Monday, April 11, 2022

SURAH AL-RUM 19

 AYAT 19


يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ (19)

 

Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 19

AYAT 18

 

Bukti kekuasaan Tuhan lagi; DIA jadikan manusia dari tidak ada kepada ada, dari hidup kepada mati.

 

Tuhan buktikan bahawa Dia maha berkuasa; iaitu manusia berinteraksi dengan langit dan bumi; serta siang dan malam

 

 

Tuhan jelaskan bahawa pada waktu malam, manusia itu mati (tidur). Pada waktu siangnya, manusia hidup semula (bangun dari tidur).

 

Maka demikian juga, manusia yang mati bakal dibangkitkan dari kubur mereka.

 

 

Tuhan jelaskan bahawa penentuan siang dan malam itu terletak pada kekuasaan Allah.

 

 

[1] Semasa turun ayat 3 – 5;

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

 

Ayat ini dibacakan oleh Abu Bakar al-Siddiq kepada dua kafir, iaitu UBAI BIN KHALAF dan UMAYYAH BIN KHALAF. Apabila mereka dengar, mereka menganjing al-Quran serta menganggap maklumat al-Quran ini sebagai bohong dan dusta sahaja.

 

Tindakan mereka itu sedikit sebanyak mengandungi maksud menafikan kekuasaan Allah. Makanya, dengan turun ayat ini, mereka perlu sedar bahawa Allah itu maha berkuasa, sewajarnya mereka sedar bahawa janji Allah bahawa Rom bakal kalahkan farsi pula adalah sesuatu yang boleh diterima akal. Justeru, amat tidak wajar apabila mereka anggap bohong pada pengkhabaran al-Quran bahawa Rom bakal mengalahkan farsi itu.

 

[2] ketika mereka menindas orang Islam, Orang Quraish merasakan mereka kuat sepertimana kuatnya Farsi mengalahkan Rom. Mereka tidak sedar bahawa mereka tidak kuat sepertimana Farsi dapat dikalahkan oleh Rom di suatu masa nanti.

 

[3] Bukti bahawa mereka tidak kuat adalah mereka berasal dari air mani yang mati. Dari situ, mereka dihidupkan. Lalu, mereka akan dimatikan semula. Setelah mati, mereka menjadi bangkai yang darinya datang ulat-ulat yang memakan bangkai mereka.

 

[4] Jika mereka tidak kuat dari sudut biologi, sewajarnya mereka sedar bahawa mereka tidak kuat juga semasa menindas orang islam. Apatah lagi, selepas itu Nabi Muhammad saw membentuk kerajaan dan berjaya mengalahkan mereka dalam perang badar; sama seperti Orang Rom berjaya mengalahkan orang Farsi 7 tahun selepas Rom dikalahkan Farsi.

 

[5] Secara fizikal sahaja sudah cukup menampilkan mereka tidak kuat, apatah lagi secara rohaninya mereka akan mengadap Allah swt dalam keadaan hina.

 

Jika dilihat ayat 11 sebelum ini—Allah memberitahu bahawa Dia yang memulakan ciptaan manusia dari tiada kepada ada, kemudian kembalikan manusia kepada tiada (mati). Kemudian, manusia akan kembali kepada Allah semula.

اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (11)

 

يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ

 

[1] Orang kafir Quraish tidak sedar terhadap kekuasaan Allah, sedangkan banyak bukti kekuasaan Allah berlaku dihadapan mata mereka. Antaranya adalah ALLAH yang mengeluarkan sesuatu hidup dari sesuatu yang mati.

 

[2] Bagi memudahkan faham ini, HAMKA contohkan buah kelapa yang sudah mati, tetapi dia menumbuh semula dengan daun baru; ataupun, umpama anjing yang mati, tetapi dari bangkai anjing itu datang ulat-ulat yang hidup.

 

[3] SHIHAB dan USAIMIN pula menjelaskan bahawa ayat ini boleh dilihat dari sudut hakiki dan majazi.

