AYAT 5
بِنَصْرِ
اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)
[5] Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi
kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengasihani
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 5 |
AYAT 4 |
|
Menang atau kalah,
semua itu atas pertolongan dari Allah. |
Rom menang yang
menyebabkan orang mukmin gembira. |
|
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ |
KONTEKS AYAT
[1] Dalam konteks ayat ini, ia menjelaskan berkenaan bahawa
Rom bakal menang mengalahkan farsi, walhal rom bukan muslim, bahkan mereka
adalah orang Nasrani. Ini membuktikan bahawa pertolongan Allah bukan sahaja diberikan
kepada orang islam, bahkan tuhan turut berikan kepada orang kafir.
Soleh Usaimin tidak dapat menerima bahawa tuhan
memberikan kemenangan kepada orang kafir secara mutlak. Pada beliau, orang
kafir tidak wajar mendapat pertolongan dari Allah. makanya, beliau mentakwilkan
ayat ini bahawa kemenangan yang tuhan berikan kepada Rom bukan kerana mereka
beragama Nasrani, tetapi disebalik kemenangan rom itu adalah kemenangan kepada
orang islam; iaitu apabila rom mengalahkan farsi yang sudah memudahkan untuk kemenangan
umat islam di masa akan datang, iaitu melawan untuk mengalahkan rom pula, iaitu
dalam sejarah perang Tabuk.
Dalam kupasan yang sama, beliau turut menyatakan tuhan
tidak akan memberikan pertolongan kepada kafir dalam melawan muslim, tetapi
tuhan masih boleh memberi pertolongan kepada kafir, jika mereka berperang sesame
mereka.
[2]
ketika tercetusnya perang antara dua tamadun besar ini, umat Islam dan ajaran
nabi Muhammad saw belum dikenali dunia lagi. Tamadun-tamadun besar ini hanya mengenali
masyarakat arab sahaja.
Justeru,
dengan sokongan umat Islam ketika itu terhadap Rom, serta memberikan “satu Analisa
masa depan”, iaitu apabila dikatakan Rom bakal bangkit lawan farsi dan mencapai
kebenaran, secara tidak langsung promosi terhadap Nabi sudah berlaku.
Dengan
Analisa Nabi yang diperkatakan oleh masyarakat arab, menyebabkan dunia mula
mengenali Nabi Muhammad saw dan ajaran islam yang kemudiannya Islam menjadi
agama yang berjaya mencabar tamadun dunia sedia ada sehingga islam pula terbina
tamadunnya sendiri.
SAMBUNGAN AYAT;
|
وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5) |
Setelah Allah nyatakan bahawa Rom bakal menang dengan
sebab pertolongan Allah, makanya Allah pun nyatakan dua sifatnya yang mulia;
iaitu MAHA GAGAH dan MAHA PENYAYANG.
Kenapa dua sifat ini yang diperkenalkan oleh Allah
dalam ayat ini. Di sini terdapat beberapa penafsiran seperti berikut;
Tafsiran 1: apabila disebut kemenangan, sudah pasti
itu lambang kegagahan (العزيز), dan apabila tuhan boleh memberi bantuan, itu adalah lambang
kasih sayangNya (الرحيم).
Tafsiran
2: apabila ada MAHA GAGAH (العزيز) ia
perlu ada keseimbangan dengan sifat MAHA PENYAYANG (الرحيم);
seperti orang yang gagah tanpa belas kasihan, pasti dia akan lakukan kehancuran
dan pembunuhan terhadap kalangan yang kalah.
Dalam
erti kata lain, jika dilihat sifat gagah Allah, boleh sahaja Allah hancurkan
Farsi dan Rom. Tetapi, sebab Allah itu maha penyayang, makanya, Allah hancurkan
Farsi, bukan rom kerana disebalik kemenangan rom ada keuntungan untuk umat islam.
Tafsiran
3: apabila manusia lihat kemenangan dalam sesuatu peperangan, manusia jangan
nampak yang gagah itu adalah manusia, tetapi perlu nampak MAHA GAGAH itu adalah
ALLAH.
Dan
apabila muslim nampak sifat gagah ada pada kita, jangan abaikan sifat rahmat,
iaitu belas kasihan; seperti tawanan
perang jangan dibunuh, tetapi perlu ada rahmat dan kasih sayang terhadap
mereka.
|
PENGAJARAN |
[1] Apabila tuhan memberi kemenangan kepada Rom,
walhal Rom tidak beragama islam, seakan-akan membenarkan satu nukilan dari
kitab Ibn Taimiyyah yang menyebu;
"الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة، ولا ينصر الدولة
الظالمة وإن كانت مؤمنة
“Allah
tolong negara adil, walaupun ia kafir. Allah tidak tolong negara zalim,
walaupun ia mukmin" (Hisbah, hlm 7)
[2] Pertolongan Allah, tidak sekadar kepada muslim
sahaja. Namun, Allah juga memberi pertolongan kepada kafir dengan tidak
menghancurkan kalangan yang melakukan Islah dan kebaikan.
Firman Allah:
وَمَا كَانَ
رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ (117) - هود
“Tidaklah tuhan kamu membinasakan kota dengan kezaliman
(kekufuran) sedangkan penduduk kota itu melakukan islah” (Surah Hud, ayat 117)