AYAT 39
وَمَا
آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ
اللَّهِ وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ
الْمُضْعِفُونَ (39)
Dan
(ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya
bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali
akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya
sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan
Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang
beroleh pahala berganda-ganda
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 38 |
AYAT 39 |
|
Diperintahkan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Disebut
hanya tiga, iaitu kaum kerabat, orang
miskin dan ibnu Sabil. Pemberian itu dilakukan dengan ikhlas. |
Ada satu jenis perangai manusia, apabila dia membantu, dia berharap
supaya mendapat balasan di sebalik bantuan tersebut, iaitu dilakukan dengan
tidak ikhlas. |
[1]
Masalah besar berlaku pada kafir Quraish sehingga mereka tidak boleh percaya
dengan janji Allah yang bakal memberi kemenangan kepada Rum adalah mereka
beragama secara tidak ikhlas dan tidak jujur. Kalau mereka jujur, sudah pasti
mereka akan ikut ajaran Nabi Muhammad saw yang sama sepertimana yang diajar
oleh Nabi Ibrahim. Apatah lagi, mereka selalu dakwa bahawa mereka adalah pengikut
setia Nabi Ibrahim.
[2]
Tidak jujur dalam beragama ini bukan sekadar berlaku kepada orang kafir, tetapi
ada berlaku juga dalam kalangan orang islam. Antara bentuk tidak jujur itu
adalah, apabila mereka memberi bantuan kepada orang susah dan memerlukan,
mereka berharapkan sesuatu balasan balas. Jika diberikan bantuan kepada si
miskin sebanyak RM10, mereka berharap akan di masa akan datang, si Miskin itu
dapat membantu mereka dengan RM20.
[3]
Allah memberitahu bahawa, perasaan dan sikap sebegini tidak baik. Bahkan ia
tidak ada nilai di sisi Allah walaupun sedikit.
[4]
Yang ada nilai di sisi Allah adalah memberikan bantuan harta kepada orang yang
memerlukan dari hati yang murni, dari harta yang bersih dari sebarang unsur
haram (kalimah al-Zakat).
[5]
Jika mereka dapat memberi bantuan harta dari hati yang murni dan harta yang
bersih dari unsur haram seperti menipu, rasuah, penyelewengan dan sebagianya;
semua ini akan menjadikan mereka mendapat balasan pahala berganda-ganda.
|
وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا
لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ |
[1]
Dalam terjemahan HAMKA:
“Dan
apa yang kamu berikan dari riba, supaya dibungai pada harta benda manusia. Maka
tidaklah dia berbunga di sisi Allah. (Hamka: 5527)
[2]
Asal makna riba adalah, penambahan. (Usaimin:232). Firman Allah:
فَإِذَاۤ أَنزَلۡنَا عَلَیۡهَا ٱلۡمَاۤءَ
ٱهۡتَزَّتۡ وَرَبَتۡ (5) - الحج
BUYA
HAMKA kata, riba adalah memberi pinjam harta benda dengan janji ketika membayar
pinjaman itu diberikan bunganya. Riba yang sebegini adalah dilarang.
Dari
konteks ayat, riba yang dimaksudkan adalah, orang memberi pertolongan, baik
tenaga atau benda kepada orang lain, tetapi ada harapan tersembunyi, iaitu
berharap dibalas terhadap pertolongan itu sebagai balas jasa dengan balasan
yang lebih besar.
Justeru
ayat ini memberitahu bahawa tidak perlu berharap balasan terhadap pertolongan
yang diberikan, kerana orang yang menerima pertolongan, tidak semestinya ada
kemampuan untuk membalas balik. Makanya, berilah bantuan secara ikhlas, kerana
pertolongan itu ada nilai disisi Allah. (Hamka:5527)
[3]
Ayat ini menyebut berkenaan orang yang tidak ikhlas, digunakan lafaz وَمَآ ءَاتَيۡتُم iaitu kata jamak yang merujuk kepada orang ramai, sedangkan
ayat lepas menyebut berkenaan orang yang ikhlas, digunakan lafaz فَـَٔاتِ iaitu kata Mufrad yang merujuk kepada Nabi.
Menurut
SHIHAB, apabila merujuk kepada tidak ikhlas, ia mengeluarkan Rasulullah dari
kalangan mereka. Hal ini kerana keikhlasan itu wujud pada akhlak nabi.
(Shihab:11/72)
[4]
Perkataan riba dalam ayat ini berlaku kesilapan pentafsirannya oleh para ulama;
(A).
Riba yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah riba yang haram, iaitu berkaitan
dengan sesuatu pemberian hutang, tetapi berharap bahawa pulangan hasil bayaran
hutang nanti mempunyai lebihan. Ini adalah pendapat IBN ASYUR.
Beliau
menyatakan, amalan riba adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam masyarakat
jahiliyah terutama di antara Saqif dan Quraish. (Asyur:21/105)
(B).