 

Melihat dari sudut hakikinya adalah sama sepertimana yang ditafsirkan oleh HAMKA. Tetapi, melihat dari sudut majazinya pula, الحي dimaksudkan sebagai orang mukmin dan الميت dimaksudkan sebagai orang kafir.

 

Dengan ini, SHIHAB kata, tidak salah ditafsirkan ayat ini bahawa berapa banyak orang kafir yang melahirkan anak-anak yang beriman kepada Allah.

 

IBN ASYUR umpamakan seperti KHALID BIN AL-WALID yang merupakan seorang panglima Islam terbilang, dia dilahirkan dari orang kafir yang memusuhi Islam, iaitu AL-WALID BIN AL-MUGHIRAH; atau HIND BINTI UTBAH BIN RABI’AH yang dilahirkan dari musuh ketat islam bernama UTBAH BIN RABIAH; UMMU KALTSUM BINTI UQBAH BIN ABI MU’AYYI,

 

LUGHAH

 

Digunakan perkataan اخراج, iaitu timbangan متعدي—iaitu, ia bukan bermakna keluar, tetapi memberi makna MENGELUARKAN. Ini bermakna, ada sesuatu yang dikeluarkan.

 

وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ

 

Demikian juga kekuasaan Allah bahawa Dia mengeluarkan sesuatu yang mati dari sesuatu yang hidup.  Contoh HAMKA adalah seperti air mati atau telur yang mati dapat menjadikan manusia atau ayam. Dengan erti kata lain, Air mani itu adalah sesuatu yang mati berada dalam manusia yang hidup, sama sepertimana telur yang mati berada dalam ayam yang hidup.

 

Dalam erti kata lain, dari telur datang ayam. Dari ayam, datangnya telur. Demikian juga manusia; dari mani datangnya manusia, dari manusia datangnya mani.

 

وَيُحْيِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا

 

Jika tuhan dapat mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, maka manusia perlu sedar bahawa Allah dapat menghidupkan bumi yang sudah mati; iaitu bumi yang kering kontang dan gersang, kemudian hidup dengan tumbuh-tumbuhan selepas turun air hujan dari langit atau sebagainya.

 

وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ (19)

 

[1] Cara Allah hendak bagi manusia dapat berfikir dengan jernih. Allah datangkan terlebih dahulu hal-hal yang manusia boleh cerap dengan pancaindera; iaitu, Allah pamerkan kekuasaan dia yang dapat keluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati, dan keluarkan sesuatu yang mati dari yang hidup.

 

Hal ini dapat dilihat oleh mata manusia. Akal manusia faham hal – hal sebegini.

 

Apabila manusia faham, maka Allah pun bagitahu hal yang mereka ingkari, iaitu manusia yang sudah mati, Allah boleh keluarkan mereka dari kubur untuk berjumpa dengan Allah kelak.

 

[2] Semasa manusia melihat bahawa telur boleh keluar dari ayam, dan ayam boleh keluar dari telur; atau manusia melihat manusia keluar dari air mani, dan air mani keluar dari manusia; maka adalah amat mudah bagi Allah untuk mengeluarkan manusia dari kubur.

 

PENGAJARAN

 

[1] Menarik untuk direnungkan bahawa ayat ini, tuhan menggunakan pendekatan logic induktif untuk memahamkan manusia terhadap konsep manusia bakal keluar dari lubang kubur dalam keadaan mereka hidup.

 

Imam al-Qurtubi menyatakan, ayat ini antara dalil bahawa dibenarkan pendekatan al-Qiyas dalam beragama.

 

[2] Jika semua ini manusia dapat faham, secara tidak langsung manusia boleh faham kekuasaan Allah swt juga.

 

Dengan itu, tidak wajar kafir Quraish menjadi penjenayah agama, iaitu apabila menampilkan bahawa Tuhan seperti tidak berkuasa dengan ambil sikap menganggap kandungan al-Quran itu sebagai dusta; anggap dusta dengan pemberitahuan al-Quran bahawa Rom bakal kalahkan Farsi pula.

