhluk yakni kebangkitannya selepas kematian.

 

[3] Perkataan له adalah خبر مقدم، yang memberi maksud dalam ilmu balaghoh sebagai الحصر. Bermakna, Allah sahaja yang memiliki mereka yang berada di langit dan bumi.

 

كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ (26)

 

[1] perkataan قانتون, ia memberi maksud ketaatan dan kepatuhan. Al-Qurtubi bawakan satu hadis berikut;

 

رُوِيَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (كُلُّ قُنُوتٍ فِي الْقُرْآنِ فَهُوَ طَاعَةٌ)

 

“Daripada Abu Sa'id al-khudri, dari nabi berkata: setiap qunut di dalam Al-Quran, maka itu adalah ketaatan”

 

Mengikut pendapat al-Rabi' bin Anas yang dimaksudkan dengan قانتون adalah akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti.

الرَّبِيعُ بْنُ أَنَسٍ:" كُلٌّ لَهُ قانِتُونَ" أَيْ قَائِمٌ يَوْمَ الْقِيَامَة

 

[2] Soleh Usaimin katakan bahawa Qunut atau kepatuhan itu dilihat dalam dua kerangka;

 

A. Qunut syarie.

B. Qunut kawni

 

Qunut syarie adalah seperti firman Allah;

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ (238) - البقرة

 

Adapun Qunut Kawni, ia melihat pada ayat ini.

 

[3] Dalam ayat 25, dijelaskan bahawa Semua manusia akan dikeluarkan daripada bumi.

 

Makanya dengan ayat ini pula, dijelaskan bahawa kekuasaan Allah melebihi dari mengeluarkan manusia dari bumi, kerana semua makhluk yang berada di langit dan di bumi patuh dengan perintahNya.

 

PENGAJARAN

 

kata SHIHAB, ayat ini membuktikan bahawa bukan makhluk di bumi sahaja akur dengan perintah Allah, bahkan makhluk di langit juga begitu.

 

 

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...