Riba yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bukan riba dalam makna syariat,
tetapi riba dalam maksud bahasa; iaitu memberi sesuatu pemberian, dan berharap
mendapat pulangan. Ini adalah pandangan sebilangan besar ahli tafsir, seperti
Al-Qurtubi, Ibnul Arabi, Al-Biqaie, Ibnu Katsir, Usaimin bahkan Syed Qutb.
Semua mereka merujuk kepada TAKWIL yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas.
Menurut
Syed Qutb, riba dalam pemaknaan ayat ini bukan sesuatu hal yang haram.
Dalam
dua pendapat ini, mana pendapat yang paling tepat. Justeru dilihat kepada
penghujahan berikut;
(1).
TABTABAIE kata, ayat ini diturunkan di Mekah, sedangkan pengharaman riba adalah
selepas nabi hijrah ke Madinah. (Shihab:11/73)
(2)
Ayat ini menggunakan ejaan رِّبٗا, sedangkan dalam banyak ayat yang
berkaitan dengan hukum haram riba, digunakan ejaan ٱلرِّبَوٰۤا۟
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ
ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰۤا۟ أَضۡعَـٰفࣰا مُّضَـٰعَفَةࣰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ
لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (130) - ال عمران
Menurut
al-Zarkashi, perbezaan cara ejaan itu sebagai salah satu indikator tentang
perbezaan makna. (Shihab:11/73)
(3)
Sambungan ayat, disebut berkenaan dengan memberi zakat, iaitu sesuatu pemberian
yang dilakukan ikhlas kerana Allah.
Dari
ketiga-tiga hujan ini, didapati pentafsiran (B) lebih tepat dengan konteks
ayat.
[5]
Sesuatu perkara yang tidak elok apabila kita memberi bantuan kepada orang, di
sebalik pemberian itu kita berharap mendapat pulangan yang lebih besar. Firman
Allah;
وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ (6) - المدثر
Dan
janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak
daripadanya.
|
وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ
تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ |
[1]
Asal perkataan زَكَوٰةٖ adalah bersih, kerana ia timbul dari hati
yang bersih, membersihkan jiwa dari mengharapkan manusia, membersihkan harta
dari hak yang wajib diterima oleh fakir miskin. (Hamka:5527)
Digunakan
perkataan zakat yang asal maknanya adalah bersih adalah merujuk kepada harta
yang tidak bercampur dengan yang haram. Dalam perkataan lain, mereka memberikan
bantuan kewangan kepada yang memerlukan bukan dari hasil riba, hasil rompakan,
hasil curian, hasil rasuah dan sebagainya.
[2]
Maksud zakat dalam ayat ini bukan kewajipan zakat yang difardukan, tetapi ayat
ini memberitahu prinsip umum, iaitu sesuatu pemberian, sama ada berbentuk wajib
ataupun sunat. Hal ini kerana, ayat ini diturunkan di Mekah, sedangkan
kewajipan zakat diturunkan semasa nabi sudah berhijrah ke Madinah.
(Usaimin:235)
|
فَأُولَئِكَ هُمُ
الْمُضْعِفُونَ (39) |
[1]
Dalam ayat yang lain, gandaan juga diberikan kepada mereka yang memberi infaq
kepada orang yang memerlukan bantuan kewangan. Firman Allah;
مَّن ذَا ٱلَّذِي يُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ
أَضۡعَافٗا كَثِيرَةٗۚ وَٱللَّهُ يَقۡبِضُ وَيَبۡصُۜطُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
(245) - البقرة
Siapakah
orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang
baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan
berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang
meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
[2]
Gandaan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah:
(A).
Gandaan pahala di akhirat.
(B).
Gandaan harta di dunia.
ASYUR
menyatakan bahawa, ayat ini merujuk kepada pemaknaan yang (A) (Asyur:21/106)
|
PENGAJARAN |
[1]
Imam Al-Qurtubi menukilkan perkataan Ali bin Abi Thalib, bahawa sesuatu
pemberian itu dilihat kepada tiga jenis;
(a)
bertujuan untuk mendapat pahala di sisi Allah.
(b)
bertujuan untuk mendapat pujian dari manusia.
(c)
bertujuan untuk mendapat balasan dari orang yang memberi.
Ayat
ini menggambarkan bahawa pahala besar dan rahmat akan diberikan kepada jenis
yang (1). (Qurtubi:439)
[2]
Ayat ini seakan-akan mahu menyatakan, sesiapa yang menafkahkan hartanya demi
kerana Allah, maka ia akan memperoleh kebahagiaan. Sedangkan mereka yang
menafkahkan dengan riya', serta mahu popular, maka ia akan kecewa bahkan rugi.
Adapun yang memberi hartanya sebagai hadiah untuk memperoleh dibalik
pemberiannya keuntungan materi, maka itu bukanlah sesuatu yang baik walaupun
tidak terlarang. (Shihab:11/72)
[3]
Antara perkara yang perlu difikirkan oleh setiap manusia, bagaimana kekayaan
anugerah Allah boleh menjadi bekalan untuk akhirat.
No comments:
Post a Comment