 

 

Saturday, April 2, 2022

SURAH AL-RUM 18

 AYAT 18

وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ (18)

 

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 18

AYAT 17

 

Kekuasaan Allah itu lebih terbukti, apabila langit dan bumi itu di bawah ketentuan dia, bahkan penentuan waktu terlalu cerah dan terlalu gelap pun dalam ketentuan Allah.

 

 

Dijelaskan bahawa Tuhan itu maha berkuasa, sehinggakan perubahan siang dan malam itu adalah bukti kekuasaan Allah.

 

 

PENJELASAN:

 

[1] Orang kafir Quraish perlu sedar bahawa langit dan bumi ini adalah ciptaan Allah. Bahkan, kafir Quraish pun sudah akuinya sepertimana yang telah disebut dalam surah al-‘Ankabut, ayat 65:

 

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ (65)

“Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya”

 

Begitujuga ayat sebelum itu, iaitu surah al-Ankabut ayat 61:

 

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (61)

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?”

 

[2] Apabila mereka sendiri sudah akui bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, sepatutnya tidak timbul isu bahawa mereka nafikan kekuasaan Allah.

 

[3] Apabila mereka sudah akui bahawa langit dan bumi itu diciptakan oleh Allah, maka itu bukti segala pujian itu layak diberikan kepada Allah, bukannya membuat satu tuduhan secara tidak langsung—seakan-akan Allah tidak berkuasa.

 

[4] Bukan sekadar ciptaan langit dan bumi, malah waktu siang yang amat memancar atau waktu malam yang amat gelap gelita; itu juga adalah bukti kekuasaan Allah.

 

وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

 

Dalam ayat 17, TASBIH kepada tuhan melibatkan MASA, iaitu petang dan pagi. Pada ayat ini (ayat 18), PUJIAN pada tuhan dikaitkan dengan tempat, iaitu langit dan bumi, serta masa, iaitu ISYAK dan ZOHOR.

 

LUGHAH

 

[1] Perkataan لَهُ الْحَمْد adalah خبر مقدم yang memberi maksud لإفادة الحصر

 

Kalau dibaca dengan الحمد لله pula, “alif” dan “lam” pada perkataan الحمد itu memberi maksud menyeluruh, iaitu segala pujian itu ada pada Allah.

 

وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ (18)

 

[1] Perincian terhadap makna zohor, disebutkan dalam ayat lain;

 

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78) -  الإسراء

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya” (Surah al-Isra’, ayat 78)

 

Ayat ini, menjelaskan suruhan agar dirikan solat dari gelincir matahari sehingga tengah malam—terkandung dalamnya solat bermula dari zohor sehingga Isyak. Kemudian, disebut pula قُرْآنَ الْفَجْرِ yang merujuk kepada menunaikan solat subuh.

 

Memandangkan ayat ini sebut غَسَقِ اللَّيْلِ—dipertengahan malam, menyebabkan ada ulama (salah seorangnya Usaimin) mengatakan, akhir bagi solat isyak adalah SATU DUA MALAM. Bahkan, USAIMIN kata, pendapat yang mengatakan akhir bagi ISYAK dengan MASUK SUBUH adalah pendapat yang tidak mempunyai sebarang dalil.

 

Implikasi hukumnya adalah bagi wanita yang darah haidnya berhenti selepas dari satu perdua malam—mengikut pendapat USAIMIN, ia tidak wajib solat isyak.

 

[2] Menurut IBN KATHIR, dalam ayat, digandingkan antara عشاء  dan ظهر kerana, عشاء menggambarkan bersangatan gelap, sedangkan ظهر adalah waktu bersangatan cerah.

