AYAT 40
اللَّهُ
الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ هَلْ
مِنْ شُرَكَائِكُمْ مَنْ يَفْعَلُ مِنْ ذَلِكُمْ مِنْ شَيْءٍ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى
عَمَّا يُشْرِكُونَ (40)
Allah
jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu
Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara
makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat
sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya
dari apa yang mereka sekutukan (denganNya).
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 39 |
AYAT 40 |
|
Ada manusia memberi bantuan kewangan,
disebalik bantuan yang diberikan itu dia berharapkan supaya mendapat
keuntungan. Semua ini tidak baik. Yang baik di sisi Allah adalah memberi
bantuan kewangan semata-mata mahu mendapat keredhaan dari Allah. |
Manusia perlu ingat bahawa Allah mencipta
manusia dan memberikan rezeki kepada mereka. Selepas manusia hidup di atas
muka bumi, manusia akan dimatikan oleh Allah. Kemudian mereka akan dihidupkan
semula. Semasa dihidupkan semula, jika mereka
benar-benar tulus dan ikhlas kepada Allah tanpa syirik, mereka akan mendapat
banyak faedah terhadap kebaikan yang mereka lakukan semasa di dunia. |
[1]
Manusia memberi bantuan kewangan, apabila dia berharap balasan di dunia, mereka
tidak nampak kelebihan alam akhirat.
[2]
Justeru, Allah menjelaskan bahawa perlunya kejujuran dalam memberi bantuan
kewangan kepada orang yang memerlukan. Walaupun dalam beberapa keadaan, tidak
mendapat habuan di dunia, tetapi di akhirat pasti akan mendapat habuan.
[3]
Hal ini kerana, Allah itu maha berkuasa; manusia dari tidak ada pun, Allah yang
bagi ada. Bukan sekadar bagi ada, bahkan diberikan rezeki. Selepas itu,
dimatikan semula dan dihidupkan kembali.
Jika
ini Allah mampu, sudah pasti sekadar memberikan balasan pahala di alam akhirat
nanti adalah mudah bagi Allah.
[4]
Semua ini tidak dapat dilakukan berhala. Ekoran itu, dalam pada mereka
menyembah Allah, mereka menyembah juga berhala adalah sesuatu yang sia-sia.
|
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ
ثُمَّ رَزَقَكُمْ |
[1]
Mencipta manusia dalam ayat ini dilihat dari 2 sudut;
(a)
Mencipta
daripada tanah. Ini melibatkan penciptaan Adam.
(b)
Mencipta
manusia dari air mani. Ini berlaku pada semua manusia.
[2]
Ibnu Katsir menyatakan, maksud menciptakan dalam ayat ini adalah, menciptakan
manusia bermula daripada mereka berada dalam rahim ibu. Yang semasa di dalam
rahim ibu itu pun, Allah telah menetapkan rezeki kepada manusia. Justeru makna ثُمَّ رَزَقَكُمۡ adalah Tuhan menetapkan rezeki manusia
semasa berada dalam rahim ibu lagi. (Kathir:6/319)
[3]
Dari sudut bahasa, perkataan رزق yang diterjemah
sebagai rezeki, asal maknanya adalah pemberian. Dalam Al-Quran, Allah ada
berfirman;
وَإِذَا حَضَرَ ٱلۡقِسۡمَةَ أُوْلُواْ ٱلۡقُرۡبَىٰ
وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينُ فَٱرۡزُقُوهُم مِّنۡهُ وَقُولُواْ لَهُمۡ قَوۡلٗا
مَّعۡرُوفٗا (8) - النساء
Dan
apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta
orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah
kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan
kata-kata yang baik.
Jika
dilihat dari sudut konteks makna bahasa, manusia diciptakan itupun adalah satu
rezeki dari Allah; manusia dihidupkan selepas dimatikan juga adalah satu rezeki
dari Allah dan sebagainya.
|
ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ
يُحْيِيكُمْ |
[1]
Kehidupan selepas daripada mati adalah kehidupan yang tidak ada sebarang
kebinasaan selepas dari itu. Iaitu kehidupan yang kekal abadi.
[2]
maksud يحييكم adalah bermula dari
alam kubur, alam mahsyar sehingga ke alam syurga atau neraka.
|
هَلْ مِنْ شُرَكَائِكُمْ مَنْ
يَفْعَلُ مِنْ ذَلِكُمْ مِنْ شَيْءٍ |
[1]
Seakan-akan Allah bertanya: apakah berhala-berhala yang kamu sembah itu dapat
menghidupkan dan mematikan? Apakah
berhala-berhala yang kamu sembah itu dapat mencipta dan memberi rezeki kepada
kamu? (Sya'rawi:18/11468)
Berkenaan
dengan ke tidak mampu berhala itu mencipta sudah dijelaskan oleh Allah dalam
surah al-Nahl;
وَٱلَّذِينَ
يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَخۡلُقُونَ شَيۡـٔٗا وَهُمۡ يُخۡلَقُونَ (20) - النحل
Dan
makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat
menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang diciptakan.
Dan
juga firman Allah dalam surah al-hajj;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٞ فَٱسۡتَمِعُواْ
لَهُۥٓۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخۡلُقُواْ ذُبَابٗا
وَلَوِ ٱجۡتَمَعُواْ لَهُۥۖ وَإِن يَسۡلُبۡهُمُ ٱلذُّبَابُ شَيۡـٔٗا لَّا
يَسۡتَنقِذُوهُ مِنۡهُۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ (73) - الحج
Wahai
umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah
mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan
sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor
lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat
itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik
daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat
hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
[2]
Kata Ibnu kathir, ayat ini sebagai bandingan yang Allah mahu lakukan dengan
berhala-berhala yang disembah oleh manusia. Jika Allah boleh menghidupkan dan
mematikan, serta menetapkan rezeki kepada manusia bermula dari alam Rahim lagi,
apakah semua ini dapat dilaksanakan oleh segala berhala-berhala yang disembah
oleh manusia itu? (Kathir:6/319
[3]
Jika mereka menderma dan memberi bantuan kewangan kepada orang memerlukan
dengan tujuan keduniaan, segala bantuan kewangan yang mereka lakukan itu tidak
berfaedah untuk mereka di akhirat kelak.
Ada
satu lagi penyebab kebaikan yang mereka lakukan semasa di dunia tidak berfaedah
di akhirat kelak, iaitu mereka mati dalam keadaan melakukan syirik.
|
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى
عَمَّا يُشْرِكُونَ (40) |
[1]
Allah menyatakan bahawa Allah maha suci dari berhala yang mereka sembah. Ini
menjadi dalil bahawa, mereka bukan tidak menyembah Allah, tetapi di samping
mereka menyembah Allah mereka juga menyembah Tuhan yang lain.
[2]
ungkapan سبحان yang dikaitkan dengan
Allah memberi maksud Tanzih. Tanzih terhadap Allah adalah sesuatu yang dituntut
dalam agama. Kandungan لا اله الا الله,
secara tersirat mengandungi maksud tanzih. Semua muslim perlu tanzih Allah dari
segala kekurangan.
|
PENGAJARAN |
[1]
Tidak syirik merupakan antara perkara utama untuk memastikan amal ibadat yang
dilakukan semasa hidup mendapat manfaat di akhirat kelak.
[2]
Apabila Allah yang telah memberikan rezeki kepada manusia, bermakna Allah
adalah Tuhan yang telah berjasa. Justeru tidak layak bagi manusia tidak
menyembah Allah.