 

LUGHAH

 

[1] Maksud perkataan عشيا, kata USAIMIN adalah DARI GELINCIR SEHINGGA TENGGELAM MATAHARI

 

عن ابي هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِحْدَى صَلَاتَيِ الْعَشِيِّ، إِمَّا الظُّهْرَ، وَإِمَّا الْعَصْرَ، فَسَلَّمَ فِي رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ أَتَى جِذْعًا فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ، فَاسْتَنَدَ إِلَيْهَا مُغْضَبًا، وَفِي الْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرَ، فَهَابَا أَنْ يَتَكَلَّمَا، وَخَرَجَ سَرَعَانُ النَّاسِ، قُصِرَتِ الصَّلَاةُ، فَقَامَ ذُو الْيَدَيْنِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ؟ فَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمِينًا وَشِمَالًا، فَقَالَ: «مَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ؟» قَالُوا: صَدَقَ، لَمْ تُصَلِّ إِلَّا رَكْعَتَيْنِ، «فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ كَبَّرَ، ثُمَّ سَجَدَ، ثُمَّ كَبَّرَ فَرَفَعَ، ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ، ثُمَّ كَبَّرَ وَرَفَعَ»

 

Abu Hurairah: "Rasulullah saw mengimami kami solat pada salah satu dua solat petang, mungkin solat Zohor ataupun Asar. Lalu baginda mengucapkan salam pada dua rakaat, kemudian baginda pergi ke sebatang pohon kurma di arah kiblat masjid, lalu baginda bersandar ke pohon itu dalam keadaan marah. Di antara jamaah terdapat Abu Bakar dan Umar, namun keduanya takut berbicara. Orang-orang yang suka cepat-cepat telah keluar sambil bercakap: 'Solat sudah dipendekkan.' Zul Yadain berdiri seraya berkata 'Ya, Rasulullah! Apakah solat dipendekkan ataukah kamu lupa?' Nabi saw  lihat ke kanan dan ke kiri, lalu bersabda: 'Betulkan apa yang dikatakan Zul Yadain itu?' Jawab mereka: 'Betul, wahai Rasulullah! Anda solat hanya dua rakaat' Lalu Nabi saw solat dua rakaat lagi, lalu memberi salam. Sesudah itu baginda bertakbir, lalu bersujud. Kemudian bertakbir, lalu bangkit. Kemudian bertakbir, lalu bersujud lagi, sesudah itu bertakbir, lalu bangkit'. (Muslim, hadis no: 573)

 

[2] Dalam ayat lepas, disebut berkataan تُمْسُونَ sedangkan dalam ayat ini digunakan perkataan عشيا—persoalannya, apa beza antara maksud مساء dan عشاء?

 

AL-QURTUBI menukilkan komentar AL-MAWARDI dengan menyatakan:

 

أَنَّ الْمَسَاءَ بُدُوُّ الظَّلَامِ بَعْدَ الْمَغِيبِ، وَالْعِشَاءَ آخِرُ النَّهَارِ عِنْدَ مَيْلِ الشَّمْسِ لِلْمَغِيبِ، وَهُوَ مَأْخُوذٌ مِنْ عَشَا الْعَيْنِ وَهُوَ نَقْصُ النُّورِ مِنَ النَّاظِرِ كنقص نور الشمس

“perkataan مساء adalah permulaan bagi gelap selepas tenggelam matahari. Dan عشاء pula adalah akhir bagi siang ketika cenderung matahari untuk tenggelam”

 

PERBAHASAN

 

Dalam dua ayat ini, tuhan sertakan dua ucapan zikir, iaitu TASBIH dan TAHMID.

 

Apabila menyebut kekuasaanNya, digunakan pendekatan TASBIH. Apabila ciptaan langit dan bumi dan peredaran masa itu menjadi kemudahan kepada manusia, maka Tuhan gunakan pendekatan TAHMID.

 

PENGAJARAN

 

[1] Tuhan memberikan nikmat kepada manusia. Dengan itu, tidak wajar manusia ingkari kehidupan lepas dari mati, kerana secara tidak langsung ia bermakna ingkari kekuasaan Allah.

 

[2] Apabila manusia dapat melihat kekuasaan Allah, bahkan mendapat manfaat darinya, sewajarnya manusia bersyukur, bukan kufuri Allah.

 

 

 

SURAH AL-RUM 17

 AYAT 17

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ (17)

 

“(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh”

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 16

                                   AYAT 17

 

Dinyatakan berkenaan azab yang amat dahsyat diberikan kepada penjenayah agama; iaitu kufur dan anggap bohong pada ayat Allah dan pertemuan dengan Allah.

 

 

Apabila mereka boleh ingkari pertemuan dengan Allah, seakan-akan mereka nafikan kekuasaan Allah. Makanya, tuhan jelaskan bahawa untuk mengetahui ALLAH berkuasa semua itu adalah dengan adanya peredaran petang dan pagi.

 

 

[1] Memandangkan Kafir Quraish menafikan kekuasaan Allah bahawa Allah boleh hidupkan orang mati, maka Allah jelaskan kepada mereka bahawa Allah itu maha berkuasa.

 

[2] Berkuasanya Allah itu sebenarnya berlaku depan mata mereka sendiri, iaitu wujudnya perubahan hari, bermula dari waktu petang yang kemudiannya berjumpa waktu pagi.

 

[3] Apabila itu adalah bukti kekuasaan Allah, sewajarnya manusia itu BERTASBIH kepada Allah, bukan ingkari kekuasaan itu dengan anggap bahawa kehidupan lepas mati itu tidak ada.

 

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ

 

[1] Disebut dengan TAHMID, iaitu menyucikan Allah kerana ayat sebelum menjelaskan bahawa kafir Quraish menafikan terhadap kekuasaan Allah.

 

Manusia boleh ingkari bahawa Allah boleh hidupkan manusia kembali kerana mereka anggap Allah itu ADA KELEMAHAN; mereka rasa, tuhan sepertimana makhluk. Justeru, mendakwa Allah lemah itu adalah salah. Makanya, bersihkan Allah dari dakwaan tersebut dengan TASBIH.

 

[2] Kerap berlaku dalam banyak ayat al-Quran, bahkan hampir semua; apabila sesuatu ayat itu menggunakan TASBIH, ia akan digambarkan kekuasaan Allah.

 

Contohnya, Allah sebut berkenaan Isra’ Nabi;

 

{سُبْحَانَ الذي أسرى بِعَبْدِهِ ... } [الإسراء: 1]

 

Ataupun; Allah sebut

 

{سَبَّحَ للَّهِ مَا فِي السماوات والأرض ... } [الحديد: 1]

 {يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السماوات وَمَا فِي الأرض ... } [الجمعة: 1]

{سُبْحَانَ الذي خَلَق الأزواج كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الأرض وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لاَ يَعْلَمُونَ} [يس: 36]

 

LUGHAH

 

[1] Menurut SHIHAB, asal perkataan تسبيح dari perkataan سبح yang maknanya adalah MENJAUH. Seseorang yang berenang, itu disebut سباح iaitu dia menjauh dari posisinya semula.

 

Justeru, makna TASBIH adalah MENJAUHKAN ALLAH DARI SEGALA SIFAT KEKURANGAN DAN KEJELEKAN. Dalam erti kata lain, perkataan TASBIH mengandungi maksud TANZIH, iaitu MENTANZIH ALLAH dari serba sifat kekurangan serta TANZIH ALLAH dari kesamaan dengan makhluk.

 

[2] Menurut USAIMIN, perkataan TASBIH kepada Allah dalam al-Quran ada dua maksud; iaitu maksud UMUM dan maksud KHUSUS.

 

Ayat ini, TASBIH dalam maksud yang KHUSUS, iaitu bermakna SOLAT kerana ia dikaitkan dengan waktu-waktu tertentu.

 

Ditafsirkan maksud KHUSUS dalam ayat ini sebagai SOLAT kerana melihat kepada hadis bahawa Nabi saw suruh agar membaca tasbih semasa rujuk dan sujud.

 

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ، قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ} [الواقعة: 74] ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اجْعَلُوهَا فِي رُكُوعِكُمْ» ، فَلَمَّا نَزَلَتْ {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى} [الأعلى: 1] ، قَالَ: «اجْعَلُوهَا فِي سُجُودِكُمْ» - ابو داود, 869

 

Ketika turun, "FASABBIH BISMIRABBIKAL 'ADZIIM (maka sucikanlah dengan nama Tuhan-mu yang Maha agung)."

 

Rasulullah saw bersabda: "Jadikanlah ia sebagai bacaan rukuk kamu".

 

Dan ketika turun: "SABBIHISMA RABBIKAL A'LA (Sucikanlah dengan nama Rabb-mu yang Mahatinggi)", maka Rasulullah pun bersabda: "Jadikanlah ia sebagai bacaan sujud kamu” (Abu Daud, hadis no: 869)

 

[3] Pada perkataan تمسون, USAIMIN kata, ia adalah merujuk kepada solat MAGHRIB dan ISYAK.

 

[4] Dari segi اعراب, perkataan فَسُبْحَانَ اللَّهِ itu adalah مفعول مطلق وعامله محذوف

 

وَحِينَ تُصْبِحُونَ (17)

 

LUGHAH

 

Perkataan تصبحون, rata-rata ulama tafsirkan sebagai solat subuh.

 

PENGAJARAN

 

[1] Ayat ini dijadikan sandaran para ulama berkenaan solat Asar dan Maghrib yang merujuk kepada petang, dan solat subuh yang merujuk kepada pagi.

 

[2] Dalam ayat ini, dimulakan dengan تمسون berbanding تصبحون. Menurut AL-BIQAIE, hal ini mahu menggambarkan kepentingan solat asar. Menurut IBN ASYUR pula, didahulukan تمسون iaitu petang kerana melihat cara kiraan hari bagi masyarakat orang arab yang memulakannya bermula pada waktu petang.

 

Menurut SHIHAB pula, petang adalah waktu tenggelamnya matahari. Secara ISYARAT, ia memberi maksud bahawa kehidupan manusia berakhir dan bermulanya kiamat. Penafsiran ini dikemukakan kerana melihat kepada ayat sebelum yang menyebut berkenaan keingkaran kafir Quraish terhadap kehidupan selepas mati.

 

Justeru, sebutan tentang تصبحون pula memberi maksud bermula kehidupan di alam akhirat yang merupakan hakikat kehidupan.

 

[3] Menurut AL-RAZI, perbezaan antara TASBIH MANUSIA dari TASBIH MALAIKAT adalah penentuan masa.

 

Bagi Malaikat, mereka berTASBIH pada setiap masa dan ketika. Firman Allah:

 

يُسَبِّحُونَ اللَّيْلَ وَالنَّهارَ لَا يَفْتُرُونَ [الْأَنْبِيَاءِ: 20]

“Mereka beribadat malam dan siang tanpa berhenti-henti” (Surah al-Anbiya’, ayat 20)

 

Hal ini berbeza dengan manusia yang ada kaitan kehidupan mereka dengan makan, minum, beristeri dan sebagainya. Makanya, tuhan membuat konsep TASBIH UNTUK MANUSIA untuk waktu-waktu tertentu sahaja.

 

[4] Ayat ini dijadikan dalil berkenaan solat lima waktu. Menurut riwayat bahawa Ibn Abbas ditanya berkenaan solat lima waktu, apakah ada dalam al-Quran? Ibn Abbas menjawab dengan membacakan ayat ini;

رُوِيَ أَنَّ نَافِعَ بْنَ الْأَزْرَقِ سَأَلَ ابْنَ عَبَّاسٍ: هَلْ تَجِدُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ فِي الْقُرْآنِ؟ قَالَ: نَعَمْ. وَتَلَا قَوْلَهُ تَعَالَى فَسُبْحانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ إِلَى قَوْلِهِ وَحِينَ تُظْهِرُونَ – ابن عاشور

SURAH LUQMAN 10

  SURAH LUQMAN 31:10   خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ ب...